RENJERSUNGAI : HOBI : KERJAYA : KELUHAN



ASSALAMMUALAIKUM and HI all

*since i receive few calls from non Malay friends who interested with my blog, 
U guys make me smile dude! Thanks and do come again all ;)








Renjersungai.. menghilang,.menyepi.. tiada hasil,..tiada khabar berita..?? hasil terkini???
soalan dan soalan??? 

ok..sebelum itu...renjer terlebih dahulu ingin meminta maaf sekiranya masih ada lagi peminat-peminat yang ternanti-nanti post dan entry terbaru dari blog renjer yang sekian lama menyepi ni..sebenarnya renjer tidaklah kemana-mana..masih ada dan masih lagi seperti biasa.. sumber rezeki renjer masih lagi dari dasar sungai dan dari hasil bumi..cuma sejak dua menjak ini renjer agak sibuk dan mengalami sedikit kesulitan dan sedikit dugaan..apa boleh buat..mungkin Allah sudah merencanakan sesuatu untuk hambanya seorang ini..

buat masa ni renjer memang dah kurangkan ativiti trip memancing..bukan sebab renjer sudah tiada lagi port terbaik untuk diteroka..cuma masalah kesihatan renjer yang tidak mengizinkan..tidak boleh selincah dulu meredah hutan belukar mencari lubuk-lubuk terbaik..bila agak sihat dan masa mengizinkan baru renjer akan turun..kalau ada yang minat suruh renjer atur trip mancing macam dulu-dulu tu memang renjer mintak maaf banyak-banyak la..bukan sengaja renjer menolak.. kalau setakat nak santai-santai memancing bersama sahabat-sahabat team renjer yang lain..nak sembang-sembang tepi sungai,kongsi-kongsi pengalaman insha allah boleh jika tiada yang menghalang..

buat masa ni renjer hanya turun memancing ikan haruan dan sesekali je turun ke sungai..tu pun jika ada yang oder ikan..macam ikan haruan..selebihnya renjer tunggu orang oder ikan basah je untuk dijadikan ikan pekasam..macam ikan lampam,terubul,ikan loma..kalau ada yang oder ikan renjer akan turun..kalau takde yang oder ikan berehat la renjer..hasilnya ikut lah setakat mana rezeki yang diberi dariNya..




kalau renjer nak cerita lagi entahla apa yang renjer nak tulis dan ingin sampaikan lagi..rasanya mungkin cukup kot sedikit luahan dari renjer ni..diharap entry blog renjer yang sebelum-sebelum ni banyaklah membantu dan sedikit perkongsian teknik pancing dan sebagainya untuk semua kaki pancing macam kita semua ni..kalau ada yang terkurang terlebih tu renjer harap dapatlah dimaafkan..

apa jugak yang dapat difahamkan dari blog renjer ni sama-samalah kita kongsi..sama-samalah kita usaha dari segi apa pun untuk ke arah kebaikan..yang penting kita sama-sama dapat fahami erti kesabaran dari hobi kita ni..mengenal,bersabar,usaha,bersyukur,bertukar pendapat dan macam-macam lagi lah kot..



   

Hobi dan Kerjaya..

cita-cita renjer memang ada untuk hobi renjer ni..cuma masa dan izin Allah yang akan menentukan semuanya nanti..diharap sedikit doa dari sahabat-sahabat buat renjer ni..renjer pun akan sentiasa mendoakan untuk kejayaan semua..

bagi diri renjer sendiri, apa yang sudah terjadi sebelum-sebelum ni anggaplah sebagai satu pengalaman..walaupun tidak berjaya seperti mana yang diharapkan tapi sekurang-kurangnya kejayaan renjer setakat hari ini cukup untuk renjer senyum dan bangga untuk diri renjer sendiri..yang penting renjer mampu bersaing seperti insan lain yang jauh lebih sempurna dari renjer di dunia ini..alhamdulilah syukur...

jika tiada yang terbaru cerita dan hasil dari blog renjer ni..
mugkin renjer akan kongsikan di :

1.Facebook Page Renjer  
2.Akaun Facebook Saiful Isa





p/s renjer : terima kasih diatas sokongan anda semua untuk renjer...kejayaan renjer setakat hari ini adalah kerana anda semua.terima kasih sekali lagi.



