RENJER SUNGAI : Hobi , Kerjaya , Keluhan



ASSALAMMUALAIKUM and HI all

*since i receive few calls from non Malay friends who interested with my blog, 
U guys make me smile dude! Thanks and do come again all ;)








Renjersungai.. menghilang,.menyepi.. tiada hasil,..tiada khabar berita..?? hasil terkini???
soalan dan soalan??? 

ok..sebelum itu...renjer terlebih dahulu ingin meminta maaf sekiranya masih ada lagi peminat-peminat yang ternanti-nanti post dan entry terbaru dari blog renjer yang sekian lama menyepi ni..sebenarnya renjer tidaklah kemana-mana..masih ada dan masih lagi seperti biasa.. sumber rezeki renjer masih lagi dari dasar sungai dan dari hasil bumi..cuma sejak dua menjak ini renjer agak sibuk dan mengalami sedikit kesulitan dan sedikit dugaan..apa boleh buat..mungkin Allah sudah merencanakan sesuatu untuk hambanya seorang ini..

buat masa ni renjer memang dah kurangkan ativiti trip memancing..bukan sebab renjer sudah tiada lagi port terbaik untuk diteroka..cuma masalah kesihatan renjer yang tidak mengizinkan..tidak boleh selincah dulu meredah hutan belukar mencari lubuk-lubuk terbaik..bila agak sihat dan masa mengizinkan baru renjer akan turun..kalau ada yang minat suruh renjer atur trip mancing macam dulu-dulu tu memang renjer mintak maaf banyak-banyak la..bukan sengaja renjer menolak.. kalau setakat nak santai-santai memancing bersama sahabat-sahabat team renjer yang lain..nak sembang-sembang tepi sungai,kongsi-kongsi pengalaman insha allah boleh jika tiada yang menghalang..

buat masa ni renjer hanya turun memancing ikan haruan dan sesekali je turun ke sungai..tu pun jika ada yang oder ikan..macam ikan haruan..selebihnya renjer tunggu orang oder ikan basah je untuk dijadikan ikan pekasam..macam ikan lampam,terubul,ikan loma..kalau ada yang oder ikan renjer akan turun..kalau takde yang oder ikan berehat la renjer..hasilnya ikut lah setakat mana rezeki yang diberi dariNya..




kalau renjer nak cerita lagi entahla apa yang renjer nak tulis dan ingin sampaikan lagi..rasanya mungkin cukup kot sedikit luahan dari renjer ni..diharap entry blog renjer yang sebelum-sebelum ni banyaklah membantu dan sedikit perkongsian teknik pancing dan sebagainya untuk semua kaki pancing macam kita semua ni..kalau ada yang terkurang terlebih tu renjer harap dapatlah dimaafkan..

apa jugak yang dapat difahamkan dari blog renjer ni sama-samalah kita kongsi..sama-samalah kita usaha dari segi apa pun untuk ke arah kebaikan..yang penting kita sama-sama dapat fahami erti kesabaran dari hobi kita ni..mengenal,bersabar,usaha,bersyukur,bertukar pendapat dan macam-macam lagi lah kot..



   

Hobi dan Kerjaya..

cita-cita renjer memang ada untuk hobi renjer ni..cuma masa dan izin Allah yang akan menentukan semuanya nanti..diharap sedikit doa dari sahabat-sahabat buat renjer ni..renjer pun akan sentiasa mendoakan untuk kejayaan semua..

bagi diri renjer sendiri, apa yang sudah terjadi sebelum-sebelum ni anggaplah sebagai satu pengalaman..walaupun tidak berjaya seperti mana yang diharapkan tapi sekurang-kurangnya kejayaan renjer setakat hari ini cukup untuk renjer senyum dan bangga untuk diri renjer sendiri..yang penting renjer mampu bersaing seperti insan lain yang jauh lebih sempurna dari renjer di dunia ini..alhamdulilah syukur...

jika tiada yang terbaru cerita dan hasil dari blog renjer ni..
mugkin renjer akan kongsikan di :

1.Facebook Page Renjer  
2.Akaun Facebook Saiful Isa





p/s renjer : terima kasih diatas sokongan anda semua untuk renjer...kejayaan renjer setakat hari ini adalah kerana anda semua.terima kasih sekali lagi.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...