MISI IKAN HARUAN PART 3




ASSALAMMUALAIKUM






Misi renjer kali ketiga ni masih lagi ke estate soon seng..kali ni rezeki renjer lebih lagi dari trip yang kedua tu...16 kilo kesemua ikan haruan yang berjaya renjer daratkan...naik lenguh tangan renjer ni dapat tarik ikan sebanyak ni...puas wei!! hehe..

air banjir kat estate ni makin surut makin banyak la ikan-ikan haruan ni turun semula ke parit asal..mase ni la kalau nak memancing paling baik..anak-anak ikan makin kurang..makin lapar la ikan haruan ni..pantang campak umpan je pasti disambar dah..ikan tengah banyak macam ni bagi je umpan ape pun mesti mengena punya...




minggu ni saje dah berpuluh kilo renjer dapat..stok ikan haruan renjer memang dah banyak..jual kat pasar pun boleh laku dalam 20 kilo je sepagi...selebihnya buat ikan kering je...ikan haruan ni kalau dah di keringkan lagi mahal harga die..cuma remeh sikit la.nak kena siang dulu..lepas tu nak kena perap dulu guna garam..baru boleh jemur..kena bergantung pada cuaca pulak...kalau mendung je hari-hari memang tak jadi ikan kering la haruan ni...




ikan haruan tengah banyak ni..renjer sampai tak sempat la nak jejak ke sungai..tah macam mane la lubuk renjer kat sungai bernam tu..member-member renjer yang lain pun semua pakat memburu haruan je..musim ikan haruan ni mungkin bertahan dalam sebulan lagi rasanya..lepas  tu bila air dah betul-betul surut nanti ikan-ikan haruan ni mula turun ke sungai la...

selesai je musim haruan ni nanti baru la renjer nak plan trip ke mane-mane sungai nanti...umpan sawit yang renjer peram pun rasanya dah boleh guna ni...kali ni renjer peram banyak buat sawit..ada member renjer oder..kalau ade lagi sape-sape nak oder umpan sawit peram renjer ni halo-halo je..  rm25 je sebalang.. siap dengan sampel perambut lagi macam mane nak guna umpan tu... harga kawan-kawan je tu renjer kasi..hehe






nota renjer : lubuk -lubuk kat felda renjer ni memang syurga untuk kaki-kaki pancing :P teknik memancing je nak kena betul..kalau tidak memang kumpaw hehe...



MISI IKAN HARUAN PART 2




ASSALAMMUALAIKUM



-estate soon seng-
|


Misi renjer minggu ni masih lagi memburu ikan haruan..lokasi je bertukar-tukar..kadang-kadang ke estate ulu basir..kadang-kadang renjer ke estate soonseng..hasil renjer tetap sama.. sekali turun boleh dapat belas kilo.. alhamdulilah la rezeki renjer setakat ni.. cuma yang tak bestnye, last renjer ke estate soonseng semalam, boleh pulak rod lemix legend renjer patah.. renjer beli rod tu takdan sebulan pun lagi.. nasib la dah berbaloi jugak guna rod tu..ratus kilo dah tarik ikan haruan hehe...kena beli rod yang baru lagi la nampak gayenye...huiii!

hujan dah mula turun dalam 2,3 hari ni..air sungai rasenye dah mula naik..takde hasil sungai,renjer layan ikan haruan ajela..makin air naik makin seronok pulak casting ikan haruan ni..sape-sape yang rase nak join renjer tarik ikan haruan dalam minggu ni boleh la halo-halo renjer cepat-cepat..jom rasakan sendiri sambaran demi sambaran hehe :P






nota renjer : ikan haruan ni terbaik untuk kesihatan..tambah pulak yang saiz besar2..

MISI BERTUKAR,TAPI HASIL TETAP TERBAIK!




