TEAM RENJERSUNGAI MAKAN BESAR



assalammualaikum





Hasil yang besar makan pun mesti nak besar kan hehe..selesai musim cendawan tempoh hari..ni la last gambar yang renjer ade..selebihnye tak dapat renjer nak selamatkan..3 hari renjer tak jenguk blog renjer ni..hari-hari turun memancing,balik dah penat tak sempat nak bukak blog dah..last musim cendawan tempoh hari renjer ade turun memburu ikan haruan kat estate ulu basir..yang malangnya renjer jatuh parit mase memancing tu..habis henfon renjer masuk air..buat mase ni tak de gambar la blog renjer ni hurmmm :(  henfon renjer tu la satu-satu nya punca bahan untuk blog renjer ni..

2.3 hari ni pulak renjer ke estate soonseng je..air mula banjir dah kat estate tu..memang pesta ikan haruan la..2 hari je renjer turun dah dapat 28 kilo semua..banyak la dah stok ikan haruan renjer..kalau ade yang nak oder ikan haruan tu boleh la helo-helo renjer nanti...


-tomyam cendawan busut-
|




nota renjer :  2 hari trip ikan haruan ke estate soonseng..satu gambar pun tak ade..harap-harap ade la rezeki nak dapat hfon baru..



KOLEKSI CENDAWAN BUSUT 2012



ASSALAMMUALAIKUM





Lubuk rezeki..kat estate ni la renjer turun cari ikan dan kat estate ni jugak la renjer kutip cendawan busut ni..kalau cendawan ni hasil die lagi lumayan dari cari ikan..memang renjer pulun cukup-cukup la..lagi pun musim cendawan ni 4 hari je...

last renjer turun ke estate ni mase mancing ikan haruan tu..ade la tengok bebudak meronda kat estate tu..renjer dah dapat agak dah mungkin bebudak ni cari cendawan..balik dari memancing tu ade la renjer terjumpe sikit..tapi yang saiz kecik-kecik je..nak cabut pun tak boleh nak pegang lagi..




pagi esoknye lepas renjer jual ikan haruan kat pasar terus bersiap nak ke estate tu..mula-mula tu berat jugak nak pergi cari cendawan ni..hati rase lebih pada nak pergi memancing je sebenarnye hehe...umpan pulak memang renjer dah stanby banyak..tapi atas desakkan rakan renjer (yas) kami pun pergi la jugak cari cendawan ni...lagipun lame dah tak makan cendawan ni..bajet cari tu untuk dapat lepas buat makan sendiri pon  jadi la..

lebih kurang pukul 11 pagi kami sampai kat lokasi estate ni..cari punya cari...perhh!! memang rezeki la..banyak betul kami jumpak cendawan ni..kutip punya kutip,penuh la 2 guni baja yang kami dapat...tak sangka sungguh boleh dapat sebanyak tu..




balik dari cari cendawan tu terus je kami bersih-bersih kan..nak trus bawak pegi jual rasenye macam dah tak sempat je..dah lewat petang dah..siap je bersihkan terus save dalam peti ais je..kesemua cendawan yang dapat kami cari 30kg..dan la jual 10kg..orang datang beli mase kami bersihkan cendawan tu..

pagi esoknye pulak kami sambung pegi cari lagi..kali ni pun kami dapat banyak lagi..lebih kurang 35kg kesemua yang kami dapat..balik tu terus bersihkan cepat-cepat la..plan dengan yas nak bawak jual ke pekan rawang je..lebih kurang pukul 2 petang kami gerak nak ke rawang..sebelum tu sempat la renjer promote dulu cendawan ni kat blog renjer..entry sebelum ni (cendawan busut dan ikan haruankat situ saje dah orang tempah 24kg..tinggal renjer nak packing pastu tunggu diorang datang ambik je..selebihnya kami jual kat tepi jalan kat pekan rawang tu la.. berebut orang datang beli..sekejap je jual dah habis..




