SG BERNAM ----- SG TRONOH MINES



ASSALAMMUALAIKUM and HI all

*since i receive few calls from non Malay friends who interested with my blog, 
U guys make me smile dude! Thanks and do come again all ;)





Apa cerita?? ape hasil 3 hari ke sungai???  

nak kata hasil tu terbaik takde la kan..setakat ikan lampam je..itu jela rezeki kami..lagi pun air sungai bernam kurang cantik..asyik hujan je..dari petang jumaat lagi dah renjer mula bermastautin kat lubuk sungai bernam tu..malam tu renjer berdue je..pagi sabtu tu baru rakan blogger dari ara damansara sampai ( eim, che din dan rizal) 

petang sabtu tu pun hujan turun lagi..mula-mula memang niat renjer nak sambung lagi satu malam kat lubuk tu..tapi bila dah hujan, kami buat keputusan untuk balik ke rumah renjer je..malam tu kami lepak-kat rumah renjer..ikan yang kami dapat pagi tu kami bakar malam tu jugak..lepas makan baru kami plan untuk ke sungai lain untuk trip pagi ahad..




pagi ahad tu kami gerak dalam pukul 9pagi..mula2 kami singgah ke sungai tronoh mines..cadangnya nak ke sungai perak, tapi bila dah sampai sungai tronoh tu semua dah tak sabar nak labuh joran..mane taknye, ikan patin berpesta main air...cuma air sungai je kurang cantik.. lama jugak kami tunggu..seekor je pun ikan patin lawang sangkut kat kail joran renjer...yang lainnye timbul main air je..naik geram jugak...mungkin ikan-ikan tu tak berminat umpan sawit peram renjer..tak pun mungkin sebab air agak keruh atau kami turun bukan time ikan tu nak makan..lagi pun ikan patin ni lebih aktif waktu malam..

masa pulak tak mengizinkan kami nak bertapak lama kat sungai tronoh tu..diorang dah nak balik ke kl..kalau renjer takpela dah memang kerja pun cari ikan je..lain kali la kami plan nak turun lagi ke sungai tronoh tu..kali ni mungkin kami akan bertapak lebih lama sikit kot kat sungai tu....







Nota renjer : sungai tronoh mines atau sungai kampar..cukup banyak kelibat ikan kat sungai tu..tapi renjer kurang pasti menu ikan-ikan kat sungai tu..perlu banyak kali terjah lubuk sungai ni..

GEGAR LUBUK SG BERNAM LAGI


ASSALAMMUALAIKUM and HI all

*since i receive few calls from non Malay friends who interested with my blog, 
U guys make me smile dude! Thanks and do come again all ;)






Satu lagi trip memancing yang renjer aturkan bersama abang renjer (shahrizan) dan jugak hakim al-ikhsan..kali ni kami tak turun bermalam pun..sebab pagi tu renjer kena jual ikan dulu kat pasar..balik dari pasar tu baru renjer gerak ke lubuk..lebih kurang pukul 10 pagi kami sampai ke lubuk..kali ni air sungai kat lubuk tu dah betul-betul surut...cuma cuaca pagi tu je mendung sikit..

kali ni target renjer memang nak cari ikan kelabau..sebab abang renjer yang sorang ni belum pernah lagi rasa tarikan ikan kelabau ni..dengan berbekalkan umpan sawit peram renjer tu..mula-mula tu renjer pun kurang yakin jugak yang ikan kelabau ni nak makan umpan kalau cuaca mendung je..sejam jugak la kami tunggu..ikan-ikan lampam je pon yang sudi curi umpan kami..naik je ke pukul 11 pagi baru matahari mula muncul...





bila dah naik matahari baru la kami semangat..kali ni memang renjer yakin la ikan kelabau ni akan muncul..siap tukar umpan baru renjer mula tabur sawit hancur sikit-sikit..kira macam teknik rasuah la hehe..bagi anak-anak ikan berebut kutip sawit yang hanyut tu..mase tu nanti baru ikan-ikan besar ni meluru nak cari makan jugak..tak lama lepas tu baru la joran renjer ada reaksi seperti ada ikan besar yang sedang nak menjamah umpan..bergegar semacam je rod..

tertiba...dragggg!!! tu dia habaq hang..melengkung joran..memang kumpulan ikan kelabau dah sampai la..baru je daratkan seekor ikan kelabau..belum sempat pun nak keluarkan ikan tu dari sauk..satu lagi joran melengkung..perhhh!! syokkkkkkkk habaq hang..hehe :P  tapi tu la., dok tengah best ikan dah mau makan, bot pulak duk buat litar kat port kami mancing tu..memang grrrrrrrrr betol la..sampai air sungai jadi keruh la diorang punya kerja...




lebih kurang pukul 12 tengah hari baru hakim al-ikhsan pulak sampai..mase tu joran pun dok tegak je..ikan pun dah ke mana-mana lari..naik mengantuk tunggu..lebih kurang pukul 3 petang cuaca pulak dah gelap semacam je...braww..sekali dia turun..nasib la ada bawak tikar plastik..dapat gak buat bumbung..2jam hujan turun..punya la lebat..lepas hujan stop, ikan lampam je pulak mula mau makan lagi...sykkokk habaq hang...layannn... lebih kurang pukul 6 petang kami pun kemas joran..sebab malam tu abang renjer dah nak balik  ke kl..lagipun dia dah puas hati dapat gak merasa tarik ikan kelabau...