ASSALAMMUALAIKUM






Misi renjersungai nak ke sungai perak tergendala minit akhir..akibat tekong yang nak bawak kami ke lubuk tak dapat balik disebabkan trafik jem teruk gila kemarin..semua pakat nak balik raya kot hehe..terpaksalah kami menukar misi kami dari nak ke sungai ke lubuk haruan estate ulu basir je..biar pun agak kecewa sedikit tetapi misi kami tetap diteruskan..dari ingin mengunakan umpan sawit peram kami beralih kepada umpan katak je..




lebih kurang pukul 2 petang kami gerak ke lubuk estate ulu basir ni..air makin naik rupanya akibat hujan lebat 2,3 hari yang lepas..memang rezeki kami la kat lubuk ni..ikan haruan yang duduk dalam paya ni mula keluar bila air makin naik..sambaran demi sambaran bila kami mula casting kat lubuk ni...

hasil die memang terbaik la..yang renjer dapat saja pun dapat hampir 10 kg kesemuanya..campur semua dengan member-member yang lain hampir 50 kg semua..banyak la stok ikan haruan renjer untuk cuti raya cina ni..ikan-ikan ni renjer jual sendiri je kat pasar pagi kat felda renjer ni..kalau sapa-sapa yang memang tengah nak cari ikan haruan ni meh la turun kat pasar..(pasar pagi felda gunung besout 1 sungkai perak) kalau nak amek banyak, harga boleh kawtim maaaaa hehe..






nota renjer : ingatkan dapat la tarik ikan patin ke ikan tenggalan ke.. sekali ikan haruan daaaaa.. kira lumayan jugak la hehe..



SEDIKIT TIPS TEKNIK MENGAIL UDANG GALAH




ASSALAMMUALAIKUM






Dari pengalaman seorang pemancing tegar...UDANG GALAH! senang ke nak memancing udang galah ni??  bagi yang dah biasa  mesti akan jawap mudah je kan?? campak je umpan tu,agak-agak lama sikit pastu tarik..kalau rase berat je menghenjut-henjut balas tarikan,tu udang la tu.. betul ke macam tu?? kalau yang baru je nak berjinak memancing udang ni agak-agak boleh faham ke?? ha meh sini renjer share sikit teknik yang renjer selalu gune untuk  memancing udang ni..


1. UMPAN 

cacing.. cakap je memancing udang mesti ingat cacing je umpannye kan?? sebenarnye udang ni takla memilih sangat umpan ape yang kita nak pakai.. tak kisah la kita nak guna cacing ke umpun-umpun ke isi ikan ke cengkerik ke..yang paling penting sebenarnye lokasi tu..jangan ingat dah cangkuk je umpan,main campak je kat mane suka..cangkuk umpan pulak jangan la sampai kail pun tengelam..biar sikit je umpan baru mudah sikit udang ni nak tersangkut kat kail..


2. LOKASI

sungai yang banyak udang..yela banyak,tapi bila memancing tak pulak boleh dapat banyak..ha tu lagi satu penting yang nak kena tahu...kalau sungai airnya ada pasang surut..lokasi terbaik bila air tengah surut..cari kawasan yang banyak pokok tumbang..atau celahan pokok-pokok yang rimbun di pinggir sungai..mase air makin surut,arus sungai akan makin deras..mase ni la udang ni akan berlindung di sebalik reba-reba pokok tumbang ni..udang ni mengelak dari di hanyutkan arus deras..

bila air pasang pulak,arus air sungai makin bergerak perlahan..mase ni la udang ni mula merangkak keluar dari kawasan reba untuk mencari makanan..mase ni mudah sikit la nak memancing..campak je umpan kawasan lapang sikit pun dah ok..satu lagi kalau dah labuh umpan tu tak perlu la tunggu lama sangat baru nak tarik..setiasa la kena tarik..kalau biar terlalu lama umpan pun bukan udang tu nak lekat sendiri kat kail..seyes renjer cakap. nasib-nasib la pun udang ni nak telan kail..udang ni ade 4 tangan tau (penyepit) ..2 tangan kecik die tu pandai asingkan benda yang die nak telan..sebab tu la kalau biar umpan terlalu lama tau-tau bila angkat je dah tak de umpan...


3. JORAN DAN KAIL

joran tu biar la yang lembut-lembut je..kalau memancing udang naik sampan pulak,guna joran yang pendek paling sesuai..mudah sikit..kalau memancing kat tebing je,joran tu biar yang panjang sikit..mesin pancing pun same..tak perlu la mesin pancing yang besar-besar..siri 1000 pun dah kira terbaik..tali pancing paling bagus guna yang halus-halus je..biar dalam 10 ke 15 paun je..perambut pun sama biar halus lagi bagus..kail pun paling bagus kail yang halus je..kalau renjer suka guna yang saiz 5 tu je..jenama egle wave tu..




sedikit sebanyak tu la  tips memancing udang ni kan hehe..selebihnya terpulang pada rezeki la..paling kerap turun memancing udang,makin cepat la nanti memahami cara yang terbaik untuk dapat hasil yang lumayan :P 



nota renjer : tips ni sekadar dari pengalaman renjer la..cant try this at river la hehe..



