SANTAI MEMANCING IKAN KEPAR



assalamualaikum..






Koleksi terbaru renjer..hasil bebudak renjer ke estate soonseng..diorang sekarang ni duk santai memburu ikan kepar ni je..kedang-kadang tu terselit la jugak ikan puyu dan ikan keli..tak sangka jugak renjer, ikan kepar ni paling laris jual kat pasar..mungkin isi ikan kepar ni lebih sedap berbanding dari ikan puyu dan ikan sepat..setiap kali ikan ni dipasarkan, tak pernah lagi la tak habis terjual..kadang-kadang tu siap ade yang tempah lagi..moh le kite rase ikan kepar! hehe....

lokasi ikan kepar ni cukup berbeza dari ikan-ikan lain kat estate soonseng ni..ikan kepar ni lebih suka mendiami kawasan yang redup..contohnye kawasan yang ditutupi rendang dedaunan pelepah pokok kelapa sawit..ikan kepar ni lagi banyak berkumpul jika kawasan tu ada buah kelapa sawit yang gugur kedalam air..mungkin kelapa sawit tu menjadi makanan ikan kepar ni..




cara untuk memancing ikan kepar...agak mudah jugak..perlu ada joran yang ringan,tali perambut sekitar 6-12 lb..dan mata kail yang halus saiz 4-5..dan gunakan pelampung kecil untuk memudahkan mengesan ikan kepar yang mula mencuri umpan yang dilabuhkan..umpan die ape?? pun mudah..hanya menggunakan cacing, atau cengkerik yang halus..cara memancing ikan kepar ni same jugak seperti memancing ikan sepat cuma dari segi umpan je berbeza sedikit dan juga menggunakan pelampung..mulut ikan kepar ni cukup halus, memang patut gunakan mata kail yang halus...




nota renjer : mane la tahu korang ade lubuk ikan kepar ni..boleh la cuba2 memancing nanti hehe...


9 comments:

  1. teringin plak nak rase ikan kepar nih...huhu...

    ReplyDelete
  2. kuat makan curi ikan nie... mulut kecik...

    ReplyDelete
  3. @Anonymous
    Betul tu,kadang2 dah macam2 cara yang dipraktikkan,tak kiralah walau kita gunakan set peralatan mancing dan mata kail dari yang tidak berjenama hingga ke jenama terkemuka,fenomena umpan dicuri ikan dan ikan terlepas,terlucut masih tidak dapat dielakkan..

    ReplyDelete
  4. @Anonymous tau xpe hehe..kadang2 tu ikan puyu yang suka ganggu umpan..kail kecik lucut pulak hehe..

    ReplyDelete
  5. @Hafizi Hilmi bagi renjer terlucut tu pekara biasa dah la, tinggal lagi nak kene faham je cmne nk bg ikan tu cepat mkn.. contoh 10 ekor yg makan lucut 5 ekor dapat lak 5 ekor kira ok dah la hehe..

    ReplyDelete
  6. Kalau Renjer lapang nanti,harap Renjer dapat upload video cara2 pemasangan katak pada mata kail yang betul,saiz dan jenis mata kail yang renjer gunakan sama ada 1 mata kail terus pasang pada pin,atau yang jenis 2 mata kail yang ada atas dan bawah tu,dan video cara2 casting & karauan yang efektif yang Renjer selalu praktikkan..

    Boleh belajar teknik baru disamping dapat menambahkan ilmu pengetahuan ^_^

    ReplyDelete
  7. @Hafizi Hilmiinsyallah :) buat mase ni renjer sibuk sikit.. ni pun dah tak terhapdet hehe... :P

    ReplyDelete
  8. As salam... nak beli anak ikan kepar hidup blh x

    ReplyDelete