CERITA DARI SG BERNAM



ASSALAMMUALAIKUM and HI all

*since i receive few calls from non Malay friends who interested with my blog, 
U guys make me smile dude! Thanks and do come again all ;)


|
|
(hasil trip semggu sebelum raya)

Info terkini dari sg bernam..musim hujan sudah tiba..apa yang berlaku?? sungai bernam area bawah (estate cangkat menteri,ulu basir dan ulu bernam) kini mula banjir dan memang akan mudah ditenggelami air ketika musim hujan..setiap tahun akan jadi begini kerana paras sungainya yang rendah dan berpaya..pada masa inilah ikan mula membiak dan mula mudik ke banjir hutan-hutan pinggiran sungai untuk melepaskan telur..biasanya pada musim sg bernam ni tenggelam, hanya nelayan sungai yang mempunyai bot sahaja yang akan turun  untuk menangkap ikan..kaedah yang mereka gunakan untuk menangkap ikan seperti merawai,menajur termasuklah menjaring..target utama nelayan di sg bernam ini ketika air sungai banjir adalah seperti ikan dari spesis yang menyambar(ikan baung dan ikan tapah)dan pada masa inilah ikan jenis baung dan ikan tapah ini mula banyak di pasaran yang terdekat dengan sungai bernam ini..

renjer??? selalunya masa musim banjir ni renjer lebih kepada trip memburu ikan haruan..tapi buat masa ni masih belum sesuai untuk turun trip..cuaca belum betul-betul mengizinkan..guruh dan kilat masih berpesta lagi ketika hujan..tunggu hujan kurang sedikit nanti baru renjer akan mula mengintai lubuk-lubuk tertentu yang dianggarkan masih mempunyai ikan haruan yang masih banyak..untuk peminat-peminat casting ikan haruan boleh la tunggu renjer kasi green ligt untuk turun terjah lubuk nanti :)


|
(hasil trip semggu sebelum raya)

info ikan kelabau di sg bernam..ikan jenis ini bermusim atau mengikut keadaan sungai..biasanya jika sg bernam sudah mula surut dari banjir bukanlah ikan kelabau ini akan terus mudah untuk diburu..sg bernam ini salah satu sungai yang mempunyai spesis udang galah yang banyak..oleh itu memburu ikan jenis kelabau ini menjadi agak sukar kerana gangguan udang yang terlebih dahulu mencuri umpan..termasuklah untuk memburu ikan-ikan dari spesis yang lain..

sementara musim hujan ni renjer akan teruskan misi menyiapkan perambut rambai untuk dipasarkan..ikatan sulaman tali dari jenis iciban dan towada 25lb-30lb..dan mata kail jenis daici dx soi dan juga eagle wave saiz 13 dx..mata kail perambut yang renjer siapkan ini untuk kegunaan umpan sawit peram.


p/s :  tempahan untuk mata kail tu nanti boleh la ke laman web renjer --  www.renjersungai enterprise.


10 komen tak kire kaki pancing:

Hafizi Hilmi said... Reply To This Comment

Assalamualaikum Renjer,perambut tu boleh dihantar melalui pos laju@pos express tak?

Renjer Sungai said... Reply To This Comment

w.salam...

tentu la boleh..tapi buat masa ni perambut tu dalam proses :)

izani hamid said... Reply To This Comment

bila masa sesuai untuk turun sg bernam abg saiful? hbs hujan bulan sept ni ....ok ke?

Renjer Sungai said... Reply To This Comment

@izani hamid xjnji la,,musim hujan dah xmnentu sekarang ni.. :)

izani hamid said... Reply To This Comment

dah 3x lht port sg bernam ni...selalu tak sesuai...air dalam, masuk2 hujan... kalau jd trip lps raya haji ni

Renjer Sungai said... Reply To This Comment

@izani hamid hujan pun makin kerap je dah..sikit hari lagi mau bnjir sg bernam tu :)

izani hamid said... Reply To This Comment

skrg duk tggu sg langat, terjah area dengkil, banting dan jugra, blh tahan juga ikan patin situ. Byk patin kecil area 2-3kg..yg besar ada naik jrg2 6-8kg tp jarang. Teringin sgt nk trn sg bernam...nk bermalam situ

Renjer Sungai said... Reply To This Comment

@izani hamid mcm best je sg2 belah sane?? sini pya sg hujan sikit je dh bnjir..air mudah naik :)

MOHD NIZAMUDDIN Zullkifli said... Reply To This Comment

Tuan renjer sungai..ada turun memancing lagi tak?bila boleh komplot cari bujuk?

Renjer Sungai said... Reply To This Comment

Lubuk bujuk kat tempat renjer dah hancur..manusia rakuss!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...