TERJAH LUBUK HARUAN BUJUK




ASSALAMMUALAIKUM..





Selesai misi renjer ke sungai dan setelah puas sehari berehat kini renjer terus menerjah lubuk..lubuk yang renjer turun ni tak jauh pun dari felda renjer..lebih kurang setengah  jam je dah boleh sampai ke lokasi..biar pun badan masih belum hilang penat dari trip ke sungai perak tempoh hari...tegar macam renjer ni mana boleh duduk diam hehe...

4 petang, renjer sudah sampai ke lokasi paya berhampiran sungai darus ni..banjir kat kebun sawit ni masih belum surut rupanya..biarpun sungai-sungai lain yang terdekat sudah surut airnya seperti biasa...mungkin paya sungai darus ni terlalu tebal rumputnya menyebabkan air banjir ni tak boleh turun...tak seperti di estate ulu basir yang sentiasa mengepam air banjir keluar ke sungai...



bagi kaki pancing macam renjer ni dah tentu lah lagi seronok jika banjir ni lagi lama.. bila banjir macam ni la ikan-ikan mula keluar dari tempat persembunyian..lokasi ni pulak adalah lokasi yang paling banyak menyimpan ikan haruan bujuk..bukan senang sekarang ni nak memburu ikan bujuk ni.. lubuk renjer yang lama-lama dulu semuanya sudah dikorek.. tinggal la satu-satunya lubuk paya sungai darus ni..

biarpun haruan bujuk ni masih banyak di lokasi yang renjer turun ni..jika tidak kena teknik yang betul akan jadi sukar jugak la untuk mendaratkannya..ikan bujuk ni tak seperti ikan haruan yang agak mudah sedikit untuk memancingnya.. biarpun menggunakan kaedah yang sama iaitu  :

pertama : teknik casting 
kedua : mengalau






jika menggunakan umpan katak,balingan dan tarik pergerakan katak tidak boleh terlalu laju.. perlu banyakkan memberhentikan katak di rumput-rumput atau kayu ranting yang ada di sekitar lokasi yang kita pancing.. ikan bujuk ni tak bergerak jauh dari sarangnya.. jika membuat tarikan umpan katak terlalu laju, ikan bujuk ni takkan sempat untuk menyambar..

teknik kedua menggunakan umpan anak ikan.. teknik ni lebih mudah sedikit.. hanya perlu menurunkan anak ikan di celah-celah kayu atau rumput.. atau di mana yang kita rasakan adanya ikan bujuk ni..sentiasa membuat goncangan untuk membuatkan umpan anak ikan yang kita sangkut pada kail seolah-olah ia seperti masih hidup...jika mengunakan umpan anak ikan ni kita tak perlu la menggunakan kail yang terlalu besar.. mulut ikan bujuk tak seperti mulut ikan haruan yang agak lebar..




nota renjer :  selain berbeza harga,isi ikan haruan bujuk ni lagi sedap berbanding isi ikan haruan biasa..tetapi ikan bujuk ni renjer kurang pasti apa khasiatnya..


TERJAH LUBUK SUNGAI PERAK




ASSALAMMUALAIKUM





Misi renjer kali ni kami ke sungai perak pulak..trip ni abang renjer (acik) yang rancang..adik member dia yang nak bawak kami ke satu lubuk kat sungai perak ni.. malam tu abang renjer dengan kawan dorang ( acik dan anjang dan member dia zani) gerak dari kl dalam pukul 8 pagi..abang renjer atam dan member dia bro amin pulak grak lebih awal sikit..dorang dari senawang negeri 9..dorang terus nak singgah felda renjer nak ambik renjer pastu baru kami teruskan perjalanan...

dari felda renjer kami gerak dalam pukul 10 malam..kami masuk ikut haiway bidor terus keluar dekat tol k.kangsar..lebih kurang pukul 12 tengah malam kami sampai kat hospital sungai siput perak..kami tunggu situ sementara menunggu tekong lubuk iaitu adik pada member acik tu..dorang datang 4 orang dari kg lasah..




