HASIL TERBARU LAGI




ASSALAMMUALAIKUM






Meredah lubuk baru sungai bernam..dengan harapan akan ada hasil yang terbaik!!misi renjer kali ni bersama hafiz turun agak lewat petang.. plan renjer mula-mula nak ke lubuk yang biasa tetapi sesampai je kat lubuk tu, ramai orang rupanya..mungkin diorang turun lebih awal pagi..terpaksalah tukar plan pergi lokasi lubuk renjer yang kedua.. arhh!!ada orang jugak.. ramai pulak orang kali ni.. 

terpaksalah lagi redah lubuk yang baru..dah la turun lewat merata pulak tu cari lokasi yang sesuai..nasib la ada jugak jumpak lubuk baru ni..cuma jauh sikit la kena meredah.. moto tak boleh nak sampai ke tebing sungai..




oleh kerana renjer dan hafiz berkongsi lubuk yang sama, tak boleh la kami nak atur banyak joran.. lubuk ni agak sempit sedikit..tebing pulak dipenuhi rumput tebal..dah lewat punya pasal labuhkan jugak la joran..hasilnya agak mengejutkan jugak la..besar-besar ikan lampam yang kami daratkan..cuma masa je tak mengizinkan kami untuk tunggu lebih lama kat lubuk ni..

lebih kurang pukul 6.40 petang kami pun berkemas pulang..tak ada ikan yang spesel kami dapat kali ni..cuma ikan lampam je..tapi renjer yakin lubuk yang baru ni pasti ada ikan yang lebih best! cuma perlu kerap turun je kat kawasan lubuk ni..






nota renjer : next trip pasti renjer akan turun ke lubuk ni lagi.. kalau dah ikan lampam pun dapat yang besar-besar ,pasti ada ikan lain yang lebih besar...


JEMPUT MAKAN SEMUA



ASSALAMMUALAIKUM





Seperti yang dijanjikan sebelum ni team renjer akan mengumpul hasil sungai masing-masing untuk dijadikan juadah makan malam beramai-ramai..alhamdulilah  masing-masing berpuas hati dengan juadah yang dihidangkan... terbaik dari kedai wan tomyam ni..

ikan patin 3 rasa +  ikan kelabau + ikan haruan sup dan jugak cendawan busut goreng kunyit..kenyang wehh!! habis makan borak-borak pulak pasal lubuk yang diterjah dan lokasi baru..berkongsi pengalaman..plan pulak trip yang seterusnya...misi kami seterusnya mungkin akan kesungai bernam tu lagi dalam masa yang terdekat ni...






nota renjer :  alhamdulilah rezeki kami selalu dimurahkan :) 
begini lah kehidupan kami anak felda :P




LAGI HASIL TERBAIK RENJER




ASSALAMMUALAIKUM..salam maal hijrah..





Sehari selepas trip renjer lepak santai  kat jambatan nelson tempoh hari, renjer turun lagi..kali ni renjer turun bersama rakan renjer (haslam) seawal jam 8 pagi renjer sudah sampai ke lubuk sungai bernam ni..kami berpecah dan mencari lokasi masing-masing.. cuaca pagi tu agak mendung sedikit...selepas selesai  renjer melabuhkan semua joran,berumpankan sawit peram..lepak santai la dibawah pokok kelapa sawit yang berhampiran..sambil menunggu umpan joran mengena..

lebih kurang satu jam renjer menunggu masih tiada yang sudi..mungkin cuaca yang mendung pagi tu ikan masih belum aktif..lebih kurang pukul 10 pagi baru matahari mula muncul..mase tu la joran renjer mula bergegar menandakan sudah ada yang mahu mencuri umpan..




sedikit demi sedikit renjer mula menaburkan kelapa sawit yang telah dihancurkan, "teknik rasuah"..barulah kelibat ikan-ikan mula main dipermukaan air..mase tu la joran renjer mula mengena..seekor demi seekor sangkut kat kail renjer..lebih kurang jam 1.30 tiba-tiba je joran renjer di sentap hebat..belari renjer dapatkan joran tu..berdesing drag mesin shimano renjer..tak syak lagi mesti penangan si ikan patin..lame jugak renjer bertarung..setengah jam rasenye baru ikan tu mula menunjukkan tanda-tanda ia letih dan barulah renjer berjaya daratkan..

