IKAN BAKAR



assalamualaikum..


-ikan bakar-
|


paparan menarik renjer kali nie..bile dapat hasil, ikan dibakar cicah air asam!! perhh!! ade ke orang tak pandai makan ikan bakar??? rugi la kan kalau tak pandai makan..bukan susah pun nak sediakan hidangan macam nie..ke ade yang tak pernah tahu dan tak pernah rase ikan bakar nie???pelik kot kalau sampai tak tahu hahaha....



itu la untungnye berkawan dengan kaki pancing macam renjer nie kih3..salalu je dapat merase ikan bakar..ikan dah tentu yang special je..saiz mega pulak tu..weeeehuu..




tak berkawan dengan kaki pancing pun merase je kot makan ikan bakar nie.. kat restoran pun sekarang dah banyak jual menu ikan bakar nie.. pilih je nak ikan ape.. keli,lampam,tilapia
ikan-ikan laut macam-macam lagi lah...kene ade duit je la hihi...

kalau nak yang free mai la melawat renjer selalu..insyaallah menu tak mengecewakan punyelah..hihi



nota renjer: ikan ape yang korang selalu jadikan hidangan ikan bakar???


HASIL RENJER LAGI


assalamualaikum...


-IKAN LAMPAM-



Hampir sebulan tak turun ke sungai...umpan dah cun..trip ke kenyir plak di tunda..arhhh!! tapi takpe sungai bernam masih ada dan tak pernah mengecewakan renjer hehe... semalam sempat turun sekejap kat lubuk yang selalu renjer turun..naik semak dah pot lubuk tu.. mungkin kaki pancing lain pun dah lama tak ke situ..



sampai ke lubuk dalam kul 10am berbekalkan umpan terbaik renjer...balingan pertama tak sampai 2 minit dah mengena..huhu bes2!! berbelas ekor dapat ikan lampam..jadi la rezeki gak tu...dah lame tak makan lampam goreng terliur dah rase cepat-cepat je kemas pncing trus balik..nak balik lewat-lewat pun tak berani pasal renjer sesorang je ke lubuk tu...



mungkin nanti renjer akan serang lagi ke lubuk nie..mane tahu kali nie ikan kelabau ke ikan patin ke yang berminat pulak perhh!! mau menjerit mesin pancing hehe....


nota renjer: sape suka ikan lampam nie????


hasil terbaru renjer


assalamualaikum..


-renjer-


Sudah hampir sebulan rasenye renjer tak jengok ke sungai terasa rindu la pulak..silap-silap mesin pancing pun da mule membeku hehe...hujan je hari-hari..air pun makin banjir...hari ni cuti dah tak tahu nak buat ape,dah la hobi satu tu je ade..trip ke kenyir di tunda pulak hadoii!!

boring punye pasal henjut jap petang tadi lepak kat kfc! fuh!! 6 ketul renjer sebat ayam tu hahaha sedap gile.........kemunculan ahad la pulak huhu... nak kemane ye......tidor?? lepak kat air terjun?? jumpe awek?? eh ade ke awek kah3!




note renjer: nak ke mane yang best nie???

INFO TENTANG IKAN SEBARAU



assalamualaikum...


-IKAN SEBARAU-



Hampala macrolepidota Ikan sebarau merupakan sejenis ikan air tawar yang ada di Malaysia dan spesis ini dari golongan ikan yang menyambar walaupun tidak mempunyai gigi...biasanya ikan ini duduk di kawasan berarus deras dan di reba-reba atau celah batu-batuan...makanan diet utamanya adalah anak-anak ikan dan udang...Biasanya bagi kaki pancing yang sudah biasa menduga ikan ini akan menggunakan teknik casting.....


- teknik casting-
|


Teknik memancing dasar juga biasanya bolehlah menggunakan umpan anak ikan atau udang dan untuk teknik casting pula bolehlah memilih rapala yang sesuai dan banyak terdapat di kedai-kedai pancing di seluruh Malaysia...Ikan sebarau ini juga mempunyai kekuatan yang cukup hebat jika sudah lekat di kail dan bisa memutuskan tali pancing dengan satu henjutan yang kuat..haruslah sentiasa bersedialah untuk menduga ikan ini...




Selain di jadikan hidangan Ikan sebarau ini juga sesuai dijadikan ikan perhiasan akuarium kerana mempunyai sisik bertanda dan mempunyai ekor yang cantik berbelang.


nota renjer : siapa pernah tengok ikan ni?????


