BURUAN MINGGU INI


ASSALAMMUALAIKUM and HI all

*since i receive few calls from non Malay friends who interested with my blog, 
U guys make me smile dude! Thanks and do come again all ;)



|
(hasil minggu ini)

Mingggu turun ke sungai...terjah sikit-sikit hehe..intai-intai dulu mana lubuk yang sesuai nak bertapak nanti.. redah hutan sana redah hutan sini..jumpak la lokasi-lokasi yang agak mencabar sikit.. sungai bernam estate ulu basir --- satu-satunya lagi sungai yang paling dekat dari tempat renjer.. sebelum ni lubuk-lubuk terbaik kami area lombong pecah sebelah atas sg bernam tu tapi lubuk lombong tu memang dah tinggal kenangan jela.. siap dah projek menambak tanah ban sungai yang pecah tu.. bermakna tiada lagi aliran sungai yang masuk ke lombong tu.. ikan-ikannye pun tah la hilang kemana..

cerita sungai bernam estate ulu basir ni...sungai yang agak tersorok sedikit..dilindungi estate ladang kelapa sawit yang agak luas dan agak jauh masuk ke dalam.. kenderaan luar tidak dibenarkan masuk kecuali bermotor sahaja... di tebing sungainya pulak masih lagi berhutan cuma sekarang ni nelayan sungai di kawasan sungai tu semakin bertambah.. banyak rumah-rumah pondok candit mula dibina.. pokok-pokok balak sekitar sungai tu pun dah mula ada yang ditebang..


|
(hasil minggu ini)

dari info yang renjer terima, kat sungai bernam tu diorang ni dah tubuhkan satu persatuan nelayan kecil.. sumber rezeki diorang semua datang dari sungai tu.. mungkin ada yang partime sama kot cari ikan.. bagi renjer yang penting harap diorang-diorang ni terus la jaga sungai tu elok-elok..harap-harap diorang tak la rakus macam geng (kem#@$@#) tu.. sampai anak-anak ikan seluang pun di kaut..

lagi satu info yang renjer terima, persatuan nelayan area sg bernam ni sentiasa setiap tahun akan memohon benih ikan kat pihak perikanan daerah untuk dilepaskan ke sungai bernam tu.. bermakna ikan kat sungai bernam tu mungkin la akan sentiasa ada..


|
(sg bernam ulu basir)

sekurang-kurangnya jika kami ke lubuk-lubuk di kawasan area sungai bernam ni tidak la mengecewakan kami kecuali faktor air sungai atau cuaca tidak mengizinkan.. bagi kami yang kaki-kaki joran ni dapat tumpang-tumpang nak lepaskan gian memancing kat kawasan diorang ni pun jadi la..

minggu ni pun sempat la jugak renjer turun intai-intai lubuk kat sungai bernam ni cuma masa je tidak mengizinkan.. balik niaga ada masa sejam dua pun kami terjah ke lubuk.. janji dapat lepaskan gian memancing.. selebihnya minggu ni trip kami banyak pergi memancing ikan haruan je..next trip jika cuaca mengizinkan,baru kami akan aturkan lagi trip ke sungai bernam ulu basir ni.. 


|
(sg bernam ulu basir)




ESTATE SOON SENG STORY : EDISI RENJER SUNGAI



ASSALAMMUALAIKUM and HI all

*since i receive few calls from non Malay friends who interested with my blog, 
U guys make me smile dude! Thanks and do come again all ;)



|
klik sini : harga ikan haruan

Estate soon seng : lokasinya agak jauh ke pendalaman dengan mengambil masa lebih kurang satu jam dari tempat renjer (felda besout) untuk sampai ke lokasi ni..lebih kurang sebulan kami tak jenguk ke lokasi lubuk-lubuk ikan haruan yang menarik kat estate ni..banyak yang sudah berubah.. pokok-pokok sawit lama banyak yang sudah ditebang untuk tanaman semula.. parit dan paya-paya banyak yang sudah hampir terkambus.. hanya hidupan rumput liar dan kangkung yang menghijau menutupi kawasan permukaan air.. cepat betul masa berlalu dan perubahan berlaku.. kemanakah perginya spesis ikan yang dulunya menjadi igauan kaki pancing ???

pupus?? kalau ikan haruan tak mungkin akan pupus.. cuma lokasi untuk memancing sudah terhad disebabkan ruang untuk balingan umpan sudah menjadi sempit.. ditambah pulak dengan cuaca yang terlalu panas sekarang ni.. pendek kata, memancing hampir kumpau la kami kat estate ni hehe...




dengan sedikit pengalaman dan kesabaran yang kami ada, kami gagahkan jugak mencuba satu persatu lubuk yang pernah kami terjah dahulu dan dah 2--3 kawasan yang sudah tidak boleh masuk.. sudah dipagar kemas... kate ownernye:

