IKAN KELABAU SUNGAI PERAK




ASSALAMMUALAIKUM


-sg perak-
|


Sekali lagi renjer tak join trip diorang ni ke sungai perak..misi renjer ke estate shoon sheng memburu ikan haruan masih belum selesai..ramai yang oder ikan haruan dekat renjer..mungkin minggu ni renjer akan terus memburu ikan haruan je..

trip ke sungai perak lubuk kg teluk kepayang..trip diorang ke sungai perak ni menarik jugak hasilnye..2 ekor ikan kelabau berjaya didaratkan..ikan ni abang renjer (acik) yang daratkan..3.4kg sekaligus memegang rekod peribadi beliau..tahniah bro! lu sudah mahir guna umpan sawit peram hehe... rakan acik muzalmi pulak daratkan sekor lagi seberat 1kg..yang selebihnya ikan lampam je..dan abang renjer anjang pulak dan rakan-rakan die yang lain renjer tak pasti la hasil diorang..




ikan kelabau 3.4kg seekor..besar tu..renjer pun tak pernah daratkan ikan kelabau sebesar tu..rekod renjer pun baru 2.4kg je..tu pun renjer dapat dekat sungai bernam..dekat sungai perak ni renjer tak pernah lagi rasenye daratkan ikan kelabau ni..lagipun trip renjer banyak ke sungai bernam je..nak ke sungai perak ni jauh sangat..kalau ke sungai bernam tu,naik moto setengah jam je renjer dah boleh sampai ke lubuk..

kalau nak turun ke sungai perak ni pun renjer join abang-abang renjer jela.. tu pun kalau diorang balik bercuti..







nota renjer :  ikan kelabau besar macam ni memang best la kalau di bakar..


HASIL TERBAIK LAGI




ASSALAMMUALAIKUM






Estate shoon sheng kawasan tanah gambut berpaya sekarang adalah menjadi lokasi terbaik renjer dan rakan-rakan lain memburu ikan haruan..minggu ni saje berturut-turut renjer turun ke estate ni..berpuluh kilo dah ikan haruan yang renjer kumpul..last semalam peraih datang ambik hampir 100kg kesemuanya..lepas la renjer nak tukar mesin pancing baru hehehe...



banjir dekat estate ni mungkin bertahan dalam minggu ni je..air dah semakin surut..kalau air dah betul-betul surut susah la sikit nak dapat banyak memancing ikan haruan ni..ikan-ikan semua dah masuk ke kawasan yang penuh rumput-rumput tebal..semakin sukar la nak memburunya..

tapi kalau dah tegar macam renjer ni bukan kire dah hehe..surut je banjir nanti serang ke sungai pulak..mane tahu banjir kali ni banyak bawak ikan-ikan baru kat lubuk renjer kat sungai bernam tu..lame jugak dah tak dapat makan ikan patin sungai bernam tu hehe..harap-harap lepas banjir ni trip renjer ke lubuk sungai bernam tu lebih menarik..




kalau untuk trip ikan haruan ni, renjer rase cepat la halo-halo renjer pade sape yang nak join tu..banjir dekat estate ni dalam setahun 2 kali je..kalau nak merasa tarikan ikan haruan tu ha jangan la tunggu-tunggu hehe..insyaalah lubuk dekat estate ni takkan mengecewakan..

kalau yang masih baru untuk memancing ikan haruan ni pun boleh datang..renjer akan ajar semua teknik nak memancing ikan haruan ni..syarat utamanya jangan geli nak pegang katak je hehe..







nota renjer :  bagi yang minat teknik casting jom kita serang lubuk dekat estate ni...


