RENJER SUNGAI DI TV1

ASSALAMMUALAIKUM and HI all


*since i receive few calls from non Malay friends who interested with my blog, 
U guys make me smile dude! Thanks and do come again all ;)






ada sesape ke yang perasan masa Berita pukul 8 malam di RTM TV1 24 September haritu?? hehe.. alhamdulillah sekali lagi blog Renjer Sungai mendapat liputan media.. kali ni dari crew RTM TV1... mula-mula ingatkan lambat lagi baru keluar.. rupanya keluar dalam slot Laporan  Khas Berita TV1 lebih kurang pukul 8.45 malam kot kalau Renjer tak silap.. 

-Terima kaseh pada Puan Emak yang tak henti-henti bagi sokongan dari Renjer kecil sampailah sekarang dah besar panjang.. hehe.. Puan emak jugaklah yang banyak tolong sesi menyiang ikan untuk dijadikan ikan kering.. Terima kasih mak !! i lap u lah makk ! hehe

-Terima kasih jugak buat tenaga pengajar di Pusat Jalurlebar Komuniti Felda Besout 2 iaitu Cik Ana dan Puan Ida.. kalau tak kerana diorang berdua ni, memang Renjer tak tahu langsung lah pasal dunia Blog dan IT in semua.. semua berkat hasil kesabaran diorang bagi tunjuk ajar untuk hasilkan Blog Renjer Sungai ni sampai tercipta kejayaan setakat ni.. terima kasih ..

-Terima kasih jugak pada semua pembaca setia blog Renjer Sungai ni.. takde korang yang rajin mai ke sini, takde erti lah blog Renjer Sungai ni.. hehe

alamak.. dah macam menang award anugerah plak.. kehkehkeh.. tapi sejujurnyalah Renjer memang sangat berterima kasih pada semua rakan-rakan, pembaca, pelawat yang tak henti-henti menyokong Renjer.. adik-beradik yang banyak bagi sokongan.. Terima kasih pada semua lah ! korang memang rockkk habes lah! hehe

Betul lah orang selalu cakap :  "rezeki kita memang kita takkan pernah tahu".. DIA atur memang cantik segalanya.. ada kekurangan di sini, DIA bagi kelebihan dan keindahan di sebelah sana.. Alhamdulillah Terima Kasih Ya Allah :)

nota renjer : semoga kemanisan berterusan hendaknya.. aminn :)
nota renjer lagi : next entry nanti kita terjah lubuk lagi.. hehe






TEST POWER UMPAN

ASSALAMMUALAIKUM and HI all


*since i receive few calls from non Malay friends who interested with my blog, 
U guys make me smile dude! Thanks and do come again all ;)


 


Umpan terbaik ka?? belum tau lagi kan.. test power dulu la kan.. terkena lubuk yang memang takde ikan,umpan apa pun tak guna..betul dak?? tapi bila lubuk yang banyak ikan, memancing pulak dia tak mau makan..tu yang kena test power umpan dulu hehe.. :P

umpan apa pulak kali ni?? biasa la..umpan terbaik renjer dah tentu la sawit peram hehe..kenapa nak di test?? saje nak tengok sudah matang ke belum matang lagi atau sudah sesuai diguna atau perlu diperam lagi..tapi tudia la hasilnya..terbaik!! tapi tu la satu spesis tu je yang sudi..ikan lampam...




bila umpan dah ok.. khabar sungai-sungai bukit beruntung pulak kurang baik.. baru je renjer cadang nak atur trip turun memancing dan bermalam ke sane.. sungai bernam pulak renjer dapat test umpan tempoh hari jela.. lepas tu dah mula hujan lagi.. air dah mula membanjir..terbantut lagi la trip renjer kali ni...

minggu ni mau bertukar lagi misi renjer untuk memburu ..redah sungai mati lagi la kot..intai si haruan badau..takpun turun mata ribu hehe..permintaan ikan sepat dan ikan keli dah la tinggi minggu ni..harap-harap ade la rezeki terbaik dalam musim-musim hujan ni.....





Nota renjer :  musim hujan makin tiba...trip ke sungai mungkin banyak tertunda...tapi cari ikan tetap cari ikan.. tak peduli la apa spesis pun.. hehehe 

TERJAH LUBUK HARUAN BADAU



 ASSALAMMUALAIKUM and HI all


*since i receive few calls from non Malay friends who interested with my blog, 
U guys make me smile dude! Thanks and do come again all ;)






Terjah lubuk lagi...begitulah ativiti renjer sebagai seorang pemancing tegar..sentiasa inginkan lubuk terbaru dan lokasi yang masih belum diteroka...kali ni renjer ke sungai mati daerah sungai bernam.. kawasan sungai mati dan lombong-lombong lama..memang agak mencabar sedikit kawasan yang renjer turun ni..terpaksa duduk diatas rumput gambut untuk sampai kekawasan yang masih lagi belum tertutup rumput.. dan agak terhad jugak la tempat untuk renjer memulakan balingan umpan..

tapi ternyata kawasan yang renjer terjah ini mempunyai penghuni yang sememangnya renjer cari..haruan badau! gelaran bagi ikan haruan yang besar..hehe..lubuk ini memang terbaik bagi renjer cuma satu je yang  menjadi penghalang..boleh katakan setiap balingan umpan renjer dapat sambaran hebat tapi reba kayu yang menjadi penghalang untuk renjer daratkan sibadau ni..ada sejenis pokok ranting halus yang cukup liat kat lubuk ni.. banyak mata kail renjer terkubur kat lubuk ni termasuklah yang putus dalam mulut si badau tu...hanya beberapa ekor je yang renjer daratkan mase renjer kelubuk ni..




lepas ni renjer akan terus akan mengesan lubuk-lubuk terbaru di daeah sungai mati sungai bernam ni..bila dah jumpa lokasi yang betul-betul menarik.. baru renjer akan aturkan trip untuk kaki mancing yang sudah lama idamkan ingin bersama renjer memburu sibadau ni..risau renjer nak bawak orang luar join renjer memancing jika lokasi kurang menarik..betul dak?? 



