ASSALAMMUALAIKUM
-sg bernam-
|
Atas permintaan rakan renjer (hafiz), kami pun bersiapla untuk turun ke lubuk sungai bernam..teringin katanya nak merasa isi ikan patin..kalau ada rezeki la kata hafiz..gerak ke lubuk jam 9 malam,sampai je lokasi trus prepair ape yang patut..
jam 12 tengah malam masih tiada lagi ikan yang sudi menjamah umpan yang renjer dan hafiz labuhkan.. barangkali lubuk ini sudah berkurangan ikan-ikannya..mane taknya..kelibat botol-botol di permukaan air menandakan ada yang datang lebih awal datang menjaring di lubuk itu.. hafiz hampir putus asa untuk menunggu lebih lama di lubuk itu..tetapi renjer lebih yakin lagi untuk menunggu di lubuk itu..dan menyarankan untuk menabur sawit lebih kerap untuk memanggil ikan-ikan yang bersembunyi keluar untuk mengambil makanan...
jam 3 pagi renjer dan hafiz akhirnya keletihan dan mengantok..terus je masuk ke dalam khemah untuk rehat sekejap dan sebelum itu menguci jam untuk bangun semula untuk menukar umpam..baru dalam 10 minit berada di dalam kemah dan mata pun masa tu hampir-hampir je dah nak lelap..tiba-tiba je renjer dan hafiz dikejutkan dengan bunyi desingan drag mesin pancing..bergegas kami keluar untuk melihat mesin pancing mana yang sudah mengena..wahh mesin pancing abu garcia milik hafiz rupanya..renjer trus capai dan bertarung dengan ikan yang sudah lekat di kail mesin pancing hafiz tu..dari kekuatan tarikan ikan ni tidak lain rasa renjer, pasti ikan patin..hampir 20 minit jugak la pertarungan dengan ikan ni baru la ia menunjukkan tanda-tanda sudah keletihan dan mahu naik ke permukaan air dan akhirnya berjaya didaratkan..
kali ni mesin pancing hafiz pulak yang bertuah dan berjaya mendaratkan patin 7.5kg tetapi masih tidak dapat memecah rekod terbesar dari pancing edy yang beratnya 8.5kg..
ape pun 7.5kg sudah rekod untuk jorannya..
nota renjer : rezeki hafiz nak merasa isi ikan patin..
trip ke sungai perak pulak.. 2 hari je lagi...