HASIL TERBARU TRIP KE SUNGAI BERNAM



ASSALAMMUALAIKUM..




Terlebih dahulu renjer ingin mengucapkan salam aidilfitri kepada semua pembaca dan kepada semua yang sudi singgah....
selamat hari raya maaf zahir & batin ^_^



-sg bernam-


Sabtu 27.o8.11.. jam 4 pagi.. plan renjer turun ke sungai bernam bersama rakan renjer (ajai).. malam sebelum renjer turun tu sempat rakan renjer cerita ade geng pancing tegar besout 1 turun ke sungai bernam ni..siap 3 ekor lagi ikan patin diorang daratkan..mula-mula agak sukar renjer nak percaya dengan ceritanya.. mane taknye.. hari-hari hujan je.. rasanya sungai bernam ni masih banjir.. (maklum la rakan2 kaki pancing ni memang suka bagi panas line hehe..) oleh kerana sumber ceritanya boleh di percayai, renjer pun plan la dengan ajai untuk turun subuh selepas sahur..

sesampai je kat lubuk, tak sangka rupanya memang sungai bernam nie airnya semakin surut walaupun hujan semakin kerap turun.. huh! sangap mancing punye pasal berebut la nak labuhkan joran hehe.. tak perlu tunggu lama tu lepas umpan di labuhkan...jerit dah mesin si ajai.. owhhh! patin rupanya!!! hehe alhamdulillah..



menjelang pagi semakin rancak ikan lampam kami daratkan seekor demi seekor sangkut kat kail..banyak jugak hasil kami kali ni..

ha raya ni ade la dah juadah ikan sungai hehe..lepas nie trip renjer mungkin akan turun ke sungai bernam ni lagi.. raya ke 3, ke 4 dan raya ke 5 mungkin kami akan turun ke sungai perak pulak.. tu kalau dapat restu la hihi..




ni la semua hasil kami.. 2 ekor ikan patin 4 kg..
ikan lampam seekor yang 1.7 kg
selebihnya sedang-sedang je saiznya...




nota renjer : mai la singgah beraya..boleh makan ikan sungai weeee........



RENJERSUNGAI , BERBUKA




ASSALAMMUALAIKUM




-juadah berbuka-
|
|
|


Salam ramadhan...Aktiviti renjer di bulan ramadhan..sesekali berbuka beramai-ramai memang seronok..hihi...bufet ramadhan dekat trolak resort..pilih la hidangan ape yang kita nak..renjer pun sampai xtau nak pilih makanan ape hihi..banyak sangat tengok yang sedap-sedap...sape-sape yang nak cube berbuka kat sini boleh la datang ke felda trolak resort nie..siyes cakap sedap-sedap lauk-lauknye..


sesuailah untuk pasangan atau nak bawak family ke berbuka kat sini..
harge pun berpatutan je..layanan die pun bes!!tempat pulak selesa..








nota renjer : sesekali la..kalau selalu boleh koyak poket kih3...




LAGI HASIL SUNGAI DI BULAN RAMADAN



ASSALAMMUALAIKUM




-lubuk kona s-
|



Kali ni renjer turun lagi ke sungai ulu basir dengan nawaitu renjer ingin menduga ikan belida tapi bile renjer sampai je ke lubuk ni, terkejut renjer lihat pokok yang di pinggir sungai lubuk ni sudah tumbang ke dalam air..hampir tiada ruang dah nak melabuhkan joran..mungkin tumbang masa hujan tempoh hari... kalau nak memburu ikan belida di lubuk ni semakin sukar lah jadinya..jika ikan sudah lekat di kail lebih mudah la ikan meloloskan diri...


lepas ni renjer kena cari lubuk baru la untuk memburu ikan belida ni..tapi untuk menduga ikan lain masih boleh lagi contohnye ikan baung, ikan selais dan udang,.. jenis-jenis ikan macam tu tidak memerlukan ruang yang banyak...tambahan pulak udang..ia akan lebih banyak berkumpul jika ada pokok tumbang...


renjer sempat daratkan ikan baung je kat lubuk ni..sekilo lebih jugak beratnya..cukup la sudah ikan yang renjer kumpul untuk juadah berbuka beramai-ramai nanti.. tarikh yang dirancangkan adalah 17 ogos 2011..akan turut berbuka bersama nanti adalah rakan-rakan blogger renjer seperti tuan tanah diary kecilku, cik anis, cik lyn, cik ida, shue aida, sue affendee dan jugak normah..
nota renjer : ada hasil makan ramai-ramai weeeeee.....

