ASSALAMMUALAIKUM..
-lubuk belida-
|
Atas permintaan rakan blogger dan pengunjung renjersungai yang ingin mengetahui teknik untuk memancing ikan belida.. di sini boleh la renjer terangkan sedikit tips.. ape-ape pun selebihnya bergantung pada rezeki masing-masing ^_^
1: untuk memburu ikan belida ni haruslah peka dengan lokasi dan mengesan lubuk ikan ini terlebih dahulu...pastikan kelibat ikan belida ini kerap main di permukaan air..petanda ia ada di lubuk tu..boleh la kita menapak dan mencuba nasib di kawasan yang kerap ikan ini timbul...dan pastikan air sungai tidak keruh..
2: tidak semua lubuk ikan belida akan makan satu jenis umpan sahaja yang kita guna..haruslah mencuba lebih dari satu jenis umpan contoh : anak udang galah,ikan sepat,udang sampah,anak ikan seluang..
3: perambut yang sesuai.. teknik umpan layang paling sesuai.. maksudnya gunakan perambut yang panjang untuk umpan hidup..lebih kurang sedepa panjang..untuk gunakan isi udang bolehla gunakan tali perambut yang agak kasar sedikit..batu pulak boleh gunakan mengikut kesesuaian arus sungai..bawah pada saiz 5..
4: bila ikan belida sudah makan umpan yang kita labuh..sentapan joran haruslah kuat untuk kail yang kita pasang betul-betul lekat di mulutnya..jika lambat membuat sentapan ikan ini akan meluahkan umpan yang sudah di makan...bila sentapan kita sudah berjaya dan ikan ini mula melambung dan tidak lucut, itu menandakan kail kita sudah betul-betul lekat di mulutnya...mata kail terbaik boleh la mencuba jenis daici saiz lebih kurang no 15-16..
sekian sedikit tips dari renjer..bolehla mencubanya nanti..kalau kat tempat renjer ni nak memburu ikan belida kena tunggu musim..paling sesuai masa musim kemarau..ikan belida ni dah mula berkumpul setempat..apa yang renjer terangkan tadi tu tak semua sama.. cuma itulah sedikit pengalaman renjer ketika memburu ikan ini...lagi pun tidak semua sungai akan sama untuk menu umpan ikan belida ini..lain tempat, kadang-kadang lain cara kata orang..hehe
biarpun gagal setiap kali memburu ikan ini, ia akan memberikan kita pengalaman dan pengalaman sebelum kita akan btul-btul mahir menjeratnya... ^_^
nota renjer : selamat mencuba!! ape pun rezeki kita sudah ditentukan ^_^