Showing posts with label ikan belida. Show all posts
Showing posts with label ikan belida. Show all posts

EDISI RAMADAN TRIP PANCING PART 1




ASSALAMMUALAIKUM SALAM RAMADAN and HI all

*since i receive few calls from non Malay friends who interested with my blog, 
U guys make me smile dude! Thanks and do come again all ;)






Rezeki bulan ramadan---setetah air sungai bernam pulih dari banjir awal puasa tempoh hari renjer kembali turun mengintai lubuk walaupun air sungai agak dalam agak sedikit keruh.. misi kami bermula dengan memburu ikan belida.. .misi kami kali ni agak kecewa kerana agak sukar untuk mendapatkan umpan (udang galah) kemudian kami beralih umpan dengan menggunakan umpan anak ikan sepat dan anak ikan seluang... biarpun kelibat ikan belida cukup banyak di lubuk yang kami singgah ni tapi menggunakan umpan anak ikan ni kurang sambutan.. hanya sesekali ada pagutan hebat.. itu pun hanya dari ikan-ikan toman..

sungai bernam ni tidak lagi seperti tahun-tahun yang lalu.. udang galah cukup banyak dan mudah untuk mendapatkanya.. akibat kerakusan nelayan kat sungai ni ikan dan udang semakin berkurangan.. mungkin kaedah menangkap ikan yang diorang gunakan menyebabkan ikan semakin pupus.. teknik menggunakan candit, belat, bubu, jaring dan sebagainya.. kini sungai bernam ni tinggal la ikan-ikan yang kurang berhargga seperti ikan toman, ikan kaloi, belida... itupun mungkin ikan-ikan jenis ni kurang mengena dengan cara tangkapan nelayan sungai ni gunakan...kalau tida konfem ikan-ikan jenis ni pun boleh pupus..




satu lagi spesis ikan yang agak banyak lagi kat sungai bernam ni ialah ikan kelabau.. ikan jenis ni pun sukar untuk nelayan sungai ni menjeratnya.. sebab tu ikan kelabau ni sentiasa ada kat sungai bernam ni mengikut musim.. lagipun ikan jenis ni suka bermain kawasan arus dan reba.. jaring dan bubu pun belum tentu dapat menjerat ikan jenis ni kecuali ada yang rakus menggunakan racun atau teknik letupan dan elektrik.. bagi renjer satu-satunya teknik yang berkesan dah tentulah teknik pancingan.. jika kena teknik, lokasi dan umpan inshaAllah mengena..



p/s : next entry..misi renjer menjerat ikan kelabau..redah lubuk hampir 1/km.

INTAI LUBUK IKAN BELIDA


ASSALAMMUALAIKUM and HI all

*since i receive few calls from non Malay friends who interested with my blog, 
U guys make me smile dude! Thanks and do come again all ;)






Desas desus kabar angin yang sampai..member ni dapat ikan belida member tu dapat ikan belida..ada yang dapat saiz 7 kilo ada yang 5 kilo la..ada yang dapat 3,4 ekor sekali turun..hoi!! tak tahan der...perlu ada ruang masa untuk terjah lubuk ni..

plan punya plan jadi la kami turun..itu pun dah masuk ke tengah hari baru kami ke port yang renjer pilih...maklum la..dah ada bisnes ni jadi terhad masa nak ke sungai..hehe..tapi bila dah gian mancing tu datang terpaksa la ejas masa jugak..




kami turun tu tak la semata-mata nak cari ikan belida je..sawit peram tetap kami pertarukan jugak..sementara memancing udang galah untuk dijadikan umpan untuk ikan belida tu dan la labuh joran dulu guna umpan sawit ni..guna umpan sawit memang ada sambutan la..balingan pertama dah ada yang sapu..tapi tu la nasib..ikan kaloi je yang berminat..dah tu pulak bila curi umpan manjang berdesup tarik masuk ke reba kayu...kena buli kami hehe..

seekor je pun ikan kaloi yang tak bernasib baik..seekor lagi ikan kelabau...nak mancing ikan belida umpan plak belum ada lagi..lama  jugak nak cari udang galah nak buat umpan..ikan belida kat lubuk tu boleh tahan la banyak main..dah dekat petang baru ada udang yang kami dapat..entah kemana la udang kat lubuk tu..banyak ikan jenis menyambar kot..tu yang udang dah kurang kat port tu..kot la kan..