 "aiya wa punya balang(barang)  slalu ilang wo..  itu pasal kasi pagar tak bagi orang masuk.." 

salah kaki pancing jugak ke?? kan dah susah..orang lain buat hal orang lain jadi mangsa..
apa boleh buat itu kawasan dia kan.. nasib la kawasan estate tu luas lagi.. meronda jela cari port lain.. sepetang kami kat estate tu dah macam datang buat lawatan je.. apa boleh buat kan..nasib si pemancing..




mana pulak la kali ni lubuk nak diterjah..berharap lubuk-lubuk kat estate ulu basir jela pulak..itu pun jika estate ulu basir tu akan sentiasa bagi orang luar masuk.. kalau situ pun jadi kawasan larangan.. hermmm!! entah le :(  gantung pancing la rasenye...

SANTAI LOMBONG KUALA BIKAM



ASSALAMMUALAIKUM and HI all

*since i receive few calls from non Malay friends who interested with my blog, 
U guys make me smile dude! Thanks and do come again all ;)





Santai lombong.. haaa apa cerita kali ni?? sekarang ni hari-hari hujan bro... layan ikan rohu sama tilapia jela..ok la kan.. dari takde lubuk, lombong punya ikan pun dah dikira ok.. asalkan dapat lepas gian nak memancing.. lagi pun masing-masing ada kerja sebelah pagi..bawak ke petang je ade ruang masa kami terjah la sana sini..cuma kali ni kami dah habis buntu la nak ke lubuk yang mana.. air sungai usah kata la musim hujan-hujan macam ni.. dah macam air milo campur teh ais je kaler dia hehe..

pusing punya pusing, sesat la kami kat lombong kuala bikam ni.. dah bertahun kami tak jejak kaki kat lombong ni.. dapat info pun dari member-member yang memang kaki pancing lombong.. katenye ikan rohu banyak kat lombong ni.. terjah punya terjah jumpak la satu lombong ni.. kira yang tak berpagar la.. yang lainnye dah bertuan kot.. sume berpagar baekkk punya..

cuaca petang agak tu muram sikit.. tapi alang-alang dah sampai situ, umpan pun kami guna dedak ayam campur sama vanila pisang je.. selalunya ikan lombong ni memang tak memilih umpan.. dedak ayam pun dah kira yang terbaik.. takat ikan tilapia tu senang-senang je boleh dapat.. tapi misi kami tetap nak buru ikan rohu..

lebih kurang 3 jam je dapat kami lepaskan gian nak memancing sebab cuaca tak mengizinkan..dapat la 4 ekor ikan rohu.. selebihnya ikan tilapia.. dan yang kecik-kecik kami lepaskan balik.. ambik takat nak buat makan je.. ikan memang banyak kat lombong tu.. kalau setakat nak seronok memancing ok la.. next time kalau kami bosan lagi ke lombong ni la hala tuju kami.. trip pancing ikan haruan pun kami stop dulu.. tunggu ada permintaan lagi baru kami serang.. lagi pun elok jugak kami rehat dulu musim hujan-hujan ni.. port mancing ikan haruan tu bila musim hujan camni, dia punya guruh kilat huiiiiiiii la weyhhhhh  =P




Antara produk Renjer Sungai Enterprise :

  1.  ikan keli
  2. ikan temakang
  3. ikan belida
  4. cendawan busut
  5. ikan haruan kering
  6. ikan haruan

STOK IKAN HARUAN MINGGU INI




ASSALAMMUALAIKUM and HI all

*since i receive few calls from non Malay friends who interested with my blog, 
U guys make me smile dude! Thanks and do come again all ;)




|
harga ikan haruan klik sini..


Hujan yang turun semakin kerap mengundang banjir lagi..trip team renjer tertumpu pada lubuk-lubuk ikan haruan yang makin banyak keluar..dalam minggu ini sahaja hampir mencecah 300kg ikan haruan yang renjer pasarkan..semuanya hasil dari trip casting bersama team renjer..walaupun tak semua trip casting ikan haruan renjer dapat turun..hasil ikan haruan dari member-member renjer yang lain tetap akan sampai kat renjer..renjer satu-satunya peraih kat tempat renjer ni..kalau stok ikan haruan terlalu banyak baru kami stop dahulu untuk turun casting..bila ada permintaan baru kami mula turun semula untuk dapatkan stok..

lokasi kami tertumpu pada estate ulu basir sahaja..

Kini Renjer Sungai telah memiliki domain sendiri. Rakan-rakan boleh dapatkan beberapa harga ikan di   Blog Domain Renjer Sungai.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...