SENJATA UNTUK KESELAMATAN



ASSALAMUALAIKUM....


-GOLOK-



Senjata keselamatan atau golok yang sesuai untuk kaki pancing ketika berada di sungai atau di hutan...kaki pancing haruslah memiliki senjata seperti ini untuk mempertahankan diri sekiranya berlaku sesuatu yang tidak diundang...bagi renjer banyak kegunaan golok ini ketika berada di hutan terutamanya untuk sampai ke lubuk-lubuk menarik..banyak belukar yang akan di tempuh,jika ada golok mudahlah untuk membuat laluan supaya mudah sampai ke kawasan lubuk yang dikehendaki...

-golok hasil tangan tok kie-
|


sempat singgah ke blog rakan renjer tok kie untuk melihat hasil kerja tangan beliau yang cukup seni..ini antara golok yang telah disiapkan beliau dan ditempah oleh sahabatnya dari Negara Brunei...tiga bilah golok hasil dari kayu jenis serian dinamakan golok bersarung tebuk...




beberapa bilah lagi golok tok kie sedang didalam proses untuk beliau menyiapkannya...untuk sebarang pertanyaan atau tempahan bolehlah terus ke blog beliau


nota renjer: rasenye selamat tak kalau dah ada golok????


INFO TENTANG IKAN KETUTU/IKAN UBI


assalamulaikum..


-IKAN KETUTU-



Ikan ketutu (Marbled Goby)atau juga di kenali sebagai ikan Ubi bagi di negeri sebelah Pantai Timur, juga terkenal di kalangan masyarakat cina dengan nama "Sun Hock". ikan ini juga dari spesis air tawar yang banyak mendiami lombong,paya-paya sungai dan juga telah banyak di ternak untuk tujuan komersial...



ikan ini cukup bernilai selain dari ikan Kelah kerana rasa isinya yang lazat serta berhasiat.. untuk menduga ikan ini juga bukanlah mudah kerana ia bukan sejenis ikan yang aktif dan sentiasa menunggu ikan-ikan kecil yang hampir dengannya untuk di jadikan makanannya...
bagi kaki pancing seperti renjer sendiri mengakui kebanyakannya berjaya mendaratkan ikan ini dengan cara tidak sengaja atau tidak menjangka...


Ikan ini juga boleh mencecah sehingga ratusan ringgit untuk yang bersaiz mencecah 1kg ke atas...mahal tu...hehehe...

nota renjer: pernah ke sape-sape merasa ikan mahal nie????


INFO TENTANG IKAN ROHU/ARA


ASSALAMUALAIKUM..


-IKAN ROHU-



Ikan Rohu/Ara tergolong dari keluarga ikan kap dan habitat asalnya dari India, Bangladesh,Pakistan & Nepal..Di Malaysia ikan ini telah di komersial dan telah di pasarkan di Singapore dan juga di dalam malaysia sendiri..ikan ini juga cukup terkenal di kolam-kolam pancing berbayar kerana kekuatannya ketika beraksi.. bagi kaki pancing yang biasa menduga ikan rohu ini pasti merasa kehebatanya bila sudah lekat di kail dan merasa pengalaman yang hebat setelah berjaya mendaratkannya...

koleksi renjer
|


Bagi renjer untuk bertarung dengan ikan ini sudah tentulah pergi ke lombong-lombong terbiar di sekitar daerah Perak di mana ikan ini cukup banyak dan membiak dengan cepat..umpan untuk ikan ini juga tidak lah begitu susah dengan hanya mengunakan dedak ayam atau dedak itik sudah cukup untuk memikat seleranya..namun untuk menduga ikan ini di kolam berbayar perlulah tahu resipi sebenar umpannya..



ikan rohu antara koleksi renjer
|

mata kail yang biasa digunakan untuk menjerat ikan ini pun agak mudah dan banyak terdapat di kedai-kedai pancing di malaysia..bagi kaki pancing yang belum pernah menduga ikan ini bolehlah mencubanya....



nota renjer: siapa pernah menduga ikan nie????


CERITA TENTANG SUNGAI


ASSALAMUALAIKUM...


