LAGI 4 EKOR BELIDA DARI SUNGAI ULU BASIR



ASSALAMUALAIKUM...





Serang dan terus diserang hehe.. hari ni 4 ekor belida pulak renjer berjaya daratkan..kali ni renjer terjah lubuk sungai ulu basir seawal pagi pulak bersama-sama rakan renjer si ali..biarpun sampai awal ke lubuk ini tapi umpan pulak susah nak dapat ..hampir 1 jam jugakla kami ambik masa memancing udang untuk dijadikan umpan ikan belida ni..hanya 2 ekor udang je yang renjer dapat..walaupun hanya 2 ekor udang yang dapat dijadikan umpan, tp alhmdulillah.. hasilnya 4 ekor belida yang mendarat hihi...


ali pulak turun kali ini masih lagi tidak ade rezeki..blida yang mencuri umpan kailnya berjaya melepaskan diri...lubuk yang renjer turun ni memang cukup banyak kelibat ikan-ikan belida ini..munkin air sungai yang semakin surut menyebabkan ia semakin banyak berkumpul...tetapi yang peliknya ikan belida di lubuk ini tidak mahu makan jika berumpankan anak ikan tidak seperti tahun-tahun yang lepas...mungkin dah ubah citarasa kot ikan belida nie hehe...





renjer mungkin akan turun ke lubuk ini dalam masa 2 atau 3 hari lagi..banyak yang lucut kail mase bertarung tadi..takpe2..kita bagi itu belida rest dulu hehe... sesapa nak join nanti boleh la halo-halo renjer..jangan sampai musim hujan tiba..bila air dah dalam makin sukar lah nak memburu si belida ini...







nota renjer : jom rasakan sendiri pertarungan si belida...


14 komen tak kire kaki pancing:

matakail said... Reply To This Comment

ayoyo... ish tak leh jadi ni

renjerkabloi said... Reply To This Comment

matakail : jgn tgu lama2 la kawan huhuhu... terjah lagi la~~~

man said... Reply To This Comment

terbaik lah lubuk2 renjer!! musim ikan blida ye??

ahzam said... Reply To This Comment

siakap sungai bro!!

fauzia said... Reply To This Comment

ikan ni boleh wat tiga rasa gak ke epoy??? macam sedap je...

renjerkabloi said... Reply To This Comment

man : sekarang musim blida la..sbap air dah suruh..:)

renjerkabloi said... Reply To This Comment

fauzia : aku jual je ikan nie..cine wat fishball kot :)

renjerkabloi said... Reply To This Comment

ahzam : jom rasakan sendiri zam :)

Anonymous said... Reply To This Comment

nak tanya umpan udang galah kan besar..mcm mana nak letak kat mata kail..sangkut kat badan dia ke?? atau mcm mana..tlg renjer bgtau ckit

renjerkabloi said... Reply To This Comment

kalau udang tu besar kopekkan kulitnye, potong 2 atau potong tiga..paling berkesan selalunye belah kepale, tpi jgn kopek sampai pecah otak udang tu..

Anonymous said... Reply To This Comment

ahad ni nak turun kat belia 2 dekat jmbatan muhibah..kat line situ ada belida ke? atau ikan apa yg selalu main kat situ

renjerkabloi said... Reply To This Comment

blah bawah sane lagi byk blida besar2..ok gak port blah sane..ikan klabau pun byk blah sane...

xteam said... Reply To This Comment

salam sifu... cmna teknik mancing belida nih..?? pelampung ka guna ladung?? umpan udang galah tu hidup ka mati?? nak sangkut umpan ke mata kail cmna?? saiz kail? harap dpt tunjuk ajar sifu, geram tengok belida2 sifu daratkan tu...

renjerkabloi said... Reply To This Comment

xteam : sory baru prasan je komen ni :) teknik2nye dah ade kat entry yg renjer buatkan tu :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...