IKAN KELABAU SKC..

JAM 8PAGI DI SUNGAI BERNAM SKC, renjer sudah sedia beraksi lagi, 4joran dibawa
dgan harapan ada yang akan mengena, seawal datang lagi renjer di kejutkan dgan kelibat sang BELIDA yang seolah-olah menyambut kehadiran renjer.. 3joran di labuhkan b'umpankan ikan sepat,(ikan sepat adalah umpan terbaik untuk memujuk sang belida yang kelaparan) 1 JORAN yang b'umpankan sawit peram dilabuhkan,hampir 1jam menunggu satu joran pun tidak di usik umpannya,barangkali kehadiran renjer dapat dikesan penghuni sungai hehe..renjer membuat keputusan untuk menukar umpan, mungkin umpan
sepat yang dilabuh sudah mati kerana terlalu lama duduk di dasar sungai..umpan sawit peram juga turut hancur ditelan arus yang agak deras...setelah selesai semua umpan ditukar renjer kembali bersandar dan berharap kali ini ada yang akan mengena..tiba-tiba renjer dikejutkan dgan bunyi drag shimano yang berdesing, joran yang b'umpankan sawit peram rupanya di sentap hebat, hah! dah mengena! 10minit hampir renjer bertarung dgan kekuatan ikan yang seakan sudah tahu ia terjerat dan tidak mahu mengalah,akhirnya kelibat ikan muncul juga dipermukaan air menandakan ia sudah menyerah, ikan KELABAU!sauk digunakan kerana tebing sungai agak tinggi..
jam 3 petang.. wah! sedar-sedar sudah petang rupanya..tak ada rezeki kali ini untuk memujuk sang belida,tpi tetap puas dapat bertarung dgan si kelabau dan beberapa ekor ikan lampam..mungkin renjer akan cuba lagi di lain hari di lubuk yang sama.. TUNGGU!!

0 komen tak kire kaki pancing:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...