ngam-ngam je mendarat ikan patin tu,rakan renjer si awin pulak sampai..nak tumpang lubuk katanya..selesai awin labuhkan jorannya ,renjer tabur lagi sawit hancur tu..tak lama lepas tu joran renjer mengena lagi..kali ni ikan kelabau pulak.. lepas je daratkan ikan tu joran si awin pulak mengena..ikan kelabau jugak..memang rezeki dia la..baru je labuhkan joran dah mengena...




lebih kurang jam 4 petang cuaca mula gelap..lepas tu hujan mula turun..hampir 2 jam hujan..lepas je hujan berhenti kami pun berkemas untuk pulang..lumayan jugak hasil kami hari tu..cuma haslam je takde hasil..salah lokasi kot..patin yang renjer daratkan tu 6.8 kg je.. masih belum boleh potong rekod berat team renjer sungai 8.9kg milik hafiz...berat ikan kelabau pulak 2.3kg dan 1kg.. 




nota renjer :  esok-esok renjer nak serang lagi lubuk ni..banyak ikan weiii!! :P


LEPAK SANTAI ATAS JAMBATAN SUNGAI BERNAM



ASSALAMMUALAIKUM...



-jambatan nelson-
|


Ni semua atas permintaan hakim al-ikhsan... kami nekad jugak untuk turun memancing..biar pun air sungai bernam ni masih lagi belum surut,tebing sungai masih lagi tenggelam..tinggal 1 lokasi je lah yang boleh kami memancing pun.. atas jambatan nelson sungai bernam ni..

biarpun sudah turun trip kali yang ke 8 rasanya si hakim ni untuk memburu ikan kelabau..kesungguhan beliau ingin merasakan sendiri tarikan ikan kelabau ni,akhirnya berjaya jugak jorannya mengena spesis yang di idamkannya...cayalah bro..tahniah! dah dapat lesen besar dah tu hehe... 





rakan renjer (awin) yang datang agak lewat sedikit pun berjaya jugak daratkan seekor ikan kelabau ni..termasuk yang renjer dapat, 3 ekor la kesemuanya ikan kelabau yang berjaya kami daratkan..selebihnya ikan-ikan lampam.. 

dengan menggunakan umpan kelapa sawit peram dan teknik hanyut umpan,kali ni kami lebih berjaya memikat selera ikan-ikan kat kawasan jambatan ni..




|


walaupun cuaca hari tu kurang baik tapi kami cukup berpuas hati dengan hasil yang kami perolehi..lebih kurang pukul 4 petang ,kami pun berkemas untuk pulang..bagi peluang ajai dan member-member dia yang baru sampai..sambung pulak memancing kat jambatan tu..malam tu renjer jumpa ajai,dia cakap dapat daratkan 2 ekor ikan patin..perhh!! lagi terbaik hasil diorang..


mungkin dalam masa 2,3 hari lagi nanti air sungai bernam ni akan surut sepenuhnya..mase tu nanti renjer akan lebih bersedia untuk trip yang seterusnya hehe...sape-sape yang nak join renjer tu cepat-cepat la halo kang :)





nota renjer : next entry nanti ade hasil yang lebih menarik..ikan patin pulak :P


CENDAWAN BUSUT




ASSALAMMUALAIKUM...




-CENDAWAN-
|


Rezeki terpijak kata orang..renjer balik dari memancing tempoh hari terjumpa cendawan busut ni..lama dah cendawan ni tak tumbuh..musim-musim hujan ni ade la dia muncul..tapi tak banyak pun..sempat jugak renjer pusing-pusing kot-kot ade lagi dekat kawasan kebun sawit tu.. 

pusing punya pusing jumpe jugak la sikit-sikit lagi..tak banyak agaknya tumbuh kat kawasan ni..jadi la dapat dalam 2,3kilo je..lepas la renjer nak wat makan sendiri je..kalau dulu-dulu sekali dia tumbuh banyak..siap renjer boleh jadi toke la,bawak pegi jual kat KL..hui lumayan hasilnya..kira bonus tahunan renjer la hehe...tahun ni tak mau pulak dia tumbuh banyak..urmm takde la bonus renjer untuk tahun ni  :(




balik tu renjer terus kupas cendawan ni..wat tumis..perhh rasa dia!!! hehe...yang selebihnya renjer save untuk makan besar dengan teamrenjer nanti..kami dah plan untuk makan malam sabtu nanti..masing-masing cari hasil sungai untuk jadi juadah malam tu kang..renjer pun dah sedia 2 ekor ikan kelabau..dapat petang semalam..turun intai-intai kat sungai bernam semalam..air sungai masih dalam lagi.. port renjer  dekat atas jambatan je..tu pun berhasil...





nota renjer : nantikan next entry, lepak santai atas jambatan sungai bernam..


