RENJER SUNGAI AWARD 2013


ASSALAMMUALAIKUM and HI all

*since i receive few calls from non Malay friends who interested with my blog, 
U guys make me smile dude! Thanks and do come again all ;)






Courtyard Hotel Bangkok Thailand--18.11.2013-- satu sejarah dalam hidup renjer kerana berjaya menjejakkan kaki ke bumi asing dan satu lagi sejarah dalam hidup renjer kerana terpilih menjadi salah satu pemenang.. pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) bersama satu organisasi antarabangsa iaitu International Telecommunication Union (ITU) telah menganjurkan satu pertandingan untuk menggalakkan kuasa transformasi jalur lebar (broadband) "Connecting At The Roots"  dan kesannya terhadap individu, kumpulan orang dan / atau masyarakat berdasarkan cerita benar. Pertandingan video ini melibatkan negara-negara Asean dan semua urusan ke Bangkok telah disiapkan oleh pihak SKMM.

Apa yang Renjer boleh ungkapkan?? Hanyalah bersyukur kepada Allah kerana tidak terduga rezeki Renjer bukan setakat dibumi Malaysia..Alhamdulilah syukur...kejayaan kecil tapi cukup bermakna buat diri Renjer sendiri.. Renjer sangat berterima kasih pada kawan-kawan, pembaca setia blog dan juga semua yang menyokong Renjer selama ini..



untuk part trip memancing pulak, inshaAllah kita tunggu musim hujan berakhir nanti Renjer akan aturkan semula trip untuk kita-kita yang tegar nih hehe.. maklumlah buat masa ni banyak kekangan yang memaksa Renjer hold dulu aktiviti-aktiviti meredah sungai.. 

Jentera penggempur yang selalu Renjer gunakan untuk ke sungai pon sekarang mengalami kecederaan yang agak serius dan masih berada dalam unit rawatan rapi (ICU) bagi menjalani sesi pembedahan yang dijangka mengambil masa kurang lebih dalam tujuh lapan hari jugak lagi.. 

Pastu pulak gadjet yang Renjer selalu gunakan untuk update blog pon dah nazak jugak.. Sekarang ni memang dah takleh nak guna dah netbook tu.. mungkin isi perut corrupted agaknye.. Masa-masa camnilah selalunya Allah akan duga hambanya -- yang ni rosak, yang tu rosak. Tapi takpe, ujian datang selalunya akan diiringi dengan kemanisan. InshaAllah moga2 yang manis2 je yang datang nanti.. hehe



Jadi buat masa terdekat ni, kemungkinan besar blog ni akan lama sunyi.. nak kena p riki cari gadjet baru supaya senang nak update entry.. agak susah dan tak puas kalo nak update guna henfon je.. nanti nak discuss dengan PA Renjer dulu pasal benda ni..maklumla deme tu expert sikit bab2 ni hehe

Tapi kat personal fesbuk dan fesbuk page masih aktif macam biasa.. Kita masih boleh sembang2 kat sana macam biasa.. InshaAllah nanti kita jumpa pada trip akan datang ;)


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...