MISI MEMBURU IKAN HARUAN ESTATE SHOON SHENG




ASSALAMMUALAIKUM







Misi renjer minggu ni turun memburu ikan haruan je..selagi sungai bernam tu belum surut banjirnye selagi tu la renjer akan memancing ikan haruan ni je..lagi pun permintaan ikan haruan ni tinggi..berbaloi jugak kalau memancing ikan haruan..3 hari ni je renjer turun dah boleh kumpul berpuluh kilo..

lubuk terbaik renjer kali ni dekat estate shoon seng pulak..bila air banjir kat estate ni dah semakin surut semakin banyak la ikan-ikan haruan ni berkumpul turun ke parit-parit asal..masa ni la memancing ikan haruan ni cukup seronok..pantang jatuh umpan jer mesti ada yang sambar..sekali renjer ke lubuk ni, kurang-kurang umpan katak ni kena ada 50 ekor baru cukup..




sampai dekat kedai pancing pun dah takde stok nak jual katak..berebut kaki-kaki pancing nak beli katak ni.. kalau renjer pegi cari sendiri je katak ni.. satu malam tangkap katak lepas la untuk stok 2 hari turun memancing.. agak-agak badan penat, malas nak cari, beli jugak la kat kedai pancing tu..

macam ni la rutin harian renjer..partime cari ikan je..kalau dapat hasil banyak kira beduit la sikit hehe...dari duduk rumah je takde keje baik pegi memancing..betul dak!?? :P






nota renjer : ikan haruan ni bagus untuk kesihatan..tapi renjer tau mesti  ramai yang geli nak makan ikan haruan ni kan?? 




IKAN KELABAU!



ASSALAMMUALAIKUM





Biarpun air sungai masih dalam, biarpun cuaca kurang cantik, kalau sudah digelar tegar, apa pun ku redah jua huhu..masih lagi ada rezeki untuk renjer..kelabau ni last sekali renjer dapat sebelum air sungai bernam ni mula banjir balik..tah bila pulak musim hujan ni nak reda..

buat sementara ni terpaksalah trip memancing ditunda lagi..kepada kawan-kawan renjer yang dah tak sabar nak join trip renjer memancing tu,kena la menunggu lagi..banyak hikmah bila sungai bernam ni banjir..sekurang-kurangnya dapat jugak ikan-ikan kat sungai tu membiak..bila ikan makin banyak makin seronok la memancing nanti :P






tapi kalau nak join renjer memburu ikan haruan memang sesuai la musim air dalam macam ni..dalam 2,3 hari ni pun renjer duk pulun memancing ikan haruan je..sambil-sambil balik memancing tu sempat la pilih buah kelapa sawit untuk diperam..mane tau dalam seminggu dua ni air sungai akan surut..kalau umpam dah ade nanti senang la nak terus serang je ke lubuk..





nota renjer :  lagi lama banjir sungai bernam tu..lagi banyak la ikan bila air sungai dah surut nanti..



REKOD TERBARU IKAN PATIN SUNGAI BERNAM


ASSALAMMUALAIKUM



-patin 9.3kg-
|

   
Jumaat 9/12/2011..sekali lagi edy berjaya memegang rekod baru ikan patin terberat yang berjaya didaratkan di jambatan nelson sungai bernam ni..rekod sebelum ni yang di pegang oleh hafiz 8.9kg..huh! semakin cekap dorang ni sekarang menggunakan umpan sawit peram ni..lawan sifu dah ni hehe..

biar pun hanya lepak santai je kat jambatan ni..kadang-kadang tu gempak jugak hasilnye..bukan senang nak tunggu ikan yang saiz macam ni makan umpan..memang rezeki edy la tu..luck sungguh joran die..sebelum tu joran die jugak yang pegang rekod terberat 8.5kg..lepas tu hafiz 8.9kg..sekarang joran die mengena lagi 9.3kg pulak..joran renjer tah bila la pulak hehe..tapi kalau nak kira paling banyak daratkan ikan patin kat sungai bernam ni dah tentu la renjer hehe..cuma yang paling berat renjer daratkan 7.5kg je...




