INFO CENDAWAN BUSUT DARI FELDA BESOUT.

assalamualaikum..


-CENDAWAN BUSUT-

cendawan busut atau mushroom..ia tumbuh bermusim ketika hujan dan panas atau hujan pada malam hari..biasanya cendawan ini kerap tumbuh di kebun-kebun kelapa sawit estate dimana tempatnya agak sejuk...ini antara paparan renjer kali ini..koleksi cendawan busut dari felda gunung besout perak..






bila tiba je musim cendawan nie renjer sendiri lah yang akan jadi pembekal no1 untuk peniaga-peniaga kecil-kecilan..kalau tak ada peniaga renjer sendiri yang akan memasarkan cendawan ini.seperti di rawang selangor atau di ipoh perak dengan harga pasaran di bawah rm20 untuk 1kg..






antara menu yang sesuai untuk cendawan ini seperti sup,tomyam,tumis berlada,goreng tepung dan macam-macam lagi lah...


nie la hasil renjer kalau dah tiba musim cendawan..huh! lumayan!


nota: bila-bila korang jumpe je orang jual cendawan nie baik korang beli..sedapp!! trai la korang rase hehe...kalau tak tahu nak masak ape cendawan nie korang trai dlu masak ngn meggi je..perrhh!! nak tahu lagi???

INFO TENTANG IKAN LAMPAM.





assalamualaikum..


IKAN LAMPAM

IKAN LAMPAM tergolong dalam genus pentius iaitu kumpulan ikan yang paling banyak terdapat didalam sungai-sungai kita selain ikan tilapia..inilah antara koleksi gambar ikan lampam hasil dari trip renjer ke sungai di daerah perak seperti di sungai tapah,sungai slim dan sungai bernam..agak mudah untuk menduga ikan lampam ini kerana ia tidak lah memilih umpan..tapi masih ada rasia resipi terbaik untuk memikat ikan ini...



hasil-hasil dari trip renjer ke sungai di daerah perak..




nota: nak join renjer mengail ikan lampam nie jom la.. nak tahu resipi umpan terbaik ikan ni???


INFO TENTANG IKAN BELIDA.

ASSALAMUALAIKUM..

nie antara koleksi ikan-ikan belida terbesar yang pernah renjer daratkan.. untuk info ikan belida ini ape kate korang yang tanye hehe.. ape yang korang nak tahu korang komen je...







nota: ikan belida ini paling laris di restoran cina dengan harga mencecah rm15 1kg.. isinya telah di ambil untuk dijadikan bebola ikan..alaaa yg fishball tu...

INFO TENTANG IKAN TOMAN.



assalamualaikum...

IKAN TOMAN


Ikan Toman adalah tergolong dalam ikan air tawar yang terdapat di Negara

ASIA

termasuk di MALAYSIA.. Di Negara barat ia dikenali sebagai 'snakehead' Dipercayai dibawa oleh peniaga dari Asia dan dilepaskan ke dalam sungai secara haram..

Habitat asal ikan toman ini seperti di kawasan-kawasan seperti di lombong terbiar,tasek, sungai,sungai mati,paya,atau di dalam parit kebun-kebun kelapa sawit..

ikan toman adalah salah satu spesis ikan pemangsa yang ganas dan mudah membiak dengan cepat..ia akan menyerang jika tempatnya telah di ceroboh..ada cerita ikan toman ini pernah menggigit manusia..
untuk menduga ikan toman ini tidak lah mudah kerana ia mempunyai gigi tajam yang mampu memutuskan tali perambut biasa dengan mudah...



biasanya bagi pemancing otai yang sudah biasa dengan ikan ini akan menggunakan tali perambut dawai untuk mengelak dari ia putus..

umpan yang biasa digunakan seperti ikan keli,organ haiwan,atau rapala berbentuk anak ikan yang sesuai dan banyak terdapat di kedai-kedai pancing di malaysia..

nota: info kenali ikan sebelum ingin menjeratnya..:)
by: renjer.

INFO KENALI SPESIS IKAN AIR TAWAR..





assalamualaikum....


IKAN HARUAN BUJUK..


Ikan Bujuk adalah tergolong dalam ikan air tawar yang terdapat di negara-negara ASEAN, termasuk di Malaysia. Nama saintifiknya Channa lucius

Ikan Bujuk tergolong dalam spesies kepala ular. Tubuhnya mempunyai bentuk corak badan yang menarik. Ikan Bujuk mendiami kawasan-kawasan berpaya dan kawasan-kawasan yang kandungan Ph airnya rendah,dan ikan ini juga tidak banyak bergerak,ia sentiasa mnunggu mangsanya yang berlegar-legar hampir denganya untuk dijadikan makanan..sama seperti ikan Haruan Palas. Diet utamanya adalah rumpai air, lumut, anak-anak ikan dan juga udang, katak, cengkerik, cacing dan lain2..


