JELAJAH PASARKAN IKAN HARUAN



assalammualaikum..





NAP 69  no plat kenderaan terbaru renjer..lepas ni makin jauh la renjer jelajah lubuk hehe..van ni abang renjer (atam) yang tolong carikan..rm6k je..murah dak?? minggu lepas renjer ke seremban ikut atam ambik van ni..2 hari renjer lepak kat sane sementara nak setle kan tukar nama geran hak milik dan buat insuran baru dan antar van tu ke puspakom..sekarang ni van tu dah jadi milik renjer sepenuhnye.. alhamdulilah! terima kasih atam atas semua urusan hari tu!!!

dapat je van ni trus renjer jelajah lokasi baru untuk pasarkan ikan yang renjer pancing..lepas ni renjer tak kisah dah berapa banyak pun ikan renjer dapat..dah ade van ni boleh la dah pasarkan ketempat lain..baru-baru ni renjer ade turun trip memburu ikan haruan ke estate soonseng..2 hari turun.. 4 orang punye hasil 103 kg semua ikan haruan yang kami dapat.. 




terus renjer pasarkan ikan-ikan tu semua ke lokasi terbaru..hari mula-mula tu renjer pasarkan ikan-ikan  tu ke slim river,terus ke pasar felda trolak utara..terjual jugak lebih kurang 30 kilo..esoknye pulak renjer terus pasarkan ikan tu ke felda trolak selatan..terjual jugak hampir 30 kilo..

selebihnye renjer tolak kat member renjer (wan) dari rawang selangor..minggu ni renjer akan jelajah port untuk pasarkan ikan..dah dapat tapak nanti barulah renjer boleh ejas hari untuk pasarkan ikan dengan hari untuk turun trip memburu ikan..




nota renjer : alhamdulilah rezeki renjer semakin bertambah... TQ for you sarport! :P


INTAI LUBUK HARUAN



assalammualaikum..





Biarpun renjer agak sibuk sekarang ni,renjer tetap sempatkan jugak sesekali turun memancing..biarpun 
hanya turun casting ikan haruan..janji memancing hehe...semenjak dah jadi toke ikan ni agak sibuk la jugak..sampai nak bersukan pun renjer dah tak sempat..

tapi sesekali tu turun jugak la..biarpun dapat memancing 2 jam je..port pun cari yang paling dekat je..bila dah dapat memancing tu kira puas jugak la bila mengena...




port ni dekat je dengan felda renjer, lebih kurang 20 minit je dah boleh sampai kat port ni..lokasi port ni dekat ladang kelapa sawit besout 6..kawasan ni memang sentiasa banjir..kawasan berpaya..lagi pun lokasi ni bersebelahan dengan sungai darus..sungai ni la antara sungai yang masih ada lagi spesis yang kaki pancing idamkan.. ikan toman paling banyak kat sungai ni..termasuk lah ikan bujuk dan ikan haruan.. 

cuma kesabaran perlu la tinggi bila dah berada kat lokasi port ni..nak pulak niat tu nak memburu ikan haruan..kat lokasi ni tak macam kat estate soonseng tu..campak je umpan ade je yang menyambar..ikan haruan kat port ni kurang aktif sikit..mungkin kawasan ni terlalu banyak ikan toman..ikan haruan pun dah jadi macam ikan bujuk kat port ni..umpan lalu depan muka baru nak menyambar..




buat mase ni renjer dah stop dulu mane-mane trip untuk turun memancing..renjer betul-betul serius berniaga..nak kumpul duit sikit untuk satu tujuan ( _ _ _ _ _ _) hehe.. tapi renjer tetap akan kongsi ape pun berkenaan ikan kat blog renjer ni..rajin-rajin la korang bertanya kat blog renjer ni..insyaAllah bila sempat renjer akan jawab soalan atau komen korang dekat mane-mane entry blog renjer ni...:P



nota renjer : walaupun renjer sibuk tapi renjer tetap sempatkan jugak jenguk blog ni.. terima kasih kepada semua peminat blog renjer kerana setia  :)


SANTAI MEMANCING IKAN KEPAR



assalamualaikum..






Koleksi terbaru renjer..hasil bebudak renjer ke estate soonseng..diorang sekarang ni duk santai memburu ikan kepar ni je..kedang-kadang tu terselit la jugak ikan puyu dan ikan keli..tak sangka jugak renjer, ikan kepar ni paling laris jual kat pasar..mungkin isi ikan kepar ni lebih sedap berbanding dari ikan puyu dan ikan sepat..setiap kali ikan ni dipasarkan, tak pernah lagi la tak habis terjual..kadang-kadang tu siap ade yang tempah lagi..moh le kite rase ikan kepar! hehe....

lokasi ikan kepar ni cukup berbeza dari ikan-ikan lain kat estate soonseng ni..ikan kepar ni lebih suka mendiami kawasan yang redup..contohnye kawasan yang ditutupi rendang dedaunan pelepah pokok kelapa sawit..ikan kepar ni lagi banyak berkumpul jika kawasan tu ada buah kelapa sawit yang gugur kedalam air..mungkin kelapa sawit tu menjadi makanan ikan kepar ni..




cara untuk memancing ikan kepar...agak mudah jugak..perlu ada joran yang ringan,tali perambut sekitar 6-12 lb..dan mata kail yang halus saiz 4-5..dan gunakan pelampung kecil untuk memudahkan mengesan ikan kepar yang mula mencuri umpan yang dilabuhkan..umpan die ape?? pun mudah..hanya menggunakan cacing, atau cengkerik yang halus..cara memancing ikan kepar ni same jugak seperti memancing ikan sepat cuma dari segi umpan je berbeza sedikit dan juga menggunakan pelampung..mulut ikan kepar ni cukup halus, memang patut gunakan mata kail yang halus...




nota renjer : mane la tahu korang ade lubuk ikan kepar ni..boleh la cuba2 memancing nanti hehe...


