BLOGGER ARA DAMANSARA JOIN RENJER GEGAR LUBUK




ASSALAMMUALAIKUM






Misi trip memancing kali ke 3 renjer turun ke lubuk sungai estate ulu basir ni..tapi kali ni renjer bersama rakan renjer (ayoi) dan bersama seorang rakan blogger kaki pancing dari ara damansara,saiful hasrin (aiem).. ini kali kedua aiem ni join trip memancing bersama renjer.. 

trip nak ke lubuk ni memang kami dah plan seminggu sebelum kami nak turun..mula-mula tu ramai jugak yang nak join trip ke lubuk ni..tapi last minit ade yang cancel..tinggal la kami bertiga je yang betul-betul comfem akan turun..lebih kurang pukul 2.30 petang kami mula gerak kelubuk..sampai je kat estate tu kami mula cari umpan untuk standby umpan untuk 2 hari kami di lubuk sungai yang renjer pilih ni..




umpan pertama kami pertaruhkan buah kelapa sawit yang masak ranum..dan jugak anak ikan yang kami jala sebelum kami ke lokasi tapak perkemahan...cuma umpan anak udang galah je sukar untuk kami cari..lubuk yang renjer turun ni memang banyak ikan..sampai nak cari udang pun susah..trip kali ni renjer tak turunkan enjin bot pulak..lagi sukar la untuk kami bekalkan umpan udang..

malam kami di lubuk tu,kami hanya mempertaruhkan umpan anak ikan je..umpan sawit memang tak sesuai kalau nak guna malam kat lubuk tu..ade la sekali sekala umpan anak ikan yang kami labuh malam tu di sentap hebat, tapi malangnya semua tidak berjaya didaratkan..pastas sungguh ikan-ikan kat lubuk tu,cepat je masuk ke reba kayu..


|
(aiem . kelabau 1.5kg)

sampai tengah malam jugak la kami tunggu..tapi yang mencuri umpan semua berjaya melepaskan diri..sekor ikan baung je yang tak bernasib baik..lebih kurang pukul 3 pagi kami mula letih untuk menunggu joran..renjer buat keputusan untuk kami rehat je..harap sebelah pagi jela kot ada rezeki kami..

menjelang pagi kami dikejutkan dengan kocakkan air..banyak sungguh kelibat si belida di lubuk tu..tapi malangnye kami takde umpan udang galah untuk menjerat si belida tu..pagi tu kami setting pancing untuk umpan buah kelapa sawit je pulak..guna umpan sawit pun kira ada sambutan jugak..cuma nasib je tak menyebelahi kami..cekap sungguh ikan kat lubuk yang renjer pilih ni..asal curi umpan je cepat je ikan-ikan ni henjut ke dalam reba kayu..sampai habis la perambut yang kami buat..

sekor je  ikan kelabau yang tak bernasib baik..tu pun nyaris-nyaris je terlepas..nasib la ade jugak hasil trip kami..walaupun hasil kami kurang tapi ikan yang kami daratkan dikira spesis ikan yang spesial..termasuk la 2 ekor ikan baung..



Nota renjer :  next trip renjer pasti akan gegar lagi ke lubuk ni..tapi trip kali ni renjer nak pastikan semuanya lengkap termasuk umpan..


10 komen tak kire kaki pancing:

anamizu kaito said... Reply To This Comment

Kelabau masak lomak cili api perhhh!
memang terbaekla chef Renjer msk!
TQ renjer! nti nak lagi! hehe







cik ana.

Renjer Sungai said... Reply To This Comment

@anamizu kaito : sedap kan??

wokeh nti renjer buru lagi ikan terbaik tu :P

bidin said... Reply To This Comment

ikan kelabau?? beum pernah lg tgok ikan tu.. sedap ke renjer ikan tu???

Renjer Sungai said... Reply To This Comment

@bidin : ikan kelabau ni memang susah nak jumpe, xsemua sg ade ikan ni.. isinye mmg terbaik la :P

bidin said... Reply To This Comment

oh! tringin pulak nak rase ikan ni..mahal ke?? kalau saye nak beli boleh ke renjer??

Renjer Sungai said... Reply To This Comment

@bidin : harga ikan ni sekitar rm30 sekilo..tapi renjer tak jnji la..ikan ni susah sikit nak dapat..

bidin said... Reply To This Comment

oh macam tu ye..kalau ada rezeki dapatla merasa makan ikan tu hehe..........

Renjer Sungai said... Reply To This Comment

@bidin : klau nak merasa jom la join renjer buru ikan ni hehe..mane tau ade rezeki kite nti :P

lola.. said... Reply To This Comment

Ikan kelabau? Xpernh pun tgk ikan ni.. Kat renjersungai nie macam2 ikan baru sye knal.. Terbaiklah! Info yg bagus renjer..

Renjer Sungai said... Reply To This Comment

@lola.. : ikan kelabau ni bukan semua sungai ade kat negara kita ni,sbab tu ramai lagi yg masih blum knal dgan ikan ni...

nak knal jnis2 ikan sungai lagi,rajin2 la singgah hehe.. :P

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...