IKAN BAUNG..


Ikan Baung atau nama saintifiknya Mystus spp. adalah tergolong dalam ikan air tawar yang terdapat di negara-negara ASEAN termasuk di Malaysia...

Ikan baung terdapat dalam sungai termasuk sungai Kalimantan Tengah dan ukurannya mampu mencapai 20 kg. Umpan yang digunakan untuk memancing ikan ini biasanya adalah mengunakan anak ikan cacing tanah yang besar atau usus ayam dan umpan peram yg byk terdapat di kedai-kedai pancing.. Menurut penduduk setempat ikan baung sekitar 60-an ke bawah memancing ikan ini dengan sabun..pelik tu!! hehe..

IKAN PUYU..


Ikan Puyu (Anabas testudineus) merupakan spesies ikan air tawar yang paling lasak, Sawah atau tali air serta sungai kecil menjadi habitat utama spesies ini, bersisik dan bersirip keras memudahkan spesies ini bergerak di atas tanah yang berair, kerana pada ketika tertentu pada musim hujan kebanyakkanya berhijrah dan akan memanjat tebing sungai mencari lopak air yang lain. Ia paling layak digelar spesies yang suka hijrah. Spesies ini juga mampu bertahan tanpa air hingga beberapa jam.

Spesies ini hidup secara berkumpulan, dan kerana itu spesies ini mudah terancam oleh aktiviti-aktiviti penangkapan ikan seperti jaring, pukat, jala, tuba, & pancingan yang keterlaluan (tanpa mengamalkan kaedah 'tangkap&lepas' bagi yang bersaiz kecil).

Terdapat kepercayaan dalam masyarakat Melayu yang mana spesies ini mampu menghalang gangguan makhluk halus. Kerana itu, masyarakat Melayu lama memelihara spesies ini di dalam rumah untuk tujuan itu.




nota renjer : next time kite tengok pulak spesis ikan lain.hihi

info nie berguna kot untuk korang???

MAJALAH RENJER SUNGAI???

assalamualaikum......


huh menarik pulak rase tgk gambar cam gini..kalau nak tahu inilah muke surat depan majalah kembara kail..banyak info yang boleh kite dapat didalam majalah ini..konfem banyak info!! untuk kaki pancing jela kan.. hehe..takkan la nak cari kasut baru pun korang nak cari dalam majalah nie pulak memang takkan jumpe la kot...huhu..


.

nak tengok contoh isinye??? memang berkenaan ikan la..mesin pancing terbaru,lubuk terbaik dalam malaysia.. kail ciptaan terbaru,tips-tips memancing...ha bende2 mcm gitulah yang banyak..

korang nak dapat hadiah dari majalah nie pun boleh..hah! tak caye!?? betul..tpi kena lah beli majalah nie dulu,sebabnye untuk dapatkan hadiah kenalah join kuiz dalam majalah ni..mane ade hadiah datang tanpa perlu buat ape2 beb...hehe..

alamak..dah macam promosi pulak...eh mmg nak promote pun..tapi renjer takde dapat ape2 komisen pun ok..

kalau la satu hari nanti kan, renjer dapat terbitkan majalah yang macam nie huh knfem bes!!

RENJERSUNGAI

EDISI JANUARI perhh!! masyuk!!huhu..

nota kaki pancing : ade sape2 nak tolong renjer terbitkan majalah RENJER SUNGAI tak???????

PETUA DAN NASIHAT..








assalamualaikum......








1-Jangan memancing ketika petir...

Ku sangka cuaca cerah hingga ke petang, rupanya mendung di tengah hari. Bagi kaki pancing apabila mendung tiba, itulah petanda ribut akan turun. Bagaimanapun, sebelum ribut, pastinya kilat sambar menyambar dulu..

Sehubungan itu, atas beberapa faktor dan demi keselamatan pemancing, renjer berpesan pemancing hendaklah mengelak daripada melakukan aktiviti memancing ketika cuaca guruh dan kilat, biarpun pada ketika itu ikan galak memburu umpan..

Bagi pemancing di darat seperti di tepi tasik, tebing sungai atau lombong, sebaik-baiknya mengelakkan diri daripada berteduh di bawah pokok rendang atau terdedah di tanah lapang kerana dikhuatiri disambar petir.