Nota renjer :  seekor ikan kelabau tu saiz 1.8kg..seekor lagi tak sempat nak timbang..renjer bagi kat hakim je..lepas tu ikan lampam seekor je yang besar 1.3kg..

IKAN PATIN SG BERNAM LAGI


ASSALAMMUALAIKUM and HI all

*since i receive few calls from non Malay friends who interested with my blog, 
U guys make me smile dude! Thanks and do come again all ;) 






Balik je dari anugerah transformasi komuniti di damansara hari tu trus renjer plan trip memancing..walaupun badan agak letih,tapi renjer tetap nak jenguk jugak ke sungai..stat dari hari khamis tu renjer dah mula turun intai lubuk..pagi tu renjer dan hakim al-ikhsan bersiap untuk turun..hakim gerak sendiri dari tanjung malim..renjer gerak dulu tunggu kat lokasi lubuk sungai bernam je..tapi hari yang kami turun tu air masih lagi banjir..kami lepak kat jambatan nelson je..air memang dah ok tapi mungkin takde rezeki kami hari tu..ikan yang besar dah sangkut kat kail tapi mase nak daratkan boleh lucut pulak...

esoknya renjer plan lagi satu trip..oleh kerana hari tu jumaat kami gerak dari petang..kali ni renjer turun bertiga..terus bertapak kat lubuk..air pun dah surut tapi kawasan tu becak la sikit..malam tu memang sunyi je tanpa hasil..air sungai dah ok,tapi mungkin dasar sungai masih lagi banyak sampah..lepak-lepak sembang jela..lebih kurang pukul satu pagi kami masuk khemah tido je..




lebih kurang pukul 7 pagi kami mula atur joran balik..kali ni hasil agak ok la..ikan lampam start dah mau makan..tapi saiz ikan je kurang memuaskan..tangkap dan lepas jela..ikan yang saiz yang agak besar sikit je kami ambik..untuk buat lauk tengah hari..lebih kurang pukul 9 pagi satu lagi plak group pancing datang (team ara damansara) geng blogger..(aim hasan) diorang memang dah helo renjer sebelum nak datang..cuma renjer janji tunggu kat lubuk je..tak lama lepas tu satu lagi group pancing abang-abang renjer datang dari kl..berkampung la kami ramai-ramai kat lubuk tu...

siap je diorang atur joran..kami pun duduk la lepak sembang-sembang..sambil kongsi-kongsi pengalaman..tak lama lepas tu kami dikejutkan dengan bunyi drag joran renjer..apa lagi bergegas la renjer..dari mula renjer tengok lentok joran tu memang dapat agak dah mesti penangan si ikan patin..layan punya layan memang iya la si ikan patin..tapi kali ni berat ikan patin tu  7.2kg je..




masuk je ke petang hanya ikan-ikan lampam dan ikan terberas je yang kami daratkan..dah takde ikan yang special..tunggu ikan kelabau pun tak muncul-muncul..mungkin kumpulan ikan kelabau belum bertapak kat lubuk tu..ingat nak sambung lagi satu malam kat lubuk tu..tapi group aim hasan pulak ada hal..diorang terpaksa balik..renjer pun buat keputusan balik jugak..mungkin kalau cuaca ok je renjer akan plan trip lain dalam masa 2,3 hari ni....



Nota renjer : kalau cuaca ok je..mungkin renjer akan aturkan lebih banyak trip untuk minggu ni..


RENJER SUNGAI | ONE WORLD HOTEL


ASSALAMMUALAIKUM and HI all

*since i receive few calls from non Malay friends who interested with my blog, 
U guys make me smile dude! Thanks and do come again all ;)  




En.Rosli Abdullah (Pengurus USP Project P1) , En.Nafis Adha Mokhtar (Pengurus Kanan USP Project P1), En.Mohd Saiful Isa (icon Renjer Sungai), Dato' Mohd Sharil Tarmizi (Pengerusi SKMM), Mr Michael Lai (CEO P1 Wimax)


Mohd Saiful Isa, 29 – seorang belia dari Felda Besout 2 mengalami kemalangan kebakaran semasa usia beliau 3 tahun. Kecederaan kekal yang dialaminya tidak sedikit pun menjadi duri dalam menempuh kehidupan.

Kisah Saudara Saiful sudah beberapa kali mendapat liputan media. Pernah mendapat liputan dari Akhbar Kosmo suatu masa dulu ekoran Kisah Cendawan Busut yang ditulis di blog beliau http://renjersungai.blogspot.com. Malah, turut menjadi watak utama dalam iklan pendek hasil usahasama dengan Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia (SKMM) dan turut muncul dalam Majalah Pancing Edisi Oktober 2012.

Renjer Sungai – satu nama yang tidak asing bagi kaki pancing. Blog santai pancing yang diwujudkan hanya sekadar untuk mengisi masa lapang beliau kini menjadi sumber pendapatan bagi saudara Saiful apabila ramai rakan kaki pancing sanggup datang dari jauh demi merasai sendiri penangan si Patin, Kelabau dan raja ikan  sungai yang lain.




