POKOK ARA JEJAWI?? UMPAN IKAN LAMPAM



ASSALAMMUALAIKUM and HI all

*since i receive few calls from non Malay friends who interested with my blog, 
U guys make me smile dude! Thanks and do come again all ;)





Rimbun pohon di tepi sungai..siapa sangka buahnya adalah umpan...pokok jejawi atau pokok ara jejawi  biasanya hidup meliar di tepi-tepi sungai.. tinggi, rendang dan lebat dedaunnya... buahnya kecil, jika masak berwarna ungu dan mempunyai biji halus.. namun ingin melihat buahnya agak sukar kerana pokok jejawi ini berbuah hanya beberapa tahun sekali... tetapi jika pokok jejawi ini mula berbuah rata-rata keseluruhan pokok-pokok ini akan berbuah..

buahnya menjadi rebutan unggas terutamanya burung-burung.. cukup riuh burung-burung jika kawasan pokok-pokok jejawi ini mula berbuah.. jika pokok jejawi ini berbuah dan rapat di tepi sungai maka ikan juga mula berkumpul di bawahnya menunggu sisa-sisa buah yang jatuh.. ikan paling gemar buah jejawi ini ialah ikan lampam..




renjer sendiri pun belum pernah pratikkan umpan buah ara jejawi ni tapi memang renjer pernah la tengok ikan-ikan menyambar berebut buah jejawi yang jatuh.. mase tu kat sungai ulu basir mase banjir.. dengar bunyi riuh je burung-burung berebut buah ara jejawi yang masak.. paling banyak burung enggang tu.. rasa seronok  jugak mase tengok gelagat burung-burung tu berebut-rebut.. sedap sangat kot buah tu.. mungkin macam buah bluberry hehe...

mase tu jugak la renjer sempat tengok ikan-ikan mula menyambar kat kawasan bawah pokok jejawi tu.. ape lagi renjer pun labuh umpan la.. tapi renjer guna umpan sawit peram la.. memang best la mase tu.. kejap je joran bergegar... lepas ikan lampam, ikan lampam lagi yang sangkut...uisshh!! mungkin mase tu ikan banyak berkumpul bawah pokok tu kot... tak kira la ape umpan bagi mase tu die sebat je...

yang terbaru ni..renjer ade la hal sikit baru-baru ni ke teluk intan selesaikan sedikit urusan.. masa nak balik tu dan la singgah sekejap kat taman yang dekat dengan sungai tu.. cuaca memang panas hari tu.. dapat lepak bawah pokok tepi sungai tu memang best arr.. terpandang la sorang pakcik tu..tengah duk setting rod nak memancing..katenye banyak betul ikan duk sambar-sambar kat tepi-tepi tebing tu,renjer pun duk perhati jugak.. besar-besar nampak kelibat ikan-ikan tu.. owhhhh!! baru renjer terperasan.. patut la.. buah jejawi rupanya yang ikan-ikan tu sambar..terus renjer settingkan joran untuk pakcik tu.. kutip buah jejawi tu buat umpan.. peralatan pancing pakcik tu pulak tak lengkap.. buat jela mana yang dan hehe... tu pun dekat 10ekor ikan lampam pakcik tu dapat.. siap putus perambut lagi bila kena lampam yang besar sambar umpan buah tu. .uishh! best tu hehehe... rase rugi je renjer tak bawak joran sendiri...





buahnya boleh dijadikan umpan?? bagaimana???  jom praktikkan bersama..hihi..

setakat ni ape yang renjer tengok ikan lampam ni suka buah ara jejawi ni yang jatuh kat permukaan air sungai je.. tak pasti la pulak kalau buah jejawi ni boleh buat umpan untuk main dasar... kita boleh cuba kan.. manala tau kan. .biasanya ikan besar-besar memang main area dasar sungai je... tapi kalau guna teknik casting pun terbaik rasenye.. main free je.. trus direct mata kail kat tali mesin.. guna tali pancing  yang halus sikit sebab nak buat balingan umpan biar boleh jauh sikit.. lagi pun buah jejawi tu kecik je, kang kalau tali pancing kasar tak boleh buat balingan pulak... mata kail pun kalau boleh guna yang kecik je.. tak pun guna saiz mata yang agak-agak besar saiz buah tu ke.. kita cuba sama-sama ok.. jom terjah pohon ara jejawi...