kalau selalu la dapat jual cendawan ni memang lumayan la..tambah pulak jual kat pekan rawang ni..ramai sungguh peminat cendawan..diorang dah tahu cendawan ni bermusim..bukan selalu nak dapat makan pun..tu yang kalau jumpe je orang jual cendawan ni,terus beli je..

kadang-kadang tu je ade orang yang  datang tu,pelik je bila tengok cendawan ni..mungkin tak pernah tengok kot..sebab tu renjer promote cendawan ni kat blog..bile ramai dah tau pasal cendawan ni mesti nak try rasa kan..bila dah rasa tau la sedapnye macam mane..hehe kalau yang belum pernah rase tu baik cuba..sedap weii!! cendawan ni bermusim.. kekadang tu setahun 2 kali je tumbuh..tu pun bergantung pada cuaca la..




nota renjer : bila musim cendawan busut ni.. kira renjer dapat duit bonus la selain dapat duit jual ikan...


CENDAWAN BUSUT DAN IKAN HARUAN



ASSALAMMUALAIKUM





Selasa 21.02.2012..mungkin petang insyaalah renjer akan berada di pekan rawang untuk memasarkan cendawan busut dari felda gunung besout ni...lokasi renjer mungkin berdepan dengan shell bersebelahan gerai-gerai buahan tu... untuk yang berminat boleh la datang untuk dapatkan cendawan busut ni selagi stok masih ada.. atau call je renjer untuk tempahan...(0194251865) tempahan untuk hari selasa tu je...

 sesambil tu boleh la berkenalan..kot la ade yang teringin nak jumpe renjer ni berdepan..kalau sempat boleh la bercerita pasal memancing hehe :P bila dah berjumpa renjer nanti mesti korang akan "pelik tapi benar" kih3! :P


-paprik cendawan-
|


tak lupa jugak ikan haruan ni...yang berminat boleh la dapatkan ikan haruan ni..tapi renjer bawak ikan haruan ni dalam 10kg je...
|
v





nota renjer : abang cendawan abang..akak cendawan kak! ikan haruan pun ada ni...mai beli mai beli!!! :P



SEPAT CELORENG GERGASI PART 2




ASSALAMMUALAIKUM






Cakap je pasal nak memancing ikan sepat ni mesti ramai member renjer yang akan tarik diri..takde yang nak join..nampak je macam mudah memancing ikan sepat ni...bagi renjer memancing ikan sepat ni la yang paling menguji kesabaran...bagi yang dah pernah mencuba..pasti akan cakap susah wooo!! pantang bergerak sikit je berterabur ikan sepat ni lari...

kalau nak dapat banyak, kena menjala dan menjaring la kan..tapi name je kaki mancing mesti nak memancing..biarpun hasil dapat sikit tapi kepuasan tetap ade..betul dak??




bila betul-betul faham teknik memancing ikan sepat ni insyallah boleh dapat banyak..lokasi nak kena betul, kedudukan nak kena betul, rod pancing jangan guna yang berat-berat.. semua tu nak kena faham...termasuklah umpan..

umpan terbaik untuk ikan sepat ni renjer guna cacing halus tu je..ala cacing yang selalu duduk kat air limbah tu..yang merah-merah halus-halus tu..ada yang cakap susah nak pasang kat kail.. ha sebab tu la renjer guna mate kail dx eagle wave saiz 5 tu je..tali pulak 8lb je..semua serba halus la..kalau nak berguru dengan renjer cara memancing sepat ni meh la..sharing is caring kate omputih..hehe =P






nota renjer : relex je duduk bawah pokok.. kalau kena lubuk la memancing ikan sepat ni huh! melentik-melentik joran hehe...:P