lebih kurang 10 minit kami tunggu kat hospital sungai siput tu,budak-budak tu pun sampai..dorang la yang bawak kami ke lubuk sungai perak ni.. sebelum kami teruskan perjalanan  ke lubuk malam tu, kami singgah makan dulu.. masing-masing dah kebulur hehe... tersinggah la pulak kat kedai makan yang toke dia pun kaki pancing.. ahah! apa lagi.. rancak la kami sembang pasal lubuk-lubuk ikan ni.. bro toke kedai tu cakap dia pernah dapat ikan besar-besar kat sungai perak ni..yang saiz puluh kilo pun dia pernah daratkan..perhh!! tapi kata dia la.. betoi ke idok, teman tak tahule.. hehe.. berkobar-kobar la semangat kami bile dengar cerita dari  toke kedai makan ni..

selesai je kami makan-makan. tekong lubuk pun ajak kami teruskan perjalanan..lebih kurang setengah jam kami sampai ke lokasi pertama kami dekat jeti lama.. lokasi ni bawah sikit dari ampangan chenderoh.. lebih kurang pukul 1 pagi kami sampai kat lubuk pertama ni..masing-masing labuhkan joran la pagi tu..kami pertaruhkan umpan sawit peram..tapi takde ikan yang sudi pun nak makan umpan..mungkin lokasi ni air surut sangat kot..gelap-gelap pagi tu kami pun tak pasti lubuk tu macam mane..anak-anak ikan jela yang sudi makan umpan pun..lebih kurang pukul tiga pagi kami pun dah tak lalu nak tunggu..masing-masing cari port nak tido jela..



menjelang pagi lebih kurang pukul 8 pagi, kami pun keluar dari lubuk pertama tu.. cari kedai nak sarapan pagi..lepas tu tekong tu nak bawak kami ke lubuk kedua pulak..kali ni lubuk kedua ni lebih menarik sikit.. pasal orang luar tak dibenarkan masuk..budak-budak tekong ni je boleh..sebelum ke lubuk tu tekong lubuk ni singgah dulu kat rumah toke kebun lubuk kedua tu.. nak ambik kunci pagar nak masuk ke lokasi kedua kami.. tempat memang cantik la..air sungai pun cantik je.. tinggal lagi rezeki kami je takde..mane taknye..  banyak pulak orang menjala ngan menjaring kat lubuk tu.. dorang naik sampan.. siap ade yang turun menyelam lagi,menembak ikan..dorang cari rezeki macam tu..memang spoil jugak la hehe..apa boleh buat tempat orang..layan kan aje la..

bawak ke tengah hari, kami keluar lagi dari lubuk tu.. singgah kat masjid dulu lepas tu kami teruskan perjalanan cari lubuk lain.. kali ni kami sendiri je cari lubuk..budak-budak tekong tu pun dah balik..lubuk seterusnya kami ke kg karai..ala tempat mamat khalid buat filem zombi kampung pisang tu...kat situ jela kami lepak sampai ke pukul 6.30 petang.. lepas tu kemas-kemas nak balik dah.. hasil kami pun kira ok jugak la..cuma saiz ikan je kurang matang sikit hehe...ape pun ade jugak la rezeki kami.. 




nota renjer :  next trip raya cina nanti pulak.. mungkin kami ke lokasi sungai perak ni lagi.. tapi kali ni ke sungai air air ganda.. harap-harap trip kali ni lagi ok la..



BOAT ON THE ROAD 2012




ASSALAMMUALAIKUM



|
sungai bernam
|


Trip terbaru renjer bersama-sama team alucast dari kuala lumpur..misi kami kali nie ingin memburu udang galah sungai bernam..selalunya trip renjer ke sungai bernam ni memancing kat tebing sungai je.. tapi, dengan team alucast ni,peralatan diorang complete..siap bawak bot lagi..lagi senang la kami sampai ke lubuk-lubuk best..cuma cari jalan nak masuk ke sungai je susah sikit..banyak sangat gate kat estate tu..

team alucast ni sampai ke felda renjer lebih kurang jam 8 pagi..misi kami ni di ketuai oleh abang hasbulah ahmad..2 lagi member dia abang zanuar dan pak aji nor..dari felda renjer kami terus gerak ke lubuk..tapi kami start dapat memancing pukul 3 petang..jenuh cari jalan nak masuk ke sungai nak turun kan bot..berjam-jam cari jalan nak masuk ke estate tu..