minggu ni kalau sempat renjer akan ke sungai teluk intan tu. .kot-kot buah ara jejawi tu ade lagi la. .boleh la testing-testing hehe.. tapi sawit peram mesti renjer kena bawak jugak.. nak tengok mana satu umpan yang lebih jadi pilihan ikan  :)



p/s : kot2 la ade kaki pancing yang memang dah tahu rasia guna umpam buah jejawi ni..
jom la share-share sikit... 


HARUAN BUJUK BUKAN SENANG NAK PUJUK


ASSALAMMUALAIKUM and HI all

*since i receive few calls from non Malay friends who interested with my blog, 
U guys make me smile dude! Thanks and do come again all ;)





Standby der ! jom kita belajar sedikit cara-cara memancing ikan haruan bujuk...sebut je pasal ikan ni pasti ada yang tertanya-tanya bagaimana nak memancingnya kan?? lagi pulak pasti nak tahu jugak lokasi yang macam mana jadi kawasan ikan bujuk ni.. paling pentingnya pulak mesti nak tahu jugak umpan apa nak ngail ikan bujuk ni kan??

ikan bujuk tidak seperti ikan haruan..badannya agak pendek dan bersisik berbatik..mulutnya agak muncung sedikit..spesis ikan ini tidak banyak bergerak..jika ingin memburunya kita sendiri yang perlu mengesan lokasinya..

  1. kita mula dengan teknik casting (baling tarik) dulu...jika mengunakan umpan katak, ikan bujuk ni kurang membuat sambaran di pemukaan air.. dia lebih gemar membuat sambaran di dalam air ----- sambara di dasar (seperti ikan siakap).. oleh itu tarikan umpan katak harus perlahan-lahan supaya katak terendam melalui dasar.. 
  2. kedua---gantungkan katak ditempat yang dirasakan sesuai.. rendamkan katak..buat henjutan sedikit-sedikit (lepaskan umpan agak-agak jatuh kedasar.. tarik dan lepas supaya katak turun naik dari dasar ke permukaan air)... ulang buat henjutan perlahan-lahan.. jika ikan bujuk ada pasti dia akan menyambar..
  3. jika mengunakan umpan anak ikan ia lebih mudah.. tak perlu guna mesin joran..gunakan rod lebih mudah.. mata kail tidak perlu yang kasar (dx eagle wave saiz 16 atau 17) perambut je perlu yang kuat sikit (25lb - 30lb) cangkuk anak ikan tu tak kira la nak guna umpan tu hidup atau pun mati.. celup je umpan tu di celah-celah lubang yang di rasakan itu kawasan ikan bujuk.. buat seperti gunakan umpan katak tu.. buat henjutan perlahan-lahan.. anak ikan yang sesuai nak di jadikan umpan ikan bujuk(anak ikan koi, ikan sepat kecik, seluang, ikan loma kecik, dan ikan sempilai) atau lebih senang gunakan cacing...





untuk kawasan ikan bujukpula, selalunya ikan ni suka kawasan yang penuh dengan reba dan paya-paya lopak air yang hampir dengan sungai.. jika sampai ke kawasan yang macam ni, perhatikan betul-betul.. dengar jika ada bunyi deguppan (sambaran dalam air) dalam air menandakan ada ikan bujuk di kawasan tu.. selalunya paling kerap bunyi itu keluar adalah di sebelah pagi dan lewat petang.. jika jumpa kelompok anak-anak ikan bujuk, lebih mudah nak dapatkannya.. dan satu-satu kelompok anak bujuk tu pasti ibunya ada sepasang..



p/s: isi ikan bujuk lebih enak dari isi ikan haruan,namun khasiatnya renjer kurang pasti :)


