HARUAN BUJUK BUKAN SENANG NAK PUJUK


ASSALAMMUALAIKUM and HI all

*since i receive few calls from non Malay friends who interested with my blog, 
U guys make me smile dude! Thanks and do come again all ;)





Standby der ! jom kita belajar sedikit cara-cara memancing ikan haruan bujuk...sebut je pasal ikan ni pasti ada yang tertanya-tanya bagaimana nak memancingnya kan?? lagi pulak pasti nak tahu jugak lokasi yang macam mana jadi kawasan ikan bujuk ni.. paling pentingnya pulak mesti nak tahu jugak umpan apa nak ngail ikan bujuk ni kan??

ikan bujuk tidak seperti ikan haruan..badannya agak pendek dan bersisik berbatik..mulutnya agak muncung sedikit..spesis ikan ini tidak banyak bergerak..jika ingin memburunya kita sendiri yang perlu mengesan lokasinya..

  1. kita mula dengan teknik casting (baling tarik) dulu...jika mengunakan umpan katak, ikan bujuk ni kurang membuat sambaran di pemukaan air.. dia lebih gemar membuat sambaran di dalam air ----- sambara di dasar (seperti ikan siakap).. oleh itu tarikan umpan katak harus perlahan-lahan supaya katak terendam melalui dasar.. 
  2. kedua---gantungkan katak ditempat yang dirasakan sesuai.. rendamkan katak..buat henjutan sedikit-sedikit (lepaskan umpan agak-agak jatuh kedasar.. tarik dan lepas supaya katak turun naik dari dasar ke permukaan air)... ulang buat henjutan perlahan-lahan.. jika ikan bujuk ada pasti dia akan menyambar..
  3. jika mengunakan umpan anak ikan ia lebih mudah.. tak perlu guna mesin joran..gunakan rod lebih mudah.. mata kail tidak perlu yang kasar (dx eagle wave saiz 16 atau 17) perambut je perlu yang kuat sikit (25lb - 30lb) cangkuk anak ikan tu tak kira la nak guna umpan tu hidup atau pun mati.. celup je umpan tu di celah-celah lubang yang di rasakan itu kawasan ikan bujuk.. buat seperti gunakan umpan katak tu.. buat henjutan perlahan-lahan.. anak ikan yang sesuai nak di jadikan umpan ikan bujuk(anak ikan koi, ikan sepat kecik, seluang, ikan loma kecik, dan ikan sempilai) atau lebih senang gunakan cacing...





untuk kawasan ikan bujukpula, selalunya ikan ni suka kawasan yang penuh dengan reba dan paya-paya lopak air yang hampir dengan sungai.. jika sampai ke kawasan yang macam ni, perhatikan betul-betul.. dengar jika ada bunyi deguppan (sambaran dalam air) dalam air menandakan ada ikan bujuk di kawasan tu.. selalunya paling kerap bunyi itu keluar adalah di sebelah pagi dan lewat petang.. jika jumpa kelompok anak-anak ikan bujuk, lebih mudah nak dapatkannya.. dan satu-satu kelompok anak bujuk tu pasti ibunya ada sepasang..



p/s: isi ikan bujuk lebih enak dari isi ikan haruan,namun khasiatnya renjer kurang pasti :)


16 komen tak kire kaki pancing:

Liling said... Reply To This Comment

tak makan ikan..

tapi nice info tuk pemancing di luar hee.


http://lovelynemo.blogspot.com/

Keong said... Reply To This Comment

susah nak dapat bujuk sekarang...

Laila KPAS said... Reply To This Comment

salam renjer...wahhh menarik betul bujuk tu..ikan tu yang KPAS belum dapat lagi....menarik bro...

*harapan dapat link dengan blog yang hebat ini... :)

www.clubkpas.blogspot.com

Renjer Sungai said... Reply To This Comment

@Liling tq sudi singgah..

renjer terjahh!! :)

Renjer Sungai said... Reply To This Comment

@Keong lubuk ikan ni dah byk yg terkambus..tpi klu rajin cari pinggir2 sg,pasti ade lagi port2 yg menarik :)

Renjer Sungai said... Reply To This Comment

@Laila KPAS owahh!! nti kita atur trip buru bujuk amacam hehehe :P

Laila KPAS said... Reply To This Comment

boleh renjer...terbaik

Renjer Sungai said... Reply To This Comment

@Laila KPAS :)

Man toron said... Reply To This Comment

@Renjer Sungai
TIMING NK SENTAP MULUT BUJUK NI MCM HARUAN JGK KE? KADANG2 X SAMPAI 5 SAAT NK SENTAP DAH KOSONG..KE DIA NGAP TGU 2 SAAT TERUS BALAS? PANDAI DIA CURI UMPAN N BUANG MATA KAIL TU YG GERAM TU..

Renjer Sungai said... Reply To This Comment

@Man toron w,salam...

mulut ikan haruan bujuk agak kecil sedikit berbanding mulut ikan haruan..sentapan jgn terlalu kuat..

lebih mudah jika menggunakan umpan anak ikan dan menggunakan kail yg lebih kecil.

Akma Niza said... Reply To This Comment

NICE info, thanxx for sharing.. sangat b'guna untuk assignment saya especially this bujuk species.. thnxx

Renjer Sungai said... Reply To This Comment

@Akma Niza trima kasih sudi singgah :)

Tatkala XoX said... Reply To This Comment

Tai...Kat gedangsa ada tak bujuk ni.tak pernah dpt lagi..nak tau tarikan dia cam mana..

Ng Keen said... Reply To This Comment

Bujuk senang pacak.. anak ikan pelampung Dan masa dancing 5am-7am atau.. siang lepas 7pm... cast kat tepi lalang air cetek

Ng Keen said... Reply To This Comment

Tarikan macam biasa kalau guna pelampung.. Bujuk ni x sama dengan haruan, dia kurang minat katak.. ikan ni cerdik jgk.. pelampung jgn besar sngt

Ng Keen said... Reply To This Comment

Tarikan macam biasa kalau guna pelampung.. Bujuk ni x sama dengan haruan, dia kurang minat katak.. ikan ni cerdik jgk.. pelampung jgn besar sngt

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...