LOKASI SUNGAI BERNAM DAN LUBUK


ASSALAMMUALAIKUM and HI all

*since i receive few calls from non Malay friends who interested with my blog, 
U guys make me smile dude! Thanks and do come again all ;)





Sebut je pasal sungai bernam ni pasti ada kaki pancing yang tertarik..kat mana lokasinya dan kat mana lubuknya?? memang sekarang ni renjer dah banyak menolak permintaan kaki pancing untuk ke lokasi terbaik lubuk  renjer kat sungai bernam ni..bukan la renjer menolak dengan sengaja tapi renjer dah betul-betul sibuk..renjer sendiri pun dah tak banyak masa untuk ke lubuk apatah lagi nak bawak orang luar...maaf la ye...
ramai yang call renjer nak join ke lubuk dan bertanyakan lokasi lubuk terbaik renjer..kat sini renjer akan terangkan laluan jalan yang boleh korang sampai ke sungai bernam ni..sama ada korang nak datang gunakan kenderaan 4 roda atau pun naik motosikal sendiri...

kalau korang datang dari belah kuala lumpur dan melalui highway utara selatan..cari exit tol slim river..keluar dan belok ke arah kiri menghala ke pekan slim river..dan selepas simpang nak ke hospital slim river ada traffic light nak masuk ke pekan slim river..ikut kanan dan teruskan perjalan ke arah kuala slim..jika exit dari tol behrang  pulak atau datang dari jalan lama dari arah kuala kubu bahru selangor..korang kena la ke pekan slim river dan ikut kiri nak ke jalan menghala ke kuala slim tu..jika datang dari bestari jaya (batang berjuntai) melalui felda sungai tengi felda suharto dan felda gedangsa korang akan bertemu dahulu ampangan sungai dusun tu baru menghala ke kg sri kledang..jika datang dari felda besout tempat renjer pulak..memang hanya motosikal sahaja yang boleh masuk ke sungai bernam ni...


|
jambatan nelson lombong

sungai bernam yang mengalir dari pekan tanjung malim bertemu anak sungai dari sungai behrang dan bertemu sungai slim river dan anak sungai dari trolak pekan..sampai ke kuala slim sungai ini sudah menjadi satu..terus mengalir ke kg sri kledang (skc) dan terus mengalir ke ampangan sungai dusun..namun sebelum ampangan tu ada satu ban sungai yang pecah menyebabkan satu aliran sungai telah mengalir ke lombong-lombong lama di mana tempat yang selalu renjer turun memancing...ikan-ikan lebih banyak bertapak ke kawasan lombong-lombong ini jika air sungai utama masih besar...

untuk masuk ke kawasan sungai lombong lama ini jalannya agak rumit sedikit..banyak simpang yang perlu tahu dan jalan banyak ditutup (ada gate)  untuk laluan kereta kerana laluan banyak melalui kawasan estate persendirian..(lebih senang jika menaiki motosikal) boleh mencelah tepi gate..

jambatan..di kg sri kledang ada satu jambatan sungai utama..dan satu lagi jambatan pertengahan antara sungai skc nak ke sungai ampangan..di kawasan lombong pulak ada satu jambatan (jambatan nelson) dan jambatan sungai dusun..dimana sungai dari lombong-lombong ini bertemu kembali antara sungai dari ampangan dan dari lombong dan anak sungai darus...


|
jambatan skc(kg sri kledang)


bagi renjer kawasan dari sungai kuala slim hingga ke sungai ampangan sudah dikira lubuk..banyak spesis ikan menarik dikawasan sungai area situ..antara spesis yang masih ada di kawasan sungai itu ialah seperti udang galah, ikan belida, ikan kelah, ikan patin, ikan kelabau, ikan tongsan, lampam dan ikan baung termasuklah  ikan tapah.. pendek kata semua gambar ikan-ikan dalam blog renjer ni rata-rata datangnya dari sungai bernam la...