2-Ais hentikan darah luka..


KAKI pancing perlu pantas berfikir dan segera berikhtiar apabila ditimpa musibah ketika memancing sama ada di laut, sungai, paya mahupun tasik. Langkah awal yang perlu dilakukan apabila rakan mengalami masalah ialah mententeramkan dan memulihkan mangsa.



3-Bekalan Nasi...


PADA zaman serba moden ini, ramai kaki pancing mengambil sikap mudah iaitu membeli saja makanan di kedai daripada membawa bekalan berkenaan dari rumah. Alangkah mesranya hubungan suami isteri atau anak dengan ibu, sekiranya makanan yang dimasak dari air tangan yang tersayang menemani mereka bila di laut sungai atau lombong ketika mencari rezeki..




4-Tahan nafas, jangan bergerak bila ular hendak mematuk..


SERING kali kita terlupa atau buat-buat lupa perkara keselamatan ketika memancing. Bahaya sentiasa ada di sekeliling tanpa disedari, terutama kepada pemancing yang suka meredah hutan belantara dan muara sungai di seluruh Malaysia. Kebanyakannya tidak menitikberatkan keselamatan diri masing-masing. Peralatan perubatan “First aid” perlu dibawa bersama ketika meredah hutan untuk memancing sebagai langkah awal sebelum dirujuk kepada doktor..










p/s: renjer..hati-hati ketika pergi memancing..restu itu penting.. ingatlah orang yang tersayang..

sepetang di pusat jalur lebar

assalamualaikum...





-singboard ke pintu masuk kampung halaman renjer-






petang yang hangat...dapat cendol pulut gile bes nih..arhhhh!!!
apehal plak la jadi cmni ni..
hujan pun dah turun,perut pun dah lapar.
so ape2 hal sebelum terus hapdet entry,kita makan dulu!!!

*JANGAN JADI MCM SORANG WARGA CHINA YANG MATI SEBAB HADAP KOMPUTER



----------------------------------------------------------------------


erkkkkk alhamdulillah..kenyang dah..
baru la otak pun lancar je berfikir..
kalo tak,naik pecah kepala dok pikir ape bende la nak buat..
so kali ni dengan penuh semangatnye renjer nak share satu bende lah..
dulu sebelum kenal dunia blogging ni,malu wooo..
maklumla kan..
bile org ckp psl blog je,kite haram satu bende pun tak paham kan?
eleh xyah nak malu la weii..
korang pun mcm renjer gak kan dolu2 mase mule2 kan?kan?
tapi lepas datang je aura keinginan nak buat blog,perrhhh!!!
zuupppp bedesup terus p cari tok guru!! hahaha

so kat sini lah bermulanya langkah pertama renjer untuk mengenali dunia blogging..
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
V
-PUSAT JALUR LEBAR KOMUNITI FELDA GUNUNG BESOUT 2-


mase gambar ni diambil,pagi2 bute lagi dalam pukul 9 lebih..sebab tu mcm sunyi sepi je..kalau waktu puncak...sendiri mau ingatlah tahap keramaiannye kat sini..selipar pun penuh depan pintu!!!
takpelah,kalau ramai yang datang untuk nak dapatkan ilmu,alhamdulillah..
sama2 timba ilmu ape yang patut kan..
ok sambung balik kisah renjer tadi..
kat sini lah tempat renjer menuntut ilmu psl cara-cara nak blogging...
staff die fuhhhhh wa cakap lu!!!
dua orang gugurl yang kiut miut...
baik hati + peramah + tak kedekut ilmu pulak tu..
pendek kata,memang sesuailah pada mak2 yang nak buat menantu...ceyyyyy!!!!
dan PUSAT JALUR LEBAR(PJK) ni jugak sebenarnye satu inisiatif kerajaan utk bantu penduduk luar bandar dalam mengurangkan jurang digital...
dan pada renjer,memang terbukti BERKURANGLAH jurang digital tu..
dengan wujudnya PJK ni dalam kampung halaman renjer,ramai anak2 + warga felda ni dapat manfaat..
tapi tu lah orang kite ni kan,kalau yang buruk kemain cepat je nampaknye..
kalo yang bab BAIK tu buat x nampak je...
tapi takpelah,renjer sentiasa menyokong kewujudan PUSAT JALUR LEBAR ni..
maklumle staff-staff nye pun kiut-kiut kan...hahahaha



nota kaki pancing : sambil memancing ilmu,jangan lupe pada tok guru..keh3

BERCUTI KE TELUK BATIK..JOM PLAN PULAK..

assalamualaikum.....