Malah, pada persidangan u-Pustaka Broadband and Information Technology Summit for Libraries 2012 (BITS) dan u-Pustaka Community Transformation Award 2012 (UCTA) yang diadakan di One World Hotel Bandar Utama, Petaling Jaya Selangor Darul Ehsan baru-baru ini menyaksikan sekali lagi kisah Saudara Saiful diangkat sebagai icon yang berjaya ditransformasikan.
Hasil sokongan padu daripada rakan-rakan PJK P1, Pengurus Kanan USP Project – En.Nafis Adha merupakan tulang belakang yang turut membantu mempromosikan kisah kejayaan Saudara Saiful yang boleh diibaratkan “from zero to hero” ini. Malah, kisah kejayaan Saudara Saiful (Renjer Sungai) ini telah berjaya diangkat ke peringkat tertinggi di SKMM dan telah mendapat perhatian peribadi daripada Dato' Mohd Sharil Tarmizi, Pengerusi SKMM.

Semoga kisah kejayaan ini akan terus mekar pada masa hadapan.
Tahniah diucapkan kepada PJK Besout 2 dan juga kepada En.Nafis Adha Mokhtar-Pengurus Kanan USP Project P1 yang menjadi tunjang utama dan tidak henti-henti memberi sokongan padu kepada pihak pengurusan PJK Besout 2 dan juga Saudara Saiful. Semoga kejayaan terus dikecapi. Tahniah !

Sumber : Desaku.com.my

nota renjer : Alhamdulillah syukur.. satu lagi kenangan manis dalam hidup Renjer.. Terima kasih tak terhingga kepada Encik Nafis Adha (Pengurus Kanan USP Project P1 Wimax) yang banyak membantu mengangkat kisah hidup Renjer sehingga ke tahap ini.. Terima Kasih semua rakan-rakan. Terima kasih !

IKAN PATIN REKOD TERBARU RENJER




ASSALAMMUALAIKUM and HI all

*since i receive few calls from non Malay friends who interested with my blog, 
U guys make me smile dude! Thanks and do come again all ;)  






Sungai bernam...satu lagi rekod terbaru renjer daratkan ikan patin besar sungai bernam ni..sebelum ni rekod terberat daratkan ikan patin sungai bernam di pegang oleh rakan renjer edy iaitu seberat 9.3kg...kali ni renjer pulak pegang rekod terberat daratkan ikan patin sungai bernam ni..14.1kg..

09.12.2012 adalah tarikh yang kami plan nak ke lubuk sungai bernam..dari malam tu dah kami rancang untuk intai-intai lubuk kot-kot air sungai dah surut dari banjir..sebab 2 hari dah hujan tak turun..cadangnya pagi-pagi lagi kami dah nak turun..tapi disebabkan hujan lebat subuh tu..plan kami dah macam tak jadi je plak..2--3 orang dah tarik diri..tinggal la renjer dan sorang lagi rakan renjer (ajoy) yang tetap yakin untuk turun..

agak lewat pagi tu kami gerak ke lubuk..sampai je ke lokasi..terus datang semangat..air sungai dah surut rupanya..lubuk yang renjer selalu pegi pun dah boleh masuk..cuma becak sikit la..kawasan tu masih basah lagi..rasanya baru hari yang kami turun tu je air sungai surut..




tak lama je lepas labuh joran..kami mula perasan..rupanya air sungai makin naik..mungkin hujan subuh tu punya air dah mula sampai..air sungai pun dah mula nampak agak keruh..kecewa jugak mula-mula tu..rasa macam nak kemas je joran semua..ajoy plak dah bunyi..kita makan nasik bungkus ni dulu lepas tu kita kemas la joran..renjer kata ok je..

tengah makan..baru 3--4 suap nasik..tetiba je satu joran renjer menjunam..lain macam je drag berdesing..pe lagi..bertabur la nasik dok kejar joran tu hehe...layan punya layan..akhirnya...tu dia ikan patin punya besar! tu la orang cakap kalau dah rezeki...memang kami tak duga..keruh-keruh air sungai macam tu pun ade jugak yang sudi..memang rezeki..alhamdulilah...dapat je ikan tu trus kami kemas joran semua..balik tu sekali lagi hujan lebat turun..nampak gayanya tenggelam lagi la lubuk terbaik renjer tu...



Nota renjer :  balik tu terus cencang ikan..malam tu jugak kami ramai2 sebat ikan tu buat masak 3rasa..sambil menonton malaysia vs thailand..