BURUAN MINGGU INI


ASSALAMMUALAIKUM and HI all

*since i receive few calls from non Malay friends who interested with my blog, 
U guys make me smile dude! Thanks and do come again all ;)



|
(hasil minggu ini)

Mingggu turun ke sungai...terjah sikit-sikit hehe..intai-intai dulu mana lubuk yang sesuai nak bertapak nanti.. redah hutan sana redah hutan sini..jumpak la lokasi-lokasi yang agak mencabar sikit.. sungai bernam estate ulu basir --- satu-satunya lagi sungai yang paling dekat dari tempat renjer.. sebelum ni lubuk-lubuk terbaik kami area lombong pecah sebelah atas sg bernam tu tapi lubuk lombong tu memang dah tinggal kenangan jela.. siap dah projek menambak tanah ban sungai yang pecah tu.. bermakna tiada lagi aliran sungai yang masuk ke lombong tu.. ikan-ikannye pun tah la hilang kemana..

cerita sungai bernam estate ulu basir ni...sungai yang agak tersorok sedikit..dilindungi estate ladang kelapa sawit yang agak luas dan agak jauh masuk ke dalam.. kenderaan luar tidak dibenarkan masuk kecuali bermotor sahaja... di tebing sungainya pulak masih lagi berhutan cuma sekarang ni nelayan sungai di kawasan sungai tu semakin bertambah.. banyak rumah-rumah pondok candit mula dibina.. pokok-pokok balak sekitar sungai tu pun dah mula ada yang ditebang..


|
(hasil minggu ini)

dari info yang renjer terima, kat sungai bernam tu diorang ni dah tubuhkan satu persatuan nelayan kecil.. sumber rezeki diorang semua datang dari sungai tu.. mungkin ada yang partime sama kot cari ikan.. bagi renjer yang penting harap diorang-diorang ni terus la jaga sungai tu elok-elok..harap-harap diorang tak la rakus macam geng (kem#@$@#) tu.. sampai anak-anak ikan seluang pun di kaut..

lagi satu info yang renjer terima, persatuan nelayan area sg bernam ni sentiasa setiap tahun akan memohon benih ikan kat pihak perikanan daerah untuk dilepaskan ke sungai bernam tu.. bermakna ikan kat sungai bernam tu mungkin la akan sentiasa ada..


|
(sg bernam ulu basir)

sekurang-kurangnya jika kami ke lubuk-lubuk di kawasan area sungai bernam ni tidak la mengecewakan kami kecuali faktor air sungai atau cuaca tidak mengizinkan.. bagi kami yang kaki-kaki joran ni dapat tumpang-tumpang nak lepaskan gian memancing kat kawasan diorang ni pun jadi la..

minggu ni pun sempat la jugak renjer turun intai-intai lubuk kat sungai bernam ni cuma masa je tidak mengizinkan.. balik niaga ada masa sejam dua pun kami terjah ke lubuk.. janji dapat lepaskan gian memancing.. selebihnya minggu ni trip kami banyak pergi memancing ikan haruan je..next trip jika cuaca mengizinkan,baru kami akan aturkan lagi trip ke sungai bernam ulu basir ni.. 


|
(sg bernam ulu basir)




ESTATE SOON SENG STORY : EDISI RENJER SUNGAI



ASSALAMMUALAIKUM and HI all

*since i receive few calls from non Malay friends who interested with my blog, 
U guys make me smile dude! Thanks and do come again all ;)



|
klik sini : harga ikan haruan

Estate soon seng : lokasinya agak jauh ke pendalaman dengan mengambil masa lebih kurang satu jam dari tempat renjer (felda besout) untuk sampai ke lokasi ni..lebih kurang sebulan kami tak jenguk ke lokasi lubuk-lubuk ikan haruan yang menarik kat estate ni..banyak yang sudah berubah.. pokok-pokok sawit lama banyak yang sudah ditebang untuk tanaman semula.. parit dan paya-paya banyak yang sudah hampir terkambus.. hanya hidupan rumput liar dan kangkung yang menghijau menutupi kawasan permukaan air.. cepat betul masa berlalu dan perubahan berlaku.. kemanakah perginya spesis ikan yang dulunya menjadi igauan kaki pancing ???