trip kali ni holiday in teluk batik... ce crite ce crite (sila ckp mcm hussein kak limah ye) hehe...mule-mule plan macam takde sambutan je..ade yang tak de cuti lah..member aku yg sorang tu je beriya-iya sangat nak pegi..aku nie kire on jela..so kami pun set the date...tau-tau je, 14 0rang jugak yang nak join..dalam pukul 1 pm, lebih kurang camtu la kitorang sampai ke destinasi teluk batik perak nie..check in chalet pukul 2 pm..yang lain-lain tu dah tak sabar-sabar nak terjun laut..geram kot tengok biru je airnye..huh!
bes jugak rupenye dapat lepak-lepak kat tepi pantai nie.. terlayan la pulak bola pantai + banana boat!!! naik demam dah renjer!!! demam terkejut jumpak laut!! hahaha~~~


-pantai teluk batik-


|
|
|
|
|
|
|
|
V
nie la program malam kami..BBQ!!!
huh! gile bes ahhh!!
ni resepi terbaek dari rakan renjer--> WAK





tapi syg la pulok sebabnye trip kami ke teluk batik nie dilarang sama skali nak bawak-bawak awek ke gugurl ke...
arhhhhh kalo tak, boleh romantika de amor dah!!! demmm...
dan lagi satu...dulu renjer pernah cakap pasal "RESTU" itu penting kan...hehe..
so ape-ape hal pun...mase dah sampai, sile mesej dulu pada buah hati pengarang jantung ye...kang dibuatnye deme merajuk, ha naya....konfem kene bakor!!!! hahaha

|
|
|
|
V
-sesi melaporkan diri-


ha yang ni la aktiviti yg renjer seram nak join..sebabnye renjer takut karam!!!
laju gile renjer tengok die bawak!!! kalo mati lemas dlm laut tu naya woo..
dah la blom kawen!!! demmm lagi!! hahaha..
|
|
|
|
|
V
-sesi banana boat-

|
|
|
V
-BBQ yang amat lazat-



ni pulak semua jejaka-jejaka seksi & seksa..hahaha...
lelaki takde hal la kan hehe...
hepy je muke smue..
padahal semua dah kebulur tahap nak telan anak orang...
|
|
|
|
V
-photo gediks..hahaha-




nie program feveret renjer lah..hobi tenjer,memang takkan dilupakanlah..lepak tepi laut malam2 bes jugak.. tpi menung renjer tunggu ikan hahaha..takde yg mau sangkut!!! demmm lagi..
member renjer yang lain sibuk g karaoke lah ape lah..
renjer tak minat bingit2...
rase nak bakorrr je..hahaha





nie sesi last sblum kami check out..bes wo!! korang tak terpikir ke kalau kite berkumpul macam nie.. wat trip geng blogger..BBQ..mandi-manda...boleh berkongsi pengalaman+bercerite pasal blogging...perrhh!! mesti gempak punye!! hehe...




nie la member renjer yang paling kecik skali...WAK name die..die ni la yang tlg perap ayam BBQ tu jadi terbaekkk!!!
tpi selera die tak kecik..tegok la tu..kalah kami yg saiz besor2 ni ha..
yang tukang kire kedai makan tu pun terkejut je tengok hihi..
"kayo aku kalau pelanggan sume macam die nie..."
mcm tu le gamaknye kot tukang kedai tu cakap dlm hati die..hahahaha...



ape kate kite plan trip cam gini..
mesti bes sampai rase nak terjun laut..
jom jom!!!!
sape sokong,angkat tgn mcm saye....huhuhu

IKAN KELABAU DAN LAMPAM.




Assalamualaikum....




trip kali nie agak memuaskan.. 2 ekor kelabau dan beberapa ikan lampam berjaya ditewaskan..hasil yang sentiasa ada bila turun ke sungai bernam...tidak berjaya memikat ikan patin,tapi masih ade yang singgah di kail renjer.. itulah kelebihan menggunakan umpan buah kelapa sawit relai yang di peram...hehe~~


tahu teknik,tahu lubuk dan kena pulak dengan umpannya, ha tu hasilnye! pepatah mengatakan kalau kail panjang sejengkal jangan laut hendak di duga hehe...tpi panjang kail kalau dah sejengkal agak-agak beso mane ikan yang akan kena??? huh! mau-mau bapak ikan hehehe...

tadaaaaa!! maka inilah hasilnye setelah menanti dengan penuh kesabaran...alhamdulillah..masih ada lagi rezeki buat renjer & rakan-rakan tegar...dengan itu selamatlah hasil buruan ini dijadikan santapan...




