Mengesan Lubuk Baru Sungai Bernam


ASSALAMMUALAIKUM and HI all

*since i receive few calls from non Malay friends who interested with my blog, 
U guys make me smile dude! Thanks and do come again all ;)



Koleksi terbaru hasil sungai yang renjer berjaya daratkan sebelum musim hujan sudah tiba.. lebih kurang sebulan yang lepas, renjer masih lagi aktif mencari lubuk-lubuk baru di sungai bernam ni.. selepas sungai bernam di sebelah bawah sudah dicemari sisa beracun..tak banyak lubuk yang tinggal dan berpontensi untuk bersantai..diharap selepas musim hujan ni kembali pulih la lubuk-lubuk sungai bernam di bahagian bawah ni..

kalau sungai bernam di bahagian atas pulak cemane ceritanya yer?? memang sungainya tidak tercemar tetapi air sungainya pulak semakin surut akibat ampangan utama sungai dusun telah menyekat air sungai dan dialirkan ke sungai lain, airnya untuk kegunaan loji-loji air untuk ke kampung-kampung dan felda yang terdekat.

apa jugak pun keadaannye, pada renjer, untuk redah lubuk hutan belukar bukanlah menjadi masalah jika satu-satu lubuk yang lain tu sudah tidak berpontensi, maka terpaksalah kena jadi rajin untuk mengesan lubuk-lubuk baru yang ada di sepanjang sungai bernam ni.. hasilnya kadang-kadang tu memuaskan jugak.. kalau renjer dah jumpak lubuk baru yang betul-betul sesuai baru lah renjer boleh mengatur trip memancing untuk musim yang akan datang..


antara lubuk yang paling terbaru renjer jumpak,masih lagi ada satu lombong pecah di bahagian atas sungai bernam ni kat area kampung kuala slim.. lubuk ni bagi renjer boleh dikira ok la..ikan kelabau,ikan blida ikan patin tenggalan dan sebagainya masih menghuni lubuk ni..

cuma yang menjadi masalahnya lubuk ni dipenuhi jaring.. ruang untuk memancing hanya tinggal sedikit.. cukupla untuk lepaskan gian.. apa yang renjer pasti ada 2 tuan yang sering turun menjaring ke lubuk ni..katanye dah berbelas tahun cari rezeki kat lubuk tu dari sebelum air sungai pecah masuk ke lombong tu lagi katanya... kiranya lubuk tu dah macam tempat dia la..
takpelah,yang penting diorang ni tak kisah kita ni nak tumpang-tumpang nasib nak memancing..setakat ni hasil renjer ke lubuk tu memuaskan jugak la..cuma musim hujan ni je renjer dah stop ke lubuk tu..air pun dah naik dan keruh semakin teruk..habis musim hujan ni nanti kita redah lagi lubuk-lubuk baru sungai bernam ni.

buat masa ni renjer lebih kepada mencari ikan loma je,memenuhi permintaan pelanggan.. sekarang ni sesuai masanya mencari ikan loma ni bila musim hujan..ikan-ikan ni dah mula mudik untuk bertelur..






p/s : lambat sikit update blog,ada sedikit masalah teknikal blog.terima kasih kepada semua yang masih lagi setia bersama blog renjersungai..untuk pertanyaan belehla join FB pages atau join  FB group team renjersungai.

publish via private computer  Pi1M Felda Besout 2

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...