TEKNIK MEMASANG UMPAN KELAPA SAWIT PERAM



ASSALAMUALAIKUM


Kalau entry yang lepas berkenaan umpan sawit peram ni renjer post gambar je..kali ni renjer record je  terus teknik untuk memasang kail menggunakan sawit peram ni.. mungkin entry yang lepas tu masih ada lagi kaki-kaki pancing yang kurang memahami teknik sebenar untuk menggunakan umpan sawit peram ni...maaflah sebab  kualiti video ni je kurang memuaskan.. ade part-part yang kabur sikit... almaklumlah gune kamera canggih sangat.. jenuh pulok nak ejas-ejas kasi betol-betol clear..hehehe.. ape-ape pun korang boleh komen kat entry ni kalau ada lagi yang masih kurang faham... jom layann!! =P





-badau paya mati sg sungkai-
|


entry berkenaan umpan sawit peram tapi hasil die badau ni?? (ikan haruan) ape kes??? 

ha ni renjer nak story sikit..mula-mula plan  renjer dengan hakim ni memang nak ke sungai bernam la..cuma kurang pasti la air sungai ok ke tidak..pagi tu renjer suruh hakim je intai dulu sungai bernam ni sama ada air sungai tu ok ke tidak..pasal pada sebelah malam tu hujan lebat..lagi pun hakim memang gerak dari tanjung malim melalui anak-anak sungai seperti sungai behrang dan sungai slim...

keputusannya air sungai kurang cantik la..trus kami ubah plan ke sungai sungkai je..kebetulan renjer ade pinjam dslr  hakim punye tempoh hari.. tu yang terus teringat nak record teknik pasang kail kat sawit tu.. lokasi kami kat bawah jambatan sungai sungkai tu je.. mula-mula kami sampai tu kami dah prepare la ape yang kami nak tunjuk mase nak record video tu..siap je rakam baru kami start memancing...




hakim je yang labuh satu joran berumpankan sawit peram kat sungai sungkai tu..renjer pulak ke sebelah sungai sungkai, ade satu sungai mati kat tepi jambatan tu..cadang tu nak terai cari ikan haruan je..kebetulan ade katak lebih dari trip ke estate soonseng tempoh hari..mula-mula tu teruk jugak nak memancing haruan kat port ni..semak sangat dah kawasan tu..

redah punye redah jumpe jugak la kawasan yang boleh untuk casting..tak sangka pulak besar-besar jugak haruan kat port tu..berapa kali putus tali pancing renjer kat port tu..sambar je terus masuk reba..tapi 5 ekor jugak la yang tak bernasib baik hehe..duk tengah asyik je layan haruan dengan hakim,tibe-tibe je dengar bunyi loceng dari joran hakim yang berumpankan sawit peram tu..bergegas la hakim..tapi malang..ikan tu dah sempat lucutkan diri dari kail..cara tarikan tu ditambah dengan  tunduk rod joran hakim tu,renjer tengok memang ikan yang saiz besar..cuma takde rezeki je...takpe next trip kita serang lagi kat lokasi port tu..



nota renjer : bila ilmu dikongsi bersama..tiada rasia lagi..selebihnya terpulang pada rezeki masing-masing...




TRIP KE ESTATE SOONSENG PART 2



ASSALAMMUALAIKUM


-estate soonseng-
|


Trip part 2 kami masih lagi ke estate soonseng dengan misi memburu ikan haruan...kali ni renjer bersama abang renjer (atam) dan juga rakannya (bro amin) dari seremban berserta 2 orang lagi rakan dari felda renjer..azri dan abang iparnya dari gombak...

lebih kurang jam 8.30 pagi, selesai lah renjer jual ikan kat pasar..kami bergegas ke pekan sungkai dulu cari umpan..selesai je semua kelengkapan memancing,baru kami gerak ke lubuk..lebih kurang jam 11 pagi kami gerak..azri dan abang ipar die je gerak dari awal pagi lagi..


