..::DOKTOR PAKAR::..
Di sebuah hospital, ada 3 orang doktor yang bersahabat baik. Mereka bertiga sentiasa bersama-sama sejak dari zaman belajar di universiti lagi...
Kesetiaan dan semangat setiakawan mereka bertiga memang diakui oleh semua staf yang ada...
Setelah sekian lama, masing-masing telah menjadi doktor pakar dalam bidang yang berbeza..
Pada satu ketika, seorang dari mereka telah meninggal dunia. Dek kerana khidmat yang cemerlang yang telah diberikan, maka Doktor A telah diberikan penghargaan khas, iaitu dibina sebuah tugu untuknya. Oleh kerana beliau Doktor pakar dalam bidang mata, maka tugu berbentuk mata dibina berhampiran dengan tempat beliau disemadikan...
Tidak lama kemudian, Doktor B pula meninggal dunia. Oleh kerana Doktor B seorang pakar jantung, maka tugu berbentuk jantung dibina berhampiran kuburannya, sepertimana yang dianugerahkan kepada Doktor A....
Selepas selesai majlis pengebumian Doktor B, para hadirin telah terperasan yang Doktor C kelihatan begitu sugul sekali.
Salah seorang daripada mereka cuba menenangkannya...
"Doktor, kami tahu Doktor memang bersahabat baik dengan kedua-dua arwah.. tapi ajal mereka dah tiba. Ini adalah takdir."
lalu Doktor C menjawab...
"Aku tahu memang ajal mereka. tapi bukan sebab itu aku bersedih... "
"Aku risau selepas aku mati nanti, satu tugu dibina berhampiran dengan kubur aku..."
"Aku kan PAKAR SAKIT TUAN!!!"
Hahaha. korang agak TUGU berbentuk apa tu???
P/S : untuk bacaan 18 ke atas shj...(kanak2 bwh umur perlu pngawasan ibubapa) kih3
No comments:
Post a Comment