ASSALAMMUALAIKUM
Meredah lubuk baru sungai bernam..dengan harapan akan ada hasil yang terbaik!!misi renjer kali ni bersama hafiz turun agak lewat petang.. plan renjer mula-mula nak ke lubuk yang biasa tetapi sesampai je kat lubuk tu, ramai orang rupanya..mungkin diorang turun lebih awal pagi..terpaksalah tukar plan pergi lokasi lubuk renjer yang kedua.. arhh!!ada orang jugak.. ramai pulak orang kali ni..
terpaksalah lagi redah lubuk yang baru..dah la turun lewat merata pulak tu cari lokasi yang sesuai..nasib la ada jugak jumpak lubuk baru ni..cuma jauh sikit la kena meredah.. moto tak boleh nak sampai ke tebing sungai..
oleh kerana renjer dan hafiz berkongsi lubuk yang sama, tak boleh la kami nak atur banyak joran.. lubuk ni agak sempit sedikit..tebing pulak dipenuhi rumput tebal..dah lewat punya pasal labuhkan jugak la joran..hasilnya agak mengejutkan jugak la..besar-besar ikan lampam yang kami daratkan..cuma masa je tak mengizinkan kami untuk tunggu lebih lama kat lubuk ni..
lebih kurang pukul 6.40 petang kami pun berkemas pulang..tak ada ikan yang spesel kami dapat kali ni..cuma ikan lampam je..tapi renjer yakin lubuk yang baru ni pasti ada ikan yang lebih best! cuma perlu kerap turun je kat kawasan lubuk ni..
nota renjer : next trip pasti renjer akan turun ke lubuk ni lagi.. kalau dah ikan lampam pun dapat yang besar-besar ,pasti ada ikan lain yang lebih besar...