-bro amin-
|



lebih kurang jam 12 kami sampai kat lokasi estate ni..fisrt sampai kami singgah kat kedai makan estate ni..kat sini kami jumpa azri dan abang iparnya..diorang rehat dulu sementara menunggu renjer sampai..cuaca hari tu betul-betul panas..selesai diorang makan baru renjer mulakan perjalanan ke lokasi yang seterusnya..

lokasi yang renjer bawak ni kurang sikit hasilnya..tapi lokasi ni jela pun yang ada tempat boleh berlindung dari panas..sementara menunggu cuaca makin redup..kami masing-masing cuba nasib kat lokasi ni je...


-azri-
|


bawak ke pukul 4.30 petang kami mula berpindah lokasi..kami berpecah..renjer atam dan bro amin ke lokasi sebenar lubuk renjer..azri dan abang iparnye ntah ke lokasi mane..mungkin diorang dah balik kot..cuaca makin gelap dah petang tu.. lebih kurang jam 5 petang  hujan mula turun..lebat jugak hujan tu,tapi setengah jam je dah berhenti..

peluang terbaik la kalau hujan kat estate ni..air makin sejuk baru ikan haruan ni naik ke permukaan air..sekor-sekor kami daratkan..yang bestnye saiz ikan yang kami dapat besar-besar je semua...lebih kurang jam 7.30 baru kami stop memancing..sampai gelap jugak la..sambaran demi sambaran punya pasal la sampai lupa hari dah nak malam hehehe :P





nota renjer :  hasil boleh lagi terbaik kalau hujan awal pagi kat estate ni..atau cuaca mendung je dari pagi..

fuad rawang : sory sangat xsempat nak jumpe kat estate tu..line hfon xde nak contact bagi tau lokasi kat estate tu..


SANTAI PANCING LOMBONG BIKAM




ASSALAMMUALAIKUM






Bertahun-tahun dah rasenye renjer tak jejakkan kaki ke lombong ni..bosan punye pasal la ni..lombong pun lombong lah..janji berkenaan dengan ikan hehe...nak turun memancing ikan haruan,umpan katak pun dah takde.. takde stok dah katak kat kdai pancing tu. .tu yang harga katak dah naik sekarang ni.. dari 30 sen seekor dah jadi 40 sen.. nak ke sungai,air pulak kurang cantik..hujan dah tak menentu..last-last ke lombong jela.. lagi pun member-member renjer semua turun ke lombong je.. layan ikan tongsan..

hasil boleh tahan jugak.. besar-besar ikan tongsan mendarat.. kalau ikan tilapia tu pulak dah tak terkira banyak die hehe.. mane idaknye,main ikan tilapia tu diorang gune mate bom net tu.. 3, 4 ekor la sekali sangkut.. seronok jugak tengok gelagat diorang ni..




kalau kat lombong terbiar ni, umpannye senang sikit.. tak macam kat kolam mancing berbayar tu..macam-macam campuran dedak baru ikan nak makan.. kat lombong ni renjer guna dedak ayam tu je.. itu pun dah dapat sambutan.. kalau takat ikan tilapia tu.. umpan pun tak guna.. lagi la senang dapat hahaha... nak layan punye pasal.. ikan lombong ni renjer bukan makan pun.. member-member renjer pun tak makan ikan ni.. seronok nak layan je..

dapat banyak je diorang jual kat  bangla.. kalau kat  bangla ni memang diorang suka sangat la ikan-ikan jenis ni.. janji murah.. mungkin kat negara diorang dah selalu makan kot ikan-ikan jenis ni...kalau renjer takat ikan tilapia tu boleh lagi la nak makan.. kalau ikan tongsan tu..ermmm entah la..macam tak selera je tengok hehe...pasal lombong ni,air die mati..kalau lombong ni ade air sungai mengalir,ikan pun jadi bersih la..kurang la berbau hanyir...






nota renjer : sesetengah orang pandai makan ikan lombong ni.. nak kena pandai basuh je.. ikan ni bau hanyir die lain macam sikit...:P