BANJIR ---- CARA MEMERAM BUAH SAWIT (SAWIT PERAM)


ASSALAMMUALAIKUM and HI all

*since i receive few calls from non Malay friends who interested with my blog, 
U guys make me smile dude! Thanks and do come again all ;)  






Apa cerita bro?? mana hasil?? lama tak terjah lubuk??  

ape boleh buat..musim hujan belum reda lagi ni..dah banyak estate-estate sempadan sungai bernam tu dah banjir..nak jejakkan kaki ke sungai pun dah tak boleh masuk..

habis dok buat apa la ni..??

mancing tu tetap mancing la..tapi cari ikan haruan jela..merata jugak la cari lubuk..banjir luas sangat..ikan pun dah merata duduknya..sesekali tu berhasil jugak..tapi bila duk hujan je dapat la 5--6 kilo sekali turun..ape boleh buat .. rezeki banyak tu je.. :)  

tapi setiap kali p mancing sempat jugak la pilih buah sawit untuk diperam..standby umpan sementara surut banjir nanti...kali ni renjer peram buah sawit banyak sikit..tapi takdela sampai untuk dijual..stok sendiri je..kot-kot ade trip lepas surut banjir nanti..


langkah-langkah utama cara memeram buah sawit 




1. pilih buah sawit yang betul-betul masak dan pilih buah sawit yang isinya tebal.
2. masukkan ke dalam plastik 2 lapis.. ikat plastik jangan bagi ada udara.. lepas seminggu keluarkan buah sawit tu.
3. balut pulak buah sawit tu guna paper. buat dalam 20 biji sekali balut.
4. masukkan kedalam plastik balik, ikat betul-betul dan jangan bagi ada udara. peram lagi seminggu..

biasanya 2 minggu dah boleh guna..kalau sawit tu sentiasa kering je..boleh tahan sampai 2 bulan..masa peram kalau sawit yang dah dibalut paper tu berpeluh, keluarkan tukar paper yang baru..




1. buah sawit yang dah diperam seminggu.
2. balut paper. masukkan kedalam plastik. ikat betul-betul jangan bagi ada udara..



Nota renjer : kat tempat renjer ni memang setiap hujung tahun air sungai akan banjir..masa ni la ikan-ikan akan membesar..surut je banjir nanti..berpesta la kami :P


IKAN KELAH SUNGAI SUNGKAI


ASSALAMMUALAIKUM and HI all

*since i receive few calls from non Malay friends who interested with my blog, 
U guys make me smile dude! Thanks and do come again all ;)  





Ikan kelah Sungai sungkai..benarkah satu ketika dahulu sungai ini penuh dengan spesis ikan air tawar yang menjadi rebutan kaki pancing masa kini??? kemanakah perginya spesis ikan kelah di sungai sungkai ini sekarang??? benarkah satu ketika dahulu saiz ikan kelah sungai sungkai ini pernah mencecah hampir 10kg seekor???
cerita dari pengalaman kaki-kaki pancing vateren sekitar tahun 80an yang pernah merasa tarikan ikan kelah sungai sungkai ni dahulu..rata-rata mengambarkan kehebatan dan besar saiz ikan..setelah masuk tahun 90an ikan kelah ini mula berkurangan...apakah faktor utama ikan ini semakin berkurangan ?? katanya sekitar tahun 2000 sungai sungkai ini pernah dilanda banjir lumpur..mungkin jugak bencana ini yang menyebabkan ikan kelah sungai ini semakin pupus..
dan jugak satu lagi punca ikan ini semakin pupus..dengar kabarnya semakin ramai yang turun ke sungai sungkai ni dengan menggunakan cara mengaren..(arus elektrik generator) bukan takat khabar saje, renjer sendiri pernah terserempak dengan geng-geng ni..bukan la renjer taknak tegur..dah tua-tua pun orangnya.. mungkin bagi mereka cara itu paling berkesan untuk dapatkan ikan banyak dengan mudah...


"tolong la pakcik .... hentikan semua ini..
jangan la wariskan teknik tu pada generasi muda..
hancur hidupan berharga sungai sungkai tu nanti"


rase nak je Renjer cakap camtu.. tapi tu lah.. susah jugak nak tegur bila orang lebih berusia dari kita ni.. adakah satu hari nanti ikan kelah sungai sungkai ini akan menjadi kenangan sahaja...saiz 10kg?? silap-silap saiz satu kg pun belum tentu nak jumpa dah....



(bukti ikan kelah sg sungkai cecah saiz 10kg)

Nota renjer : renjer sendiri pernah menduga ikan kelah sungai sungkai ini dahulu..tapi belum pernah lagi bertemu yang bersaiz mega..lagipun bukan senang nak memikat  selera ikan kelah ni.. 


LAGI HASIL TERBAIK DARI SG BERNAM




ASSALAMMUALAIKUM and HI all

*since i receive few calls from non Malay friends who interested with my blog, 
U guys make me smile dude! Thanks and do come again all ;)




Trip gegar lubuk bersama krew majalah pancing..setelah berjaya trip memancing yang kami atur..(trip untuk artikel majalah pancing..memburu ikan kelabau sungai bernam) kami pun turun ke lokasi yang renjer tetapkan..(03.11.2012) tarikh yang tertunda akibat cuaca yang tidak mengizinkan..

seminggu selepas tu kami atur lagi satu trip memancing.. (10.11.2012) lokasi yang renjer cadangkan adalah ke jambatan nelson sungai bernam...nasib tak menyebelahi kami..kami berjaya mengatur trip dan selamat tiba ke lokasi lubuk..umpan pun renjer sudah sediakan yang terbaik.. air sungai pulak yang kurang cantik..2 hari kami ke jambatan tu..hasil kami hanya beberapa ekor ikan lampam je.. mungkin air sungai mase tu terlalu dalam..ikan-ikan masih lagi di kawasan banjir..tambahan pulak air sungai yang deras dan agak keruh..