renjer kena kerap la turun ke sungai bernam ni kalau nak potong rekod ikan terberat dorang ni..umpan pun renjer dah stat peram yang baru..umpan yang lama-lama punya sawit peram banyak yang dah rosak.dah jadi terlalu lembik..balik memancing hari tu kena hujan tak sempat nak bungkus umpan..habis masuk air..terpaksa la renjer kena peram sawit yang baru lagi..sementara tunggu umpan sawit tu jadi..renjer ke estate ulu basir jela memburu ikan haruan..lagi pun ramai dah member renjer oder nak ikan haruan ni...








nota renjer : 2 minggu jugak la kalau nak tunggu sawit peram tu betul2 boleh digunakan.. 
semetara tu renjer kena layan ikan haruan jela dulu :P


PESTA IKAN HARUAN DI ESTATE ULU BASIR



ASSALAMMUALAIKUM






Musim hujan yang berterusan bulan ni menyebabkan ladang kelapa sawit estate ulu basir ni ditenggelami air..berekar-ekar tanah ladang ni banjir..pokok kelapa sawit yang baru ditanam habis semua tenggelam..bagi kaki-kaki pancing yang dekat mahupun jauh tetap akan datang dan takkan lepaskan peluang ini untuk memburu ikan haruan.. 

renjer pun sempat turun sepetang memburu ikan haruan ni..berbaloi jugak hasil yang renjer dapat petang tu..15 ekor umpan katak yang renjer bawak pun boleh tak cukup..memang banyak ikan haruan dekat banjir ni..termasuk ikan-ikan seperti ikan puyu ikan sepat dan ikan temakang...






cuma saiz ikannye je yang kurang besar berbanding dahulu sebelum pokok sawit ni di tanam semula...mungkin ikan ini akan lebih besar bergantung pada lama mane banjir ni nanti...jika banjir ni berlarutan sehingga 2.3 bulan lagi mungkin ikan-ikan ni akan lebih besar sedikit saiznya...mase tu nanti memancing ikan haruan ni lebih berbaloi la hasilnya...




nota renjer :  bila banjir je ladang estate ni jadi syurga la untuk kaki-kaki pancing ikan..


TRIP KE SUNGAI PERAK



ASSALAMMUALAIKUM


-sg perak-
|


Kali ni renjer paparkan hasil terbaik abang renjer (acik) dan rakannya zamil yang turun ke sungai perak tempoh hari.....lumayan jugak hasil diorang kali ni..dah dapat sentuhan umpan terbaik la tu hehe..nasib baik la renjer demam..kalau renjer dapat join trip diorang ni mau lebih menarik hasilnya hehe..

antara ikan-ikan yang berjaya diorang daratkan seperti ikan kelabau, belida, lampam dan ikan patin..ikan kelabau tu acik yang daratkan..rasanya kali pertama dia dapat daratkan ni kelabau ni..2.5kg jugak beratnya.. cayalah bro! lu sudah ada lesen besar huhu...




rakannya zamil pulak berjaya daratkan ikan belida ni..4.3kg..besar jugak tu..ikan belida ni renjer tak pasti la zamil ni daratkan menggunakan umpan apa..ikan-ikan lain tu rasanya dah tentu dorang ni daratkan gunakan umpan sawit peram..tambah pulak kalau air sungai perak ni tengah dalam dan tidak keruh..lagi menjadi la kalau menggunakan umpan sawit peram ni...

trip dorang kali ni  berjaya la..hasilnya pun banyak..next time kita plan trip lagi..kalau sekali turun pun dah dapat banyak macam tu tak kan tak nak turun lagi nanti kan hehe..Ntah-ntah sampai je kl dah mula gigil balik tangan nak pegang joran hahaha....