MISI IKAN HARUAN VS HUJAN



ASSALAMMUALAIKUM..





Misi team renjer turun ke estate ulu basir untuk memburu ikan haruan kali ni hanya dapat memancing sekejap sahaja ekoran hujan yang turun begitu lebat...agak mengecewakan bagi kami kerana turun agak lewat.. belum sempat satu jam pun kami bertarung menggunakan teknik casting, hujan mula turun hingga lewat petang..nasib la mase hujan tu kami sempat bernaung kat pondok pam air tu..bersumbat la kami ramai-ramai padahal semua dah basah pun...




semua menunggu dengan penuh harapan agar hujan yang turun akan reda dan ingin menyambung semula pertarungan..tunggu punya tunggu..jam sudah hampir pukul 7 petang..mungkin tiada rezeki kami untuk hari tu..nak tak nak terpaksa la kami berkemas untuk pulang..terpaksa la redah hujan..kalau tunggu lagi takut kemalaman la pulak nak balik...

nasib jugak la renjer sempat daratkan 3 ekor ikan haruan ni..2 ekor saiz yang agak memuaskan.. ngam-ngam satu kilo setiap sekor beratnya...rakan-rakan renjer yang lain pun masing-masingdapat seekor dan dua ekor je...takde rezeki kami la nak dapat lebih hari tu..harap-harap next trip kami nanti akan lebih berhasil..lagi pun banjir kat estate ni masih terlalu dalam..terlalu luas lagi kawasan yang masih tenggelam belum boleh kami teroka..tunggu air surut lagi sedikit baru kami akan turun bertarung lagi... :P







nota renjer :  bukannya tak boleh nak memancing dalam hujan-hujan macam tu..keselamatan tu yang penting..betul dak??



Jakim sahkan HP Sauce, Tabasco Pepper Sauce TIDAK Halal








Semua pemegang dan pemohon baru Sijil Halal Malaysia yang menggunakan produk HP Sauce dan Tabasco Pepper Sauce diarahkan menukarnya kepada produk lain yang memiliki sijil halal berikutan penemuan asid deoksiribonukleik (DNA) babi dalam produk berkenaan.

“Jakim sebelum ini telah mengambil sampel produk tersebut dan keputusan Jabatan Kimia Malaysia mengesahkan terdapat DNA babi di dalamnya.

“Mereka juga dikehendaki untuk mengemukakan resit pembelian produk baru kepada pihak kami,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini. 



Surat rasmi telah dihantar kepada Tesco Stores (Malaysia) SDN BHD untuk tindakan lanjut..  ini hasil renjer share daripada blog disebalik bayang.. owner nye ahowk yang selalu singgah kat blog renjer nih.. Terima kasih atas perkongsian ni  ahowk .. sama-sama lah kita share untuk kebaikan semua.. semoga ISLAM terus dipelihara.. aminn


terbang si enggang



assalammualaikum..



-burung enggang-
|

Terbang bebas si burung enggang,singgah bertenggek di pokok kelapa sawit mati..tanpa mempedulikan renjer yang sedang kagum melihat gerak gerinya..gambar burung ni renjer ambik mase turun memburu ikan haruan tempoh hari..terpaku renjer sekejap..cantik burung ni kan..bukan senang nak jumpe burung enggang yang jenis paruh merah macam ni..rasanya burung jenis macam ni banyak kat sarawak je...

banyak kali rasenye dah renjer jumpe tapi tak pernah berjaya nak amek gambarnye..kali ni je renjer berjaya snap 2,3 keping..maklum la guna camera henpon je..dari jauh memang tak jelas la..try datang dekat pastu renjer mintak izin..huhu..burung ni macam mengerti pulak..dia buat tak reti je renjer datang dekat..siap angguk2 kepala pulak..dah ready nak bergambar la tu hehe...