seminggu selepas tu (17.11.2012)..sekali lagi renjer mengatur trip memancing ke lokasi sungai bernam ni..kali ni hasil renjer betul-betul terbaik..banjir sungai pun dah pulih..tapi malangnya trip renjer ni tak bersama krew majalah pancing dah..diorang dah sibuk minggu tu..




dari seawal jam 9 pagi joran renjer dah mula sibuk..sawit peram yang renjer labuhkan tak lama mana sudah mengena..seekor-seekor ikan renjer daratkan..yang bestnye ikan yang sangkut kat kail semua saiz ikan yang besar-besar..3ekor ikan kelabau saiz atas sekilo..seekor saiz atas 2kilo..ikan lampam pulak 10 ekor yang saiz atas sekilo..seekor mencecah saiz 3kilo.. 

tak sangka jugak hasil trip renjer kali ni betul-betul memuaskan..kalau la trip ni bersama krew majalah pancing tu tentu-tentu dah meriah artikel majalah tu nanti...maaf la ye encik aiem, azdlizam, hafiz dan mohd nor..minggu yang korang sibuk baru aku boleh buktikan hehe =P takpe next trip kita atur trip lagi..kali ni ikut jadual renjer  ok :)





nota renjer : trip memancing hari tu jadual diorang, kalau ikutkan minggu ni yang renjer syorkan.. tu la, degil lagi.. sape suruh taknak dengar cakap renjer, kan dah terkono! hehe :P



BANJIR..IKAN HARUAN




ASSALAMMUALAIKUM and HI all

*since i receive few calls from non Malay friends who interested with my blog, 
U guys make me smile dude! Thanks and do come again all ;)






Seperti biasa jika musim banjir..rata-rata trip kami memang akan pergi memburu si badau..



di talian---- 


hakim : halo renjer..ape cerita?? jom p lubuk esok...
renjer : lubuk?? musim hujan la..sungai semua dah banjir..
hakim : ala xkisah la..janji memancing..
renjer : kalau nak p mancing haruan ok la..kalau nak p,esok ko datang terus beli umpan (katak)
hakim : lubuk haruan kat mane yang ok??
renjer : ko datang je esok..kite ronda-ronda la hehe :P
hakim : ok..esok pagi aku gerak..





ronda punya ronda sampai la kami kat satu lokasi ni..port banjir dari anak sungai darus..kalau dulu port ni la yang renjer selalu belasah ikan haruan..tapi dah lama jugak renjer tak ke port ni..siap je set pancing,kami terus mulakan operasi casting..lama jugak nak tunggu sambaran..mungkin banjir kat kebun sawit ni terlalu luas..merata dah ikan-ikan haruan ni duduk..

tekun dan sabar akhirnya berjaya jugak kami daratkan..sekor-sekor mula kami naikkan..saiz ikan pun boleh tahan besar-besar..tapi tu la..sedap-sedap tengah layan,cuaca mula berubah...dari cerah terus jadi gelap..tak lama mana dapat kami layan,hujan pun mula turun...mungkin rezeki kami hari tu takat tu je..apa-apa pun hasil kami hari tu tak la mengecewakan...




Nota renjer :  semakin kerap hujan turun...habis je musim hujan nanti..pesta la kami trip memburu ikan haruan...


BANJIR..IKAN LOMA LEPAS TELUR



ASSALAMMUALAIKUM and HI all

*since i receive few calls from non Malay friends who interested with my blog, 
U guys make me smile dude! Thanks and do come again all ;)





Ikan loma...sebut je pasal ikan ni mesti orang-orang belah utara tahu pasal ikan loma ni kan ? kalau tak salah renjer baru-baru ni pun rancangan Majalah 3 ada siarkan pasal pekasam ikan loma kat kedah..ikan ni memang popular kat sana..mungkin la memang banyak ikan loma ni kat sana sebab ikan pekasam ni pasaran dia meluas jugak..merata pasar dah renjer ade jumpe orang jual pekasam ikan loma ni..rata-rata katanya ikan tu datangnya dari kedah..

kat tempat renjer ni pulak tak sangka jugak rupanya ada jugak spesis ikan ni..banyak pulak tu..saiz ikan pulak boleh tahan besar-besar..baru-baru ni renjer ade turun menjala kat port ikan tu..berpuluh kilo renjer dapat..berpesta orang menjala ikan loma kat port tu..kate orang-orang kat situ ikan loma ni nak naik ke banjir sebab nak melepaskan telur..tiap-tiap tahun musim banjir ikan tu akan naik katenye..kirenye bermusim jugak la ikan loma ni..




musim banjir macam ni memang renjer dah takde plan mane-mane trip memancing la..tapi kadang-kadang tu  ade la sesekali turun memancing ikan haruan..ikan haruan pun belum betul-banyak lagi..banjir luas sangat kat estate tu..dah merata ikan tu duduk..nak dapat banyak tu memang nasib sangat la..tu yang turun mejala ikan loma..dapat je info pasal ikan loma ni terus renjer pegi serang..janji cari ikan hehe..

pasaran ikan tu kat tempat renjer ni boleh tahan jugak..ramai yang minat makan ikan ni..katenye goreng garing-garing sedap..renjer yang jala dapat puluh kilo pun belum cuba lagi rase ikan ni..dua kali dah renjer renjer pegi menjala ikan loma ni lepas tu terus pegi jual..alhamdulillah la sebab berpuluh kilo pun boleh habis renjer jual..