BANJIR DAN IKAN ESTATE SOONSENG





ASSALAMMUALAIKUM and HI all

*since i receive few calls from non Malay friends who interested with my blog, 
U guys make me smile dude! Thanks and do come again all ;)

                                                         
                                                                       

Salam takziah.. pray for pantai timur dan negeri-negeri yang turut menerima bencana dan diharap dapat menerima dugaanNYA ini dengan tabah..

Renjer ingin berterima kasih kepada peminat-peminat blog renjer yang masih lagi setia dan yang masih menunggu blog ini diupdate.. Terdapat sedikit beberapa masalah yang Renjer hadapi dan tak perlu la kot renjer nak diceritakan didalam blog renjer ni yang penting hasil dan cerita pasal ikan Renjer tetap post kat pages dan juga group fesbuk...

Bercakap pasal banjir ni, pasti semuanya dah tahu kan,kali ini punya banjir macam mana..agak teruk dan kawasan yang sudah lama tidak banjir pun boleh dinaiki air.. cuaca makin tidak menentu.. aktiviti pemancing pun pasti banyak yang terbatas.. apapun bagi renjer ini adalah salah satu yang terbaik untuk penghuni-penghuni sungai bebas membiak dan juga sungai kembali pulih dari sisa-sisa pencemar sungai..sedikit kekecewaan dalam setahun dua kebelakangan ni..sungai banyak yang tercemar dan kurang diambil tindakan..mungkin musim hujan kali ini ada hikmahnya.




Ok sekarang baru Renjer nak cerita pasal lubuk di sekitar tempat Renjer.. Kalau kat tempat Renjer ni musim banjir ni memang ditunggu-tunggu tapi bukanlah nak sampai banjir yang teruk tu.. habis semua tenggelam.. maksud Renjer banjir yang hanya menenggelamkan paya-paya di lubuk-lubuk yang biasanya menjadi tumpuan untuk kaki-kaki pancing. .kalau kat tempat Renjer ni ada satu estate ni, yang biasanya kalau banjir je mula la ikan akan keluar.. salah satunya Estate Soonseng..

Kalau rajin selongkar blog Renjer ni pastu ramai yang dah tahu kan,kalau cerita pasal ikan kat Estate Soonseng ni.. Biasa la -- ikan puyu,ikan keli,haruan dan jenis spesis-spesis ikan paya ni la.. Kalau yang minat casting tu dah tentu-tentu la teruja dengan ikan haruan cuma musim kali ni dah tak seperti dulu-dulu saiz ikannye mungkin sebab paya-paya dulu sudah banyak di tambak dan dibersihkan.. ikan dah tak sempat nak membesar.. sarangnya hancur.. agaknye itulah sebabnye kot.

Lagi satu mungkin disebabkan penanaman semula pokok sawit estate dan juga parit-parit yang baru.. nak buat macam mana kan,diorang punya estate.. yang penting orang ramai masih lagi bebas untuk masuk mencari rezeki kat dalam estate tu..cumanya kalau dah masuk untuk memancing tu buat lah cara nak memancing atau tak kira la masuk tu menangkap ikan dengan cara apa sekali pun selagi tidak menghancurkan lubuk  dan mengganggu tanaman..pesanan renjer la..takut nanti jadi macam sesetengah estate yang melarang orang luar untuk masuk.. kan naya macam tu..






