CERITA DARI SG BERNAM PART 2



ASSALAMMUALAIKUM and HI all

*since i receive few calls from non Malay friends who interested with my blog, 
U guys make me smile dude! Thanks and do come again all ;)





Hujan-- panas, hujan--panas... cuaca semakin tidak menentu sekarang ni..banyak trip pancing renjer yang di tunda..buat masa ni air sungai semakin surut akibat empangan dari sg bernam sg dusun telah menutup empangan dan mengalirkan air sungai bernam ni untuk kegunaan loji air untuk felda-felda yang terdekat..biarpun air sungai semakin surut trip memancing tetap diteruskan mengikut cuaca..

kini lubuk-lubuk yang masih dalam airnya kami akan terjah..cuma hasilnya sahaja tidak menentu tidak seperti ketika air sungai ketika airnya masih dalam..tambahan pulak sg bernam ni yang penuh bereba..memang ikan sudah mula berkumpul di setiap lubuk..cuma umpan kerap dicuri oleh si ikan kaloi jika berumpankan buah sawit peram..




untuk memburu ikan kelabau ketika air surut ni agak sukar la sikit,kerana ia lebih gemar bermain di kawasan reba..jika ia mencuri umpan pun ikan jenis ini cepat melarikan diri ke kawasan reba dan memutuskan perambut..peratus untuk mendaratkan ikan kelabau ini menjadi agak tipis..

selalunya bila musim air sungai bernam ni surut,kami lebih gemar turun ke kawasan yang lebih rendah..seperti sg bernam kawasan estate cangkat menteri..bawah lagi dari estate ulu basir..kawasan sebelah sana airnya agak dalam dan sungainya mempunyai air pasang surut laut dan kawasan ini jugak mempunyai lubuk-lubuk yang menarik..cuma buat masa ni air sungainya tak mengizinkan kami untuk turun mencuba nasib di sana..akibat estate-estate yang terdekat telah mengalirkan air gambut sawit ke sungai..air sungai menjadi gelap dan sedikit berkeladak...ini membuatkan ikan menjadi tidak aktif..


|


kini trip pancing kami lebih kepada kawasan estate ulu basir..biarpun hanya ikan kaloi yang lebih banyak mencuri umpan buah sawit..pancing tetap pancing..jika air sungai semakin surut nanti mungkin trip pancing kami nanti bertukar untuk memburu ikan belida..kini ikan belida ini semakin banyak berkumpul di setiap lubuk yang airnya masih lagi dalam..next entry renjer update cerita pasal ikan belida ni nanti..



p/s : selalunya setiap tahun jika air sungai bernam ni sudah surut,masa inilah kami mula menjejak lubuk memburu ikan belida..



4 komen tak kire kaki pancing:

memerangsungai said... Reply To This Comment

tq abg saiful atas info semasa, air sg bernam nampak dah semakin surut, nampaknya sang belida & udang makin menganas nanti...dah tak lama boleh terjah tu

UKE said... Reply To This Comment

renjer..air surut mcm ni tak mengilat (casting) ke? hehe..biasanya air surut sy mengilat ikan sebarau kat sungai pahang. =)

Renjer Sungai said... Reply To This Comment

@izani hamid musim kemarau kali ni xlama..hujan dah semakin kerap..air sg pun dah makin dalam..rasanya mungkin musim bnjir dah tiba :)
time ikan2 berehat :P

Renjer Sungai said... Reply To This Comment

@UKE klu kt sg brnam ni,time kemarau mmg best,tpi untuk casting agak sukar..reba kayu terlalu banyak...
kami lebih kepada umpan dasar..main umpan hidup klu nk pncing ikan jnis menyambar :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...