                             ikan belida
                                  |






nota renjer : berbaloi-baloi hasil trip dorang ni..next trip kena peram umpan baru la :P




IKAN KELABAU JAMBATAN NELSON



ASSALAMMUALAIKUM






Gara-gara penangan memancing kat kolam..hujan panas tak ku hirau dan akhirnya diri ku yang menanggung derita huhu..satu hari renjer berselimut tebal,gigil satu badan..berpapan-papan panadol ditelan..demam punye pasal langsung renjer tak dapat nak join trip abang renjer nak ke sungai perak..

tapi misi memburu ikan tetap diteruskan..walaupun badan masih lagi kurang sihat..pagi tu renjer dan abang renjer (ajang dan atam) tukar plan..dari nak ke sungai perak ke sungai bernam je..cuma abang renjer (acik) je ke sungai perak bersama rakannya dari kuala lumpur..





lebih kurang jam 10 pagi kami sampai ke sungai bernam..rupanya air sungai masih lagi banjir..lubuk masih lagi belum boleh masuk..atas jambatan ajelah yang boleh memancing pun..cuaca hari tu cukup panas..gila mancing punye pasal redah jugak..akhirnye renjer tersadai bawah pokok je..kepala pening-pening lalat huhu..(padah kalau demam pun nak ke sungai jugak huhu)

sedar-sedar je dah ade ikan kelabau dengan ikan lampam dalam jut ikan..joran anjang yang mengena ikan kelabau..besar jugak ikannye..tak caye?? jom kite tengok aksi anjang bertarung dengan ikan kelabau kat atas jambatan ni...cameraman atam..renjer?? tidur bawah pokok hahaha..

-aksi vs ikan kelabau-
|


kami balik dari memancing petang tu sekali lagi redah hujan lebat..sampai je kat rumah..siap-siap mandi renjer terus telan ubat banyak-banyak..serik wo kalau demam lagi hehe..malam tu ikan kelabau ni anjang potong-potong..cadang nak antar ke kedai nak masak 3 rasa..tapi kedai wan tomyam tutup la pulak..last-last anjang goreng je ikan tu..cicah dengan cili kicap...itu pun dah sodap!! renjer je makan sikit ikan tu..lidah dah tak boleh nak merasa..sebab effect makan ubat kot..






nota renjer :  korang kalau dah jadi kaki pancing jangan la ikut macam renjer ni..hujan panas tak ingat..bile dah gigil badan ha..amek kau!! :P


SHIMANO LATEST VERSI MALAYSIA




ASSALAMMUALAIKUM





Biarpun mesin pancing jenama shimano ini buatan malaysia, renjer tetap berpuas hati dan murah harganya berbanding yang original from japan..shimano ELF siri 4000 keluaran terbaru..made in malaysia! gunalah barangan buatan MALAYSIA hehe.. kalau yang buatan japan punye jangan nak sentuh la mesin pancing jenama shimano ni..kalau duit dalam poket takat ade rm500 je..tu pun boleh dapat yang mesin siri kecik jela takat rm500 ni.. kalau renjer ni, belum mampu la nak dapat gune mesin yang original japan ni..

yang buatan malaysia ni pun harga die lingkungan bawah harga rm300 jugak la..tak la mahal sangat kan?? kalau yang kaki-kaki joran ni takat harga macam ni dah kire biase pun..betul dak!?? kalau renjer pulak jenis ni pun dah cukup orait! 10 kg punye ikan tarik pun renjer rase mesin ni mampu bertahan punye hehe...




setakat ni renjer pun tak mampu lagi la nak tukar mesin pancing yang baru jenis macam ni..yang mesin dalam gambar ni pun milik abang renjer punye..die baru beli..belum rasmikan pon lagi ni.. bau kedai lagi nih! katenye nak gune mesin pancing tu untuk trip ke sungai perak nanti..lagi pun mesin pancing die yang lame dah tak berapa ok..

berkenan jugak renjer bile belek-belek mesin shimano keluaran baru ni..tapi tu la..mesin pancing shimano senna renjer yang lame pun masih boleh bertahan lagi rasenye..biarpun dah 3 tahun renjer gune mesin tu..macam-macam ikan dah renjer daratkan gune mesin tu..rase sayang pulak nak beli yang baru..kalau dah betul-betul rosak nanti la kot kalau nak tukar mesin yang baru pun..tapi bile dah tengok mesin yang keluaran baru ni jadi teringin pulak nak beli hehe...





nota renjer : biarpun buatan MALAYSIA janji setanding buatan jepun.. 