Nota renjer :  ikan loma ni punya la banyak..dah macam ikan solmon renjer tengok..beribu-ribu lawan arus nak naik ke atas..


HASIL MINGGU INI..IKAN KELABAU




ASSALAMMUALAIKUM and HI all

*since i receive few calls from non Malay friends who interested with my blog, 
U guys make me smile dude! Thanks and do come again all ;)




Seperti yang dirancang trip memancing bersama krew majalah pancing pada 3 dan 4 haribulan..lokasi kami mungkin ke sungai bernam untuk menduga ikan kelabau...




Sudah menjadi kebiasaan renjer setiap kali kami merancang trip memancing dan menetapkan tarikh, renjer terlebih dahulu akan turun mengintai lubuk mengesan lokasi yang sesuai sebelum turun semula pada tarikh yang ditetapkan untuk bertapak..sungai bernam pilihan kami trip yang akan datang nanti..

hujan pulak semakin kerap dalam minggu ni..tak banyak lokasi sungai bernam yang boleh  kami masuk..kebanyakkanya sudah ditenggelami air...bagi renjer kalau ke sungai bernam area sungai ban pecah mengalir ke lombong lama ni tidak menjadi masalah jika airnya dalam..cuma jangan terlalu keruh je..biasanya ikan dah mula berkampung ke kawasan lombong lama ni jika air sungai bernam sebelah atas sudah banjir..




buktinya ni la hasil kami minggu ni..intai punya intai tak sangka jugak hasil kami cukup baik...4 ekor ikan kelabau yang besar kami daratkan..dan juga beberapa ekor ikan lampam..lubuk yang renjer turun ni la lubuk terakhir renjer boleh masuk..kerana lokasi tebingnya agak tinggi sedikit..bila lubuk terakhir ni pun sudah di tenggelami air..lokasi terakhir kami ke jembatan nelson sungai bernam pulak..

jambatan nelson..jambatan yang digunakan untuk mengeluarkan buah kelapa sawit estate ulu basir jika musim banjir..anak sungai dari ban pecah ni la sungai yang menjadi laluan ikan-ikan dari lombong sebelah atas ke lombong di sebelah bawah..dan anak sungai dari lombong ini bertemu pulak dengan anak sungai darus dan terus mengalir bertemu sungai bernam di sebelah bawah..




jika air makin naik..lokasi kami mungkin bertapak kat jambatan nelson ni je..tu pun bergantung dengan cuaca la nanti..air dalam bukan jadi penghalang..air keruh je kot mungkin trip kami tu nanti terpaksa di tunda..atau bertukar lokasi ke sungai lain..itu pun jika krew majalah tu setuju..



Nota renjer : jika hujan makin kerap..mungkin trip kami akan di tunda..atau beralih lokasi ke sungai lain...


RENJER SUNGAI | SEGALANYA MUNGKIN DENGAN JALUR LEBAR


ASSALAMMUALAIKUM and HI all

*since i receive few calls from non Malay friends who interested with my blog, 
U guys make me smile dude! Thanks and do come again all ;)


Membongkar identiti diri.. siapakah aku ? mampukah aku ? aku tahu aku tak seperti insan lain yang lebih sempurna fizikalnya.. aku hanya insan biasa yang banyak kurangnya.. namun aku yakin kini aku mampu melakukannya.. 



kata-kata daripada Puan Anoi ( PJK Besout 2) yang banyak membantu Renjer dalam mengenali dunia internet.. tak lupa pada Anamizu ( PJK Besout 2) yang tak jemu-jemu membantu Renjer.. daripada awal berkenalan dengan dunia blog sampailah Renjer mampu menghasilkan entry sendiri.. korang berdua memang terbaekkk la ! Moga-moga tahun di dapat award the best PJK lagi.. jangan lupa Renjer aaaaaa =P




ini bila Buah Hati Pengarang Jantung sudah hantar surat pekeliling , maka kena akur.. andai didapati ingkar "anda akan dijual seluruhnyaaaa" ---- macam cerita P.Ramlee pulak.. hehehe.. maka sudah terang lagi bersuluhla 16 hingga 21 November 2012 Renjer perlu kosongkan kalender dan postpon semua Trip memancing demi menjamin masa depan yang lebih cerah berseri... sapa tak sayang bini oiiiii =P






alhamdulilah---bersyukur---berterima kasih

"Alhamdulillah bila kenal dunia internet ni, saya rasa macam seolah-olah dapat semula tangan kiri saya "

Renjer upload dan share iklan pendek yang memaparkan Renjer sebagai main aktor.. bukan senang nak belakon rupanya.. ni baru untuk shooting iklan yang durasi dia 1 minit je.. kalo yang drama bersiri tu tak tau nak habaq la camna kan.. Alhamdulillah Renjer sangat bersyukur dan berterima kasih kepada semua ahli keluarga, rakan2, kawan2 kaki pancing, pembaca blog Renjer ni yang tak henti-henti mai singgah.. walaupun mungkin pada sesetengah orang, elehhhh apalah sangat setakat kuar iklan 1 minit.. chittt ! 

tapi bagi insan seperti Renjer ni, ia cukup bermakna. sangat merubah kehidupan Renjer yang dulu.. Alhamdulillah syukur Ya Allah..  