-SUNGAI-


Untuk paparan kali ini renjer akan kongsi sedikit cerita tentang sungai dan kenapa pentingnya untuk kita tahu tentang sungai ini...sungai kita di Malaysia tidak sama dengan sungai yang ada di negara-negara jiran yang mana sungai di negara mereka kebanyakannya sudah tercemar.... kita masih beruntung di mana kita masih lagi banyak mempunyai sungai yang bersih kekal semulajadi...

diharap sama-samalah kita menjaga dan mengekalkan keindahan semula jadi sungai kita ini... terutamanya kaki-kaki pancing...sentiasalah beringat jika berada di sungai..janganlah membuang sampah sesuka hati biarpun hanya secebis plastik gula-gula..


tidak lupa jugak penghuni yang ada di dalamnya..untuk kaki pancing sama-samalah kita menjaganya.. jika yang lekat di kail hanya ikan yang baru ingin mengenal dunia diharap lepaskan lah...
bile dah ikan kecik pun jadikan lauk,jangan merungut pulak bile pergi ngail tak boleh nak dapat ikan yang besar hehe...



nota renjer : siapa rumahnye dekat dengan sungai???


AWARD UNTUK CIK-TOGE.




ASSALAMUALAIKUM..


Tadaaa!!..hihi..folower bes 555.. cik-toge yang punye.. tahniah renjer ucapkan dan tak lupe juge pada folower yang lain...terbaiklah!!
|
|
|
|
|
V
-award 1 utk cik toge-


-award kedue utk cik toge juge-



nota renjer: next award 666 huhu... boleh ke ye..????



INFO TENTANG IKAN KALOI.




ASSALAMUALAIKUM....


-IKAN KALOI-
|

ikan kaloi juga sejenis ikan air tawar atau nama sainsnya osphronemus goramy..
ikan ini berbadan leper dan jika ia jantan mempunyai sedikit bonggol dikepala..diet utamanya ialah tumbuh-tumbuhan pinggir tebing,lumut,dan juga serangga-serangga kecil seperti cengkerik,belalang,pepatung,dan juga cacing..biasanya ikan kaloi mendiami kawasan yang berair tenang...



ini antara paparan koleksi renjer untuk ikan kaloi...untuk menduga ikan ini haruslah peka kerana ikan ini juga bijak untuk menjamah umpan yang dilabuh..untuk bertarung dengan ikan ini haruslah bijak mengendalikan joran dengan betul kerana ikan ini apabila mencecah saiz 2kg keatas kutratnya cukup kuat dan pantas, juga mudah untuk memutuskan tali pancing dengan hanya satu libasan ekornya..


|
koleksi trip ke sungai bernam.
|


ikan kaloi ini juga sesuai untuk dijadikan ikan perhiasan untuk akuarium dan mudah untuk memeliharanya..



nota renjer: agak-agak ikan nie sedap wat masak ape ye?????


INFO TENTANG UMPAN UNTUK MENGAIL IKAN.



ASSALAMUALAIKUM..


-UMPAN-


Kali nie renjer nak cerite sikit pasal umpan nie..tambah pulak yang masih baru dalam dunia mengail nie..mai rapat sikit..:) ceyy!! mcm cikgu la pulak hehe..
selalunye dengar je pasal mancing nie mesti korang ingat cacing je umpannye ye..banyak sebenarnye umpan untuk menduga ikan-ikan nie,yang tak masuk di akal pun ade boleh jadi umpan..tak caye?? contohnye macam anak lebah, biasanya umpan anak lebah ini digunakan untuk mengail ikan puyu,lampam,haruan,keli,selais,baung..cara untuk mendapatkan anak lebah nie?? korang kene la berhadapan dulu dengan ibu-ibu si lebah nie hehe..silap haribulan boleh ke ICU tu hahaha..

p/s: cube umpan lain la kot.

bagi renjer umpan yang paling baik sudah tentu lah buah kelapa sawit..
|
|


tak kira lah di potong halus atau di gunakan sebijik-sebijik..banyak jenis ikan yang menggemari buah kelapa sawit ini,hampir boleh dikatakan semua spesis ikan sungai menggemarinya..namun hanya tinggal teknik sahaja untuk mengetahui cara untuk menggunakannya..
|
|


bagi yang ingin menduga ikan lombong?? ha tu senang je umpanye.. tepung yang di campur dengan dedak ayam..pelik?? biase kot dengar umpan nie?? biasenya ikan yang paling cepat sangkut untuk umpan campuran ini seperti ikan tilapia,lampam lombong..untuk ikan rohu,tongsan,patin dan likoh juga menggunakan dedak.. tetapi banyak campuran lain yang digunakan bagi menjadikannya lebih menarik dan berbau wangi..
|
|


untuk umpan yang paling biasa di gunakan oleh pemancing seperti cacing atau umpun-umpun..
sesuai digunakan untuk pelbagai jenis ikan atau udang tak kiralah di sungai mahu pun lombong...
|
|


ha dah tahu umpan kan?? apa lagi jom ngail hehe...



nota renjer: nak tahu lagi jenis umpan???