kalau turun ke sungai, lagi la macam2 jenis burung yang renjer jumpe..kalau ade camera canggih sikit dah tentu2 banyak koleksi gambar2 renjer selain gambar2 ikan..harap2 satu hari nanti ade la rezeki renjer nak memiliki camera yang terbaik kan :P 

2,3 hari ni renjer tak sempat nak turun ke sungai lagi..tolong cik ana je kat pusat jalur lebar..ade pelawat dari luar negara melawat felda renjer dalam program ( melihat pembangunan luar bandar )..sedikit sebanyak kena la tolong2 diorang pulak..dah banyak diorang tolong renjer dalam dunia IT ni..kena balas budi la hehe...dah selesai je program tu nanti baru la renjer boleh plan trip nak ke sungai...:)




nota renjer : puas hati dengan dunia sekeliling..sentiasa mendapat semangat dan dorongan :P



LUAHAN RENJER..



asalammualaikum..




Renjer, seorang insan yang kurang upaya..mmg takde ape2 kelulusan.. sekolah pun takat darjah 6.. tu pun takdan nak amek upsr.. nasib la  renjer masih pandai menulis.. renjer kenal dunia IT ni pun bila wujudnya  Pusat Jalur Lebar kat felda renjer..kat tempat ni lah renjer belajar semua pasal alam cyber ni termasuklah cara nak buat blog.. bila dah mula dapat rentak berblog pulak, bukan untuk dibangga2kan.. jauh sekali la nak jadi femes macam blogger2 lain tu..sekadar berkongsi cerita dan berkongsi ilmu.. bukan semuanya renjer tau pun..dan bukannye cerita renjer semuanya akan tepat..

bukan senang nak tulis sesuatu entry.. jenuh susun ayat.. bukan senang nak bagi orang puas dengan ape yang kita buat.. kadang2 tak tau macam mane nak tulis..bila badan penat lagi la, ape pun tak boleh buat.. lagi pulak bukan kerja renjer sepenuh masa berblog ni.. sama macam orang lain.. renjer pun ade cita2..ade harapan..banyak lagi benda yang perlu difikirkan..

ini  special renjer tujukan untuk jintan manis ----> "terima kasih atas teguran anda.."entry ni pun renjer tulis selepas terpandang  MESEJ di shoutmix tu daripada jintan manis.. renjer pon nak tau jugak apa yang sampai jintan manis ni kata blog renjersungai ni terlalu BERAHSIA?? entry2 sebelum ni pon, kalau ada yang bertanya tentang umpan ke, tips memancing ke, selagi mampu, renjer akan cuba kongsikan mana yang renjer tahu.. mana yang renjer tak tahu, cmne plak renjer nak kongsikan.. iye dak??  janganla jadi silent reader saja.. takkanlah nak semua di sumbat depan hidong.. banyakkanlah selongkar blog renjer barula dapat  tahu  mana RAHSIA mana tak rahsianye kat  blog renjer ni.. kalau iye pon jintan manis nak bertanya, tinggalkan la komen berbunyi pertanyaan.. kalau lu kasi hantam saja, manala gua tahu apa yang lu mau.. macam sebelum2 ni, ramai je yang BERTANYA pasal ilmu pancing.. insyallah renjer akan cerita or jawab.. itu pun setakat yang renjer tahu lah.. takde istilah KEDEKUT ilmu pon.. pada yang folow kisah renjer sejak dulu, korang lebih tahu style renjer berkongsi cerita cmne.. macam kawan-kawan blogger yang selalu singgah, ramai je yang bertanye macam-macam.. tak pernah lagi renjer tak jawab..  

first time buat blog lagi teruk..post gambar tulis name ikan..tu je yang renjer reti..sekarang ni pun tunggang langgang lagi entry renjer..mintak maaf sangat2 la kalau renjer ni menyukarkan korang.. renjer tak pernah jatuhkan hukum bunuh pon kalau tak mai jenguk blog renjer ni.. dan renjer tak pernah mintak pon dibandingkan dengan mana-mana blogger.. gua sedar gua sapa.. seriyes HATI gua terluka..



baca dari yang paling bawah






nota renjer : renjer ni ibarat budak darjah 5 buat karangan je.. kalau salah tolong tunjukkan..apela yang nak di rasiakan..




