TRIP PANCING EDISI RAMADAN PART 4



ASSALAMMUALAIKUM and HI all

*since i receive few calls from non Malay friends who interested with my blog, 
U guys make me smile dude! Thanks and do come again all ;)





Terjah lubuk di bulan ramadan---apa yang menariknya,setiap lubuk terbaru yang kami redah sentiasa berhasil..umpan sawit peram dan sawit yang masak yang kami guna sentiasa jadi pilihan..penat lelah kami meredah hutan yang jauh akan hilang setelah labuhan umpan ada sambutan dan tarikan hebat dari ikan-ikan lubuk sungai bernam ni..terutamanya pagutan umpan dari kumpulan ikan kelabau..sememangnya ikan itu yang kami idamkan...

mengesan kawasan ikan kelabau ni agak mudah jika berada di sungai bernam ni..kumpulan ikan kelabau ni rajin bermain di permukaan air..jika kelibat kumpulan ikan ni mula mudik, selalunya masa ini lah joran mula akan mengena..sepanjang bulan puasa yang lepas alhamdulilah la..semua trip pancing yang renjer atur semuanya berhasil.. 




musim ikan kelabau tahun ni renjer berjaya daratkan yang bersaiz mega dan memecah rekod peribadi ..tahun lepas punya saiz sekitar 2.5kg hingga 2.6kg yang terberat..tahun ni mencecah saiz 3kg-4kg berat seekor...mungkin tahun akan datang lebih berat lagi ikannya jika sungai bernam ini mengizinkan hehe :P

rakan-rakan renjer yang kerap mengikuti trip pancing bersama renjer pun sudah memahami teknik dan mengenal kawasan lubuk ikan..setiap kali ada trip pancing pasti masing-masing sudah boleh memprolehi hasil..termasuklah seorang rakan renjer ni(man) dia paling kerap turun bersama renjer...hasilnya tak kurang hebatnya sekarang..dah tahap boleh jadi sifu tu hehe...syabas bro..ko dah cekap sekarang hehe :)
|
|
|
(bro man)
|


soalan daripada peminat : bro pesta klabau ke??? pulun sakan nampak.. 
lepas raya ni xde trip ke???


jawapan renjer : ok geng..bukan takde trip dah..cuaca yang tak mengizinkan..kalau nak ikutkan, renjer sendiri pun tak puas lagi dengan aksi ikan klabau ni..tapi nak buat camna kan..satu hari dapat mancing pastu hujan.. seminggu la rehat sementara tunggu air pulih ..cuaca pun dah macam last je musim ikan kelabau ni..kalau kerap je hujan ni turun..nampak gayanya kita tunggu tahun depan la ye hehe.. :P

bulan puasa tadi takde pun orang luar yg serius nak join trip pancing dengan renjer..tapi wa tetap redah..rezeki wa kat sungai bernam tu :P



p/s: habis musim ikan klabau,klu hujan makin kerap,mungkin musim ikan haruan pulak akan tiba... stanby bro2 casting..wa tau lu sudah lama menunggu....

TRIP PANCING EDISI RAMADAN PART 3

`


ASSALAMMUALAIKUM and HI all

*since i receive few calls from non Malay friends who interested with my blog, 
U guys make me smile dude! Thanks and do come again all ;)





Rezeki di bulan ramadan...lubuk demi lubuk yang kami terjah..hasil yang kami daratkan cukup memuaskan...tak dapat digambarkan bagaimana seronoknya satu demi satu joran yang kami labuh disentap hebat penghuni dasar sungai bernam ni..tiada lagi umpan terbaik selain berumpankan sawit peram kalau kami ke sungai bernam ni..kecuali jika air sungai tidak cantik akibat hujan atau pelepasan air dari anak peparitan dari estate-estate yang terdekat..

permintaan tinggi untuk ikan kelabau ni..tapi satu-satunya cara renjer nak dapatkan ikan ini hanya dengan teknik pancingan.. dengan sedikit pengalaman dan lubuk-lubuk yang biasa renjer terjah alhamdulilah la sentiasa berhasil..sepanjang bulan ramadan tadi rezeki renjer sentiasa ada..setiap tempahan dapat dipenuhi..kecuali permintaan ikan kelabau ni nak yang hidup-hidup..maaf la kawan..perjalanan ke lubuk agak jauh..agak mustahil membawa pulang ikan kelabau ni hidup-hidup..termasuklah spesis ikan-ikan  sungai yang lain...