p/s : nantikan trip akan datang...ade special request dari student UM nak mintak renjer jual kelabau pada dia untuk buat kajian...suprise,suprise~~~

IKAN KELAH SUNGAI BERNAM..




assalamualaikum...






ikan kelah atau dikenali dengan nama MAHSEER FISH merupakan ikan yang jarang-jarang di temui di sungai bernam...ia telah terjerat di kail renjer...walaupun hanya seberat 1kg,ini sudah di anggap tuah besar!!ikan kelah yang pertama kali renjer dapat di sungai bernam ini.. inilah kelebihan menggunakan umpan kelapa sawit relai yang diperam..selain menjerat ikan patin,kelabau dan lain-lain ikan sungai..



lokasi lubuk sungai bernam inilah renjer telah bertuah disentap hebat si ikan kelah.. walau hanya seberat 1kg sudah cukup membuatkan mesin shimanno renjer menjerit hehe..




rakan renjer joe kagum dapat melihat pertarungan hebat ikan kelah ini sblum berjaya didaratkan...dan tidak melepaskan pluang bergambar untuk kenang kenangan...


mahseer by: renjer.

PATIN menjadi habuan renjer

assalamualaikum….








PATIN menjadi habuan renjer ketika mencuba nasib di Lubuk Kapal 1, Sungai Bernam, baru-baru ini...

IKAN patin atau dikenali sebagai Pangasius Sutchi adalah ikan air tawar yang popular di negara kita.
Bagi memburunya, ramai penggemar ikan patin akan menyusuri alur-alur sungai semata-mata untuk bertarung dengan spesies yang boleh mencecah puluhan kilogram ini.

Di Sungai Bernam, di Perak terdapat ramai pemburu patin seperti Renjer, rakan-rakan lain, dan ramai lagi yang sentiasa mencari ruang yang sesuai untuk memerangkap ikan patin yang enak rasanya ini.

Bagi pemburu patin ini mereka sanggup meredah alur sungai tidak kira siang atau malam. Pelbagai umpan yang dicuba seperti buah kelapa sawit, pisang ranum, buah ara dan macam-macam lagi.

-umpan sawit peram-

Ternyata saiz patin di lubuk-lubuk sekitar Sungai bernam dan Sungai skc, besar-besar belaka. Ia menjadi buruan utama kerana harganya yang mahal di pasaran. Tambahan pula jika selepas musim banjir, pemancing kerap kali berjaya menumpaskan patin besar malah ikan tapah bagak juga akan muncul.

Terdapat beberapa teknik yang efektif untuk menumpaskan ikan patin ini. Ada juga yang menggunakan pelampung walaupun untuk memancing dasar.

Namun begitu perambut hendaklah mencecah dasar walaupun menggunakan pelampung. Teknik ini lebih mudah dikesan kerana pelampung akan tenggelam jika diragut mangsa dari dasar sungai.
Sebenarnya bukan mudah memancing ikan patin ini. Apabila umpan dilarikan, jangan terus merembat joran.

Sentakan terbaik apabila ternampak tali bergerak seakan-akan terapung dan membentuk garisan di atas permukaan air. Drag atau kunci kekili perlu dalam keadaan yang terbaik ketika patin membuat larian. Lagipun di sungai ini memang banyak reba yang boleh membuatkan pemancing berputih mata.




Teknik dan kesabaran penentu kejayaan, jika gopoh, ikan patin ganas akan melarikan diri ke dalam reba sekali gus anda berputih mata la..hihi...

Lazimnya, kudrat melawan ikan patin mega ini tak seberapa pada peringkat awalnya, tetapi akan bertindak agresif apabila mula disentap dan akan mengamuk bila semakin hampir ke tebing.

Saat inilah pemancing perlu berhati-hati agar rezeki tidak terlepas di depan mata. Sebab tulah jarang pemancing di sini menggunakan perambut halus atau tidak berkualiti bagi mengelakkan ia putus...
Pemburu tegar ikan patin Sungai bernam ni macam renjer dan rakan2 lain jugaklah..hihi..adalah satu kepuasan bagi kami jika dapat menewaskan ikan patin mega menggunakan joran walaupun nelayan sungai yang lain menggunakan pukat dan candik untuk mencari rezeki.

Bagi kami, tarikan ganas ikan patin mega sentiasa memberi cabaran sebelum dapat ditewaskan. Apa yang pasti Sungai bernam merupakan satu lokasi memburu ikan patin yang akan terkenal pada suatu hari nanti selain port untuk beriadah..


nota kaki pancing oleh : penat memikir cari ilham--->


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...