ASSALAMMUALAIKUM SALAM RAMADAN and HI all
*since i receive few calls from non Malay friends who interested with my blog,
U guys make me smile dude! Thanks and do come again all ;)
Rezeki bulan ramadan---setetah air sungai bernam pulih dari banjir awal puasa tempoh hari renjer kembali turun mengintai lubuk walaupun air sungai agak dalam agak sedikit keruh.. misi kami bermula dengan memburu ikan belida.. .misi kami kali ni agak kecewa kerana agak sukar untuk mendapatkan umpan (udang galah) kemudian kami beralih umpan dengan menggunakan umpan anak ikan sepat dan anak ikan seluang... biarpun kelibat ikan belida cukup banyak di lubuk yang kami singgah ni tapi menggunakan umpan anak ikan ni kurang sambutan.. hanya sesekali ada pagutan hebat.. itu pun hanya dari ikan-ikan toman..
sungai bernam ni tidak lagi seperti tahun-tahun yang lalu.. udang galah cukup banyak dan mudah untuk mendapatkanya.. akibat kerakusan nelayan kat sungai ni ikan dan udang semakin berkurangan.. mungkin kaedah menangkap ikan yang diorang gunakan menyebabkan ikan semakin pupus.. teknik menggunakan candit, belat, bubu, jaring dan sebagainya.. kini sungai bernam ni tinggal la ikan-ikan yang kurang berhargga seperti ikan toman, ikan kaloi, belida... itupun mungkin ikan-ikan jenis ni kurang mengena dengan cara tangkapan nelayan sungai ni gunakan...kalau tida konfem ikan-ikan jenis ni pun boleh pupus..
satu lagi spesis ikan yang agak banyak lagi kat sungai bernam ni ialah ikan kelabau.. ikan jenis ni pun sukar untuk nelayan sungai ni menjeratnya.. sebab tu ikan kelabau ni sentiasa ada kat sungai bernam ni mengikut musim.. lagipun ikan jenis ni suka bermain kawasan arus dan reba.. jaring dan bubu pun belum tentu dapat menjerat ikan jenis ni kecuali ada yang rakus menggunakan racun atau teknik letupan dan elektrik.. bagi renjer satu-satunya teknik yang berkesan dah tentulah teknik pancingan.. jika kena teknik, lokasi dan umpan inshaAllah mengena..
p/s : next entry..misi renjer menjerat ikan kelabau..redah lubuk hampir 1/km.