IKAN KELABAU BULAN RAMADAN



ASSALAMMUALAIKUM





-sg ulu basir-


Air sungai semakin pulih..banjir akibat hujan 3-4 hari yang lepas sudah semakin surut...sempat renjer turun intai sekejap petang semalam bersama rakan renjer (ajai)..tak sangka air sungai estate ulu basir ni cepat pulak surutnya..mungkin di sungai sebelah bawah tidak hujan tempoh hari...kalau macam nie boleh la dah serang hari-hari.. huhu...sapa-sapa yang dah sangap nak memancing tu...ha dah boleh la halo-halo renjer hehe...puasa??? ha kalau tak tahan puasa tak payah la kot join..hihi masuk hutan cepat penat..bile penat nak kena minum air.. ha..macam mana tu???




setelah setengah jam melabuh umpan... menung punye menung.. kreeetttttt tetiba je drag mesin shimano renjer di sentap hebat..sujud out rod lemax renjer di kerjakannya...layan punye layan..ha tu dia ikan kelabau!!! lame jugak dah renjer tak daratkan ikan kelabau saiz yang besar-besar macam nie..yang dapat ni hampir 2 kilo gak la ikannya..semakin sukar sekarang ni nak menjejak ikan kelabau..tambahan pulak dengan air sungai sekarang ni yang semakin tak menentu..hujan pulak turun dah tak semua tempat...berbeza sungguh cuaca sekarang ni dari tahun yang dulu-dulu...




ape pun sempat jugak la renjer tewaskan seekor ikan klabau ni..seekor lagi berjaya meloloskan diri..tak pe yang lolos tu kire jadi benih la hihi..dapat seekor ni pun dah lepas la nak buat juadah berbuka nanti..


"berminyak muntung makan kainak"..ujar orang banjar hehe...
*maksudnya : "berminyak mulut makan nanti"





nota renjer : ikan bakar!!! ikan bakar!!
meh la lawat renjer kalau nak rasa makan ikan klabau bakar ^_^



SUNGAI BERNAM DI CEROBOH



ASSALAMMUALAIKUM






Sungai bernam sungai semula jadi yang masih banyak lagi penghuninya seperti spesis ikan toman,kaloi,haruan,kelabau,tongsan,patin,kelah,sebarau,lampam,belida dan lain-lain.. di sungai bernam ni lah renjer dan rakan-rakan yang lain telah banyak mendapat pelbagai kenangan dan yang paling seronok kenangan bertarung dengan penghuni di dalamnya...memang terbaiklah hehe.. harapan renjer semoga sungai ini kekal sebegini sehingga ke masa-masa akan datang..







-sg bernam-




adakah sungai bernam ini akan kekal??? rasenya macam tak mungkin je..semakin banyak hutan di pinggir sungai bernam ni sudah diteroka dan telah di ceroboh.. tu kire xpe la lagi,yang lebih mengejutkan renjer ade yang sudah berani turun ke sungai bernam ini mengambil hasilnya dengan cara mengebom!! bom!!! ye bomm ikan..rasanya dah macam melampau je kan??? jenis nak makan sekali je.. tak reti fikir ape yang akan jadi kepada sungai bernam mase akan datang nanti...



tak cukup ke dengan cara menjaring,menajur,bubu,rawai,candit..??? hasil masih tak memuaskan lagi ke??? trus je bom!! benda macam ni renjer mesti akan selidik dulu sama ada ini perbuatan orang tempatan atau orang dari luar...jika sudah terbukti renjer sendiri yang akan membuat aduan kepada pihak-pihak tertentu yang sepatutnya mengambil tindakan..tak rela satu hari nanti sungai bernam ini hanya meninggalkan kenangan je..









nota renjer : sama-samalah kita jaga sungai kita~~~



HUJAN DI BULAN RAMADHAN BERI PELUANG IKAN MEMBIAK



ASSALAMMUALAIKUM





-hujan ramadhan-



4 hari di bulan ramadhan..puasa kedua renjer meninjau bazar ramadhan di felda gunung besout.. terperangkap dalam hujan hampir 2 jam... hujan semakin kerap turun sekarang ni, baik pagi petang atau malam.. barangkali sekarang ini air sungai semakin dalam atau sudah pun banjir.. kali ni bolehla ikan-ikan sungai membiak selepas air semakin dalam..diharap selepas musim hujan reda nanti team renjer akan dapat beraksi semula dan akan mencipta rekod-rekod terbaru hehe..