TRIP IKAN HARUAN KE ESTATE SOONSENG




ASSALAMUALAIKUM






Perjalanan mengambil masa lebih kurang satu jam dari felda renjer untuk kami sampai ke lokasi ke estate soonseng..misi kami ingin memburu ikan haruan..walaupun air sudah betul-betul surut dan ditambah pulak cuaca yang cukup panas pada hari yang kami turun tu..misi kali ni renjer bersama abang renjer(anjang),adik renjer (bart) dan juga sorang housematenye (wan)..diorang ni balik bercuti dari kl dan ingin rasakan sendiri tarikan ikan haruan...     

dengan berbekalkan 90 ekor umpan katak.. kami mula mencuba dari satu tempat ke satu tempat..banyak jugak lokasi yang kami redah baru la betul-betul jumpe tempat yang dikira agak lumayan..air dah surut memang susah sikit nak memburu ikan haruan kat estate soonseng ni.. tak macam mase air masih banjir..ikan-ikan haruan ni keluar dari kawasan persembunyian..





biasenye mase air masih banjir, renjer sorang pun dah boleh dapat berbelas-belas kilo ikan haruan ni..trip kami kali ni 4 orang turun, baru boleh dapat berbelas kilo..berbeza sungguh kan..tapi takpela..mungkin rezeki kami takat itu je. .bukan la tak berhasil..cume kurang sikit jela..

tu pun dah lewat petang baru kami jumpe lokasi yang agak menarik..mungkin sebab cuaca panas same..bile cuaca terlalu panas ikan haruan ni pun kurang aktif..kalau rajin turun malam mungkin hasil boleh lebih..tapi kene berperang dengan nyamuk dulu la hehe...






nota renjer : walaupun hasil agak kurang..kepuasan dapat rasakan sendiri tarikan ikan haruan dah tercapai.. kate wan la.. die first time memancing ikan haruan ni..



TAMATKAN ZAMAN BUJANG




ASSALAMMUALAIKUM






Koleksi kenangan bersama haslam..ikan patin dah ikan kelabau..hasil trip ke sungai bernam bulan 11 tahun lepas..kini haslam sudah menamatkan zaman bujangnya..semoga beliau bahagia bersama suri pilihan hatinya baizura bt badri merupakan pasanganya yang juga dari felda besout.. lepas ni haslam nak turun kesungai kena la dapatkan  lesen dulu hehe.. kalau dulu bujang lagi, takpe la ko main redah je..

lame jugak dah haslam ni tak turun ke sungai dengan renjer.. rasenye 2 bulan kot die gantung pancing.. maklum la sebelum kawin tu die sibuk nak setlekan majlis perkahwinan die.. beli itu ini.. setting itu ini..


|
(haslam + baizura)
|


sorang, sorang member renjer dah berumah tangga.. tinggal renjer jela yang belum pasti lagi bila..ramai je tanye bile renjer pulak?? mungkin takde rezeki lagi kot hehe..takpe la, yang kawen tu bior je kawin..kita ni doa je biar diorang bahagia...ade rezeki nanti tiba la giliran renjer.. mesti maw yang gempak sikit hehe..mane tau nanti boleh buat kenduri kawen semua lauk pauk ikan-ikan sungai ke.. bersanding dalam sampan ke..cheyyyyy!! hakhakhak....





nota renjer : memang secocok diorang ni.. semoga haslam dan baizura bahagiaselamanya

sumber gambar : renjer pinjam dari fb zack teropong (wedding photographer yang bertugas di hari kejadian)


MISI SI CELORENG GERGASI / IKAN SEPAT




ASSALAMMUALAIKUM






Setelah semua barang-barang peralatan untuk memancing ikan sepat sudah kami sediakan kami pun gerak turun ke lokasi masing-masing ingin mencuba nasib..umpan yang kami gunakan ialah cacing air dan juga lumut hijau..setibanya kat lokasi kami agak terkejut, .rupanya air sudah semakin dalam..mungkin ada hujan dari sebelah atas... kalau air makin dalam jadi sukar sikit la nak memancing ikan sepat ni..ikan-ikan sepat ni dah mula berpecah...