kami dapat memancing lebih kurang 3 jam je petang tu..lepas tu kami ke darat siapkan port kami nak berkemah..hasil yang kami dapat petang tu lepas la nak buat lauk untuk makan malam..yang bestnya lagi menu kami malam tu ada cendawan busut..abang aji nor jadi chef kami malam tu..cendawan masak sup campur udang galah vs pulak sambal tempoyak dan ikan pekasam sebarau..perhh!! terbaek lak masakkan pak aji hehe...

setle je semua..kami turun pulak memancing malam tu..kali ni renjer dan abang zanuar je yang turun..pak aji dan abang hasbulah lepak je kat khemah..malam tu kami memancing lebih kurang 3 jam je jugak..hasil malam tu pun boleh tahan  jugak..nak memancing sampai lewat pagi tak lalu pulak,nyamuk banyak sangat..henjut bot ke khemah trus masuk khemah tido.. 

|

pagi tu lebih kurang pukul 8 kami siap-siap pulak nak turun memancing..lepas sarapan kami gerak ke lokasi masing-masing..renjer dengan abang hasbulah turun ke sungai belah atas..abang zanuar dan pak aji pulak ke sungai sebelah bawah...

lebih kurang pukul 6 petang baru kami ke khemah balik..hasil kami hari tu kira terbaik jugak la..kalau nak kira udang yang kami dapat memang ratus-ratus ekor la..cuma saiz udang je kurang besar..abang zanuar pulak berjaya jugak daratkan seekor ikan belida..selesai kami kemas-kemas barang-barang kami..trus gerak balik..penat betul trip renjer kali ni..mane taknya, berjam-jam duduk je dalam bot tu .. naik kematu bontot wehhhhh! hehe :P




nota renjer : seronok dapat turun trip macam ni.. tapi penat sikit la.. sampai nak update blog pun tak sempat hehe :P



MISI UDANG 2012 PART 2




ASSALAMMUALAIKUM..







Misi trip kali kedua ke lubuk sungai ulu basir ni..kali ni hasil agak kurang sedikit dari trip pertama..mungkin kerana air sungai sudah betul-betul surut..tambahan pulak air yang kurang cantik akibat air tanah gambut dari estate sudah mula bercampur dengan air sungai..bila air sudah berkeladak udang mula bersembunyi didalam reba kayu sementara menunggu air pasang..bila air sudah pasang baru udang-udang ni mula bergerak mencari makanannya...

terpaksalah kami berpindah randah mencari lokasi yang lebih baik..pantang tengok pokok tumbang pasti kami labuhkan joran masing-masing..tak macam trip pertama hari tu masa air sungai masih dalam lagi..3,4 kali pindah je hasil dah lumayan..trip kali ni kurang sikit..makin jauh la kami redah hutan tepi-tepi sungai tu..naik lembut lutut  nak berjalan hahaha..gila mancing punye pasal la tu...




setle je musim udang ni nanti baru la renjer nak plan trip memancing ikan pulak..kalau tak hujan la dalam bulan ni, pasti air sungai akan surut habis..mane tahu misi ikan belida pulak..mase memancing udang tu renjer tengok kelibat ikan-ikan belida ni cukup banyak..besar-besar pulak tu yang timbul..masa udang tengah banyak ni ikan belida ni sudah kenyang...lagi pun susah sikit nak buru ikan belida ni kalau dia masih tak berkumpul setempat...

kalau air sungai dah betul-betul surut nanti baru la ikan belida ni berkumpul..mase tu nanti pantang campak umpan la hehe...umpan terbaik untuk memburu spesis ni nanti tentu la menggunakan anak udang galah ni..tak sabar la pulak rasannya nak tunggu musim ikan belida nanti hehe... :P






nota renjer : udang galah ni boleh buat umpan terbaik untuk memburu ikan belida..harga udang galah ni rm35 1kg..mahal sungguh umpan ikan belida hehehe...


MISI UDANG 2012




ASSALAMMUALAIKUM..