di sungai bernam..biasanya jika hujan semakin kerap sebegini air sungai sudah pun naik dan melimpah di pinggir-pinggir tebing sungai dan menyebabkan banjir di kawasan-kawasan yang agak rendah dan air mula memasuki hutan-hutan kecil di mana ikan mula akan naik dan mencari tempat untuk bertelur dan mencari makanan..selalunya banjir begini mengambil masa sebulan dua untuk surut itu pun bergantung pada hujan...selepas air surut nanti barulah ikan-ikan ini turun ke sungai semula.. mase tu la nanti renjer tak kan lepaskan peluang dan akan beraksi semula hehe...rest sungai bernam!!








nota renjer : bagus jugak musim hujan nie..
dapat jugak rehat dan berpuasa..
selamat berpuasa semua !



HASIL TRIP KE SUNGAI PERAK 30 JULY



ASSALAMMUALAIKUM



-teluk bakong-

|
|
|
|
V


Di sini renjer berkesempatan ingin mengucapkan
selamat menyambut bulan ramadan kepada
semua peminat dan pembaca renjer sungai..

terima kasih di atas semua sokongan anda ^_^



Trip renjer & my bro ke sungai perak 30 july adalah trip penutup untuk menyambut bulan ramadan ini..misi last renjer ke sungai perak kali ni penuh dengan dugaan sebelum berjaya mendapatkan hasil..mane taknye sampai je ke lubuk lebih kurang jam 3 pagi.. baru je selesai dirikan kemah dan labuhkan 2 joran tiba-tiba hujan turun selebat lebat2nya..huh!! siap ribut lagi pulak tu.. duduk dalam kemah rase dah macam nak terbang je huhu...

jam 8 pagi hujan pun reda..renjer membuat keputusan untuk menukar lokasi tapi sebelum itu sempat singgah ke pekan parit untuk mengisi perut masing-masing..ronda-ronda cari port baru..3-4 port yang kami singgah dan mencuba nasib namun masih tiada hasil..cuma ikan-ikan kecil je yang sudi..port last kami ahkhirnya ke lubuk teluk bakung.. di situ baru la joran renjer di sentap hebat oleh seekor ikan kerai...



ini sajelah hasil yang kami perolehi dari trip ke sungai perak untuk kali ni..ape-ape pun trip kami kali ni cukup puas melihat keindahan ciptaan tuhan..banyak lokasi terbaru yang kami jejak dari teluk kepayang ke kg senin.. trus ke pekan parit..ke kuala-kangsar berpatah balik ke teluk bakong dan yang last ke bawah jambatan ke pasir salak..huhu banyak port tu kami jelajah...

sesudah pulang dari trip ke sungai perak renjer sekali lagi di pelawa untuk turun ke sungai bernam pulak..kali nie renjer dan 4 lagi rakan renjer yang datang dari t,intan dan seorang lagi dari pahang...misi kami ingin menduga si patin,renjer menetapkan kami akan turun ke lubuk bragok skc sg bernam..sampai ke lubuk jam 2 pagi.. selesai je dirikan kemah kami pun masing-masing melabuhkan joran..renjer yang sudah keletihan masuk awal ke dalam kemah untuk berehat.. kroh3!!!hihi..




jam 6 pagi kami dikejutkan lagi dengan angin yang kencang membawa hujan yang tiba-tiba semakin lebat..huhu sekali lagi dilanda ribut!!! hujan tidaklah lama tapi sudah cukup untuk menukar air sungai menjadi keruh.. mungkin tiada rezeki kami untuk trip kali ini...jam 10 pagi setelah matahari pun mula naik kami pun berkemas untuk pulang... brommmm...



nota renjer : 2 kali kena ribut huhu..
dugaan2 hehe...


kad raya untuk pembaca renjer sungai




ASSALAMUALAIKUM




ENTRY MELEKAT SAMPAI RAYA










salam ramadhan dan salam lebaran buat semua pembaca renjer sungai..







nota renjer : hingga kita bertemu lagi untuk trip2 mengail yang akan datang....