memang tepat la jangkaan kami..umpan isi udang yang kami labuh tak lama mana dah mengena..pantang campak je..berdesup ikan dah bedal umpan..tapi ikan toman pulak dah yang berminat..kena buli lagi kami haha...duk putus perambut je.. dah lewat petang sikit baru la renjer dapat jugak daratkan seekor ikan belida..tu pun saiz hampir 3 kilo je..nak kata susah nak dapat ikan belida tu tak la..cuma umpan nak mancing dia tu je jadi masalah sikit..

lain kali pulak la nanti renjer plan trip memancing lain..nak kena ejas trip bermalam kot baru best sikit...rasa tak puas je dapat kejap ke sungai ni :P




Nota renjer : lubuk dah di kesan..ini kali pasti perrrlll!!..bunyi si belida melambung hehe.. :P


TRIP MEMANCING EDISI TAHUN BARU CINA

ASSALAMMUALAIKUM and HI all

*since i receive few calls from non Malay friends who interested with my blog, 
U guys make me smile dude! Thanks and do come again all ;)



Pergi mana cuti tahun baru cina?? ade turun ke sungai ke?? 

mesti la turun.. kalau renjer ni memang takde istilah nak cuti-cuti memancing ni..memancing tu jadi harus dah hehe..cuma mase je terhad sikit.. awal pagi renjer niaga ikan dulu.. tengah hari sikit baru boleh terjah ke lubuk.. cuti kali ni ramai sungguh member yang balik ajak ke sungai.. ade yang sempat join ade yang tak.. masing-masing ade plan macam-macam.. nak mancing haruan lah,mancing belidalah, mancing kelabau lah.. macam-macam ikanlah lagi..yang mana sempat, renjer bawak.. yang tak sempat tu diorang turun sendiri jelah...

meriah sungguh orang ke sungai cuti raya cina tadi.. paling best orang yang naik bot kat sungai bernam tu.. pakat berdesup kejar lubuk.. sampai lupa ada orang memancing kat tebing sungai.. dari air sungai cantik sampai jadi keruh la... kadang-kadang tu tali pancing orang pun diorang langgar macam tu je... punya nak laju la..sampai tak sempat elak dah..

sungai bernam ni sungainye kecik je..tak payah laju-laju kalau naik bot tu..lubuk ade setiap selekoh sungai..macam malu-malu pulak nak cuba memancing..tengok orang keatas semua pakat berkejar-kejar..aiyoo..ape la hasil diorang agaknye...




lubuk-lubuk renjer pun dah banyak berubah..ade yang boleh pancing ade yang dah tak sesuai nak pancing..pokok tumbang dalam sungai sana sini..memang mencabar la nak memancing..tapi renjer ikut mana dan jela..nampak banyak ikan belida, renjer cuba main ikan belida.. nampak ade ikan kelabau, cuba labuh umpan kelabau.. tapi kalau labuh umpan buah sawit nak buru ikan kelabau.. memang ikan kaloi la yang jamah dulu umpan sawit tu..banyak betul ikan kaloi kat sungai bernam sekarang ni..

dah la nak daratkan ikan kaloi ni mencabar sikit.. saiz ikan die pulak banyak yang atas 3kilo sekor-sekor.. kadang-kadang tu renjer pun kena buli dengan ikan kaloi ni hehe.. ikan belida pulak memang banyak.. tapi ikan belida ni merata lagi duduknye.. air sungai belum betul-betul surut lagi..kalau dah ikan-ikan tu terkumpul setempat nanti baru betul-betul best nak pancing..mase tu baru ikan belida yang besar-besar ni senang sikit nk pancing die...setakat ni renjer pun tak de dapat lagi ikan belida yang besar-besar macam tahun lepas sampai 6--7 kilo sekor-sekor...yang banyak renjer dapat kebanyakanya saiz bawah 4 kilo je..untuk permulaan itu pun dah orait!! hehe....esok-esok kang renjer terjah lubuk-lubuk tu lagi...