Trip pertama renjer dalam tahun 2012 ni turun ke sungai bernam bersama 2 orang lagi haslam dan ecam..misi utama kami untuk memburu si jenggo..lubuk terbaik kami di sungai bernam ulu basir..lokasi kami ni agak mencabar sedikit kerana hendak sampai ke tebing sungai (lubuk) kena meranduk air banjir yang masih belum surut sepenuhnya...dan juga kami perlu tracking hampir 1km baru sampai ke lokasi yang betul-betul lubuk  terbaik bagi kami..

jarang orang lain nak sampai ke lubuk ni kecuali bot dan kami yang digelar pemancing tegar ni hehe..bagi kami biarpun letih sedikit, janji hasil yang kami perolehi berbaloi..nak dapat banyak kena la ke tempat yang jarang orang masuk..tinggal  berani ke tidak je hehe...kalau dah tegar tu ape pun sanggup..bila hasil terbaik, penat pun boleh hilang...




|


sesetengah pemancing menganggap memancing udang ni pekara yang mudah..senang dapat..betul ke?? bagi renjer kalau tak kena teknik pun tak jadi wo..dari pengalaman renjer la..nak memancing udang ni nak kena set pancing yang bersesuaian..mata kail dan perambut harus serba halus..termasuk batu ladong..dan juga teknik memasang umpan dengan betul..tak lupa juga memahami lokasi..penting semua tu..baru hasil pun lumayan hehe..

kalau port dah banyak udang pun tapi memancing tak memahami cara..boleh kumpau weii..bagi pemancing yang masih baru untuk mencuba memancing udang ni meh berguru dengan renjer hehe..insyaallah ilmu yang renjer turunkan akan berkesan :P


|





nota renjer :  dapat banyak-banyak macam ni lepas tu kasi jadi masak sos perhhh!! ha ape lagi jom la join renjer turun ke lubuk..:P


Giveaway From Cinoscaraku art and design



assalammualaikum




harini renjer  nak join giveaway ni sebab cik ana tag untuk join.. tertarik pulak tengok hadiahnye... boleh dapat t shirt & ada muka kita wo!  tapi itu kalau memang la..hehe..senang je syarat-syarat dia.. letakkan je banner GA dari risya ni.. pastu like je page sponsor.. kalau dah siap paste je link entry kita  kat blog risya..



banner GA risya




contoh t shirt + muka pemenang nanti



TARIKH TUTUP : 15/1/2011



renjer nak tag lieynanilaz yang selalu singgah komen kat blog renjer ni untuk  join sekali.. jom join ramai-ramai.. mane la tau kot ade rezeki menang t shirt kan? hehe





HASIL SUNGAI 2012



ASSALAMMUALAIKUM




Renjersungai  mengucapkan Selamat menyambut tahun baru untuk semua insan di bumi ini..semoga tahun ini lebih ceria dari tahun-tahun sebelumnya.. 






Menjelang sudah tahun 2012 dah ade rezeki pembuka tirai renjer sungai.. renjer masih lagi dengan misi memburu ikan haruan..cuma lokasi sahaja yang sudah berubah..dari estate shoon sheng ke estate ulu basir..air banjir yang telah menenggelamkan kebun kelapa sawit estate tu semua sudah pulih..ikan-ikan semua pun sudah mula kembali turun..dan sudah mula berkurangan..

tapi misi renjer untuk 1 harubulan januari  bertukar lokasi..banjir dari kebun kelapa sawit estate ulu basir pulak jadi sasaran renjer..bila air semakin surut semakin banyak ikan haruan ini turun..hari pertama renjer turun ke lubuk ni pun dah boleh dapat hampir 12kg ikan haruan kesemuanya..itu pun renjer turun lewat tengah hari..kalau betul-betul turun dari pagi mau lebih hasilnya..


|
udang ni la jadi juadah untuk sambut bufday renjer hehe


air sungai jugak sudah semakin pulih..gambar udang galah ni hasil dari trip abang-abang renjer ke sungai estate ulu basir..trip hari yang sama misi renjer memburu ikan haruan..boleh tahan jugak hasil diorang..memancing dekat tebing je 5kg semua udang yang diorang daratkan..renjer je belum sempat lagi nak ke sungai ni..permintaan ikan haruan masih banyak lagi..terpaksalah cari ikan haruan untuk orang-orang yang  dah oder dekat renjer..

malam tahun baru 2012..balik memancing ikan haruan petang tu renjer terus bergegas ke kolam pancing..renjer  join game memancing kolam doraemon kat kampar tu pulak..masuk pukul 9 malam-1 pagi.. tapi memang takde rezeki la..ikan yang renjer layan boleh terlucut pulak..lagi 20minit sebelum tamat game tu renjer daratkan jugak seekor keli..berjaya la jugak duduk ranking ke10..

