TRIP KE SUNGAI ULU BASIR PART 2.




ASSALAMMUALAIKUM





Misi renjer trip kali kedua ke lubuk yang sama pada trip memancing minggu yang lepas..tapi hasil kali ni lebih lumayan..cuma ikan-ikan yang kami dapat tiada yang bersaiz mega..biarpun niat renjer memang ingin menjerat si belida..9 ekor kesemuanya ikan belida yang renjer darat kan..tapi kesemua tidak mencecah berat lebih dari 3kg..termasuk 3 ekor ikan kelabau,ikan baung,ikan tapah,ikan sebarau,ikan lampam,ikan selais dan udang galah..biarpun begitu kami tetap berpuas hati dengan hasil yang kami perolehi..

mungkin renjer perlu aturkan lagi satu trip untuk terus menjerat si belida yang lebih besar seperti trip-trip memancing tahun yang lepas..saiz  belida terberat yang renjer daratkan pada tahun lepas adalah 7.1kg..




bukan tiada ikan belida yang besar di lubuk yang kami pancing tu..mungkin ikan belida yang besar-besar tu masih lagi cukup makanan..sentiasa duduk didalam reba kayu..lagi pun musim tahun ni lubuk tu cukup senang nak dapatkan udang galah..itulah makanan utama si belida ni selain anak ikan..

misi yang akan datang renjer perlu sediakan sebijik sampan untuk memudahkan kami pergi ke lokasi yang lebih menarik..kalau tiada halangan mungkin minggu ni renjer akan turun lagi ke lubuk ini....






nota renjer : kalau ade rezeki bulan ni renjer nak sambar satu sampan 14 kaki.. 
kalau ade rezeki lebih  la crita dia hehe :P



10 komen tak kire kaki pancing:

anamizu kaito said... Reply To This Comment

Renjer!!! teman terliorr dah ni ha!!
moh le besok kome masakkan ape2..
ce la bg teman ni mkn ikan tapah tu.
sedap kata deme weyyhh!! =P






Peminat Setia,
cik ana ^___^

Renjer Sungai said... Reply To This Comment

cik ana : udah tentu le teman tolong masakan nti.. :P

ramlan said... Reply To This Comment

ikan tu ke renjer orang buat fishcake tu???

Renjer Sungai said... Reply To This Comment

@ramlan : mungkin la kot..yang renjer tau ikan belida ni orang buat bebola ikan je :p

Bro Aim said... Reply To This Comment

terbaiklah..memang kaki pancing tegar...sekarang tgah gantung pancing..dah habis lubuk dah..hoho..nanti kalau turun sungkai boleh roger2 ranger..mana tau boleh mancing sama..

Renjer Sungai said... Reply To This Comment

@Bro Aim : di persilakan hehe.. lagi ramai kaki pancing yg kita knal lagi byk pengalaman yg kita dpt :P

Bro Aim said... Reply To This Comment

betul tu....sekarang baru lepas musim casting haruan..berehat sebentar...ikan disungai belakang rumah pun tgh kurang.. -kalau tuan dapat ubah system comment yang boleh follow up komen lagi bagus sbb sesiapa yang komen boleh alert dengan komen yang tuan balas..

Renjer Sungai said... Reply To This Comment

@Bro Aim : tapi kt tmpat renjer ni habis musim haruan ade musim ikan sg pulak :)

nti renjer ejas bg best skit blog renjer ni,tpi buat mase ni renjer sibuk sikit,kdg2 xsmpat nk jengok blog ni :P

Anonymous said... Reply To This Comment

salam renjer,,

sya nk mtak sedikit tnjuk ajar dri renjer,mengenai cara memancing ikan belida..saiz ank udang glah yg sesuai d'gunakan n teknik pancingan dasar atau pelampung yg renjer gunakan..hrap renjer dpat b'kongsi dgn peminat2 renjer d'sluruh mlaysia ni..renjer t'baeekkk...

Renjer Sungai said... Reply To This Comment

@Anonymous : w,salam

untuk umpan ikan belida ni,udang galah mmg antara umpan yg terbaik la..xkira la anak udang galah atau udang galah yg besar..caranya udang tu harus dikopek kulitnya mase udang tu masih hidup..potong halus boleh atau seekor udang potong 2 je..cari kawasan yg belida kerap timbul..pastika kawasan yg kurang berarus, gunakan batu pancing yg halus sekitar saiz 4 ke bawah.. perambut biar kasar sikit pun xpe..main dasar je..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...