Nota renjer : setakat ni,ikan belida,ikan kaloi,ikan toman..kalau ada yang berminat boleh la halo-halo :)



TRIP KE SUNGAI ULU BASIR PART 2.




ASSALAMMUALAIKUM





Misi renjer trip kali kedua ke lubuk yang sama pada trip memancing minggu yang lepas..tapi hasil kali ni lebih lumayan..cuma ikan-ikan yang kami dapat tiada yang bersaiz mega..biarpun niat renjer memang ingin menjerat si belida..9 ekor kesemuanya ikan belida yang renjer darat kan..tapi kesemua tidak mencecah berat lebih dari 3kg..termasuk 3 ekor ikan kelabau,ikan baung,ikan tapah,ikan sebarau,ikan lampam,ikan selais dan udang galah..biarpun begitu kami tetap berpuas hati dengan hasil yang kami perolehi..

mungkin renjer perlu aturkan lagi satu trip untuk terus menjerat si belida yang lebih besar seperti trip-trip memancing tahun yang lepas..saiz  belida terberat yang renjer daratkan pada tahun lepas adalah 7.1kg..




bukan tiada ikan belida yang besar di lubuk yang kami pancing tu..mungkin ikan belida yang besar-besar tu masih lagi cukup makanan..sentiasa duduk didalam reba kayu..lagi pun musim tahun ni lubuk tu cukup senang nak dapatkan udang galah..itulah makanan utama si belida ni selain anak ikan..

misi yang akan datang renjer perlu sediakan sebijik sampan untuk memudahkan kami pergi ke lokasi yang lebih menarik..kalau tiada halangan mungkin minggu ni renjer akan turun lagi ke lubuk ini....






nota renjer : kalau ade rezeki bulan ni renjer nak sambar satu sampan 14 kaki.. 
kalau ade rezeki lebih  la crita dia hehe :P



SEDIKIT TIPS TEKNIK MENJERAT IKAN BELIDA






ASSALAMMUALAIKUM..





-lubuk belida-
|


Atas permintaan rakan blogger dan pengunjung renjersungai yang ingin mengetahui teknik untuk memancing ikan belida.. di sini boleh la renjer terangkan sedikit tips.. ape-ape pun selebihnya bergantung pada rezeki masing-masing ^_^


1: untuk memburu ikan belida ni haruslah peka dengan lokasi dan mengesan lubuk ikan ini terlebih dahulu...pastikan kelibat ikan belida ini kerap main di permukaan air..petanda ia ada di lubuk tu..boleh la kita menapak dan mencuba nasib di kawasan yang kerap ikan ini timbul...dan pastikan air sungai tidak keruh..

2: tidak semua lubuk ikan belida akan makan satu jenis umpan sahaja yang kita guna..haruslah mencuba lebih dari satu jenis umpan contoh : anak udang galah,ikan sepat,udang sampah,anak ikan seluang..

3: perambut yang sesuai.. teknik umpan layang paling sesuai.. maksudnya gunakan perambut yang panjang untuk umpan hidup..lebih kurang sedepa panjang..untuk gunakan isi udang bolehla gunakan tali perambut yang agak kasar sedikit..batu pulak boleh gunakan mengikut kesesuaian arus sungai..bawah pada saiz 5..

4: bila ikan belida sudah makan umpan yang kita labuh..sentapan joran haruslah kuat untuk kail yang kita pasang betul-betul lekat di mulutnya..jika lambat membuat sentapan ikan ini akan meluahkan umpan yang sudah di makan...bila sentapan kita sudah berjaya dan ikan ini mula melambung dan tidak lucut, itu menandakan kail kita sudah betul-betul lekat di mulutnya...mata kail terbaik boleh la mencuba jenis daici saiz lebih kurang no 15-16..




sekian sedikit tips dari renjer..bolehla mencubanya nanti..kalau kat tempat renjer ni nak memburu ikan belida kena tunggu musim..paling sesuai masa musim kemarau..ikan belida ni dah mula berkumpul setempat..apa yang renjer terangkan tadi tu tak semua sama.. cuma itulah sedikit pengalaman renjer ketika memburu ikan ini...lagi pun tidak semua sungai akan sama untuk menu umpan ikan belida ini..lain tempat, kadang-kadang lain cara kata orang..hehe

biarpun gagal setiap kali memburu ikan ini, ia akan memberikan kita pengalaman dan pengalaman sebelum kita akan btul-btul mahir menjeratnya... ^_^




nota renjer : selamat mencuba!! ape pun rezeki kita sudah ditentukan ^_^



LAGI 4 EKOR BELIDA DARI SUNGAI ULU BASIR



ASSALAMUALAIKUM...





