MISI SI CELORENG GERGASI / IKAN SEPAT




ASSALAMMUALAIKUM






Setelah semua barang-barang peralatan untuk memancing ikan sepat sudah kami sediakan kami pun gerak turun ke lokasi masing-masing ingin mencuba nasib..umpan yang kami gunakan ialah cacing air dan juga lumut hijau..setibanya kat lokasi kami agak terkejut, .rupanya air sudah semakin dalam..mungkin ada hujan dari sebelah atas... kalau air makin dalam jadi sukar sikit la nak memancing ikan sepat ni..ikan-ikan sepat ni dah mula berpecah...


(peralatan memancing ikan sepat)

(tali 8lb ke 10lb..mata kail saiz 5 brand egle wave..gunakan rod puyu yang ringan je..gunakan dedak halus(hong) untuk ditaburkan ke lokasi yang yang dirasakan adanya ikan sepat..bila ikan sepat mula timbul baru boleh cuba memancingnya) 




jenuh jugak la nak dapatkan seekor..tapi yang renjer dapat ni lepas la kalau nak buat makan sendiri je..bile air dah naik macam ni memancing haruan memang terbaik la..tukar plan memancing haruan jela nanti..trip memancing ikan sepat tunda la sampai air surut nanti pulak..

ikan sepat kalau besar-besar macam ni memang best la kalau digoreng..tak pun buat masak sambal ke..perhh!! susah pulak tu nak cari ikan sepat ni.. mesti ramai kan,yang tak tau ikan sepat ni boleh di pancing??? 





nota renjer : ikan sepat yang saiz macam ni 7,8 ekor je dah sekilo..kalau korang ade lubuk ikan sepat..mai berguru dengan renjer cara nak memancing ikan ni :P


14 komen tak kire kaki pancing:

anamizu kaito said... Reply To This Comment

wahhhh manyaknye renjer dapat!






cik ana.

renjerkabloi said... Reply To This Comment

cik ana : xbanyak pun..lepas la nak makan hehe :P

lan said... Reply To This Comment

salam kenalan tuan blog..menarik sungguh sekali singgah kat blog tuan renjer ni..saye memang minat sungguh bap2 ikan ni..cuma teknik je kurang faham..jumpe blog tuan ni terus saye tertarik..diharap tuan renjer dapat la teruskan meyiarkan satu demi satu teknik2 memancing ni..

paling bes!saye terkejut jugak ikan sepat pun dapat memancing hehe...

renjerkabloi said... Reply To This Comment

lan : trima kasih sudi singgah kat blog renjer ni :) insyallah jika sihat selalu renjer akan terus me,update blog renjer ni :P

rizal said... Reply To This Comment

salam bro.. sy seronok betul baca blog renjer ni. macam tengok rancangan live kat tv je rase. tapi terkejut jugak tengok ikan sepat pon boleh memancing gak rupenye ye.hehe

renjerkabloi said... Reply To This Comment

rizal : trima kasih sudi singgah :) ikan sepat la yang paling susah nak pancing..tapi kalau dah mahir best jugak layan :P

rizal said... Reply To This Comment

besar2 pulak tu huhu...renjer jual ke ikan sepat ni???

renjerkabloi said... Reply To This Comment

rizal : kalau dapat banyak je renjer jual..ikan ni kalau memancing bukan senang nak dapat banyak :P

madi said... Reply To This Comment

besarnye ikan sepat tu...dapat kat mane tu??

helmi tanjung said... Reply To This Comment

dasyat ar renjer hahaha..first time tengok nih huhu :)

renjerkabloi said... Reply To This Comment

madi : biase la kat lubut u 3 tu..yang tempat kite mcing haruan dulu tu :P

renjerkabloi said... Reply To This Comment

helmi : hehe terkejut ke..nak try jom la nti :P

aidi said... Reply To This Comment

dah lame jugak tak merase mancing ikan sepat ni.. rase2nye dah lebih dari 5 tahun,teringin pulak rasenye nak mancing ikan ni lagi, tapi apekan daye lubuk tak ade.. huhu

renjerkabloi said... Reply To This Comment

@aidi kalau rajin datang la ke tempat renjer..banyak lubuk kalau nak teroka hehe :P

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...