ASSALAMMUALAIKUM SALAM RAMADAN and HI all
*since i receive few calls from non Malay friends who interested with my blog,
U guys make me smile dude! Thanks and do come again all ;)
Renjer VS Team dari Sri Gombak..sehari selepas trip mancing bersama Team Alucast satu lagi trip mancing yang renjer aturkan.. diketuai oleh Saudara Jebat.. Dan kroni-kroni yang lain --- Muzaimi, Atan dan Fikri.. misi kami ingin menjejak lubuk ikan kelabau Sungai Bernam..
Jam 8.30 pagi kami bergerak ke lokasi sungai dan meredah hutan hampir satu kilometer untuk sampai ke lokasi lubuk.. umpan yang kami taruhkan seperti biasa ---- umpan sawit peram dan juga buah ara..kehadiran kami di lubuk sungai bernam pagi tu di sambut dengan kelibat ikan belida yang kerap bermain dipermukaan air sungai cuma umpan je yang menjadi masalah untuk kami cuba menjerat ikan belida ni..
Misi kami diteruskan jugak dengan menggunakan umpan sawit peram ni.. naik ketengah hari sikit baru seekor demi seekor ikan mula sudi curi umpan.. yang bestnye ikan yang kami idamkan berjaya kami daratkan..masing-masing merasa tarikan ikan kelabau ni..
Apabila membawa ke petang air sungai dah mula keruh.. kelibat ikan main air pun dah kurang.. lebih kurang pukul 6 petang kami berkemas untuk pulang.. sampai rumah lebih kurang pukul 7.30 petang ..hasil ikan yang kami dapat hari tu kami buat makan malam tu.. 2ekor ikan kelabau Renjer buat masak lemak kuning.. ikan selebihnya diorang bawak balik..selesai sesi makan malam tu baru budak-budak tu bersiap nak balik ke gombak...
kesemua hasil pancing kami hari tu 5ekor ikan kelabau, 2ekor ikan kaloi, dan seekor ikan lampam..walaupun trip mancing kami sehari je tapi semua berpuas hati dengan hasil masing-masing.. next trip mungkin diorang ni akan turun lagi.. mungkin Renjer akan aturkan trip mancing lepas hari raya nanti tapi bergantung dengan cuaca la...
p/s : trip mancing untuk member-member yang lain mungkin lepas hari raya nanti.. yang berkenaan sila standby apa yang patut ok :)
No comments:
Post a Comment