TRIP KE SG BERNAM PART 3



ASSALAMMUALAIKUM and HI all

*since i receive few calls from non Malay friends who interested with my blog, 
U guys make me smile dude! Thanks and do come again all ;)





Alhamdulilah..satu lagi trip Renjer minggu lepas ke sungai bernam ni berjaya dan selamat pergi dan balik kami.. kali ni trip  pancing ke sungai bernam ni bersama  ahli dari team ALUCAST yang di ketuai oleh che din dan tiga lagi rakannya jepun, pake dan ujang.. misi kami pada mulanya ingin menjejak lubuk ikan kelabau sungai bernam tapi akibat sungai agak surut, misi kami bertukar kepada ikan toman dan ikan belida...

Jam 8.30 pagi ---- Renjer lebih awal sampai ke sungai bernam atas area Sungai Ulu Basir dan menunggu team che din yang baru menurunkan bot dari jambatan sungai sebelah bawah..(jambatan muhibah) dari sana satu-satunya lokasi kenderaan 4 roda boleh datang rapat ke sungai dan kawasan yang sesuai untuk turunkan bot.. selesai  je turunkan peralatan diorang baru gerak ke atas untuk menjemput renjer dan kami terus ke sungai sebelah atas lag .mengunakan bot lebih mudah untuk kami menjejak lubuk-lubuk yang menarik..


|

lebih kurang pukul 10.30 pagi kami tiba di lokasi lubuk utama dan kami mula menyiapkan perambut dan setting joran semua.. pagi tu air sungai pasang agak lewat sedikit dan air sungai pun agak keruh.. takde spesis ikan yang sudi memagut umpan kami kat lubuk utama tu.. mungkin air agak keruh kat kawasan lubuk tu dan kami pon amek keputusan berkemas dan bergerak ke lubuk sebelah atas lagi.. kali ni lubuk sebelah atas air sungainya agak cantik sedikit tapi air sungainya agak surut..

lubuk kedua ni  barulah ada ikan yang sudi makan umpan..joran Renjer mula daratkan seekor ikan kelabau dan kemudian seekor lagi berjaya meloloskan diri ke reba kayu.. akibat air sungai semakin surut air sungai pun semakin keruh.. hanya kelibat anak-anak toman dan ikan belida saja yang kerap bermain air..misi kami terus bertukar..Ujang memulakan aksi dulu dengan menggunakan umpan anak ikan keli.. ikan pertama dia daratkan seberat 5k dan ikan yang kedua seberat 4kg..




sekali lagi kami menukar lokasi..kali ni memang misi kami memburu ikan toman dan ikan belida je..sebelum tu kami mulakan misi mencari umpan terlebih dahulu..(udang galah) agak sukar kami nak dapatkan udang galah, mungkin faktor air sungai yang keruh menyukarkan kami nak dapatkan umpan.. hanya beberapa ekor udang je yang kami dapat.. sempat la kami daratkan lagi 2 ekor ikan belida dan seekor lagi ikan toman menggunakan umpan udang galah tu..

akibat umpan yang menjadi penghalang, masing-masing la gunakan umpan tiruan masing-masing(casting) tapi takde ikan yang sudi pun.. lebih kurang pukul 6 petang kami dah mula berkemas.. siap sesi bergambar kami pun mula gerak kebawah.. turunkan Renjer dan diorang teruskan ke bawah balik ke lokasi turunkan bot.. hasil yang kami daratkan agak memuaskan la.. mungkin tak kena hari kami.. lagipun cuma satu hari kami ke lubuk-lubuk tu.. kalau bertapak 2--3 hari mungkin hasil kami akan lebih lagi.. next trip kami akan turun lagi ke lubuk-lubuk sungai bernam ini kata che din.. kali ni diorang nak apply cuti lebih sikit katenye baru boleh berumah lama sikit kat lubuk hehe :)




p/s I : maaf lewat up entry baru.. ada masalah untuk log masuk ke blogspot beberapa harini..
p/s II : next entry---hasil ke sungai bernam team dari sri gombak vs renjer...


4 komen tak kire kaki pancing:

izani hamid said... Reply To This Comment

askm abg saiful..
tahniah..selalu dpt daratkn ikan bsr2.
Teringin gak nk rasa tarikan ikan mega2 ni...saya slalu ngail di Btg berjuntai/Bkt tagar...plg bsr ikan patin 7.5kg (rekod di BB). April lps ada sggh di Sg Bernam. Seorg otai lokal naikkn patin 11.5kg di atas selekoh sg..atas jbt nk msk port bang pch tu..terkejut berukkk abg, saya...dkt 30mnt lbh dia layan.
Cuma nk minta bantuan abg saiful...area port2 di sg. Bernam...adakah dari restoran D'rimba hingga ke Loji pembersih air sabak bernam? Insyallah ..puasa ni survay port..lps raya terjah bermlm di sg...wsllm

Renjer Sungai said... Reply To This Comment

@izani hamid w,salam..sape la gerangan yg daratkan ikan patin tu?? lubuk banyak area sg bernam ni..tpi masalahnye kenderaan 4roda xbanyak port yg boleh sampai..kawasan estate ni paham2 la..jln nak masuk byk gate :)

Papa Qis said... Reply To This Comment

Salam,nk tanye ckt,kalo sy dari sungai besar nk pergi ke skc,sy nk ikt jalan mane?tlg bg tau ckt jalan nk ke sana

Papa Qis said... Reply To This Comment

1 satu,kat ulu basir ada patin,jelawat n lampam x?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...