RENJER SUNGAI | ONE WORLD HOTEL


ASSALAMMUALAIKUM and HI all

*since i receive few calls from non Malay friends who interested with my blog, 
U guys make me smile dude! Thanks and do come again all ;)  




En.Rosli Abdullah (Pengurus USP Project P1) , En.Nafis Adha Mokhtar (Pengurus Kanan USP Project P1), En.Mohd Saiful Isa (icon Renjer Sungai), Dato' Mohd Sharil Tarmizi (Pengerusi SKMM), Mr Michael Lai (CEO P1 Wimax)


Mohd Saiful Isa, 29 – seorang belia dari Felda Besout 2 mengalami kemalangan kebakaran semasa usia beliau 3 tahun. Kecederaan kekal yang dialaminya tidak sedikit pun menjadi duri dalam menempuh kehidupan.

Kisah Saudara Saiful sudah beberapa kali mendapat liputan media. Pernah mendapat liputan dari Akhbar Kosmo suatu masa dulu ekoran Kisah Cendawan Busut yang ditulis di blog beliau http://renjersungai.blogspot.com. Malah, turut menjadi watak utama dalam iklan pendek hasil usahasama dengan Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia (SKMM) dan turut muncul dalam Majalah Pancing Edisi Oktober 2012.

Renjer Sungai – satu nama yang tidak asing bagi kaki pancing. Blog santai pancing yang diwujudkan hanya sekadar untuk mengisi masa lapang beliau kini menjadi sumber pendapatan bagi saudara Saiful apabila ramai rakan kaki pancing sanggup datang dari jauh demi merasai sendiri penangan si Patin, Kelabau dan raja ikan  sungai yang lain.




Malah, pada persidangan u-Pustaka Broadband and Information Technology Summit for Libraries 2012 (BITS) dan u-Pustaka Community Transformation Award 2012 (UCTA) yang diadakan di One World Hotel Bandar Utama, Petaling Jaya Selangor Darul Ehsan baru-baru ini menyaksikan sekali lagi kisah Saudara Saiful diangkat sebagai icon yang berjaya ditransformasikan.
Hasil sokongan padu daripada rakan-rakan PJK P1, Pengurus Kanan USP Project – En.Nafis Adha merupakan tulang belakang yang turut membantu mempromosikan kisah kejayaan Saudara Saiful yang boleh diibaratkan “from zero to hero” ini. Malah, kisah kejayaan Saudara Saiful (Renjer Sungai) ini telah berjaya diangkat ke peringkat tertinggi di SKMM dan telah mendapat perhatian peribadi daripada Dato' Mohd Sharil Tarmizi, Pengerusi SKMM.

Semoga kisah kejayaan ini akan terus mekar pada masa hadapan.
Tahniah diucapkan kepada PJK Besout 2 dan juga kepada En.Nafis Adha Mokhtar-Pengurus Kanan USP Project P1 yang menjadi tunjang utama dan tidak henti-henti memberi sokongan padu kepada pihak pengurusan PJK Besout 2 dan juga Saudara Saiful. Semoga kejayaan terus dikecapi. Tahniah !

Sumber : Desaku.com.my

nota renjer : Alhamdulillah syukur.. satu lagi kenangan manis dalam hidup Renjer.. Terima kasih tak terhingga kepada Encik Nafis Adha (Pengurus Kanan USP Project P1 Wimax) yang banyak membantu mengangkat kisah hidup Renjer sehingga ke tahap ini.. Terima Kasih semua rakan-rakan. Terima kasih !

18 comments:

  1. Tahniah renjer. Semoga bertambah murah rezeki.

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah....tahniah renjer. Sesungguhnya rezeki Allah maha luas.....n, kadang2 dari sumber yang tidak dijangka. Dan bg yg bersyukur, Allah akan tambah rezekinya...

    ReplyDelete
  3. tahniah bro..pemancing pro.....

    ReplyDelete
  4. Alhamdulillah tuan... Kami dari http://rodlentuk.blogspot.com/ sentiasa akan support tuan dan menjadikan tuan sebagai ikon buat blog kami!! Terima Kasih Tuan

    ReplyDelete
  5. @Pizli Mat Wazip : alhamdulilah..semoga kita sama2 dimurahkan rezeki :)

    ReplyDelete
  6. @wan and shema : terima kasih..terima kasih lagi sekali :)

    ReplyDelete
  7. Salam bro..tahniah atas kejyaan..smlm nmpk van kenderaan rasmi bro kat skc..hehe..mcm ne hasil smlm ok ke?

    ReplyDelete
  8. Salam bro..tahniah atas kejyaan..smlm nmpk van kenderaan rasmi bro kat skc..hehe..mcm ne hasil smlm ok ke?

    ReplyDelete
  9. @azizul izzam : ade jugak..ikan lmpam kurang..tapi dapat sekor patin 7.2kg :)

    ReplyDelete
  10. @azizul izzam : nampak kat mane?? korang yg lepak mancing kat atas jmbatan skc tu ke??

    ReplyDelete
  11. Nmpk van renjer parking dlm kwsn sawit tu..kami mancing merata2 area ban pecah tu smlm..saje try 1st time mancing area situ..hasil x berapa menarik la..kena berguru dgn renjer kot..hehehe..

    ReplyDelete
  12. @azizul izzam : owah! yeke?? nape xdtg tegur..boleh join mcing sekali :)

    ReplyDelete
  13. segan plak nk tegur otai sungai mcm renjer ni..hehehe..hrp2 ada ms dpt merasa mancing dgn renjer nanti..hehe

    ReplyDelete
  14. @azizul izzam : insyallah klu ada masa nti kita plan trip :)

    ReplyDelete