WARKAH CINTA SEORANG AKU....

pertemuan pertama sudah cukup membuti kan yang aku sudah tertarik dengan si dia
aku tidak sempurna seperti orang lain,dari umur ku 3 tahun aku menderita akibat kebakaran, kecederaan yang agak serius dan kekal,tapi aku harus tabah untuk terus menghadapi dugaan hidup ini,
Apakah yg harus aku lakukan untuk aku meluah kan isi hati pada nya?hari demi hari dia muncul dalam ingatan ku.Sehingga menggangu makan dan minum ku.mungkinkah ini yg dinamakan cinta.. pernah aku cuba untuk melenyap dia dari fikiran ku, ternyata itu bukan kemampuan ku.aku menipu diriku sendiri, aku harus bersemuka dengannya untuk mencari kebenaran,tetapi bagai mana dengan keadaan ku yg sebegini, aku malu tapi aku mahukan dia!
Aku harus mencuba,kerna aku adalah lelaki! aku cuba dapatkan no telefon nya.kali pertama aku menelefonnya ter ketar-ketar suara ku, aduh! seram perasaan ku! aku dilayan dengan baik walau pun dia masih belum mengenali ku!
Hari demi hari perbualan kami semakin mesra.aku cukup senang hati setelah mendengar suaranya dan hilai tawanya tetapi dia masih lagi tidak tahu aku dan keadaan sebenar aku.aku aturkan pertemuan buat kali pertama kami, aku terangkan yg aku tidak sama seperti orang lain dan jangan terkejut bila berjumpa dengan ku.anggapan ku mungkinkah dia paham apa yg di maksud ku..atau tidak…
Ternyata pertemuan kali pertama ku tidak mengejutkan si dia. kami bersembang seperti biasa, tetapi aku yg banyak terdiam,mungkin kerana aku terlalu takut.selepas pulang aku terdiam seketika memikir kan adakah dia akan menerima ku setelah aku sudah bersemuka dengan nya??aku terasa aku akan kehilangannya setelah dia tahu keadaan aku yg tidak sempurna.tiba-tiba air mata ku mengalir memikirkan semua itu..cukup hebat dugaan diriku..aku mula memikirkan benda yg bukan-bukan..puas aku menangis … tiba-tiba fon ku bordering… ah!tidak ku sangka rupanya si dia yg menelefon! aku menjawap panggilanya tetapi tidak ada suara ku yg keluar.mgkin terlalu sedih mengenang nasibku.dia ber tanyakan kabar ku.terasa lega aku setelah dia masih lagi mahu bertanyakan tentangku,seolah-olah tidak ada apa yang ber laku baginya..
Aku semakin bersemangat… hari demi hari, dia selalu tersenyum bila bertemu denganku, dia tidak pernah lupa untuk bertanyakan kabar ku.aku cukup senang hati dengan semua itu.. kini tibalah masa aku untuk meluahkan isi hatiku yg aku sudah jatuh cinta denganya.kata-kata pertama luahan ku telah membuatkan dia terdiam seketika.dia semakin kurang bercakap..aduh apa yg ku buat ni?aku takut. jenuh aku memujuk.mungkinkah dia tidak sampai hati untuk memberi jawapan kepadaku?tapi aku masih lagi berusaha untuk mendapatkan keputusan darinya dan ini luahan yang diberikan padaku..
“Saya iklas mengenali awak.awak lah orang pertama yg mengambil berat tentang diri saya.saya tak anggap awak tak same macam orang lain tapi ape yang awak luahkan pada saya adalah kejutan untuk diri saya.berilah saya masa untuk membuat keputusan.saya tak nak awak akan terasa hati nanti..”
kata-kata itu sekali lagi buat aku termenung.adakah aku terlalu awal meluahkan perasaan ku kepadanya atau tidak mungkin aku akan dapat bersamanya?aku semakin kusut memikirkan si dia.. dan ini jawapan yg aku dapat setelah dia sedia memberikan jawapan..
“awak saya tak pernah bercinta dan tidak kenal lagi apa yg dimaksud cinta.boleh tak kalau kite kawan je dulu?jauh lagi perjalanan hidup saya.saya takut kalau saya menerima awak tapi tidak kata keluarga saya.” . tiba-tiba dia menangis.aduh apa yg aku nak buat ni!!
Aku terus memujuknya.aku minta maaf padanya. kami kawan seperti biasa.. setelah hampir setahun kami berkawan aku dapat rasakan yang dia semakin senang dengan kehadiran ku.aku tambah bersemangat.dia lah yg banyak menyokong aku , memberi dorongan dan kekuatan.kami sentiasa berkongsi segala duka dan gembira.
Akhirnya si dia mengaku yg dia memang menyayangi ku.aku gembira yg amat sangat.aku berdoa dan ber syukur. dia adalah insan yg mulia bagi ku.apa pun yg aku lakukan dia setiasa ada di belakang.
Dugaan pertama si dia adalah tatkala dia di terima untuk menyambung pengajiannya di pulau pinang. berat dia ingin meninggalkan aku.tapi aku yg memberi kata-kata semangat untuk si dia. “ini adalah masa depan kita,” baru hari pertama dia berada di sana dia dihujani air mata kerana merindui aku.aku terus memujuknya supaya dia menjadi lebih tabah.tiga tahun dia di sana tapa aku dan dia akhirnya pulang dengan segulung ijazah.aku tumpang gembira.aku yg pergi menjemput nya. aku cukup-cukup rindukan senyumannya!!!
Kini kami bahagia seperti biasa.dia tidak pernah melukakan hati ku.sekarang sudah masuk lima tahun hubungan kami, tanpa pegetahuan keluarganya……..
ku rasa itulah dugaan terakhir ku. adakah aku akan diterima keluarganya atau TIDAK???
aku dan dia terus berdoa semoga kami dijodohkan dan akan bahagia seperti insan lain hingga ke akhir hayat…
Doa kanlah kebahagian kami, aku amat menyayangi nya, aku tak dapat bayangkan jika aku terpaksa melepaskannya..
sekian….
(saiful isa) OKU. AKU DAN DIA.

No comments:

Post a Comment