TRIP PANCING EDISI RAMADAN PART 3

`


ASSALAMMUALAIKUM and HI all

*since i receive few calls from non Malay friends who interested with my blog, 
U guys make me smile dude! Thanks and do come again all ;)





Rezeki di bulan ramadan...lubuk demi lubuk yang kami terjah..hasil yang kami daratkan cukup memuaskan...tak dapat digambarkan bagaimana seronoknya satu demi satu joran yang kami labuh disentap hebat penghuni dasar sungai bernam ni..tiada lagi umpan terbaik selain berumpankan sawit peram kalau kami ke sungai bernam ni..kecuali jika air sungai tidak cantik akibat hujan atau pelepasan air dari anak peparitan dari estate-estate yang terdekat..

permintaan tinggi untuk ikan kelabau ni..tapi satu-satunya cara renjer nak dapatkan ikan ini hanya dengan teknik pancingan.. dengan sedikit pengalaman dan lubuk-lubuk yang biasa renjer terjah alhamdulilah la sentiasa berhasil..sepanjang bulan ramadan tadi rezeki renjer sentiasa ada..setiap tempahan dapat dipenuhi..kecuali permintaan ikan kelabau ni nak yang hidup-hidup..maaf la kawan..perjalanan ke lubuk agak jauh..agak mustahil membawa pulang ikan kelabau ni hidup-hidup..termasuklah spesis ikan-ikan  sungai yang lain...




harga pasaran untuk ikan kelabau ni boleh mencecah rm30/kg mengikut saiz ikan (harga peraih) untuk pasaran ikan kaloi agak murah sedikit sekitar rm10/kg dan ikan toman bawah rm10/kg..ikan-ikan yang renjer perolehi bukanlah sentiasa ada..tempahan perlu dibuat terlebih dahulu kerana ikan-ikan jenis ini akan ada mengikut musim atau keadaan sungai..

untuk rakan-rakan kaki pancing yang lain, jika teringin turun trip mancing bersama renjer juga perlu menempah tarikh terlebih dahulu..cuaca akan menentukan sama ada trip pancing dipersetujui..maklum la cuaca sekarang ni kan kadang-kadang hujan..kalau turun masa air dah keruh pasti nanti hasil akan mengecewakan..betul dak??




setiap trip yang dirancang pasti renjer akan terangkan satu persatu apa yang perlu dibawa dan peralatan yang perlu ada..kalau boleh biar yang lebih kepada yang minat untuk turun mancing dan tracking..lubuk sungai bernam jauh ke pendalaman..keliling tebing sungai masih lagi diliputi hutan..perlu ada stamina dan keberanian.. (kira macam syarat2nye la tu hehe) masalah umpan tak perlu risau..renjer akan sediakan semua..

maaf la jika sebelum-sebelum ni mungkin ada yang terasa jika renjer menolak untuk join trip..lubuk sungai bernam ni bukan untuk takat nak santai-santai je..bukan semua lubuk-lubuk kat sungai bernam ni menarik..sebab tu perlu tracking.. lebih berani terjah lebih terbaik hasilnye nanti..apa-apa pun rezeki dia yang tentukan..cuma akal yang diberikan kita perlu guna sebaik-baiknya :P



p/s : kita kenal2 dulu..baru tau siapa renjer..jangan nak main tembak je lu kata wa sombong hihi :P 


4 komen tak kire kaki pancing:

Abe Din said... Reply To This Comment

Lumayan hasl Renjer.. selamat hari raya juga untuk Renjer..

Renjer Sungai said... Reply To This Comment

selamat hari raya jugak abe din..

cmtu la rezeki renjer abe din..kadang ade kdg tu xde jugak :)

Penn Silvernado said... Reply To This Comment

Assalamualaikum renjer...saya nak tanya sikit...ikan besar besar yang renjer dapat tu....guna mata kail saiz 13 juga ke..

Renjer Sungai said... Reply To This Comment

@Penn Silvernado w,salam...

kebanyakannye guna egle wave saiz 13 tu la..atau daici dx soi saiz 10 tu :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...