CASTING TIME




ASSALAMMUALAIKUM

salam ramadan.....




Minggu casting ikan haruan..seperti yang renjer agak,  bila hujan makin kerap menyebabkan air naik, makin banyak la ikan haruan mula keluar dari lubuk...biar pun kemarau yang lalu sudah banyak lubuk yang sudah di buka oleh kaki-kaki gagau..renjer tetap yakin bila air makin naik masih banyak lagi ikan haruan yang tertinggal akan keluar.. masa ni lah ikan-ikan ni cukup kelaparan,pantang campak umpan pasti terus menyambar... sentap! dragggg....shimano menjerit lagi hehe :P

renjer dah tentu la takkan lepaskan peluang, lagi pun air sungai sudah banjir..atur trip memburu ikan haruan la..minggu ni saja renjer rasa dah hampir 70kg ikan haruan hasil renjer casting..4 kali turun dah rasanya.. iye hasil renjer seorang hampir 70 kg tu! :) tak percaya jugak??? ha jom la join renjer..halo cepat :P 






nota renjer : entry blog renjer mungkin sedikit lewat..laptop renjer belum pulih lagi.. (kesulitan amat dikesali ) :P




TRIP PENUTUP | LUBUK ESTATE ULU BASIR




ASSALAMMUALAIKUM





Hasil terbaik renjer lagi..masih lagi ke lubuk yang sama : sungai bernam estate ulu basir..trip renjer kali ni dikira trip yang last untuk misi renjer memburu ikan-ikan sungai ni..kenapa?? mane taknye.. last trip renjer turun ni hujan dah mula turun lebat selebatnya..air sungai mungkin dah mula naik,tak pun dah mula membanjir..sungai bernam estate ulu basir ni memang mudah banjir..kawasan sungai ni rendah.. hujan pulak tak menentu..renjer pun dah kurang pasti dengan keadaan sungai ni sekarang...

belum sempat pun lagi renjer nak daratkan ikan belida saiz mega,hujan turun pulak dah dalam minggu ni..kalau air makin naik nanti terpaksa la renjer bertukar trip untuk memburu ikan haruan je..




kalo tak pun, macam biasa la trip renjer menyediakan ikan darat seperti ikan puyu, ikan sepat dan ikan keli..labuh mata ribu la hehe :P permintaan cukup tinggi untuk ikan-ikan darat jenis ikan ni..renjer je kadang-kadang tak cukup masa nak sediakan ikan-ikan ni..kena pulak kalau renjer dah mula turun trip ke sungai..sekali turun kadang-kadang tu 2 hari baru renjer balik..mane nak ade mase dah nak sediakan ikan-ikan darat ni..

kalau dapat hasil dari sungai memang renjer dah jarang pasarkan..biar la orang cakap ikan yang renjer dapat tu mahal.. lagi  bagus renjer simpan untuk santapan renjer dan member-member renjer je..selebihnye renjer simpan untuk santapan bila ade orang luar yang turun trip memancing dengan renjer..pakej makan ikan sungai hehe :P



hasil trip last..ikan belida 4 ekor ikan kelabau 2 ekor ikan ketutu seekor selebihnye ikan selais...



nota renjer :  hujan dah mula turun..nantikan musim memburu ikan haruan..jom casting :P


LUBUK IKAN KELABAU JADI LUBUK IKAN KALOI




ASSALAMMUALAIKUM



Meredah hutan belukar mencari lubuk tebaik adalah rutin bagi kami bila turun trip memancing setelah air sungai bernam ni mula semakin surut..lubuk-lubuk yang sudah lama kami tidak jejakkan kaki kini kami kembali menerjahnya..berbekalkan umpan terbaik renjer(sawit peram) dengan niat ingin memburu si ikan kelabau..

tapi kini  lubuk ini sudah dihuni spesis ikan lain dan banyak kelihatan kelibat si ikan kaloi..mungkinkah disebabkan ikan kaloi ini tidak berharga dan jarang diburu menyebabkan ikan ini semakin banyak membiak di sungai bernam ni..




biarpun ikan kaloi ini tidak berharga bagi kami,namun setiap kaki pancing mesti mahu merasa sendiri tarikan hebat dari ikan yang dipancing..betul dak??? bagi renjer, tarikan ikan kaloi ni dikira ikan yang agak hebat setelah ia lekat dikail..alang-alang tali pancing memang takkan dapat mendaratkan ikan kaloi ni..tambahan pulak ikan kaloi yang besar bersaiz 2 ke 3kg keatas beratnya..makanan kegemaran ikan kaloi ni seperti buah-buahan hutan,pucuk-pucuk daunan pinggir sungai termasuklah buah kelapa sawit..

bagi yang minat dengan ikan kaloi ni sudah tentu memburunya untuk dibela atau dijadikan ikan hiasan akuarium,kerana ikan ini mudah dijinakkan..dan juga  ikan kaloi ini mudah mengenali tuannya...tapi bila dapat  kat geng-geng team renjer ikan kaloi ni..pun boleh jadi lauk hehehe, pekena kari pekat ikan kaloi habaq hang! :P APTB..





nota renjer :  biarpun hanya ikan kaloi, bagi renjer asalkan ia ikan sungai yang bersih,renjer tetap menghargai rasa isinya..


BUAH KELAPA SAWIT YANG SESUAI DIJADIKAN UMPAN




ASSALAMMUALAIKUM






Mungkin ramai lagi kaki pancing yang masih lagi keliru tentang buah kelapa sawit yang perlu atau yang sesuai untuk dijadikan umpan...terutama kaki pancing yang masih lagi baru dalam dunia mengail ni..dan mungkin masih ramai lagi kaki pancing yang ingin mengetahui bagaimanakah ingin mengenal buah kelapa sawit yang paling baik untuk dijadikan umpan..

dari pengalaman yang renjer ade, boleh la sikit-sikit nak share bagaimana ingin memilih buah kelapa sawit yang paling sesuai untuk dijadikan umpan..

kenapa buah kelapa sawit perlu dipilih terlebih dahulu????

mungkin ada yang masih lagi tidak tahu sebenarnya buah kelapa sawit ni ada bermacam jenis..maksud renjer ada banyak kelainan jenis buah,saiz biji relai sawit dan ketebalan isi buahnya..dan juga bagaimana ingin memilih buah yang betul-betul masak..




biji relai sawit ni memang saiz ada yang kecil dan besar.. jika saiz biji relai yang besar tidak semestinya sesuai untuk dijadikan umpan kerana isinya belum pasti tebal..potonglah sedikit untuk memastikan ketebalan isinya..(dalam satu tandan sawit, jika satu biji relai yang dipotong isinya tebal, maka setandan tu lah isinya tebal)

buah sawit yang yang betul-betul masak adalah buah relai yang sudah lekang dari tandannya..dan juga warna isinya yang kuning "keORENan" ..jika dipotong ia lembut berlemak..sawit yang betul-betul masak macam gambar diatas ni yang paling sesuai untuk dijadikan umpan..terpulang jika sawit seperti ini nak digunakan dengan cara potong halus(potong dadu) atau diperam terlebih dahulu..

buah kelapa sawit ni sesuai digunakan di mana-mana sungai kecuali di sungai muara laut..atau sungai air payau..dan boleh dikatakan semua jenis ikan sungai menggemari buah kelapa sawit ni kecuali spesis ikan yang menyambar..




nota renjer : berkongsi sedikit sebanyak pengalaman renjer mengunakan buah kelapa sawit untuk dijadikan umpan....