INFO TERBARU SG BERNAM 2014



ASSALAMMUALAIKUM and HI all

*since i receive few calls from non Malay friends who interested with my blog, 
U guys make me smile dude! Thanks and do come again all ;)





Apa yang terjadi kepada sungai bernam?? seperti yang tertulis di akbar-akbar minggu lepas seperti dalam gambar diatas.. tindakan sudah diambil dan punca kejadian sudah dikenal pasti..apakah tindakan seterusnya?? itu renjer kurang pasti..yang pastinya punca kejadian adalah berpunca dari sisa kilang yang terdekat.

sebelum itu,renjer ingin memohon maaf kerana terpaksa membatalkan semua trip memancing terutama kepada pemancing yang sudah menempah renjer untuk turun trip memancing dan yang telah setuju dengan harga trip yang renjer tetapkan seperti yang tertulis di entry blog yang lepas..maafkan renjer..mungkin kita tidak ada rezeki untuk memancing dan berkongsi pengalaman..

akan tetapi!! jika masih berminat la....




info terbaru :  bagi renjer sungai bernam ni tidaklah terjejas kesemua alur sungai akibat sisa kilang tu..masih ada lagi tempat yang boleh memancing dan masih lagi boleh berhasil..cuma lokasinya agak jauh sedikit dari tempat yang tercemar..cuma buat masa ni untuk ke lokasi yang renjer maksudkan..ada sedikit cabaran.. perlu tracking untuk sampai  ke lubuk-lubuk tertentu..

disebabkan air sungai makin surut, menggunakan bot mungkin sedikit sukar dan agak jauh..perlu banyak menunda bot kerana ada laluan-laluan yang airnya sungainya terlalu cetek dan halangan-halangan dari pokok-pokok yang tumbang ke dalam sungai..





jika berminat, renjer boleh aturkan trip memancing untuk ke lokasi yang renjer maksudkan tapi untuk memburu ikan kelabau sedikit sukar la kerana air sungai yang terlalu surut..biasanya ikan kelabau ni bila air sungai sudah surut ia lebih gemar bermain dikawasan yang bereba..untuk mendaratkan ikan ni dikira 50--50 la..tetapi jika ada rezeki..mungkin boleh dapat. siapa tahu kan?

ikan apa lagi yang kita boleh dapat selain ikan kelabau?? jika menggunakan sawit peram..insha Allah.. ikan seperti ikan lampam dan ikan kaloi..dan jika kita menggunakan umpan seperti umpan anak ikan..kita boleh cuba memancing ikan belida,ikan baung,ikan tapah,ikan toman,ikan ketutu dan sebagainyalah senang cerita hehe... apa-apa pun renjer offer kepada pemancing yang betul-betul berminat, dan yang inginkan memancing serta cabaran...amacam?? ada brannnn??



p/s : bila dan bagaimana?? halo2 renjer..kita bincang dulu..



JOM JOIN TRIP MEMANCING IKAN KELABAU


ASSALAMMUALAIKUM and HI all

*since i receive few calls from non Malay friends who interested with my blog, 
U guys make me smile dude! Thanks and do come again all ;)




salam.

untuk kaki pancing yang betul-betul berminat sahaja :

trip memancing ikan kelabau.

Pakej No 1 
Lokasi : Sungai Bernam.
Kategori : Mancing Tebing (tracking)
Umpan : Umpan sawit peram dan perambut disediakan.
Kenderaan : motorsikal disediakan (untuk 3orang sahaja)
Tempoh Masa : 2 hari 1 mlm (Isnin hingga Khamis sahaja)
Bayaran : Hanya RM100.00 (3 orang shj per trip)

Pakej No 2 
Lokasi : Jeti Jambatan Muhibah, Sg Bernam.
Kategori : tracking sungai menggunakan bot
Umpan : Umpan sawit peram dan perambut disediakan.
Kenderaan : 2 buah bot (RM60 untuk sebuah bot)
Maksimum 2 orang sahaja utk 1 buah bot
Tempoh Masa : 2 hari 1 mlm (Isnin hingga Khamis sahaja)
Bayaran : RM100.00 + 2 buah bot RM120.00 = RM220.00




Atas permintaan dari rakan-rakan renjer, ade yang berminat nak turun trip memancing bersama renjer.. Ini antara pakej yang renjer sediakan..Jom kita rasakan sendiri feel dia.. Kita boleh jumpak mata sama mata, berbual sambil santai.. inshaAllah renjer akan kongsikan segala pengalaman setakat mana yang mampu..termasuk cara-cara mengikat mata kail (perambut) dan cara-cara memasang umpan buah sawit dengan betul..dan mengetahui laluan sungai yang sesuai untuk memancing ikan menggunakan umpan buah sawit peram ni..

Ini salah satu punca rezeki renjer selain mencari ikan untuk tempahan dari pelanggan renjer.. Andai ada yang tertanya tentang bayaran yang renjer kenakan tu, itu adalah harga yang renjer letakkan atas segala ilmu yang renjer ada.. seikhlas mungkin renjer kongsi ilmu tentang ikan, pancing, dan ilmu-ilmu yang berkenaan.. kalau ada yang rasa mahal, renjer cakap awal-awal dah ni---- tiada paksaan. kalau betul berminat, itu caj nye. tapi kalau rasa nak bagi lebih, renjer terima dengan lapang dada.. semoga makin bertambahlah rezeki rakan-rakan renjer sekelian..hehehe

caj bot pulak..itu bukan bot milik renjer sendiri.. tetapi harga yang renjer tetapkan berpatutan mengikut tempahan atas nama renjer hehehe

Untuk hasil trip ni pulak cemane ye? konfem ke boleh dapat kelabau ni Renjer?? jawapan yang renjer boleh bagi ni dia---- inshaAllah, jika anda benar-benar pemancing tegar anda pasti tidak akan kesah pasal hasilnya dan yang penting ingin menambah pengalaman hehe.. dan yang terakhir pesanan ikhlas dari renjer perlu serius jika ingin join trip.. Jangan setakat repeat asyik cakap nak ikut--nak ikut je tapi sampai ke sudah takde ape kehkehkeh


p/s : trip pancing dibuka mengikut keadaan cuaca..untuk keterangan lanjut sila hubungi renjer di talian 0194251865


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...