Nota renjer : jumpe lokasi terbaru nanti pasti renjer halo2 punye..sabo ye yeop hehe :P


GEGAR LUBUK IKAN TEMAKANG

ASSALAMMUALAIKUM and HI all

*since i receive few calls from non Malay friends who interested with my blog, 
U guys make me smile dude! Thanks and do come again all ;)





Ikan temakang : sejenis ikan air tawar yang berkumpulan dan banyak mendiami kawasan parit-parit kebun sawit dan sungai mati di daerah sungai bernam. .ikan ini cukup banyak jika air banjir mula surut dan akan berkumpul di kawasan-kawasan yang airnya sudah terkurung..ikan jenis temakang ini la yang paling kerap bermain di permukaan air..dan senang dikesan kumpulannya..

bagi renjer, untuk memerangkap ikan ini dengan mudah hanya menggunakan jaring lembut atau istilahnya "membelat".. ikan ini sukar dipancing kerana ia hanya memakan lumut.. untuk pasaran ikan ini ia tidaklah setanding harga  ikan-ikan air tawar yang lain.. walaupun harga ikan ini agak murah namun renjer tetap menjadikan ikan ini sebahgian ikan yang renjer pasarkan termasuklah ikan haruan,ikan sepat, dan ikan keli..




selain dari memasarkan ikan temakang ini hidup-hidup renjer juga memasarkan ikan temakang ini yang sudah dijadikan ikan kering..sambutan ikan kering temakang ini lebih laris berbanding jualan ikan basah...harganya pun boleh mencecah hingga rm30 ke rm40 sekilo...

jualan untuk ikan temakang yang masih hidup pula sekitar rm8 hingga ke rm15 mengikut saiz ikan..mengikut kata-kata penggemar ikan temakang ini rata-rata mengatakan ikan temakang ini sedap digulai atau masak pedas..perhh! macam sedap je hehe =P






Nota renjer :  ikan temakang ini boleh membesar hingga satu kilo seekor..jika ia hidup di lombong saiznya boleh membesar lebih dari sekilo..


MISI MEMBURU BERMULA



ASSALAMMUALAIKUM and HI all

*since i receive few calls from non Malay friends who interested with my blog, 
U guys make me smile dude! Thanks and do come again all ;)






Kembali pulih.. alhamdulillah.. gile arh!! sakit perut yang paling teruk renjer pernah alami..sampai ape kerja pun tak jadi..alhamdulilah penderitaan renjer berakhir pada hari ke lima.. sekarang ni renjer dah pulih sepenuhnya..ape lagi,terus terjah lubuk la hehehe =P 

buat mase ni renjer masih lagi dengan misi memburu ikan haruan,permintaan untuk membekal ikan haruan ni masih lagi stabil..kena pulak hujan sudah mula turun minggu ni..air makin naik menyebabkan ikan haruan makin banyak keluar..2 hari sudah renjer mula menyerang lubuk-lubuk terbaik renjer..hasilnye?? puluh-puluh kilo la jugak dapat... hehe :)




banyak dah plan trip renjer yang tertunda, gara-gara haruan stim limau tempoh hari la buat renjer banyak tertunda trip..renjer mintak maaf la kat member-member renjer yang dah terjanji trip memancing hari tu.. takpe renjer dah tukar plan, minggu depan ni renjer atur balik trip untuk memburu ikan yang korang nak hehe ..  ok kan??? kan kan?? :P



Nota renjer :  trip yang terdekat minggu ni mungkin renjer nak ke sg batang berjuntai...lokasi nanti renjer update..



KERACUNAN MAKANAN ARRHHHH !


ASSALAMMUALAIKUM and HI all

*since i receive few calls from non Malay friends who interested with my blog, 
U guys make me smile dude! Thanks and do come again all ;)


arrhhh rindu nak terjah lubuk !!!

sepanjang ramadhan alhamdulillah rezeki renjer semakin bertambah.. berniaga pun alhamdulillah dipermudahkan je segalanya.. tak lupa jugak trip dengan kawan-kawan yang sanggup setting jugak walaupun  waktu ramadhan..  

tapi.. 2 -- 3 hari ni renjer mintak maaf banyak-banyak lah pada sahabat setia Renjersungai ni sebab takde entry ke mana-mana lubuk.. bukan ape, kesihatan tak berapa mengizinkan.. tah silap kat mane tak tau lah.. Renjer diserang muntah-muntah dan cirit-birit.. Orang rumah cakap konfem kena food poisoning nih !

punyela azab rasenye.. tiap kali bangun je konfem muntah.. seluar pon takleh nak pakai.. kire kene standby pakai towel je.. agak-agak datang aura sakit perut je, terus je lari pecut ke toilet ! adehh seksanya la hai..

sampaikan Renjer terpaksa mintak Asisstant baru lah untuk teruskan bisnes meniaga ikan tiap-tiap pagi tu.. fuhhhhh memang dugaan... kena banyakkan bersabar je ni.. muka kena maintain senyuuuuuuumm je walaupun datang ujian sakit camni.. manelah tau ada rezeki BESAAAAR yang nak datang kan? hehe

alamak adeh... terpaksa stop kat sini dululah.. sakit peruttttt !


nota renjer : insyaallah kalo dah betol-betol ok nanti, kita sambung p terjah lubuk plak ye ;)






Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...