Cerita pasal Estate Soonseng ni -- pasti la ramai yang nak lebih tahu jalan untuk sampai ke estate ni kan? Bukannya renjer ni jenis nak rahsia-rahsia lubuk pulak cuma Renjer nak bagitau je lah yang estate ni pun bukannye dekat dari tempat Renjer.. Ambik masa sejam jugak nak sampai..jalan plak ikut kebun sawit..musim hujan-hujan ni tau la..lecaknye bukan-bukan..

Dari tempat Renjer ni hanya kenderaan motor je yang boleh sampai sebab banyak estate nak kena tempuh.. banyak gate tapi bila dah sampai lokasi Renjer tengok banyak pulak kenderaan 4 roda yang boleh sampai masuk ke situ.. mungkin diorang masuk dari belah Teluk Intan.. mungkin ada jalan utama masuk.. kalau tak pun mungkin ikut laluan trailer sawit keluar masuk.. entahla.. apa yang pastinya buat masa ni memang berpesta ikan la orang kat estate soonseng ni..

Gambar-gambar yang kat atas ni ajelah yang sempat Renjer tunjukkan antara hasil renjer yang terbaru.. tak banyak kali dapat turun pun.. cuaca tak menentu ni.. kalau nak tunggu hasil dari sungai pulak mungkin ambil masa sikit..tunggu musim hujan reda nanti..harap-harap sungai kali ni pulih la dari tercemar.. terutama sungai bernam tu.. beribu kenangan manis dengan hasil kat sungai tu.. pemancing-pemancing yang dah pernah merasa ke sungai bernam ni pasti terngiang- ngiang je kan kat telinga bunyi drag mesin pancing.. perhh!!

sama-sama la kita tunggu musim hujan reda nanti..tungguuuuu.....


p/s renjer : tak kiralah dimana juga anda berada, janganlah merosakkan benda yang bukan milik kita..terutanya masuk ke estate..sama-samalah kita menjaga lubuk kita dan juga hormat orang yang lebih dulu berada lubuk atau yang memang menetap dilokasi sekitar lubuk..


MENGESAN LUBUK BARU SUNGAI BERNAM


ASSALAMMUALAIKUM and HI all

*since i receive few calls from non Malay friends who interested with my blog, 
U guys make me smile dude! Thanks and do come again all ;)



Koleksi terbaru hasil sungai yang renjer berjaya daratkan sebelum musim hujan sudah tiba.. lebih kurang sebulan yang lepas, renjer masih lagi aktif mencari lubuk-lubuk baru di sungai bernam ni.. selepas sungai bernam di sebelah bawah sudah dicemari sisa beracun..tak banyak lubuk yang tinggal dan berpontensi untuk bersantai..diharap selepas musim hujan ni kembali pulih la lubuk-lubuk sungai bernam di bahagian bawah ni..

kalau sungai bernam di bahagian atas pulak cemane ceritanya yer?? memang sungainya tidak tercemar tetapi air sungainya pulak semakin surut akibat ampangan utama sungai dusun telah menyekat air sungai dan dialirkan ke sungai lain, airnya untuk kegunaan loji-loji air untuk ke kampung-kampung dan felda yang terdekat.

apa jugak pun keadaannye, pada renjer, untuk redah lubuk hutan belukar bukanlah menjadi masalah jika satu-satu lubuk yang lain tu sudah tidak berpontensi, maka terpaksalah kena jadi rajin untuk mengesan lubuk-lubuk baru yang ada di sepanjang sungai bernam ni.. hasilnya kadang-kadang tu memuaskan jugak.. kalau renjer dah jumpak lubuk baru yang betul-betul sesuai baru lah renjer boleh mengatur trip memancing untuk musim yang akan datang..


antara lubuk yang paling terbaru renjer jumpak,masih lagi ada satu lombong pecah di bahagian atas sungai bernam ni kat area kampung kuala slim.. lubuk ni bagi renjer boleh dikira ok la..ikan kelabau,ikan blida ikan patin tenggalan dan sebagainya masih menghuni lubuk ni..