(peralatan memancing ikan sepat)

(tali 8lb ke 10lb..mata kail saiz 5 brand egle wave..gunakan rod puyu yang ringan je..gunakan dedak halus(hong) untuk ditaburkan ke lokasi yang yang dirasakan adanya ikan sepat..bila ikan sepat mula timbul baru boleh cuba memancingnya) 




jenuh jugak la nak dapatkan seekor..tapi yang renjer dapat ni lepas la kalau nak buat makan sendiri je..bile air dah naik macam ni memancing haruan memang terbaik la..tukar plan memancing haruan jela nanti..trip memancing ikan sepat tunda la sampai air surut nanti pulak..

ikan sepat kalau besar-besar macam ni memang best la kalau digoreng..tak pun buat masak sambal ke..perhh!! susah pulak tu nak cari ikan sepat ni.. mesti ramai kan,yang tak tau ikan sepat ni boleh di pancing??? 





nota renjer : ikan sepat yang saiz macam ni 7,8 ekor je dah sekilo..kalau korang ade lubuk ikan sepat..mai berguru dengan renjer cara nak memancing ikan ni :P


IKAN SEPAT DAN IKAN PUYU




ASSALAMMUALAIKUM



-ikan puyu-
|


Misi sebenar renjer ingin menjaring ikan puyu je..ade member renjer yang teringin sangat nak makan ikan tu...member punye pasal, renjer pon redah ajelah hehe..dah bertahun rasenye renjer ni tak terjun ke paya..sesekali try,nak tau jugak ape bestnye menjaring ikan ni??? letih rupenye main jaring ni..dah la basah kuyup+berselut badan..(memancing jugak best,badan pun bersih je) renjer memang takde jaring pun.. terpaksa la renjer ajak member renjer (najib) yang memang otai bab  menjaring ikan puyu ni..gune jaring najib jelah..

kalau bab lubuk ikan puyu serah je kat najib ni..tau la die mane nak turunkan jaring kang..lebih kurang pukul 10 pagi kami sampai ke lokasi..rupanya kawasan lubuk ikan puyu yang najib bawak renjer ni memang tak jauh pun dari kawasan yang selalu renjer memburu ikan haruan..selesai je kami labuh semua jaring,kami pun mula la merayap jenguk-jenguk kot-kot ade kawasan lain yang lebih menarik...




sampai je kat satu tempat ni..renjer terserempak pulak member renjer si shahrul..duk asyik melayan ikan sepat..mase renjer datang tu dah banyak jugak hasil yang die dapat..teringin jugak nak join,sementara menunggu jaring mengena...mula-mula renjer test pinjam je rod si shahrul ni..perhh!! memang best la..banyak sungguh ikan sepat kat lubuk yang die mancing ni..

mula-mula test je..lepas tu renjer ngan najib buat rod sendiri la..kitorang pakai pelepah sawit je jadikan rod..tali ngan mate kail pinjam je kat shahrul..umpan pulak memang dah banyak shahrul ni bawak..lepas tu sekor demi sekor la pulak kami daratkan..berpuluh ekor jugak la ikan sepat yang kami dapat memancing...




lame dah renjer tak memancing ikan sepat..layan jugak walau guna pelepah sawit je..sampai habis umpan cacing halus yang shahrul ni bawak.. lepas tu baru kami ke lokasi yang kami menjaring tadi..start pulak kutip hasil yang sangkut kat jaring.. banyak jugak ikan puyu yang sangkut kat jaring.. tapi semunye dah mati.. lame sangat kami tinggal.. layan sepat punye pasal la hehe...



nota renjer : lepas ni renjer nak plan trip memancing ikan sepat lah..seni woo layan ikan sepat ni...


