ASSALAMMUALAIKUM
Ikan keli liar?? ikan keli sungai, ikan keli parit, ikan keli bendang, atau ikan keli paya..
1) adakah ikan keli liar ini berbeza dari keli yang diternak??
2) kenapa ikan keli liar ini lebih mahal harganya berbanding ikan keli yang diternak??
3) bagaimana cara nak memburu ikan keli yang liar ini ??
dari segi bentuk atau rupa, ikan keli liar dan keli yang diternak ni tidaklah begitu ketara bentuknya..cuma corak warna badan ikan keli ni je kadang-kadang berbeza mengikut kawasan yang didiaminya..satu lagi perbezaan ikan keli ni ialah sengatnya..jika ikan keli liar sengatnya lah yang menjadi senjata utamanya untuk mempertahankan diri..selain ketajaman sengatnya ia pula sangat berbisa..memang perlu berhati-hati dengan sengat ikan keli liar ni..tidak seperti ikan keli yang diternak, sengatnya yang tidak berbisa serta lembut dan tumpul..
dari segi harga,memang patut la ikan keli liar ini agak mahal sedikit dari ikan keli yang diternak..kerana ikan keli liar ini sukar diburu..dan hanya aktif pada waktu malam atau ketika air kawasan yang didiaminya menjadi keruh..dari segi rasa, isinya sudah tentulah ikan keli liar ini lebih sedap berbanding ikan keli yang diternak.. (renjer pun tak mampu nak gambarkan sesedap mane rase isinye,tapi isinye memang terbaikk!! lahh hehe.. )
oleh kerana ikan ini hanya aktif pada waktu malam dan ketika air keruh hujan je..agak sukar sedikit la untuk memburu dan mengesan kawasannya..biarpun ia tidak memilih umpan..bagi renjer cara yang paling mudah untuk menangkap ikan keli liar ini dengan cara menjaring atau menahan tajur berumpankan cacing di waktu malam..( kalau nak memancing,boleh cuba la pada waktu malam)
Nota renjer : berbaloi harganya kerana sukar menjeratnya.. permintaan tinggi tetapi ikan ni sukar diburu..