Nota renjer : Juru Pancing | segalanya mungkin dengan jalur lebar


BERKAMPUNG KE ESTATE SOONSENG


ASSALAMMUALAIKUM and HI all

*since i receive few calls from non Malay friends who interested with my blog, 
U guys make me smile dude! Thanks and do come again all ;)






Salam Aidiladha kepada semua umat islam dan juga pengunjung blog renjersungai...maaf atas kelewatan entry blog renjer ni..renjer betul-betul sibuk dalam minggu ni..sampai tak berperluang nak update..lagi pun dalam minggu ni memang renjer takde turun mana-mana trip memancing..trip memancing yang terdekat 3 dan 4 haribulan november bersama krew majalah pancing ni pun bergantung pada cuaca.. kelengkapan untuk trip tu nanti memang renjer dah sediakan..termasuk la umpan terbaik renjer (sawit peram)..harap-harap cuaca mengizinkan la nanti..

cerita lubuk untuk minggu ni.. musim-musim hujan ni macam biasa la.. bila takleh ke sungai, memburu ikan haruan tu macam biasa la bila air dah mula naik... estate soonseng satu-satunya lokasi paling menarik bila air naik.. berkampung la kami ke sana..kena pulak cuti-cuti raya haji ni, memang meriah la kaki-kaki pancing semua nak ke lubuk..berderet je orang di setiap parit-parit kat estate tu..dah lebih orang dari ikan keh3.. :P

renjer pulak macam biasa la, satu family turun hehe...tapi hasil kami 13 kilo je kesemuanya..tu pun dah dikira terbaik la..saiz ikan pun boleh tahan jugak..ikan masih lagi banyak kat estate tu..cuma cuaca hari tu terlalu panas..pokok sawit kat estate tu pulak dah banyak yang dah ditebang untuk ditanam semula..tu yang tak banyak lokasi untuk kami memancing...tapi dalam ramai-ramai yang renjer tengok memancing hari tu,ade  jugak yang sanggup berjemur memancing...gile ah! punya tegar hehehe :P 






Nota renjer :  alhamdulilah! hasil yang kami dapat semua ni sudah habis dijual :) 

LUBUK IKAN SEPAT


ASSALAMMUALAIKUM and HI all

*since i receive few calls from non Malay friends who interested with my blog, 
U guys make me smile dude! Thanks and do come again all ;)





Beginilah aktiviti renjer dan partner renjer najip.. kami sentiasa mengesan lubuk ikan sepat ni kerana permintaan terlalu tinggi..kami terpaksa menjelajah lubuk paya dan sungai mati di daerah sungai bernam ni...kalau tidak ada trip memancing inilah kerja kami ---- turun menjaring..

memang ikan sepat boleh di pancing tapi tak semua tempat ikan sepat ni boleh dipancing...menjaring adalah salah satu cara mudah untuk kami memenuhi permintaan peminat ikan sepat ni..perlu berani sikit la..maklum la..kami ni terjun paya ni betul-betul guna pelampung taya lori je.. bukannya kami takde sampan.. cuma kalau  guna sampan ni nak pindah tempat tu jadi susah sikit la.. bukan boleh usung sampan naik moto kan...




musim-musim hujan ni memang kurang la dah trip renjer ke sungai..lagipun sementara tunggu air sungai pulih nanti, sempat la kami kumpul duit lebih sikit dengan pergi menjaring ikan ni..kata orang "kalau dah menjaring ni habis la semua ikan" jangan risau ye tuan-tuan dan puan-puan , kami bukan main tuba ke atau main karen.. macam itu punya cara ka??? memang boleh selesai la ikan..periuk nasik sendiri mesti kena jaga betul dak? lagipun menjaring ikan ni,ikut saiz  mata jaring la..bukan bila menjaring je,semua ikan boleh sangkut..kalau saiz mata jaring tu kasar sikit ikan kecil memang takkan mengena..bermakna masa akan datang takde la putus ikan kat lubuk yang kami turun tu..

lubuk pulak memang seboleh-bolehnya kami akan pilih tempat yang jarang orang datang..maklum la..kang tengok dek kaki pancing kami bawak kuar jaring, mau ketaaaat je muka bila tengok kami dah macam memerang je kat dalam air hehehe...nak buat macam mana kan..itu la kerja kami sebagai nelayan darat ni..janji kerja yang kami buat ni kerja yang halal.. betul dak??? 