ESTATE ULU BASIR,MISI IKAN HARUAN PART 4




ASSALAMMUALAIKUM






Misi memburu ikan haruan part 3 renjer ke estate soon seng.. kali ni PART 4 : renjer ke estate ulu basir pulak.. hasil tetap sama, berbelas kilo semua.. berbaloi jugak...kat estate ulu basir ni air banjir dia belum betul-betul surut lagi.. kawasan yang rendah masih ditenggelami air lagi.. banyak jugak ikan haruan kat banjir ni..saiz ikan pun boleh tahan jugak..ade jugak renjer dapat daratkan yang saiz lebih dari sekilo seekor..

kalau betul-betul nak redah lubuk la kat estate ni memang banyak lokasi menarik..tapi renjer duduk satu lubuk je pun dah berbaloi hasil..tak dan nak kemana dah..banyak sungguh ikan haruan musim tahun ni..tinggal lagi saiz ikan je tak betul-betul gred A..tak macam sebelum pokok sawit estate ni di tanam semula dulu...kalau dulu punya cerita la..saiz-saiz 2 kilo seekor pun banyak boleh dapat..musim tahun ni punya yang saiz 1.5 kilo pun renjer tak de dapat lagi...paling berat pun saiz 1.4 kilo je seekor..




kalau turun ke sungai mati jela pun kalau nak dapat yang saiz besar-besar ni..tapi lambat sikit la nak dapat banyak...kawasan die pun dah tak banyak ruang nak baling umpan..semua dah tertutup rumput tebal..nak harap air banjir la baru ikan-ikan ni nak keluar pun...

bila dah dapat banyak..pasaran ikan pulak slow dah kat pasar pagi kat felda renjer ni..kadang-kadang tu renjer bawak 20 kilo pun susah nak habis jual..pesaing pun ramai kat pasar tu yang jual ikan haruan ni..tah kat mane pulak la renjer nak pasarkan ikan ni..kalau nak tolak kat toke-toke cina pun diorang ni memilih sangat...nak yang saiz sekilo-sekilo keatas je..mana nak cari..memancing ni bukan boleh pilih-pilih ikan..betul dak?? yang mane sambar dulu umpan yang tu la dapat..




(sedikit luahan hati)

mase nak jual ikan pagi tu.. sesampai je kat pasar pagi tu.. renjer tengok dah ade 2,3 orang yang nak jual haruan jugak..diorang jual ikan haruan campur ikan-ikan lain..ikan puyu,sepat,temakang..belum sempat renjer nak turunkan ikan..dah kena sound tepat je..ade ke dia cakap renjer ni pengacau.. suruh renjer pegi jual ke tempat lain pulak..

ape ni pakcik?? kita cari rezeki sama-sama.. rezeki dah ditentukan kan..dengki ke saye boleh dapat banyak ikan?? saye memancing bukan main tipu guna jala ke jaring.. kalau menjaring lagi teruk..habis orang lain yang nak datang memancing dah tak boleh..semua tempat air jadi keruh..tu baru menjaring..belum yang turun membelat.. siap terjun halau ikan masuk ke belat tu..rumput semua di bukak..lagi la hancur lubuk..

macam ni punye orang pun ada...renjer kalau ade kerja lain tak cari ikan dah pun..tinggal lagi hobi renjer tang ikan..bukan untung sangat pun cari ikan ni..cuma nak cari modal balik je.. memancing bukan free sekarang ni.. umpan dah la mahal..minyak moto lagi.. mata kail lagi.. tenaga badan lagi..semua tu kena la kira..jual ikan pun nak dapatkan modal tu je...hobi punye pasal..lagi pun jual ikan kat tempat sendiri..sesambil bersedekah la..untung2 orang doakan kita murah rezeki lagi..





nota renjer : tak salah pun nak cari ikan tu guna cara apa.. rezeki kan masing-masing.. tolong la jangan nak iri hati.. melayu oh melayu! :(


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...