EDISI RAMADAN TRIP PANCING PART 1




ASSALAMMUALAIKUM SALAM RAMADAN and HI all

*since i receive few calls from non Malay friends who interested with my blog, 
U guys make me smile dude! Thanks and do come again all ;)






Rezeki bulan ramadan---setetah air sungai bernam pulih dari banjir awal puasa tempoh hari renjer kembali turun mengintai lubuk walaupun air sungai agak dalam agak sedikit keruh.. misi kami bermula dengan memburu ikan belida.. .misi kami kali ni agak kecewa kerana agak sukar untuk mendapatkan umpan (udang galah) kemudian kami beralih umpan dengan menggunakan umpan anak ikan sepat dan anak ikan seluang... biarpun kelibat ikan belida cukup banyak di lubuk yang kami singgah ni tapi menggunakan umpan anak ikan ni kurang sambutan.. hanya sesekali ada pagutan hebat.. itu pun hanya dari ikan-ikan toman..

sungai bernam ni tidak lagi seperti tahun-tahun yang lalu.. udang galah cukup banyak dan mudah untuk mendapatkanya.. akibat kerakusan nelayan kat sungai ni ikan dan udang semakin berkurangan.. mungkin kaedah menangkap ikan yang diorang gunakan menyebabkan ikan semakin pupus.. teknik menggunakan candit, belat, bubu, jaring dan sebagainya.. kini sungai bernam ni tinggal la ikan-ikan yang kurang berhargga seperti ikan toman, ikan kaloi, belida... itupun mungkin ikan-ikan jenis ni kurang mengena dengan cara tangkapan nelayan sungai ni gunakan...kalau tida konfem ikan-ikan jenis ni pun boleh pupus..




satu lagi spesis ikan yang agak banyak lagi kat sungai bernam ni ialah ikan kelabau.. ikan jenis ni pun sukar untuk nelayan sungai ni menjeratnya.. sebab tu ikan kelabau ni sentiasa ada kat sungai bernam ni mengikut musim.. lagipun ikan jenis ni suka bermain kawasan arus dan reba.. jaring dan bubu pun belum tentu dapat menjerat ikan jenis ni kecuali ada yang rakus menggunakan racun atau teknik letupan dan elektrik.. bagi renjer satu-satunya teknik yang berkesan dah tentulah teknik pancingan.. jika kena teknik, lokasi dan umpan inshaAllah mengena..



p/s : next entry..misi renjer menjerat ikan kelabau..redah lubuk hampir 1/km.

TRIP KE SG BERNAM PART 4




ASSALAMMUALAIKUM SALAM RAMADAN and HI all

*since i receive few calls from non Malay friends who interested with my blog, 
U guys make me smile dude! Thanks and do come again all ;)






Renjer VS Team dari Sri Gombak..sehari selepas trip mancing bersama Team Alucast satu lagi trip mancing yang renjer aturkan.. diketuai oleh Saudara Jebat.. Dan kroni-kroni yang lain --- Muzaimi, Atan dan Fikri.. misi kami ingin menjejak lubuk ikan kelabau Sungai Bernam..

Jam 8.30 pagi kami bergerak ke lokasi sungai dan meredah hutan hampir satu kilometer untuk sampai ke lokasi lubuk.. umpan yang kami taruhkan seperti biasa ---- umpan sawit peram dan juga buah ara..kehadiran kami di lubuk sungai bernam pagi tu di sambut dengan kelibat ikan belida yang kerap bermain dipermukaan air sungai cuma umpan je yang menjadi masalah untuk kami cuba menjerat ikan belida ni..

Misi kami diteruskan jugak dengan menggunakan umpan sawit peram ni.. naik ketengah hari sikit baru seekor demi seekor ikan mula sudi curi umpan.. yang bestnye ikan yang kami idamkan berjaya kami daratkan..masing-masing merasa tarikan ikan kelabau ni..




