INTAI LUBUK IKAN BELIDA


ASSALAMMUALAIKUM and HI all

*since i receive few calls from non Malay friends who interested with my blog, 
U guys make me smile dude! Thanks and do come again all ;)






Desas desus kabar angin yang sampai..member ni dapat ikan belida member tu dapat ikan belida..ada yang dapat saiz 7 kilo ada yang 5 kilo la..ada yang dapat 3,4 ekor sekali turun..hoi!! tak tahan der...perlu ada ruang masa untuk terjah lubuk ni..

plan punya plan jadi la kami turun..itu pun dah masuk ke tengah hari baru kami ke port yang renjer pilih...maklum la..dah ada bisnes ni jadi terhad masa nak ke sungai..hehe..tapi bila dah gian mancing tu datang terpaksa la ejas masa jugak..




kami turun tu tak la semata-mata nak cari ikan belida je..sawit peram tetap kami pertarukan jugak..sementara memancing udang galah untuk dijadikan umpan untuk ikan belida tu dan la labuh joran dulu guna umpan sawit ni..guna umpan sawit memang ada sambutan la..balingan pertama dah ada yang sapu..tapi tu la nasib..ikan kaloi je yang berminat..dah tu pulak bila curi umpan manjang berdesup tarik masuk ke reba kayu...kena buli kami hehe..

seekor je pun ikan kaloi yang tak bernasib baik..seekor lagi ikan kelabau...nak mancing ikan belida umpan plak belum ada lagi..lama  jugak nak cari udang galah nak buat umpan..ikan belida kat lubuk tu boleh tahan la banyak main..dah dekat petang baru ada udang yang kami dapat..entah kemana la udang kat lubuk tu..banyak ikan jenis menyambar kot..tu yang udang dah kurang kat port tu..kot la kan..




memang tepat la jangkaan kami..umpan isi udang yang kami labuh tak lama mana dah mengena..pantang campak je..berdesup ikan dah bedal umpan..tapi ikan toman pulak dah yang berminat..kena buli lagi kami haha...duk putus perambut je.. dah lewat petang sikit baru la renjer dapat jugak daratkan seekor ikan belida..tu pun saiz hampir 3 kilo je..nak kata susah nak dapat ikan belida tu tak la..cuma umpan nak mancing dia tu je jadi masalah sikit..

lain kali pulak la nanti renjer plan trip memancing lain..nak kena ejas trip bermalam kot baru best sikit...rasa tak puas je dapat kejap ke sungai ni :P




Nota renjer : lubuk dah di kesan..ini kali pasti perrrlll!!..bunyi si belida melambung hehe.. :P


LUBUK OH LUBUK KU


ASSALAMMUALAIKUM and HI all

*since i receive few calls from non Malay friends who interested with my blog, 
U guys make me smile dude! Thanks and do come again all ;)






Sungai Bernam --- mungkinkah lubuk-lubuk terbaik renjer hanya akan tinggal kenangan?? kenapa?? satu aliran sungai yang pecah telah melalui lombong-lombong  dimana tempat ikan-ikan yang terbaik masuk jika air sungai utama banjir.. tapi kini laluan sungai yang pecah itu sudah ditambak.. jadi aliran sungai sekarang hanya mengalir ke sungai utama sahaja..lubuk yang renjer selalu terjah kini semakin mengering dan tinggal lopak-lopak air yang masih dalam sahaja yang masih bertahan..

dari sumber info yang renjer dapat, ban sungai pecah itu terpaksa ditambak kerana mahukan aliran air sungai bernam terus ke satu ampangan dimana ada 2 loji air untk kegunaan felda dan kampung-kampung yang terdekat.. mungkin sebelum ni air untuk loji itu tidak mengcukupi kerana air sungai terlalu cetek dan aliran  sungai banyak masuk ke lombong pecah itu...apakah mungkin ban yang di tambak itu akan bertahan?? kerana ini sudah kali yang hampir kali yang ke sepuluh ban sungai yang di tambak pecah kembali bila musim hujan kerap turun dan banjir...


|
(hasil trip last)

pernah dulu  3 tahun ban sungai tu bertahan sebelum ban sungai pecah semula..kali ni entah la..jika betul-betul bertahan ban sungai yang baru tu, memang lubuk renjer akan tinggal kenangan la..hilangla kawasan ikan-ikan nak membiak..apa boleh buat..ikan dan manusia sama-sama memerlukan air..

lagi satu info yang renjer dapat..berpesta sekarang ni orang-orang mula turun ke lombong-lombong tu..mane taknye..air dah nak kering..ada yang menjala udang..ada yang menjaring ikan-ikan lampam,ikan baung..dan yang paling best lagi..memancing ikan belida..lubuk yang masih lagi dalam memang banyak la ikan belida ni terkurung..dan dah ada yang mula daratkan saiz-saiz 5,6,7kg katanya...uhh! renjer je belum berkesempatan lagi nak p terjah..sibuk sikit minggu dan bulan ni...ada ruang masa nanti pasti renjer akan turun..