10 minit terakhir game tu ada pulak daratkan yang  lagi besar..terkeluar dari  ranking la renjer..hadiah sampai ke 10 je..memang takde rezeki la tu..last minit kena tendang hehe..yang menang hadiah utama berat ikan dia 6.7kg je..kalau renjer layan ikan tu tak terlucut la hemmm mungkin ada la hadiah untuk malam bufday renjer tu..hehe





nota renjer :  tahun baru ni harap-harap hasil sungai renjer lebih di murahkan..aminnn...



HARUAN 3 RASA




ASSALAMMUALAIKUM




-3 rasa-
|


Ikan haruan masak 3 rasa dan juga ikan haruan sup..itulah antara menu kegemaran kami sebagai pemancing tegar ni hehe..penat lelah kami hilang bila hasil yang kami dapat disajikan..sambil-sambil tu borak cerita pasal ikan, cerita pasal lubuk...paling best kalau ade yang cipta rekod baru..dapat ikan paling berat atau dapat yang paling banyak..senyum lebor le bila kena puji hehe..

minggu ni kami masih lagi dengan misi ke lubuk ikan haruan je..semua tak peduli kat sungai dah..tapi renjer dapat info yang mengatakan sungai bernam ni dah boleh masuk..mungkin dalam masa 2,3 hari ni renjer  kena turun pegi intai dulu..mane tahu memang dah boleh masuk ke lubuk tu..kalau air dah ok nanti baru boleh plan trip..banyak sangat dah trip renjer ke sungai bernam ni di tunda..harap-harap kali ni ade la peluang :P




mane tahu trip kali ni lebih berhasil..umpan pun dah betul-betul terbaik..tinggal lagi lubuk je entah boleh masuk ke tidak..harap-harap ade la rezeki untuk tahun baru ni..baru boleh sambut hari kebesaran renjer tu dengan ikan yang spesial hehe...




nota renjer : tarikh tahun baru ni nanti adalah tarikh hari kebesaran renjer..nak makan ikan bakor meh la singgah kang :P


AKU PEMANCING TEGAR



ASSALAMMUALAIKUM






Seawal usia begini aku sudah mengenali ikan..habaq hang! yang aku ingat hanya ikan,ikan dan ikan..memancing jadi hobi no 1..sampai belajar pun aku lalai..nasib baikla malas-malas belajar pun aku masih pandai menulis hehe..biar pun aku gagal dalam dunia akedemik tapi aku taknak gagal dalam dunia ilmu  sungai berkenaan ikan..aku akan terus mengkaji ilmu alam sungai ni...aku takde phd aku takde degree tapi aku nak atas lagi dari master..hahaha pangkat RENJER :P aku pun belajar dekat U.. tapi UPB..(united plantation berhad) dekat U ni la aku belajar semua tentang memancing ikan :P


sampai la aku di gelar pemancing tegar.. apa itu pemancing tegar??? 


pantang nampak sungai..pantang tengok orang lain usung joran pancing..jadi gelisah je..tu tanda-tanda utama seorang yang tegar hehe..bila dapat memancing habis lupa semua masaalah..betul ke?? tu kalau dah digelar TEGAR la hehe..kesian bila ade bini..bini pun boleh lupa bila dah dapat memancing..ish3! :P


-sg perak-
|


puas dah layan ikan haruan.. nak ke sungai bernam, air pulak belum cantik lagi..tengok pulak acik dah daratkan ikan kelabau 3.4kg tu..adeh tak boleh tahan hehe..plan dengan hakim al-ikhsan bikin satu trip..
kami pun turun seawal jam 7 pagi..lokasi kami ke kg teluk kepayang..hasilnye?? kumpau der hahaha...lagi pun banyak yang tak lengkap trip kami tu..main redah je..

mungkin air sungai dah terlalu surut..ikan dah turun ke tempat-tempat yang masih dalam..yang sudi curi umpan joran kami pun hanya anak ikan-ikan lampam je..lepas tu seekor ikan patin lawang..tak puas hati punye pasal,balik dari sungai perak tu kami singgah ke kolam bayar doreamon yang kat kampar pulak..hah! 16.5kg ikan keli renjer sebat hehe..hakim pulak dapat 7kg..jadi la..janji dapat daratkan ikan hehe...




nota renjer :  macam tu la kalau dah di gelar pemancing tegar..xpuas mancing kat sungai mancing kat kolam bayar pulak hehe..