cuma yang menjadi masalahnya lubuk ni dipenuhi jaring.. ruang untuk memancing hanya tinggal sedikit.. cukupla untuk lepaskan gian.. apa yang renjer pasti ada 2 tuan yang sering turun menjaring ke lubuk ni..katanye dah berbelas tahun cari rezeki kat lubuk tu dari sebelum air sungai pecah masuk ke lombong tu lagi katanya... kiranya lubuk tu dah macam tempat dia la..
takpelah,yang penting diorang ni tak kisah kita ni nak tumpang-tumpang nasib nak memancing..setakat ni hasil renjer ke lubuk tu memuaskan jugak la..cuma musim hujan ni je renjer dah stop ke lubuk tu..air pun dah naik dan keruh semakin teruk..habis musim hujan ni nanti kita redah lagi lubuk-lubuk baru sungai bernam ni.

buat masa ni renjer lebih kepada mencari ikan loma je,memenuhi permintaan pelanggan.. sekarang ni sesuai masanya mencari ikan loma ni bila musim hujan..ikan-ikan ni dah mula mudik untuk bertelur..






p/s : lambat sikit update blog,ada sedikit masalah teknikal blog.terima kasih kepada semua yang masih lagi setia bersama blog renjersungai..untuk pertanyaan belehla join FB pages atau join  FB group team renjersungai.

publish via private computer  Pi1M Felda Besout 2

INFO TERBARU SG BERNAM 2014



ASSALAMMUALAIKUM and HI all

*since i receive few calls from non Malay friends who interested with my blog, 
U guys make me smile dude! Thanks and do come again all ;)





Apa yang terjadi kepada sungai bernam?? seperti yang tertulis di akbar-akbar minggu lepas seperti dalam gambar diatas.. tindakan sudah diambil dan punca kejadian sudah dikenal pasti..apakah tindakan seterusnya?? itu renjer kurang pasti..yang pastinya punca kejadian adalah berpunca dari sisa kilang yang terdekat.

sebelum itu,renjer ingin memohon maaf kerana terpaksa membatalkan semua trip memancing terutama kepada pemancing yang sudah menempah renjer untuk turun trip memancing dan yang telah setuju dengan harga trip yang renjer tetapkan seperti yang tertulis di entry blog yang lepas..maafkan renjer..mungkin kita tidak ada rezeki untuk memancing dan berkongsi pengalaman..

akan tetapi!! jika masih berminat la....




info terbaru :  bagi renjer sungai bernam ni tidaklah terjejas kesemua alur sungai akibat sisa kilang tu..masih ada lagi tempat yang boleh memancing dan masih lagi boleh berhasil..cuma lokasinya agak jauh sedikit dari tempat yang tercemar..cuma buat masa ni untuk ke lokasi yang renjer maksudkan..ada sedikit cabaran.. perlu tracking untuk sampai  ke lubuk-lubuk tertentu..

disebabkan air sungai makin surut, menggunakan bot mungkin sedikit sukar dan agak jauh..perlu banyak menunda bot kerana ada laluan-laluan yang airnya sungainya terlalu cetek dan halangan-halangan dari pokok-pokok yang tumbang ke dalam sungai..





jika berminat, renjer boleh aturkan trip memancing untuk ke lokasi yang renjer maksudkan tapi untuk memburu ikan kelabau sedikit sukar la kerana air sungai yang terlalu surut..biasanya ikan kelabau ni bila air sungai sudah surut ia lebih gemar bermain dikawasan yang bereba..untuk mendaratkan ikan ni dikira 50--50 la..tetapi jika ada rezeki..mungkin boleh dapat. siapa tahu kan?

ikan apa lagi yang kita boleh dapat selain ikan kelabau?? jika menggunakan sawit peram..insha Allah.. ikan seperti ikan lampam dan ikan kaloi..dan jika kita menggunakan umpan seperti umpan anak ikan..kita boleh cuba memancing ikan belida,ikan baung,ikan tapah,ikan toman,ikan ketutu dan sebagainyalah senang cerita hehe... apa-apa pun renjer offer kepada pemancing yang betul-betul berminat, dan yang inginkan memancing serta cabaran...amacam?? ada brannnn??



p/s : bila dan bagaimana?? halo2 renjer..kita bincang dulu..



