GEGAR LUBUK IKAN TEMAKANG

ASSALAMMUALAIKUM and HI all

*since i receive few calls from non Malay friends who interested with my blog, 
U guys make me smile dude! Thanks and do come again all ;)





Ikan temakang : sejenis ikan air tawar yang berkumpulan dan banyak mendiami kawasan parit-parit kebun sawit dan sungai mati di daerah sungai bernam. .ikan ini cukup banyak jika air banjir mula surut dan akan berkumpul di kawasan-kawasan yang airnya sudah terkurung..ikan jenis temakang ini la yang paling kerap bermain di permukaan air..dan senang dikesan kumpulannya..

bagi renjer, untuk memerangkap ikan ini dengan mudah hanya menggunakan jaring lembut atau istilahnya "membelat".. ikan ini sukar dipancing kerana ia hanya memakan lumut.. untuk pasaran ikan ini ia tidaklah setanding harga  ikan-ikan air tawar yang lain.. walaupun harga ikan ini agak murah namun renjer tetap menjadikan ikan ini sebahgian ikan yang renjer pasarkan termasuklah ikan haruan,ikan sepat, dan ikan keli..




selain dari memasarkan ikan temakang ini hidup-hidup renjer juga memasarkan ikan temakang ini yang sudah dijadikan ikan kering..sambutan ikan kering temakang ini lebih laris berbanding jualan ikan basah...harganya pun boleh mencecah hingga rm30 ke rm40 sekilo...

jualan untuk ikan temakang yang masih hidup pula sekitar rm8 hingga ke rm15 mengikut saiz ikan..mengikut kata-kata penggemar ikan temakang ini rata-rata mengatakan ikan temakang ini sedap digulai atau masak pedas..perhh! macam sedap je hehe =P






Nota renjer :  ikan temakang ini boleh membesar hingga satu kilo seekor..jika ia hidup di lombong saiznya boleh membesar lebih dari sekilo..


4 komen tak kire kaki pancing:

mC_hExaGon version 2.2 said... Reply To This Comment

cube renjer stim ikan ni dgn bwg putih, halia dn cili. sedap rase die tu

pizli said... Reply To This Comment

Ini je lauk yang bapak aku makan hari². Dia dah tua so tak banyak ikan yang dia boleh terima. Sekali beli memang dia stock dua tiga hari.

Aku suka telur dia.

Renjer Sungai said... Reply To This Comment

@mC_hExaGon version 2.2 : betul tu, tentu sedap kan :)

Renjer Sungai said... Reply To This Comment

@pizli : tu, sekarang ni ramai dah suka dengan ikan darat, kalau dulu sume kate ikan darat hanyir lah... :P

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...