Serang dan terus diserang hehe.. hari ni 4 ekor belida pulak renjer berjaya daratkan..kali ni renjer terjah lubuk sungai ulu basir seawal pagi pulak bersama-sama rakan renjer si ali..biarpun sampai awal ke lubuk ini tapi umpan pulak susah nak dapat ..hampir 1 jam jugakla kami ambik masa memancing udang untuk dijadikan umpan ikan belida ni..hanya 2 ekor udang je yang renjer dapat..walaupun hanya 2 ekor udang yang dapat dijadikan umpan, tp alhmdulillah.. hasilnya 4 ekor belida yang mendarat hihi...


ali pulak turun kali ini masih lagi tidak ade rezeki..blida yang mencuri umpan kailnya berjaya melepaskan diri...lubuk yang renjer turun ni memang cukup banyak kelibat ikan-ikan belida ini..munkin air sungai yang semakin surut menyebabkan ia semakin banyak berkumpul...tetapi yang peliknya ikan belida di lubuk ini tidak mahu makan jika berumpankan anak ikan tidak seperti tahun-tahun yang lepas...mungkin dah ubah citarasa kot ikan belida nie hehe...





renjer mungkin akan turun ke lubuk ini dalam masa 2 atau 3 hari lagi..banyak yang lucut kail mase bertarung tadi..takpe2..kita bagi itu belida rest dulu hehe... sesapa nak join nanti boleh la halo-halo renjer..jangan sampai musim hujan tiba..bila air dah dalam makin sukar lah nak memburu si belida ini...







nota renjer : jom rasakan sendiri pertarungan si belida...


IKAN BELIDA DAN IKAN KELABAU


ASSALAMMUALAIKUM


|
v

Belum sempat hilang lagi letih dari trip tempoh hari renjer dah turun lagi hehe..bosan kalau duk rumah je..walaupun badan rasa kurang sihat tapi sangap memancing punya pasal serang jugak la hihi...biarpun turun agak lewat tapi itu lah hasilnye...

lubuk kali nie tetap ke sungai ulu basir jugak tapi atas sikit dari lubuk-lubuk yang sebelum nie..banyak jugak kelibat ikan-ikan belida ni..cuma umpan je susah nak dapat..guna umpan anak ikan langsung si belida ni tak sentuh..terpaksalah mancing udang galah sampai dapat..sesambil tu joran tetap dilabuhkan..berumpankan sawit peram terjerat jugak la seekor ikan kelabau..bila dah dapat udang,ha baru la boleh menduga ikan belida nie..6 ekor belida dapat renjer daratkan.. tapi yang besar seekor tu je..yang lain- lain tu belum cukup umur hehe renjer dah lepaskan balik...baru la orang kata catch and release huhu..


balik malam tu renjer trus je potong ikan kelabau tu..mau kasi jadi santapan malam hihi...masak lemak ikan kelabau campur udang galah perhhh!!! pe lagi jom la sebat hihi..jemput makan semua~~~




nota renjer : ikan sungai nie kalau masak fresh2 memang sedap!!!
kalau bakar pulak lagi la sesedap huhu...


MISI 2 HARI RENJER BERSAMA TEAMPANCINGARA



ASSALAMMUALAIKUM






lokasi
|
|
|
|
V

Selesai sudah trip renjer bersama team pancing ara menerjah ke lubuk sungai bernam untuk memburu 3 jenis spesis ikan..lebih kurang 11.00 pagi renjer dan team pancingara sudah berada di lokasi lubuk pertama dengan hajat ingin menduga ikan kelabau serta memancing udang untuk dijadikan umpan untuk menjerat ikan belida pulak nanti..agak mengecewakan jugak la ikan kelabau yang ditunggu tidak muncul walaupun air sungai cukup baik.. ha macam tu la kalau dah takde rezeki hihi.. jam 6:30 petang.. semua sudah bersedia untuk keluar ke lubuk seterusnya..hasil lubuk pertama hanya berjaya mendapat beberapa ekor udang untuk dijadikan umpan dan ikan-ikan seperti truboi,selais,dan ikan selat.. bagi renjer, itu sudah dikira gagal ketika berada di lubuk yang pertama..