JOM JOIN TRIP MEMANCING IKAN KELABAU


ASSALAMMUALAIKUM and HI all

*since i receive few calls from non Malay friends who interested with my blog, 
U guys make me smile dude! Thanks and do come again all ;)




salam.

untuk kaki pancing yang betul-betul berminat sahaja :

trip memancing ikan kelabau.

Pakej No 1 
Lokasi : Sungai Bernam.
Kategori : Mancing Tebing (tracking)
Umpan : Umpan sawit peram dan perambut disediakan.
Kenderaan : motorsikal disediakan (untuk 3orang sahaja)
Tempoh Masa : 2 hari 1 mlm (Isnin hingga Khamis sahaja)
Bayaran : Hanya RM100.00 (3 orang shj per trip)

Pakej No 2 
Lokasi : Jeti Jambatan Muhibah, Sg Bernam.
Kategori : tracking sungai menggunakan bot
Umpan : Umpan sawit peram dan perambut disediakan.
Kenderaan : 2 buah bot (RM60 untuk sebuah bot)
Maksimum 2 orang sahaja utk 1 buah bot
Tempoh Masa : 2 hari 1 mlm (Isnin hingga Khamis sahaja)
Bayaran : RM100.00 + 2 buah bot RM120.00 = RM220.00




Atas permintaan dari rakan-rakan renjer, ade yang berminat nak turun trip memancing bersama renjer.. Ini antara pakej yang renjer sediakan..Jom kita rasakan sendiri feel dia.. Kita boleh jumpak mata sama mata, berbual sambil santai.. inshaAllah renjer akan kongsikan segala pengalaman setakat mana yang mampu..termasuk cara-cara mengikat mata kail (perambut) dan cara-cara memasang umpan buah sawit dengan betul..dan mengetahui laluan sungai yang sesuai untuk memancing ikan menggunakan umpan buah sawit peram ni..

Ini salah satu punca rezeki renjer selain mencari ikan untuk tempahan dari pelanggan renjer.. Andai ada yang tertanya tentang bayaran yang renjer kenakan tu, itu adalah harga yang renjer letakkan atas segala ilmu yang renjer ada.. seikhlas mungkin renjer kongsi ilmu tentang ikan, pancing, dan ilmu-ilmu yang berkenaan.. kalau ada yang rasa mahal, renjer cakap awal-awal dah ni---- tiada paksaan. kalau betul berminat, itu caj nye. tapi kalau rasa nak bagi lebih, renjer terima dengan lapang dada.. semoga makin bertambahlah rezeki rakan-rakan renjer sekelian..hehehe

caj bot pulak..itu bukan bot milik renjer sendiri.. tetapi harga yang renjer tetapkan berpatutan mengikut tempahan atas nama renjer hehehe

Untuk hasil trip ni pulak cemane ye? konfem ke boleh dapat kelabau ni Renjer?? jawapan yang renjer boleh bagi ni dia---- inshaAllah, jika anda benar-benar pemancing tegar anda pasti tidak akan kesah pasal hasilnya dan yang penting ingin menambah pengalaman hehe.. dan yang terakhir pesanan ikhlas dari renjer perlu serius jika ingin join trip.. Jangan setakat repeat asyik cakap nak ikut--nak ikut je tapi sampai ke sudah takde ape kehkehkeh


p/s : trip pancing dibuka mengikut keadaan cuaca..untuk keterangan lanjut sila hubungi renjer di talian 0194251865


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...