EDISI IKAN HARUAN



ASSALAMMUALAIKUM..



Misi renjer untuk turun ke lubuk sungai bernam pagi tadi terbantut disebabkan mendapat info dari rakan renjer (apis) yang turun lebih awal selepas subuh pagi tadi..air dah banjir,keruh teruk pulak tu kate die.. 


-port haruan-
|


lebih kurang pukul 10 pagi tu renjer dah bersiap-siap untuk gerak ke lubuk,kali ni renjer turun bersama juragan nizam,otai dari blogger tokan puakajoran dan juga bersama rakannya cepoi..setelah siap semua barang yang  ingin kami bawak sambil menunggu rakannya cepoi yang masih bersiap,mase tu lah renjer terima call dari apis yang menyatakan air sungai sudah banjir.. 

terpaksa lah misi kami bertukar dari nak ke sungai memburu patin ke memburu ikan haruan..bergegas la kami ke pekan sungkai dahulu untuk membeli umpan (katak) dan mata kail..




selepas balik dari pekan tu kami pun terus gerak ke lokasi..misi kami kali ni pulak,ke estate ulu basir..lame jugak dah renjer tak turun ke lubuk ikan haruan ni..sampai je ke lokasi,air dah semakin naik rupannya..banyak kawasan yang rendah sudah ditenggelami air..biasanya jika air baru naik macam ni,ikan haruan akan keluar dari tempat persembunyiannya untuk mencari mangsa..

gunakan teknik casting paling berkesan..tidak syak lagi! balingan kedua renjer sudah disambar..seekor demi seekor kami daratkan..cuma saiz ikannya je kurang memuaskan..ape pun,kami boleh senyum la untuk hasil kami hari ini..



"juragan nizam dan cepoi next time air sungai dah ok,kita plan trip lain ok"



nota renjer : ikan haruan pun kire ok la kan..janji memancing :P




IKAN TONGSAN 9 KILO




assalammualaikum...



-ikan tongsan-
|

Besar tak ikan tongsan yang renjer pegang ni??? mau cecah 20kg rasenye..bukan senang ikan ni nak makan umpan..kalau kat kolam bayar pun susah nak buru ikan ni tambah pulak kalau dia dah berada di sungai..

renjer pun dapat tumpang bergambar jela dengan ikan ni..kan last entry renjer ade cerita 2 bijik hilux datang ke lubuk sungai bernam ni..mase balik petang dari trip dengan ajai tu..diorang punye hasil la ikan-ikan ni semua..



sehari lepas trip dengan ajai tu renjer turun la petang pulak dengan adik renjer..dengan harapan takdela dah diorang (penjaring) ni..sesampai je kat lubuk tu..dari jauh lagi renjer dah nampak bumbung khemah diorang ni..tak balik lagi rupenya..spoil mood jugak la,tapi dah alang-alang renjer sampai kat lubuk tu,memancing jugak la..lepas siap pasang khemah, pastu labuh joran semua..sampai ke malam jugak la umpan joran renjer tak diusik ikan langsung..penangan jaring la tu..

boring tunggu joran punya pasal renjer pegi la jap intai-intai geng penjaring ni..macam-macam diorang jamu renjer..siap ajak makan nasik lagi hehe...macam-macam la kami borak-borak pasal ikan kat lubuk ni..sampai jam 12 malam renjer pun balik la ke khemah renjer..adik renjer siap bedengkur dah rupanya..joran pun terpacak macam tu je..takde yang sudi dah nak makan umpan.. baik masuk khemah tidurrr!!



pukul 6 pagi tu renjer dah bangun..tarik joran semua tukar umpan..pagi tu jela pun ade ikan lampam yang sudi makan..tu pun 4 ekor je yang renjer boleh dapat..tu jela rezeki renjer..pagi tu pulak renjer tengok geng penjaring tu pun dah mula turun kutip hasil diorang..kemas-kemas barang renjer semua, sekali lagi renjer pegi kat geng penjaring ni..nak intai hasilnye pulak..

tengok sendiri la hasil diorang ni..macam-macam ikan sangkut kat jaring diorang..antaranya ikan patin,tongsan,lampam,tengalan,kaloi dan ikan kelah..besar-besar pulak tu ikan-ikannye..jeles hoi!! habis la ikan kat lubuk renjer ni..nasib la mase renjer nak balik tu penjaring tu bagi seekor ikan tongsan ni..9 kilo jugakla saiznye...jenuh jugak la renjer nak usung ikan tu bawak balik..