INFO TENTANG IKAN SEPAT.



ASSALAMUALAIKUM....


-IKAN SEPAT-

-

ikan SEPAT SIAM (trichogaster pectoralis).. antara ikan yang mudah untuk di buru..biasanya cara yang mudah untuk memerangkap ikan ini seperti menjala,jaring,bubu,dan lain-lain.. tapi masih ada teknik untuk mengail ikan sepat ini..dan juga ada umpan terbaik untuk menduga ikan sepat ini.. walaupun ikan sepat ini tidak lah sehebat ikan sungai yang lain tetapi masih ada kepuasanya jika seekor demi seekor berjaya lekat di kail..




mengesan lubuk untuk mengail ikan sepat..cukup mudah untuk mengesan kawasan lubuk ikan ini,tempat yang selalu di diaminya seperti di lombong terbiar,paya-paya sungai dimana tempat yang penuh dengan lumut untuk dijadikan makananya..biasanya ikan ini berkumpulan dan gemar bermain di permukaan air..
|


koleksi renjer hasil dari trip mengail ikan sepat...
|



nota renjer : korang ade ke pot ikan nie?? jom jemput renjer kite kail sampai abis hehe...:)


INFO TENTANG IKAN KELABAU.




ASSALAMUALAIKUM...



-IKAN KELABAU-



ikan kelabau..paparan renjer untuk kali ini..mungkin masih ramai lagi di kalangan kaki pancing tidak mengenali spesis ikan yang unik ini..tak semua sungai di malaysia ada spesis ikan kelabau nie..bagi renjer, untuk menduga ikan ini tidaklah semudah seperti ikan lampam yang tidak memilih umpan..ia cukup licik untuk meragut umpan yang di labuh.. biasanya ikan kelabau ini berkumpulan apabila seekor sudah tersangkut di kail pastinya yang lain-lain akan lari ke dalam reba-reba untuk bersembunyi..bagi renjer yang sudah ada pengalaman untuk menduga ikan ini masih ada teknik-teknik untuk memujuk ia keluar.. :)
hehe... bukan teknik pukau ye :)



ini antara koleksi dari trip renjer ke sungai bernam..lumayan tu hehe.. umpan yang terbaik untuk ikan kelabau ini seperti buah kelapa sawit yang masak ranum di potong halus.. atau buah sawit masak yang di peram terlebih dahulu..kail yang digunakan haruslah bersesuaian dan tidak terlalu kasar..masa yang paling sesuai untuk memburu ikan ini adalah di sebelah pagi..ikan ini tidak aktif pada waktu malam..



harga bagi ikan kelabau ini boleh mencecah sehingga rm30 per kg.. tak la mahal kot???
paparan seterusnya untuk hidangan.. perhh!! tentu-tentu dah 3rasa.. bakor!! hehe paling koman pun goreng aje..:)


nota renjer : nak tips2 menduga ikan nie???


INFO TENTANG IKAN HARUAN.



assalamualaikum..




-IKAN HARUAN-



ikan haruan atau snakehead.. sebut je pasal ikan nie,ha semua mesti dah tahu kan??dan semua pun tahu ikan haruan ini banyak hasiatnya seperti menyembuhkan luka dalaman selepas pembedahan,selepas melahirkan anak dan gastrik.. harga bagi pasaran ikan haruan nie pun tak la mahal sangat mencecah sekitar rm20 per kg je itu pun mengikut kawasan..

ikan haruan ini jugak mengandungi sejumlah besar vitamin A yang mampu membantu menambah daya penglihatan,melembapkan kulit dan bertindak sebagai anti oksidan yang melambatkan proses penuaan..
(yang mane dah rase tua tu boleh la oder kat renjer ikan haruan hehe..)

kali nie paparan renjer koleksi ikan haruan hasil dari trip ke lokasi-lokasi yang terbaik di daerah perak..





saiz ikan haruan kalau besar-besar macam nie ia digelar BADAU..




teknik-teknik mengail ikan haruan?? hah! jangan malu nak tanye renjer..hehe..

nota: sape yang tak makan ikan haruan nie???