Nota renjer : lepas ni tinggal lubuk estate sungai ulu basir jela jadi pilihan renjer jika nak turun trip memancing.. 


UMPAN SAWIT PERAM & CARA GUNAKANYA.




ASSALAMMUALAIKUM and HI all

*since i receive few calls from non Malay friends who interested with my blog, 
U guys make me smile dude! Thanks and do come again all ;) 


Mungkin ada yang terlepas pandang entry blog renjer yang ini (03.09.2010)..apa kata kita imbas kembali..dan jangan lupa bertanya(komen) untuk sebarang kemuskilan tentang cara2 untuk menggunakan umpan sawit peram ini..









kali ni renjer nak kongsi sikit petua2 nak peram sawit
dan juga cara pasang umpan..
ini atas permintaan beberapa rakan renjer..
ada yang mesej kat hp..
maaflah andai renjer tak balas..
sibuk sikit,maklumlah musim kenduri kendara ni..hihi

dah ready ke nak tau step2 yg renjer selalu guna???
ok kalo dah, bace satu persatu ye...



1-gunakan mata kail udang saiz 13 dx..
2- ikat 4 mata sama pnjang(mata rambai)
(cara peram sawit-->pilih sawit yang isinya tebal dan yang btul2 sawitnya masak ranum)
3-bungkus ke dalam double plastik
(pstikan tiada udara di dalam plstik dan jgn di basuh sawitnya.. biarkan selama seminggu)
4-kluarkan dan bungkus mggunakan paper, masukan kembali ke dalam plastik
5-peram lagi 1 minggu..



cara memasang umpan





1-sulam 1 demi 1 mata kail rambai..
2-pastikan mata kail terbenam dalam setelah di sulam..

sesuai di gunakan di sungai yang ber pasir dan ber arus..

SELAMAT MENCUBA! (^^)Y

LOKASI SUNGAI BERNAM DAN LUBUK


ASSALAMMUALAIKUM and HI all

*since i receive few calls from non Malay friends who interested with my blog, 
U guys make me smile dude! Thanks and do come again all ;)





Sebut je pasal sungai bernam ni pasti ada kaki pancing yang tertarik..kat mana lokasinya dan kat mana lubuknya?? memang sekarang ni renjer dah banyak menolak permintaan kaki pancing untuk ke lokasi terbaik lubuk  renjer kat sungai bernam ni..bukan la renjer menolak dengan sengaja tapi renjer dah betul-betul sibuk..renjer sendiri pun dah tak banyak masa untuk ke lubuk apatah lagi nak bawak orang luar...maaf la ye...
ramai yang call renjer nak join ke lubuk dan bertanyakan lokasi lubuk terbaik renjer..kat sini renjer akan terangkan laluan jalan yang boleh korang sampai ke sungai bernam ni..sama ada korang nak datang gunakan kenderaan 4 roda atau pun naik motosikal sendiri...

kalau korang datang dari belah kuala lumpur dan melalui highway utara selatan..cari exit tol slim river..keluar dan belok ke arah kiri menghala ke pekan slim river..dan selepas simpang nak ke hospital slim river ada traffic light nak masuk ke pekan slim river..ikut kanan dan teruskan perjalan ke arah kuala slim..jika exit dari tol behrang  pulak atau datang dari jalan lama dari arah kuala kubu bahru selangor..korang kena la ke pekan slim river dan ikut kiri nak ke jalan menghala ke kuala slim tu..jika datang dari bestari jaya (batang berjuntai) melalui felda sungai tengi felda suharto dan felda gedangsa korang akan bertemu dahulu ampangan sungai dusun tu baru menghala ke kg sri kledang..jika datang dari felda besout tempat renjer pulak..memang hanya motosikal sahaja yang boleh masuk ke sungai bernam ni...