jika korang sudah berada di lokasi sungai ini pilihlah kawasan yang bukan tempat tumpuan.. maksud renjer pilih tempat yang masih lagi berhutan pinggir tebing sungainya..insha allah ada spesis yang menarik jika kawasan yang agak sunyi sikit..untuk umpan pulak korang bolehla gunakan buah sawit peram atau sawit masak yang dipotong.. jika nak pelbagaikan umpan korang boleh jugak sediakan umpan lain seperti anak udang hidup, anak ikan hidup, umpan peram(tapa) cengkerik atau cacing liar... tapi renjer takde la nak bagi jaminan hasil.. jika duduk di lokasi yang betul inshaAllah korang takkan pulang tangan kosong ke sungai bernam ni :P




Nota renjer : sungai bernam antara sungai yang bersih.. ingat pesan renjer jika berada di sungai bernam sama2 lah jaga kebersihan sungai dan satu lagi jangan suka-suka mencantas anak2 pokok sekeliling .. plizzzz ye :)

12 komen tak kire kaki pancing:

Yeop Sebaraw said... Reply To This Comment

terbaiklah renjer...

SUNGAI BERNAM...sg inilah tempat org tua saya mencari rezeki membesarkan kami adik beradik...kwsn sebelah behrang smpai kg kelawar sejak tahun 80-an hingga kini...
jagalah kebersihan dan jgn cemari sungai, ingatlah org yg bergantung hidup pada rezeki air ini (yg takde gaji dihujung bulan)..

Renjer Sungai said... Reply To This Comment

@Yeop Sebaraw ya betul tu..sama2la jaga sungai bernam tu...ramai nelayan cari rezeki kat sungai bernam ni termasuklah renjer..satu lagi jgn terlalu emosi jika xberhasil ke sg bernam ni..xde rezeki la tu hehehe :P

Anonymous said... Reply To This Comment

Assalamualaikum renjer...

Tumpang tanye jambatan nelson tu kat mana sebab kalau ada lapang ingat nak pergi..

Renjer Sungai said... Reply To This Comment

@Anonymous : w,salam...jln nak ke jmbatan tu rumit sikit laluan dia..jauh jugak dari jmbatan kg sri kledang tu..lgpun air sg dah surut..mase ni ikan lebih byk kat kawasan sg utama... :)

Anonymous said... Reply To This Comment

@Renjer Sungaioh..yeke???
jambatan nelson tu ikut skc ke???

Renjer Sungai said... Reply To This Comment

@Anonymous : yeap! ikut jmbatan skc tu la(kg sri kledang tu)

minyakpanas said... Reply To This Comment

Assalamualaikum Renjer....
Saya seronok sangat baca blog Renjer. Kalau ada masa update le hari-hari. Ramai peminat di luar sana menunggu..Tq

Renjer Sungai said... Reply To This Comment

@minyakpanas w,salam..trima kasih sudi singgah..

untuk update hari2 tu renjer rasa mmg xmampu la..banyak urusan renjer kena buat untuk bulan ni.. dari subuh kluar niaga,balik sambung p cari ikan sampai ke malam..kadang2 tu tido pun ikut kat mana kepala ni rebah hehehe :P

in sha allah renjer akan buat yang terbaik jika berkesempatan :)

Yeop Sebaraw said... Reply To This Comment

tak ramai org yg mcm renjer kt malaya ni...sedia kongsi lubuk dgn pemancing lain...tabik la

Renjer Sungai said... Reply To This Comment

ape salahnye kan..biar sama2 merasa..yg penting sambil2 la jaga kebersihan sg kita.. :)

eyymie said... Reply To This Comment

salam...sy ni student upsi jd baru lg kat sini...mancing ni mmg hobi da,klau musim skrg ni sesuai x mmncing dkt kwsn ni? selalunya umpan apa yg sesuai?

Renjer Sungai said... Reply To This Comment

@eyymie w,salam...

buat masa ni hujan dah mula turun..air sungai pun dah naik,memang xsesuai kalau nak turun memancing pun..

kalau nak tahu bap umpan,rajin2 la selongkar blog renjer ni,banyak yg renjer dah kongsikan..baik umpan,teknik,lubuk..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...