-ikan kelah-
|




nota renjer : rezeki diorang la tu dengan caranya macam tu..
nak marah pun renjer takde hak..sabar ajela..



IKAN KELABAU LUBUK SUNGAI BERNAM




ASSALAMMUALAIKUM..





Misi hari kedua renjer dan ajai turun ke lubuk sungai bernam ni..hasil kami lebih menarik kali ni..2 ekor ikan kelabau berjaya didaratkan dan selebihnya ikan lampam..lokasi port renjer masih di tempat yang sama..kami sampai ke lubuk ni lebih kurang jam 11 pagi..cuaca mase tu agak muram sedikit...

air sungai yang cantik dan semakin surut menyebabkan kami lebih bersemangat untuk cepat-cepat melabuhkan joran masing-masing..ternyata lubuk ni memang banyak ikan..baru beberapa minit umpan dilabuhkan, sudah ada joran yang mengena..starting ikan lampam,joran milik ajai. "dapat lesen!! huhu!! ,"jerit ajai.



naik je matahari, semakin rancak ikan lampam mengena..bawak ke petang baru ikan kelabau ni muncul...banyak jugak hasil kami dapat pada hari tu..lebih kurang jam 6 petang kami pun berkemas untuk pulang..

mase renjer nak balik tu ade 2 bijik hilux baru sampai..sempat jugak renjer interview diorang ni..nak menjaring rupanye..banyak pulak tu jaring yang diorang bawak..siap bawak bot lagi..khemahnye pulak dah macam nak wat kenduri kawen!! kihkih...habis la ikan kat lubuk ni gamaknye...



owner penjaring ni korang nak tahu siape?? terkejut jugak renjer..kenal adi putra????ala yang budak genius tu..yang umur baru 12 tahun tu..ayah die la penjaring ni..saje nak lepak santai katenye..dapat ikan,bakar makan ramai-ramai..ade jugak die ajak renjer join sekali..tapi renjer terpaksa balik dulu..

peramah sungguh bapak adi putra ni..cuma minat die je lebih kepada menjaring..lambat dapat kata dia kalau memancing ni..kalau dia jenis kaki pancing macam renjer jugak la,tentu dah renjer join diorang malam tu hehe...




nota renjer : beza menjaring dengan memancing..bagi renjer bertarung guna joran baru ade feel :P

REZEKI SELEPAS AIDIL ADHA





ASSALAMMUALAIKUM..






Hasil terbaru renjer turun bersama rakan renjer : ajai... malam selepas aidiladha..malam tu lebih kurang pukul 11 malam kami sampai ke lubuk..selesai dirikan khemah dan labuhkan joran kami pun cepat-cepat masuk dalam kemah..tak tahan nyamuk layan corner kat telinga hehe..baru surut banjir, nyamuk memang cukup banyak kat lubuk ni..

tak sampai sejam sembang-sembang ajai dah lelap dulu..kenyang makan ketupat ngan rendang kot kih3..sejam sekali renjer keluar cek umpan..takde yang sudi pun malam tu nak pagut umpan joran kami..hujan pulak mula turun subuh tu..apa lagi,tarik selimut join ajai la berdengkur hihi...



bangun pagi tu renjer dah mula tukar semua umpan baru..pagi tu baru ade yang sudi..seekor-seekor ikan lampam kami daratkan..naik je matari,ikan mula galak memagut umpan..termasuk la seekor ikan kelabau yang tidak bernasib baik..



lebih kurang pukul 12 tiba-tiba je mesin joran si ajai berdesing..lentok out rod abu garcia milik ajai..konfem monster ni!! hampir 15 minit ajai bertarung,baru la nampak kelibat ikan yang sangkut kat kail die..ikan patin rupanya..layan punye layan..tup-tup! tusss!! "kesulitan amat dikesali" sekali lucut ikatan kail daaaa...tu la akibat kalau kurang kemas mengikat perambut..besar pulak tu ikan patin tu..kalau berjaya daratkan la..silap-silap boleh pegang rekod terbesar team renjer sungai..

takde rezeki la tu nak makan ikan patin hehe...ape pun hasil kami hari tu dah cukup memuaskan...untuk ajai, pengalaman terlepas ikan patin tu jadikan pengajaran..next trip lu ikat mate kail kemas-kemas ok! :P






nota renjer : makan besar lagi la team renjersungai hehe...