|
jambatan nelson lombong

sungai bernam yang mengalir dari pekan tanjung malim bertemu anak sungai dari sungai behrang dan bertemu sungai slim river dan anak sungai dari trolak pekan..sampai ke kuala slim sungai ini sudah menjadi satu..terus mengalir ke kg sri kledang (skc) dan terus mengalir ke ampangan sungai dusun..namun sebelum ampangan tu ada satu ban sungai yang pecah menyebabkan satu aliran sungai telah mengalir ke lombong-lombong lama di mana tempat yang selalu renjer turun memancing...ikan-ikan lebih banyak bertapak ke kawasan lombong-lombong ini jika air sungai utama masih besar...

untuk masuk ke kawasan sungai lombong lama ini jalannya agak rumit sedikit..banyak simpang yang perlu tahu dan jalan banyak ditutup (ada gate)  untuk laluan kereta kerana laluan banyak melalui kawasan estate persendirian..(lebih senang jika menaiki motosikal) boleh mencelah tepi gate..

jambatan..di kg sri kledang ada satu jambatan sungai utama..dan satu lagi jambatan pertengahan antara sungai skc nak ke sungai ampangan..di kawasan lombong pulak ada satu jambatan (jambatan nelson) dan jambatan sungai dusun..dimana sungai dari lombong-lombong ini bertemu kembali antara sungai dari ampangan dan dari lombong dan anak sungai darus...


|
jambatan skc(kg sri kledang)


bagi renjer kawasan dari sungai kuala slim hingga ke sungai ampangan sudah dikira lubuk..banyak spesis ikan menarik dikawasan sungai area situ..antara spesis yang masih ada di kawasan sungai itu ialah seperti udang galah, ikan belida, ikan kelah, ikan patin, ikan kelabau, ikan tongsan, lampam dan ikan baung termasuklah  ikan tapah.. pendek kata semua gambar ikan-ikan dalam blog renjer ni rata-rata datangnya dari sungai bernam la...

jika korang sudah berada di lokasi sungai ini pilihlah kawasan yang bukan tempat tumpuan.. maksud renjer pilih tempat yang masih lagi berhutan pinggir tebing sungainya..insha allah ada spesis yang menarik jika kawasan yang agak sunyi sikit..untuk umpan pulak korang bolehla gunakan buah sawit peram atau sawit masak yang dipotong.. jika nak pelbagaikan umpan korang boleh jugak sediakan umpan lain seperti anak udang hidup, anak ikan hidup, umpan peram(tapa) cengkerik atau cacing liar... tapi renjer takde la nak bagi jaminan hasil.. jika duduk di lokasi yang betul inshaAllah korang takkan pulang tangan kosong ke sungai bernam ni :P




Nota renjer : sungai bernam antara sungai yang bersih.. ingat pesan renjer jika berada di sungai bernam sama2 lah jaga kebersihan sungai dan satu lagi jangan suka-suka mencantas anak2 pokok sekeliling .. plizzzz ye :)

LAST TRIP PART 3


ASSALAMMUALAIKUM and HI all

*since i receive few calls from non Malay friends who interested with my blog, 
U guys make me smile dude! Thanks and do come again all ;)




Pesta lampam sungai bernam....ni la hasil trip renjer minggu lepas sebelum hujan mula turun dan telah menenggelamkan lubuk renjer kat sungai bernam tu..trip terpaksa ditunda lagi..sementara menunggu air sungai kembali pulih...tapi hujan yang turun tu ada hikmahnya..takde hasil sungai, cendawan busut pulak yang tumbuh...gantung pancing la kami.. terus pegi cabut cendawan...bonus!! hehe :)

setakat hari ni air sungai bernam tu masih lagi banjir.. lepas 3 hari renjer dok sibuk dengan bisnes cendawan busut minggu lepas..team renjer dah mula pulak mengintai lubuk ikan haruan...hasil memang terbaikla..air parit dah mula naik..ikan haruan pun dah mula keluar..minggu ni saja dah cecah ratus kilo haruan yang kami daratkan..pasaran ikan haruan pun alhamdulilah setakat ni..mungkin dalam minggu ni trip kami hanya tertumpu pada ikan haruan sahaja...pada yang berkenaan..cepat-cepat la halo jika tidak mahu lepaskan peluang :P





Nota renjer : trip memancing ikan haruan kami kali ni lokasinya di estate ulu basir sungai bernam..maafla atas kelewatan entry blog renjer ni :P

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...