Nota renjer :  tuhan dah tentukan rezeki masing2..tak kira la dengan apa cara..yang penting perlu la rajin dan usaha...biarpun hanya kerja mencari ikan je seperti kami ni :) 



MUSIM IKAN KELABAU PART 2 PENUTUP 2012



ASSALAMMUALAIKUM and HI all

*since i receive few calls from non Malay friends who interested with my blog, 
U guys make me smile dude! Thanks and do come again all ;)






Hujan turun semakin lebat..air sungai bernam mungkin sudah semakin dalam..mungkin trip dalam gambar-gambar ini adalah trip memancing ikan kelabau yang terakhir untuk tahun ini..dua ekor ikan kelabau rekod terberat untuk tahun ini yang berjaya renjer daratkan..

sudah menjadi kebiasaan setiap hujung tahun sungai bernam ini akan banjir ekoran musim hujan sudah tiba..tapi dengan cuaca sekarang yang tidak menentu adakah team renjer dapat lagi beraksi mencipta rekod  ikan terberat untuk penutup 2012 ini...semuanya bergantung pada cuaca..





bagi renjer hujan bukanlah halangan untuk beraksi mencipta rekod..mungkin tidak di sungai tapi kami bersedia  dengan kelengkapan peralatan memancing dan menunggu air naik untuk memburu ikan haruan yang sudah lama berkurung di dalam lubuk ketika musim kering..

musim ikan belida pun renjer sudah terlepas untuk tahun ni..tak banyak masa yang renjer ada untuk turun kesungai ekoran sibuk berniaga ikan..tidak seperti tahun-tahun yang dulu jadual renjer memang full ke sungai je...semua musim ikan renjer dapat..dari musim ikan haruan,bujuk,toman, ke sungai musim ikan lampam,kelabau ,belida,baung dan macam-macam lagi jenis ikan sungai...

kalau dulu ikan yang renjer dapat renjer tolak dekat peraih je..sebab tu renjer ada banyak masa untuk mengatur trip memancing..tapi sekarang renjer sendiri yang memasarkan ikan..siap renjer yang jadi peraih membeli ikan hasil dari kawan-kawan yang turun memancing..jadi tak banyak masa yang renjer ada..tambahan lagi jika stok ikan terlalu banyak untuk dipasarkan..




kepada rakan-rakan yang renjer tolak untuk turun trip memancing tu..mintak maafla banyak-banyak..walaupun tak dapat beraksi bersama,renjer tetap akan berkongsi pengalaman yang ada..renjer akan setiasa ketengahkan teknik-teknik memancing dengan betul..walaupun renjer sendiri masih lagi mencari teknik memancing dengan betul hehehe :P



Nota renjer : sama-sama lah kita kongsi ilmu memancing..bertukar pendapat..mana tahu dari situ kita boleh lebih tahu cara paling berkesan menjerat ikan :)



SUNGAI BERNAM | PESTA IKAN KELABAU



ASSALAMMUALAIKUM and HI all

*since i receive few calls from non Malay friends who interested with my blog, 
U guys make me smile dude! Thanks and do come again all ;)





Sebut saja ikan kelabau pasti ada yang tertanya-tanya ikan apa tu?? renjer pun kurang pasti kalau ikan kelabau ni di tempat lain apa namanya.. tapi yang pasti ikan kelabau ini tidak semua sungai ia ada..kalau kaki pancing di tempat renjer ni sebut je ikan kelabau pasti akan tahu rupa dan kudrat ikan ni masa bertarung untuk daratkanya..memang ikan ini susah dikesan..ia juga spesis ikan yang bergerak dalam kumpulan..dan biasanya lokasi reba kayu menjadi kawasan habitat ikan ini..

Sungai bernam antara sungai yang masih lagi banyak dihuni oleh ikan kelabau ini.. cuma masih ramai lagi kaki pancing yang belum faham teknik memancing ikan ini dan cara mengesan lokasi ikan ini dengan betul.. pertamanya umpan --- apa umpan yang sesuai ? mengikut pengalaman renjer la..buah kelapa sawit adalah umpan yang terbaik untuk mejerat ikan ini.. yang penting buah sawit ini haruslah buah yang betul-betul masak..diperam atau digunakan dengan cara memotong halus..matakail pun jangan guna yang terlalu kasar..cukup sekitar saiz 12-13-14 jenis eagle wave..mulut ikan kelabau ni halus..dan makan jenis menyedut umpan...




tali pancing dan juga batang pancing juga harus sesuai dan memberi peranan penting untuk memburu ikan ini..tali pancing tidak boleh guna yang terlalu kasar..kerana inginkan kedudukan umpan sesuai dengan arus..jika menggunakan tali pancing terlalu kasar boleh menyebabkan kedudukan umpan hanyut ketebing sungai.. gunakan batang pancing  yang agak lembut sedikit..

mengikut pengalaman renjer lagi, memancing ikan kelabau ni tak boleh terlalu bising.. dan jangan terlalu mendedahkan diri ditebing sungai.. ikan ini sensitif dan mudah terkejut.. cara menabur sedikit buah sawit hancur adalah cara paling berkesan untuk memberi ikan kelabau ini keluar dari reba kayu dan berlegar mencari makanan... bila ikan ini mula bermain  di permukaan air. .masa inilah ikan ini mula galak memakan umpan..





Nota renjer : gambar ikan kelabau ni hasil dari trip renjer ke sungai bernam area jambatan muhibah cangkat menteri..


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...