SANTAI KOLAM DORAEMON 2



ASSALAMMUALAIKUM





Kolam doraemon 2 ni terletak dekat tronoh mines..jalan nak ke pusat latihan UITM seri iskandar perak.. aah iye.. renjer p  layan kat kolam la pulak hehe..owhhhh kenape renjer datang layan kolam ni pulak??  ha..kalau lubuk renjer kat sungai bernam tu tak banjir dah tentu la renjer tak ke kolam ni..dah la hujan makin lebat je 2,3 hari ni..

sangap nak memancing punye pasal! kolam bayar pun kire orait lah! ^_^  dari felda renjer nak ke kolam ni lebih kurang sejam je..ni first time renjer turun kat kolam ni ..awin yang ajak renjer turun..lagi pun dia dah turun kat kolam ni sebelum tu..meriah katanya kat kolam ni.. besar-besar ikannye.. ikan keli,patin,rohu dan macam-macam ikan lah..kata toke kolam ni ikan kat dalam tu ade puluh-puluh tan..kata toke tu la hehe..untuk bayaran masuk rm26 je untuk tiga jam dan untuk tambahan jam rm 5 je..



2 jam pertama renjer dah macam bangau je menunggu ikan keh3..awin ade jugak dapat 2 ekor dah ikan keli.. lain weh! memancing kolam kat kolam berbeza dari memancing kat sungai.. lain tempat, lain caranya wo! hehe .renjer hampir kumpau la kat kolam ni huhu! jenuh jugak la renjer ngan awin  cari step by step kat kolam ni..macam-umpan kami cuba..termasuk la cacing kegemaran keli...pun tak di layannye..

sejam last tu je baru kami jumpe umpan yang kira boleh guna la kat kolam tu.. roti perisa stawbery+dedak 929.. tu pun ikan keli jela yang berminat pun..terpaksa la kami tambah satu jam lagi untuk memancing..sekor-sekor ikan keli kami daratkan..yang bestnye ikan keli dalam kolam ni saiznye semua atas 2kg ..sedap jugak layan..kolam ni pulak besar..berdesing-desing la drag mesin pancing kami hehe...15 kg jugak semua hasil renjer hari tu.. awin punye 9.5 kilo..ikan-ikan tu semua kami tolak balik kat toke tu..die bayar rm2 je sekilo.. jadi la..memancing nak lepaskan gian je pun..kalau air sungai belum ok lagi,ke kolam ni jela renjer akan lepaskan sangap nak memancing.. lagi pun boleh smart2 je turun memancing kolam ni..awek pun ramai memancing kat kolam ni hehehe...









nota renjer :  untung jugak kalau ke kolam ni..hasil boleh jual balik..tu kalau berhasil la hehehe...




RENJER SUNGAI ON MEDIA LAGI



ASSALAMMUALAIKUM







Beberapa hari lepas, Renjer menerima satu panggilan..  dari pihak kementerian katenye..nak datang berjumpa renjer untuk sesi fotografi dan menemubual renjer..mereka ni tertarik dengan blog renjersungai  berkenaan cendawan busut atau cendawan tahun.. dulu pun pernah renjer didatangi dan di interview oleh sorang wartawan  kosmo berkenaan cendawan jugak..


setelah tiba hari yang dijanjikan dorang nak datang tu, lebih kurang jam 2 petang,  dorang pun sampai ke felda renjer ni..gempak gak wo! siap bawak profesional photographer dengan macam-macamlah shooting set dorang.. .nerves renjer weh!! dah la canggih-canggih camera yang diorang bawak tu..lokasi pertama shooting : renjer bawak dorang ni kat tempat tumbuhnya cendawan busut ni..kat kebun sawit dekat area felda renjer ni..




selesai je sesi  photoshoot  renjer bersama cendawan busut ni, kami pun ke pusat jalur lebar pulak..dimana tempat yang renjer mula-mula mengenal IT ni, kat mane lagi kalo bukan ofis cik ana..  kali ni dorang nak shoot scene renjer sedang gunakan komputer dan sesi menemubual renjer pulak..