pupus?? kalau ikan haruan tak mungkin akan pupus.. cuma lokasi untuk memancing sudah terhad disebabkan ruang untuk balingan umpan sudah menjadi sempit.. ditambah pulak dengan cuaca yang terlalu panas sekarang ni.. pendek kata, memancing hampir kumpau la kami kat estate ni hehe...




dengan sedikit pengalaman dan kesabaran yang kami ada, kami gagahkan jugak mencuba satu persatu lubuk yang pernah kami terjah dahulu dan dah 2--3 kawasan yang sudah tidak boleh masuk.. sudah dipagar kemas... kate ownernye:

 "aiya wa punya balang(barang)  slalu ilang wo..  itu pasal kasi pagar tak bagi orang masuk.." 

salah kaki pancing jugak ke?? kan dah susah..orang lain buat hal orang lain jadi mangsa..
apa boleh buat itu kawasan dia kan.. nasib la kawasan estate tu luas lagi.. meronda jela cari port lain.. sepetang kami kat estate tu dah macam datang buat lawatan je.. apa boleh buat kan..nasib si pemancing..




mana pulak la kali ni lubuk nak diterjah..berharap lubuk-lubuk kat estate ulu basir jela pulak..itu pun jika estate ulu basir tu akan sentiasa bagi orang luar masuk.. kalau situ pun jadi kawasan larangan.. hermmm!! entah le :(  gantung pancing la rasenye...

SANTAI LOMBONG KUALA BIKAM



ASSALAMMUALAIKUM and HI all

*since i receive few calls from non Malay friends who interested with my blog, 
U guys make me smile dude! Thanks and do come again all ;)





Santai lombong.. haaa apa cerita kali ni?? sekarang ni hari-hari hujan bro... layan ikan rohu sama tilapia jela..ok la kan.. dari takde lubuk, lombong punya ikan pun dah dikira ok.. asalkan dapat lepas gian nak memancing.. lagi pun masing-masing ada kerja sebelah pagi..bawak ke petang je ade ruang masa kami terjah la sana sini..cuma kali ni kami dah habis buntu la nak ke lubuk yang mana.. air sungai usah kata la musim hujan-hujan macam ni.. dah macam air milo campur teh ais je kaler dia hehe..

pusing punya pusing, sesat la kami kat lombong kuala bikam ni.. dah bertahun kami tak jejak kaki kat lombong ni.. dapat info pun dari member-member yang memang kaki pancing lombong.. katenye ikan rohu banyak kat lombong ni.. terjah punya terjah jumpak la satu lombong ni.. kira yang tak berpagar la.. yang lainnye dah bertuan kot.. sume berpagar baekkk punya..

cuaca petang agak tu muram sikit.. tapi alang-alang dah sampai situ, umpan pun kami guna dedak ayam campur sama vanila pisang je.. selalunya ikan lombong ni memang tak memilih umpan.. dedak ayam pun dah kira yang terbaik.. takat ikan tilapia tu senang-senang je boleh dapat.. tapi misi kami tetap nak buru ikan rohu..

lebih kurang 3 jam je dapat kami lepaskan gian nak memancing sebab cuaca tak mengizinkan..dapat la 4 ekor ikan rohu.. selebihnya ikan tilapia.. dan yang kecik-kecik kami lepaskan balik.. ambik takat nak buat makan je.. ikan memang banyak kat lombong tu.. kalau setakat nak seronok memancing ok la.. next time kalau kami bosan lagi ke lombong ni la hala tuju kami.. trip pancing ikan haruan pun kami stop dulu.. tunggu ada permintaan lagi baru kami serang.. lagi pun elok jugak kami rehat dulu musim hujan-hujan ni.. port mancing ikan haruan tu bila musim hujan camni, dia punya guruh kilat huiiiiiiii la weyhhhhh  =P




Antara produk Renjer Sungai Enterprise :

  1.  ikan keli
  2. ikan temakang
  3. ikan belida
  4. cendawan busut
  5. ikan haruan kering
  6. ikan haruan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...