EDISI TRIP MENJARING



ASSALAMMUALAIKUM





Horeyyy!! kembali menyimpan koleksi gambar-gambar turun trip memburu ikan...berjaya jugak renjer mengumpul duit dari hasil mencari ikan ni..nak cari henfon yang ade camera ok sikit..tu pun renjer beli henfon biasa je..LG  KM900AT.. 5.0mega pixel..ok la kot hehe..ade la sikit semangat nak update blog ni bila dah ade gambar terbaru...

lubuk kali ni masih lagi ke estate soonseng..air lubuk kat estate ni sudah makin surut..makin banyak la ikan-ikan ni berkumpul ke dalam parit estate ni..mase ni la kami turunkan jaring..berderet la ikan sangkut kat jaring kami..paling banyak sekali ikan puyu..besar-besar pulak tu...termasuk la ikan keli,ikan sepat ikan haruan,ikan temakang...ikan-ikan jenis ni la paling laris kat pasar felda renjer ni..banyak mana pun habis dijual..dapat jugak renjer kumpul duit sikit-sikit..lepas ni mane tahu boleh beli transport pulak..boleh cari lokasi untuk pasarkan ikan-ikan ke pasar luar dari felda renjer ni..baru toke besarrr!! hehe :P




kalau trip menjaring ni patner renjer memang tak lain la, si hery dan abang die..2 orang adik beradik ni memang pakar bab-bab menjaring ni..cakap je lubuk mane kat estate soonseng tu..semua dia dah pernah terjun..cekap pulak tu dia buat kerja kat dalam air..dah la kena guna pelampung..kalau renjer jenuh jugak la nak serasi buat kerja menjaring ni..maklum la sebelum-sebelum ni kan memancing je hehe...

trip paling last sekali renjer turun,dapat la snap 2,3 keping gambar..mase ni renjer tunggu kat atas je..hery ngan abang die je buat kerja dalam parit tu..dah serik renjer nak turun..2 hari sebelum trip menjaring ni,renjer disengat ikan keli..bengkak jari..sakitnye hoiii bleh tahan habaq hang!! sementara tunggu jari ni pulih renjer turun memancing jela dulu.. sakit-sakit pun memancing! hak3..tegar2! hahaha..........






nota renjer :  biar la orang nak kata apa pun..renjer tetap yakin,hasil dari cari ikan ni lagi lumayan dari kerja kilang hehe.. :P


STOK IKAN KERING HARUAN



ASSALAMMUALAIKUM





Hampir seminggu dah renjer takdan nak update blog renjer ni..sesekali je renjer sempat la jenguk sekejap-sekejap kat blog renjer ni..bukannye takde cerita..cuma mase dan tenaga yang menyebabkan renjer makin takde ruang untuk bercerita hehe..start dari awal pagi jual ikan bawak la ke malam balik dari cari ikan.. penat weiii...tapi alhamdulilah la rezeki renjer semakin meningkat..

hasil renjer untuk minggu ni memang agak menarik..cuma renjer takde gambar je untuk dipaparkan..maklum la satu-satunye henfon yang menghasilkan gambar koleksi renjer dah pun terkubur buat selamanya..antar repair pun dah tak boleh..terpaksa la kumpul duit sikit lagi untuk rembat camera yang lebih berkualiti hehe :P

lubuk soonseng sudah pun surut sepenuhnya..cukup banyak stok ikan haruan renjer minggu ni..sampai dah takde tempat renjer nak pasarkan..terpaksa la renjer proses ikan-ikan haruan tu jadikan ikan kering je..sampaikan budak-budak team renjer stop dulu la misi memburu ikan haruan ni..sebab tu renjer lebihkan trip turun menjaring je.. ikan-ikan jenis ikan puyu,sepat dan ikan keli masih lagi ade sambutan..




rakan-rakan team renjer pun dah mula beralih dari memburu ikan haruan ke memburu ikan puyu dan ikan kepar..hasil yang diorang dapat renjer la yang borong sebelum renjer pasarkan kat pasar felda renjer ni..ikan-ikan jenis ni je yang tak pernah lagi tak habis bila renjer pasarkan..biarpun kadang-kadang tu mencecah puluhan kilo sekali renjer jual..



nota renjer : insyaAllah mungkin lagi satu minggu renjer akan mula mengumpul gambar2 koleksi dari trip memburu ikan2 sungai ni..tu pun kalau cukup la nak beli henfon yang ade camera canggih sikit hehe.. :P

                               

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...