SALAM AIDIL ADHA 1432 H

ASSALAMUALAIKUM















renjer mengucapkan selamat hari raya aidil adha kepada semua pembaca dan pengunjung renjer sungai.. makan ketupat dan rendang tu ingat-ingatlah renjer same ye.. hehe






nota renjer : next trip selepas raya.. where it would be..?? suprise! hehe



BERUMAH DI SUNGAI BERNAM


ASSALAMMUALAIKUM..



-yg kuning tu rumah kami-
|


Selesai je makan malam tu terus je gerak ke lubuk..renjer ngan hakim je yang turun malam tu..yang lain dah kekenyangan makan..lagi pulak ramai yang terikat dengan kerja..hakim je yang cuti hari isnin..sampai je kat lubuk malam tu terus selongkar ape yang patut..labuh joran..tunggu punya tunggu..ape bende pun takde usik umpan..


1.00 am : "jom pekena alicafe dulu hakim" orait!


kepala pun dah berat sebenarnye tambah pulak perut dah kenyang makan ikan kelabau ikan patin 3 rasa..renjer dirikan kemah terus landing... hakim je yang duk layan joran die.. tah pukul berape die masuk landing jugak...





sedar-sedar je dah pagi.. pancing pun ade yang dah mengena ikan..pagi tu jela kami dapat layan sekejap..sebab renjer nak kena balik awal.. nak ke KL..

sekor-sekor ikan lampam kami dapat... lebih kurang jam 9 am kami kemas-kemas terus balik.. hakim je nak sambung pulak lepak kat sungai bernam lagi.. kate die nak ke port lubuk kabel..ape hasil die lepas tu,entah le...


-hasil pagi tu-
|



nota renjer : ini macam punya hasil pun dah di kira lumayan :P


MAKAN BESAR.. LAGI-LAGI MAKAN




ASSALAMMUALAIKUM...







Makan besau lagi la wei...halo semua yang berkenaan...ikan best takkan nak tolak..sekali halo je semua kate ok... hasil dari trip renjer ahad minggu lepas.. ikan semua renjer dah siap potong.. tinggal nak antar masak je lagi.. lokasi masih lagi kat wan tomyam.. masakan kat kedai die memang terbaik!!!





menu kami biase la kalau tak 3 rasa, layan masak pedas..
kalau ade ikan haruan je baru ade menu sup..



hakim al-ikhsan pun turun hadir.. die belum pernah lagi rasa isi ikan kelabau ni..selesai je semua menjamu selera terus renjer siap-siap nak turun ke sungai bernam lagi..aah, iye malam tu jugak turun..maklumlah., TEGAR la katakan..ape lagi., memang berumah di tepi sungai la hehe...






nota renjer : next entry renjer bersama hakim al-ikhsan ke lubuk sungai bernam..



IKAN PATIN IKAN KELABAU




assalammualaikum..





Seawal jam 8 pagi renjer sudah terpacak kat lubuk sungai bernam ni..misi nak turun ke event wak jali renjer dah tukar untuk turun ke sungai bernam ni..kurang yakin la hehe..air sungai pulak sudah semakin surut dan tambah menyakinkan renjer untuk cepat-cepat melabuhkan joran..

hasilnya pulak memang menarik la..seekor ikan patin dan seekor ikan kelabau..yang selebihnya ikan lampam..cuma waktu je tak mengizinkan renjer untuk lama lepak kat sungai bernam ni...kena balik awal,ada benda yang renjer belum setlekan :P


tapi macam ni punya hasil pun dah betul-betul buat renjer puas hati..dah la lama renjer tak jamu ikan kelabau ni..makan besar lagi la kami hehe...sapa-sapa nak join trip renjer dah boleh la halo-halo..air sungai pun dah semakin surut ni..cuaca pun makin ok je dah... cuma umpan sawit peram renjer je belum betul-betul menjadi...

next trip renjer akan turun bersama hakim al-ikhsan..






nota renjer : sungai bernam menjanjikan yang terbaik
jika air sungai semakin surut...