jam 9:00 malam sudah berada di lubuk seterusnya.. hajat kali ini untuk menduga si ikan patin.. masing-masing sudah bersedia dengan umpan masing-masing.. sejam menunggu dah akhirnya semua sudah keletihan termasuklah renjer..mane taknye lubuk pertama kami cukup mencabar.. hampir satu km kami semua meredah hutan untuk sampai ke lubuk pertama...dah penat ape lagi tidor laaaa!! ape pun tak boleh!! hahaha... tapi ade yang tak boleh tido malam tu huhu di usik penghuni sungai.. die nak gurau-gurau je tu kih3...


menjelang pagi misi terakhir kami adalah menjerat si ikan belida..cukup banyak kelibat ikan belida di lubuk ini.. tetapi umpan pulak tidak mencukupi.. sempat berjaya mendaratkan seekor sahaja ikan belida berat lebih kurang sekitar 5 kg.. kire ok lah tu misi kali ni ade jugak la monster hehe.. pe lagi masing-masing posing bergambar kenangan la...huhu


3 spesis ikan yang ingin di buru tetapi hanya satu spesis sahaja yang berjaya di jerat.. selebihnya hanya ikan lampam dan lain-lain.. kire ade jugak la hasil trip kami nie..







nota renjer : ape pun trip kali nie telah meninggalkan seribu kenangan..
next trip kite set yang lebih terbaik...

IKAN BELIDA LUBUK ULU BASIR LAGI


ASSALAMUALAIKUM




|
Renjer turun lagi ke lubuk sungai ulu basir ..kali nie hasil renjer lebih menarik dan berjaya mendaratkan 4 ekor ikan belida dan seekor ikan petutu...ikan-ikan belida di lubuk ini semakin lapar..tidak perlu menunggu lama.. bila umpan sudah di labuhkan,ade je yang buat rod lemax renjer melentur hehehe... tapi saiz ikan belida di lubuk ini tidaklah berapa besar berbanding di lubuk-lubuk sungai bernam yang mana saiz ikan belida di situ kebanyakanya bersaiz 5 kilo keatas...
|



biarpun ikan di lubuk sungai ulu basir ini tidak berapa besar,namun kudratnya untuk melepaskan diri dari kail cukup hebat.. biasanya ikan belida ini jika sudah terlekat di kail ia tidak akan lari jauh..cuma ia akan melambung seperti ikan siakap..begitulah cara ikan belida ini untuk memutuskan perambut..bagi pemancing yang masih belum pernah menduga ikan ini pasti akan teruja bila kali pertama bertarung dengan ikan belida ini...







nota renjer : kaki pancing yang masih belum pernah menduga ikan belida ini bolehla berguru dengan renjer hehe...


SERANG IKAN BELIDA SG ULU BASIR PULAK


ASSALAMUALAIKUM




-lubuk kona s-
|
|
|
|
V
|
Lubuk terbaik!! sungai estate ulu basir..intai-intai lubuk ni semalam bersama rakan renjer si ramis.. kali nie renjer berjaya lagi daratkan seekor belida dari lubuk ni..berat die kurang 100gm lagi nak 5 kilo..air sungai yang semakin surut meyebabkan ikan-ikan belida ini semakin banyak berkumpul di lubuk ini...




biasanya jika air sungai sudah surut sebegini, ikan-ikan belida ini cukup senang diburu kerana ia sudah terkumpul setempat..tidak perlu menunggu lama jika umpan sudah dilabuhkan.. pasti ada yang sudi...tetapi ikan belida ini cukup licik jika mencuri umpan..bagi renjer yang sudah tahu teknik menjeratnya pasti ada ikan belida yang tidak bernasib baik hehe...




lubuk yang renjer turun kali nie cukup banyak kelibat ikan belida ini bermain tapi tidak semua mahu makan umpan..mungkin sudah kenyang menyambar anak-anak ikan kecil.. jika tidak hujan lagi dalam seminggu dua ini, memang ikan-ikan belida ini semakin laparlah jika ikan-ikan kecil yang menjadi makanannya semakin kurang.. mase ini lah renjer tidak akan melepaskan peluang untuk terus turun menjeratnya...weeeeehuuu~~






note renjer : next trip renjer akan serang ke lubuk ini lagi...


