TRIP PANCING EDISI RAMADAN PART 4



ASSALAMMUALAIKUM and HI all

*since i receive few calls from non Malay friends who interested with my blog, 
U guys make me smile dude! Thanks and do come again all ;)





Terjah lubuk di bulan ramadan---apa yang menariknya,setiap lubuk terbaru yang kami redah sentiasa berhasil..umpan sawit peram dan sawit yang masak yang kami guna sentiasa jadi pilihan..penat lelah kami meredah hutan yang jauh akan hilang setelah labuhan umpan ada sambutan dan tarikan hebat dari ikan-ikan lubuk sungai bernam ni..terutamanya pagutan umpan dari kumpulan ikan kelabau..sememangnya ikan itu yang kami idamkan...

mengesan kawasan ikan kelabau ni agak mudah jika berada di sungai bernam ni..kumpulan ikan kelabau ni rajin bermain di permukaan air..jika kelibat kumpulan ikan ni mula mudik, selalunya masa ini lah joran mula akan mengena..sepanjang bulan puasa yang lepas alhamdulilah la..semua trip pancing yang renjer atur semuanya berhasil.. 




musim ikan kelabau tahun ni renjer berjaya daratkan yang bersaiz mega dan memecah rekod peribadi ..tahun lepas punya saiz sekitar 2.5kg hingga 2.6kg yang terberat..tahun ni mencecah saiz 3kg-4kg berat seekor...mungkin tahun akan datang lebih berat lagi ikannya jika sungai bernam ini mengizinkan hehe :P

rakan-rakan renjer yang kerap mengikuti trip pancing bersama renjer pun sudah memahami teknik dan mengenal kawasan lubuk ikan..setiap kali ada trip pancing pasti masing-masing sudah boleh memprolehi hasil..termasuklah seorang rakan renjer ni(man) dia paling kerap turun bersama renjer...hasilnya tak kurang hebatnya sekarang..dah tahap boleh jadi sifu tu hehe...syabas bro..ko dah cekap sekarang hehe :)
|
|
|
(bro man)
|


soalan daripada peminat : bro pesta klabau ke??? pulun sakan nampak.. 
lepas raya ni xde trip ke???


jawapan renjer : ok geng..bukan takde trip dah..cuaca yang tak mengizinkan..kalau nak ikutkan, renjer sendiri pun tak puas lagi dengan aksi ikan klabau ni..tapi nak buat camna kan..satu hari dapat mancing pastu hujan.. seminggu la rehat sementara tunggu air pulih ..cuaca pun dah macam last je musim ikan kelabau ni..kalau kerap je hujan ni turun..nampak gayanya kita tunggu tahun depan la ye hehe.. :P

bulan puasa tadi takde pun orang luar yg serius nak join trip pancing dengan renjer..tapi wa tetap redah..rezeki wa kat sungai bernam tu :P



p/s: habis musim ikan klabau,klu hujan makin kerap,mungkin musim ikan haruan pulak akan tiba... stanby bro2 casting..wa tau lu sudah lama menunggu....

6 komen tak kire kaki pancing:

positivo said... Reply To This Comment

Bro,

Thaniah dpt Anugerah Usahawan Jalur Lebar dari PM kita.

Renjer Sungai said... Reply To This Comment

tq bro..alhamdulilah ade la sikit rezeki untuk 2013 ni :)

azhar othman said... Reply To This Comment

salam bro renjer..mcm best je pakai umpan sawit peram..boleh kongsi tak macam mana nk cangkuk umpan tu pd mata kail?

Renjer Sungai said... Reply To This Comment

@azhar othman w,salam...
https://www.youtube.com/watch?v=8-qBQYUOZsg

gmbar xcun,tpi mungkin boleh faham :)

izani hamid said... Reply To This Comment

meleleh air liur nak rasa ikan kelabau 3 rasa...sodaaaap tuuu.
ape2 tahniah abg saiful. terbaiiikkk

Renjer Sungai said... Reply To This Comment

@izani hamid ikan klabau ni mmg sedap isi die..bila teringat,,uishh! :P

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...