LUBUK IKAN SEPAT


ASSALAMMUALAIKUM and HI all

*since i receive few calls from non Malay friends who interested with my blog, 
U guys make me smile dude! Thanks and do come again all ;)





Beginilah aktiviti renjer dan partner renjer najip.. kami sentiasa mengesan lubuk ikan sepat ni kerana permintaan terlalu tinggi..kami terpaksa menjelajah lubuk paya dan sungai mati di daerah sungai bernam ni...kalau tidak ada trip memancing inilah kerja kami ---- turun menjaring..

memang ikan sepat boleh di pancing tapi tak semua tempat ikan sepat ni boleh dipancing...menjaring adalah salah satu cara mudah untuk kami memenuhi permintaan peminat ikan sepat ni..perlu berani sikit la..maklum la..kami ni terjun paya ni betul-betul guna pelampung taya lori je.. bukannya kami takde sampan.. cuma kalau  guna sampan ni nak pindah tempat tu jadi susah sikit la.. bukan boleh usung sampan naik moto kan...




musim-musim hujan ni memang kurang la dah trip renjer ke sungai..lagipun sementara tunggu air sungai pulih nanti, sempat la kami kumpul duit lebih sikit dengan pergi menjaring ikan ni..kata orang "kalau dah menjaring ni habis la semua ikan" jangan risau ye tuan-tuan dan puan-puan , kami bukan main tuba ke atau main karen.. macam itu punya cara ka??? memang boleh selesai la ikan..periuk nasik sendiri mesti kena jaga betul dak? lagipun menjaring ikan ni,ikut saiz  mata jaring la..bukan bila menjaring je,semua ikan boleh sangkut..kalau saiz mata jaring tu kasar sikit ikan kecil memang takkan mengena..bermakna masa akan datang takde la putus ikan kat lubuk yang kami turun tu..

lubuk pulak memang seboleh-bolehnya kami akan pilih tempat yang jarang orang datang..maklum la..kang tengok dek kaki pancing kami bawak kuar jaring, mau ketaaaat je muka bila tengok kami dah macam memerang je kat dalam air hehehe...nak buat macam mana kan..itu la kerja kami sebagai nelayan darat ni..janji kerja yang kami buat ni kerja yang halal.. betul dak??? 






Nota renjer :  tuhan dah tentukan rezeki masing2..tak kira la dengan apa cara..yang penting perlu la rajin dan usaha...biarpun hanya kerja mencari ikan je seperti kami ni :) 



16 komen tak kire kaki pancing:

Snakehead said... Reply To This Comment

Sepat ronggeng goreng pn sodap..

Anonymous said... Reply To This Comment

Temakang goreng masak lomak cili padi+daun cekur..perghh,meleleh...

Jahirah said... Reply To This Comment

ikan sepat buat ikan kering pun sodap...

Renjer Sungai said... Reply To This Comment

@Snakehead : buat masak pedas pun sedap! terliur sudah :P

Renjer Sungai said... Reply To This Comment

@Anonymousperhh!! mmg meleleh hehe :P

Renjer Sungai said... Reply To This Comment

@Aishah Jahirah xpun buat ikan pekasam atau wadik :) lagi best :P

izad said... Reply To This Comment

sedapnye ikan sepat! susah dah nak cari ikan ni...

Renjer Sungai said... Reply To This Comment

ikan sepat ni mmg dah kurang sekarang ni :)

Muhammad Najmuddin Mohd Najib said... Reply To This Comment

Hm...kat tmpat sy byk ikan sepat ni..sepat ronggeng, sepat siam pun ada. tp tu la...geram la..dia timbol-timbol cepelop cepelop mcm ejek kita..bila kita tangguk, tebar jala haram tak dpt...pastu dia timbul-timbul lg..niat di hati nak je sy tuba biar timbol (tp takdela smpai mcam tu)...bleh x abang renjer keluakan entri psal ikan sepat..ajar cara nk mancing sepat...gune matakail saiz pe...cara pasang...hihi...GERAM ngan sepat ni...heheh...

Renjer Sungai said... Reply To This Comment

@Muhammad Najmuddin Mohd Najib w,salam.. klu jenis sepat siam ni mmg jnis ikan cerdik sikit..lgpun ikn ni suka berimpit kat rumput2..sbap tu ssh nk tgkap..

klu nk pancing sepat ni kna tabur sikit dedak yg dah di bland.. pastu guna mata kail halus je, jnis egle wave saiz 5..perambut guna yg 6lb dah ok.. umpan guna lumut atau cacing halus2 tu..yg duduk kat air limbah..

Unknown said... Reply To This Comment

Salam renjer sungai
Saya tengah mencari ikan sepat siam dlm kuantiti yg banyak.boleh tak renjer supply kat saya

Email saya kencanasamudera19@gmail.com

Terima kasih

Unknown said... Reply To This Comment

Salam renjer sungai
Saya tengah mencari ikan sepat siam dlm kuantiti yg banyak.boleh tak renjer supply kat saya

Email saya kencanasamudera19@gmail.com

Terima kasih

Renjer Sungai said... Reply To This Comment

@kencana samudera insha allah.. klu ada nti saya bgtau..kita bincang pasal harga dulu :)

Renjer Sungai said... Reply To This Comment

insha allah.. klu ada nti saya bgtau..kita bincang pasal harga dulu :)

Cik mery said... Reply To This Comment

Renjer,try jaring kt bagan datoh. Ikan puyu besar2 lima jari. Sepat pn besar mcm saiz selipar.hehe. Kitorang pancing je.

Renjer Sungai said... Reply To This Comment

@Aimaria owah betul la tu..bulan lepas ade budak dari sana antar ikan sepat kat renjer..lebih 5okg dia antar..dapat menjaring katenye :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...