MENDARAT JUGAK BELIDA SAIZ MEGA NI


ASSALAMMUALAIKUM..


-ikan belida-
|
|
|
v
|
|
V
Pepatah yang renjer katakan dalam entry yang lepas :
"sepandai-pandai belida melompat akhirnya jatuh ke tebing jugak"


dan akhirnya, seekor ikan belida tak bernasib baik kali nie kih3.. ade seekor lagi tapi dia berjaya memutuskan perambut...xpe tunggu next trip lagi nanti hehe..
|
|
nie kire ikan belida rekod terbaru renjer nie, yang dulu tu 6.5kg je..kali nie 7.1kg.. yang next-next trip nanti mungkin lebih berat..mungkin la huhu ^_^

hasil kali nie renjer tolak ikan belida tu kat toke kdai pancing behrang je.. dapat dalam rm109.00..jadi la,dapat gak bli peralatan memancing..kat situ jugak selesai duit jual ikan tu hak3...ha kalau trip akan datang nie semua peralatan renjer dah lengkap!!
jom! sapa mau folow??? hehe..
|
|
V

nota renjer : lubuk yang renjer turun nie ade lagi yang lebih besar dari yang renjer dapat nie..xcaye tunggu la next trip huhu..

IKAN BELIDA SG BERNAM


assalammualaikum..


-ikan belida-
|
|
Ha kali intai punye intai berjaya jugak renjer menjerat seekor ikan belida nie.. xde la besar sangat pun tapi janji belida hehe.. berapa kali dah renjer turun buru ikan nie tak berjaye..licik sungguh die mencuri umpan.. yang renjer daratkan nie mungkin tak bernasib baik la hehe.. lubuk kali nie renjer ke port yang selalu renjer buru ikan patin tu.. ikan belida kat lubuk nie tak la sombong2 hehe..rajin je curi umpan yang renjer labuhkan, cume kail je yang tak lekat.. xpe2 ko tunggu la next trip sang blida!! sepandai-pandai belida melompat nanti akhirnya jatuh ke tebing juga hihi.. pepatah renjer tu kih3....
|
|
member renjer si ramis nie pun naik geram je dah..asal makan umpan je si belida nie lucut mate kail..licik2 bebel si ramis hehe..xpela renjer cakap..kite plan next trip bagi semua peralatan lengkap.. turun intai2 macam nie kire kite bagi pluang je kat ikan blida nie hehe...

mase balik ptang tu singgah la kejap kat kdai makan tepi sungai bernam tu..jumpe la sorang pakcik nie baru turun dari sampan..renjer pun tegur la..ade ke hasil pakcik?? skit je nie ha balas pakcik tu.. sikit!!!?? terkejut renjer tengok hasilnye.. besor-besor udang galah..jenggo2!! perhh!! tersenyum je pakcik tu hehe.. kalau ade sampan macam tu hasilnye, dah tentu boleh ke tempat yang lebih menarik.. tak ke gitu?? hehe..
|

nota renjer : kaki pancing yang ade sampan?? jom datang ke tempat renjer hehe..



trip ayoi vs ecam ke lubuk estate up..

LAGI IKAN BLIDA LUBUK BRAGOK SG BERNAM.



lokasi lubuk bragok sg bernam skc..

ikan belida lubuk bragok sungai bernam skc...


ikan belida sg bernam..

LAGI IKAN BLIDA LUBUK BRAGOK SG BERNAM.


jika umpan kena, air sungai pun cantik ha nie la hasilnye huhu..
record renjer ke lubuk bragok.. ikan blida 6.5kg- ikan patin 9.8kg.

puas dgan ikan blida yang berjaya didaratkan,
rakan tegar baus..3x turun kelubuk bragok akhirnya baus
memprolehi lesen..


rakan tegar amis..ikan blida pertama berjaya didaratkan di lubuk bragok..

lokasi menarik lubuk ikan blida..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...