MUSIM IKAN KELABAU PART 2 PENUTUP 2012



ASSALAMMUALAIKUM and HI all

*since i receive few calls from non Malay friends who interested with my blog, 
U guys make me smile dude! Thanks and do come again all ;)






Hujan turun semakin lebat..air sungai bernam mungkin sudah semakin dalam..mungkin trip dalam gambar-gambar ini adalah trip memancing ikan kelabau yang terakhir untuk tahun ini..dua ekor ikan kelabau rekod terberat untuk tahun ini yang berjaya renjer daratkan..

sudah menjadi kebiasaan setiap hujung tahun sungai bernam ini akan banjir ekoran musim hujan sudah tiba..tapi dengan cuaca sekarang yang tidak menentu adakah team renjer dapat lagi beraksi mencipta rekod  ikan terberat untuk penutup 2012 ini...semuanya bergantung pada cuaca..





bagi renjer hujan bukanlah halangan untuk beraksi mencipta rekod..mungkin tidak di sungai tapi kami bersedia  dengan kelengkapan peralatan memancing dan menunggu air naik untuk memburu ikan haruan yang sudah lama berkurung di dalam lubuk ketika musim kering..

musim ikan belida pun renjer sudah terlepas untuk tahun ni..tak banyak masa yang renjer ada untuk turun kesungai ekoran sibuk berniaga ikan..tidak seperti tahun-tahun yang dulu jadual renjer memang full ke sungai je...semua musim ikan renjer dapat..dari musim ikan haruan,bujuk,toman, ke sungai musim ikan lampam,kelabau ,belida,baung dan macam-macam lagi jenis ikan sungai...

kalau dulu ikan yang renjer dapat renjer tolak dekat peraih je..sebab tu renjer ada banyak masa untuk mengatur trip memancing..tapi sekarang renjer sendiri yang memasarkan ikan..siap renjer yang jadi peraih membeli ikan hasil dari kawan-kawan yang turun memancing..jadi tak banyak masa yang renjer ada..tambahan lagi jika stok ikan terlalu banyak untuk dipasarkan..




kepada rakan-rakan yang renjer tolak untuk turun trip memancing tu..mintak maafla banyak-banyak..walaupun tak dapat beraksi bersama,renjer tetap akan berkongsi pengalaman yang ada..renjer akan setiasa ketengahkan teknik-teknik memancing dengan betul..walaupun renjer sendiri masih lagi mencari teknik memancing dengan betul hehehe :P



Nota renjer : sama-sama lah kita kongsi ilmu memancing..bertukar pendapat..mana tahu dari situ kita boleh lebih tahu cara paling berkesan menjerat ikan :)



16 komen tak kire kaki pancing:

Izni Hafiz Abdul Rashid said... Reply To This Comment

En Ranjer berniagaikan sungai dimana...

Renjer Sungai said... Reply To This Comment

setakat ni ke trolak utara,selatan,timur..slim river,sungkai..pasar2 pagi.. :P

pastu ade la yg oder datang ambik kt umah..termasuk oder dan yg dihantar..

Anonymous said... Reply To This Comment

Renjer, tak nak wat bisness sawit peram? :)

Renjer Sungai said... Reply To This Comment

@Anonymous : ade jugak..tapi skang dh kurang, sebab bkn semua sawit boleh peram..kena pilih dulu.. byk ambik buah sawit kt estate je..sane pye buah mmg sesuai nk peram.. bila nk ambik byk2 dh mcm mencuri la pulak hehe.. takat ambik2 sikit2 tu,jaga estate tu ckp xpe la.. :)

Anonymous said... Reply To This Comment

Assalamualaikum.....tahniah renjer...besar ikan tu. Sekadar nk tau...ms dpt ikan ni renjer pakai joran jenis pe? mesin jenis pe? tali brape paun? perambut brape paun? mata kail mmg jenis eagle wave ek?? n...sbg org yg baru nk blaja mancing sungai ni, ape set joran yg renjer syorkn utk saya?? agak2 brape bajetnye??

muaz_kkgp said... Reply To This Comment

lama tak memancing...dulu masa duk kat lumut, selalu juga memancing..

Renjer Sungai said... Reply To This Comment

@Anonymous : waalaikumsalam...renjer pun guna mesin murah2 je..shimano brand malaysia je, rod lemix legend..tali jenis ichiban 25lb..mata kail mmg minat yg jenis egle wave tu..

memang perlu keserasian mesin,rod dan tali..tapi tak perlu la yg mahal2..yg penting sebenarnye teknik untuk memancing tu..kedudukan kawasan, umpan yg sesuai.. :)

Renjer Sungai said... Reply To This Comment

@muaz_kkgp: kalau renjer lame tak memancing mau boleh jadi gila kot hahaha :p

rusdi espy said... Reply To This Comment

Renjer bleh bg tip tak macam nana nak pilih sawit yang sesuai dan teknik nak peram sawit ni kalau tak keberatan..tq.

Bard said... Reply To This Comment

Tabik spring sama lu bro..... Kelabau nih sedap ke macam ikan sebarau??

iqbal said... Reply To This Comment

tahniah bro.. lawa kelabau tuh.. hehe

Renjer Sungai said... Reply To This Comment

@rusdi espy : pilih sawit yg betul2 masak..peram xperlu ada cmpuran ape2 pun..masukan dlm plastik biar dua mggu je..pastu dah boleh guna :)

Renjer Sungai said... Reply To This Comment

@Bard: sebarau?? isi ikan kelabau lagi terbaik derr.. hehe.. sebarau isi ikan tu tawar sikit :)

Renjer Sungai said... Reply To This Comment

@iqbal : cantik lagi klu ko dapat join daratkan ikan ni hehe :P

Anonymous said... Reply To This Comment

terbaik

Renjer Sungai said... Reply To This Comment

@Anonymous :) terbaik hehe...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...