harga pasaran untuk ikan kelabau ni boleh mencecah rm30/kg mengikut saiz ikan (harga peraih) untuk pasaran ikan kaloi agak murah sedikit sekitar rm10/kg dan ikan toman bawah rm10/kg..ikan-ikan yang renjer perolehi bukanlah sentiasa ada..tempahan perlu dibuat terlebih dahulu kerana ikan-ikan jenis ini akan ada mengikut musim atau keadaan sungai..

untuk rakan-rakan kaki pancing yang lain, jika teringin turun trip mancing bersama renjer juga perlu menempah tarikh terlebih dahulu..cuaca akan menentukan sama ada trip pancing dipersetujui..maklum la cuaca sekarang ni kan kadang-kadang hujan..kalau turun masa air dah keruh pasti nanti hasil akan mengecewakan..betul dak??




setiap trip yang dirancang pasti renjer akan terangkan satu persatu apa yang perlu dibawa dan peralatan yang perlu ada..kalau boleh biar yang lebih kepada yang minat untuk turun mancing dan tracking..lubuk sungai bernam jauh ke pendalaman..keliling tebing sungai masih lagi diliputi hutan..perlu ada stamina dan keberanian.. (kira macam syarat2nye la tu hehe) masalah umpan tak perlu risau..renjer akan sediakan semua..

maaf la jika sebelum-sebelum ni mungkin ada yang terasa jika renjer menolak untuk join trip..lubuk sungai bernam ni bukan untuk takat nak santai-santai je..bukan semua lubuk-lubuk kat sungai bernam ni menarik..sebab tu perlu tracking.. lebih berani terjah lebih terbaik hasilnye nanti..apa-apa pun rezeki dia yang tentukan..cuma akal yang diberikan kita perlu guna sebaik-baiknya :P



p/s : kita kenal2 dulu..baru tau siapa renjer..jangan nak main tembak je lu kata wa sombong hihi :P 


SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI MAAF ZAHIR DAN BATIN





Semoga syawal kali ini diberkati oleh  Allah S.W.T..

*Ampun maaf segala salah dan silap
*terkasar bahasa
*terlanjur kata

*tersilap bicara

Iklas dari :  renjer & keluarga.


EDISI RAMADAN TRIP PANCING PART 2




ASSALAMMUALAIKUM SALAM RAMADAN and HI all

*since i receive few calls from non Malay friends who interested with my blog, 
U guys make me smile dude! Thanks and do come again all ;)





Lepas je bangun makan sahur terus bersiap nak pegi berniaga..balik niaga dalam pukul 8.30 pagi..rehat kejap dalam sejam dua pastu terus halo-halo member kot-kot ada yang nak join turun memancing.. kalau semua sibuk renjer gerak je sorang-sorang.. kadang-kadang tu memang dah ade orang lain kat lubuk-lubuk sungai bernam ni..kalo ade ruang renjer mencelah jela.. macam tu la rutin harian renjer bulan puasa ni.. kalau cuaca tak ok atau air sungai keruh ke baru renjer plan lain atau rehat je kat rumah...

setakat ni kalau member-member yang rapat dengan renjer dorang takkan tolak kalau renjer ajak turun memancing.. kena pulak dah memang musim ikan kelabau masa ni..permintaan pun tinggi untuk ikan ni.. pantang renjer ada dapat je..ade je yang tempah dah.. dah main dengan memancing ni kena paham-paham la pulak. .bukan setiap kali turun tu tentu ade hasilnye.. kadang tu lain ikan yang kita nak lain ikan yang sangkut.. kena pulak sungai bernam ni sekarang banyak ikan kaloi... agak-agak junam joran lain macam tu tau dah la ikan ape..kaloi oh kaloi je hehe...macam tu la rezeki renjer ni..




satu-satu lubuk tu kena habiskan dulu ikan kaloi ni baru la nak jumpa ikan kelabau ni..ikan kaloi ni bukan la tak berharga langsung..cuma bila dah terlalu banyak pastu besar-besar pulak tu.. takut kot orang nak makan ikan ni..kena pulak duk kat kawasan lubuk ikan yang sedap-sedap..mana la nak layan isi kaloi dah hehe..ada orang-orang tertentu  je yang suka ikan kaloi ni..pastu yang pandai buat ikan pekasam...setiap kali renjer jual ikan ni alhamdulilah la..sentiasa habis je :)

untuk pengetahuan..ikan kaloi ni jenis ikan yang jaga kawasan..satu-satu lubuk kalau dah terlalu banyak ikan kaloi ni ikan lain dah takut nak duduk kawasan tu..(mengikut pengalaman renjer la)





p/s: next entry part 3..hasil lebih menarik..at sungai bernam lagi...


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...