Apabila membawa ke petang air sungai dah mula keruh.. kelibat ikan main air pun dah kurang.. lebih kurang pukul 6 petang kami berkemas untuk pulang.. sampai rumah lebih kurang pukul 7.30 petang ..hasil ikan yang kami dapat hari tu kami buat makan malam tu.. 2ekor ikan kelabau Renjer buat masak lemak kuning.. ikan selebihnya diorang bawak balik..selesai sesi makan malam tu baru budak-budak tu bersiap nak balik ke gombak...

kesemua hasil pancing kami hari tu 5ekor ikan kelabau, 2ekor ikan kaloi, dan seekor ikan lampam..walaupun trip mancing kami sehari je tapi semua berpuas hati  dengan hasil masing-masing.. next trip mungkin diorang ni akan turun lagi.. mungkin Renjer akan aturkan trip mancing lepas hari raya nanti tapi bergantung dengan cuaca la...



p/s : trip mancing untuk member-member yang lain mungkin lepas hari raya nanti.. yang berkenaan sila standby apa yang patut ok  :)


TRIP KE SG BERNAM PART 3



ASSALAMMUALAIKUM and HI all

*since i receive few calls from non Malay friends who interested with my blog, 
U guys make me smile dude! Thanks and do come again all ;)





Alhamdulilah..satu lagi trip Renjer minggu lepas ke sungai bernam ni berjaya dan selamat pergi dan balik kami.. kali ni trip  pancing ke sungai bernam ni bersama  ahli dari team ALUCAST yang di ketuai oleh che din dan tiga lagi rakannya jepun, pake dan ujang.. misi kami pada mulanya ingin menjejak lubuk ikan kelabau sungai bernam tapi akibat sungai agak surut, misi kami bertukar kepada ikan toman dan ikan belida...

Jam 8.30 pagi ---- Renjer lebih awal sampai ke sungai bernam atas area Sungai Ulu Basir dan menunggu team che din yang baru menurunkan bot dari jambatan sungai sebelah bawah..(jambatan muhibah) dari sana satu-satunya lokasi kenderaan 4 roda boleh datang rapat ke sungai dan kawasan yang sesuai untuk turunkan bot.. selesai  je turunkan peralatan diorang baru gerak ke atas untuk menjemput renjer dan kami terus ke sungai sebelah atas lag .mengunakan bot lebih mudah untuk kami menjejak lubuk-lubuk yang menarik..


|

lebih kurang pukul 10.30 pagi kami tiba di lokasi lubuk utama dan kami mula menyiapkan perambut dan setting joran semua.. pagi tu air sungai pasang agak lewat sedikit dan air sungai pun agak keruh.. takde spesis ikan yang sudi memagut umpan kami kat lubuk utama tu.. mungkin air agak keruh kat kawasan lubuk tu dan kami pon amek keputusan berkemas dan bergerak ke lubuk sebelah atas lagi.. kali ni lubuk sebelah atas air sungainya agak cantik sedikit tapi air sungainya agak surut..

lubuk kedua ni  barulah ada ikan yang sudi makan umpan..joran Renjer mula daratkan seekor ikan kelabau dan kemudian seekor lagi berjaya meloloskan diri ke reba kayu.. akibat air sungai semakin surut air sungai pun semakin keruh.. hanya kelibat anak-anak toman dan ikan belida saja yang kerap bermain air..misi kami terus bertukar..Ujang memulakan aksi dulu dengan menggunakan umpan anak ikan keli.. ikan pertama dia daratkan seberat 5k dan ikan yang kedua seberat 4kg..




sekali lagi kami menukar lokasi..kali ni memang misi kami memburu ikan toman dan ikan belida je..sebelum tu kami mulakan misi mencari umpan terlebih dahulu..(udang galah) agak sukar kami nak dapatkan udang galah, mungkin faktor air sungai yang keruh menyukarkan kami nak dapatkan umpan.. hanya beberapa ekor udang je yang kami dapat.. sempat la kami daratkan lagi 2 ekor ikan belida dan seekor lagi ikan toman menggunakan umpan udang galah tu..

akibat umpan yang menjadi penghalang, masing-masing la gunakan umpan tiruan masing-masing(casting) tapi takde ikan yang sudi pun.. lebih kurang pukul 6 petang kami dah mula berkemas.. siap sesi bergambar kami pun mula gerak kebawah.. turunkan Renjer dan diorang teruskan ke bawah balik ke lokasi turunkan bot.. hasil yang kami daratkan agak memuaskan la.. mungkin tak kena hari kami.. lagipun cuma satu hari kami ke lubuk-lubuk tu.. kalau bertapak 2--3 hari mungkin hasil kami akan lebih lagi.. next trip kami akan turun lagi ke lubuk-lubuk sungai bernam ini kata che din.. kali ni diorang nak apply cuti lebih sikit katenye baru boleh berumah lama sikit kat lubuk hehe :)




p/s I : maaf lewat up entry baru.. ada masalah untuk log masuk ke blogspot beberapa harini..
p/s II : next entry---hasil ke sungai bernam team dari sri gombak vs renjer...