sebelum habis sesi photoshoot  tu dorang mintak tolong renjer carikan bebudak  untuk shoot scene kanak-kanak menggunakan netbook 1 malaysia katanya..dan seterusnya shooting  untuk kedai runcit dan kedai makan (usahawan luar bandar) tapi yang sayangnye, renjer bizi sakan di interview sampaikan tak sempat nak  snap gambar dorang shooting mase tu..lagi pun camera renjer cap ayam je, segan ah nak guna..yang 2,3 keping ni pun renjer curi-curi je tangkap hehe...




lebih kurang jam 6 petang selesai la semua kerja-kerja dorang shooting..sebelum dorang balik tu renjer sempat la ajak dorang ni datang ke rumah renjer..sempat singgah sekejap je la pun..dah lapar semua katanya..nak pergi makan and terus balik kl je..tak sempat renjer nak sajikan ape-ape pun kat dorang ni, cuma renjer sempat bekalkan dorang buah rambutan ajela..petik sendiri.. fresh dari pokok.. hehe

dan yang last sekali renjer sempat tanye la kat dorang ni..ape yang dorang nak buat dengan hasil shooting tu semua.. katenye maybe berkenaan something macam artikel pasal bisnes.. ermmm.. entahlah.. tunggu jelah nanti ape yang akan terjadi pun.. macam surprise la pulok.. 





nota renjer :  agak-agak gempak tak artikel tu kan??? tak sabar nak tunggu ni hehe.. :P


RENJER & BOLASEPAK



ASSALAMMUALAIKUM





Bila renjer bersukan! bola sepak 9 sebelah anjuran pengurus besar felda wilayah trolak peringkat zon felda gunung besout.. team renjer ni mewakili felda gunung besout 2..dapat tempat ketiga je pun.. kire ok la tu kan hehe..bagi kami tempat ketiga ni pun dah dikira kejayaan besar...kat padang bola renjer tak la selincah mane tapi kalau dekat padang sungai huii!!! hehe.. :P 

jadi la tempat ketiga pun dapat jugak duit dan sijil penyertaan..sempena meraikan kemenangan kami ni.. renjer payung budak-budak team bola sepak renjer ni makan besar..4 ekor renjer sediakan ikan sungai yang spesel..duit hadiah tu kitorang buat bayar makan tu je..





sehari selepas game tu renjer dah tak boleh nak pegi mane-mane..lembik satu badan kihkihkih..mane taknye dah 3 tahun rasenye tak main bola kat padang ni..selalu tu main futsal kat dewan tu je..main kat padang ni lain sikit,jenuh kerah tenaga..dah la berpanas..pegi memancing pun tak seletih tu..ape pun majulah sukan untuk negara!! :P




nota renjer : jaringan kemenangan team renjer meletakkan kami ke tempat yang ketiga :P sepakan berbisa dari renjer hehe.. :P



IKAN KELABAU LAGI



ASSALAMMUALAIKUM





-ikan kelabau-
|

Misi renjer yang seterusnya..masih lagi lokasi yang sama dan lubuk yang sama dekat sungai bernam ni..hasil renjer kali ni seekor ikan kelabau dan seekor ikan lampam je..bukannya dah takde ikan kat lubuk ni,cuma air sungai je semakin keruh..mungkin hujan lebat di sebelah atas menyebabkan air sungai menjadi semakin keruh...

nak buat macam mana kan..nasib la sempat jugak daratkan ikan kelabau ni..ikan-ikan kat lubuk ni kalau air dah keruh memang takkan makan umpan dah..tambah pulak kalau menggunakan umpan sawit peram ni..memang dah takde harapan la..renjer kena rest dulu la sementara menunggu air sungai pulih dari keruh..harap-harap tak hujan la dalam masa 2,3 hari ni..barula renjer boleh nak plan untuk next trip : )





nota renjer : nasib la sempat jugak dapat hasil  :) takat tu je rezeki renjer hehe.. ^_^