ASSALAMMUALAIKUM and HI all
*since i receive few calls from non Malay friends who interested with my blog,
U guys make me smile dude! Thanks and do come again all ;)
Musim hujan sudah kembali...kini sungai bernam kembali banjir..masa inilah ikan kembali ke hutan-hutan yang sudah ditenggelami air akibat hujan yang semakin kerap dan masa inilah ikan-ikan ini akan mula membiak..
memancing?? buat masa ni memancing agak mustahil bagi kami jika air sungai sudah banjir..tebing sungai pun ditenggelami air..jika memancing menaiki bot pun sudah kurang seronok, ikan sudah tidak duduk di laluan sungai utama..kebanyakan ikan sudah mula masuk ke hutan-hutan pinggiran sungai yang ditenggelami air..selalunya masa begini hanya nelayan sungai yang turun mencari hasil..itu pun menggunakan teknik tajur atau rawai..
bagi kami team renjer jika musim begini,kami lebih kepada trip memancing haruan..itu pun belum bermula lagi..masing-masing sibuk dengan hal sendiri..kalau renjer pulak..kerjanya tetap dengan ikan..kalau takde ikan kira tak bergaji la renjer hehe...musim hujan ni?? biasa la..kalau air naik ni..ikan loma pasti muncul..biasanya masa musim hujan ni la ikan loma akan mula mudik untuk bertelur..kebetulan pulak memang ada peraih yang sanggup ambik hasil yang renjer dapat tak kira lah hingga ratusan kilo pun..bagi renjer janji ada hasil yang boleh dijadikan modal..duit poket hehe :P
|
ikan loma ni ikan dari spesis ikan yang berkumpulan..tak susah nak dapatkan ikan loma ni jika musim hujan..menggunakan teknik jaring salah satu cara paling mudah..biasanya kami menggunakan jaring yang saiz inci yang agak kasar,untuk menjaga ikan supaya tidak semua ikan akan di ambil..hanya ikan yang bersaiz mata jaring sahaja yang akan sangkut..bermakna ikan yang bersaiz kecil akan celus..untuk jangka masa panjang bermakna ikan ini akan terus ada kat lubuk ikan loma ini..
ikan loma---- ikan yang mirip ikan tongsan bersisik halus..ikan jenis bertulang halus tetapi lembut..berkumpulan dan suka bermain di permukaan air..jika musim hujan ikan ini akan mudik ke kawasan banjir untuk melepaskan telur dan akan mula turun kembali ke kawasan asalnya..biasanya ikan loma ini suka menduduki kawasan lombong-lombong lama yang mana ada air sungai mengalir ke dalam lombong itu..isi ikan loma ini agak rapuh bila digoreng..biasanya ikan loma ni akan di jadikan ikan pekasam..kalau tak salah renjer ikan loma ni cukup terkenal jika di kedah..terkenal dengan ikan pekasam ikan lomanya..mungkin ikan jenis bertulang halus ni ikan yang sesuai dijadikan ikan pekasam..
kalau yang pernah rasa pekasam ikan loma ni mungkin sudah tahu apa rasanya..bagi renjer jika digoreng campur cili dan bawang potong uhh..perhhh!! mana nak dapat pekasam ikan loma ni?? renjer hanya pembekal ikan basah je.. ermmm!!..kata peraih yang ambik ikan loma kat renjer ni,katanya pasaran pekasam yang dia bekalkan kat area putrajaya..kat pasar tani desa tu kot..ala yang ade iklan kat tv tu..kot la hehe :P
kalau yang pernah rasa pekasam ikan loma ni mungkin sudah tahu apa rasanya..bagi renjer jika digoreng campur cili dan bawang potong uhh..perhhh!! mana nak dapat pekasam ikan loma ni?? renjer hanya pembekal ikan basah je.. ermmm!!..kata peraih yang ambik ikan loma kat renjer ni,katanya pasaran pekasam yang dia bekalkan kat area putrajaya..kat pasar tani desa tu kot..ala yang ade iklan kat tv tu..kot la hehe :P
|
p/s : kalau yang ingin membuat tempahan ikan loma basah ni boleh la hubungi renjer(0194251865) harga kita boleh runding jika kena berapa per/kg yang anda mahu :)