TRIP MEMANCING SG BESTARI JAYA PART 2


ASSALAMMUALAIKUM and HI all



*since i receive few calls from non Malay friends who interested with my blog, 
U guys make me smile dude! Thanks and do come again all ;)






3 hari 2 malam..trip kedua renjer ke sungai bestari jaya..kali ni renjer turun dengan caim dan 2 orang rakan baru renjer dari batu cave.. Roza dan Bob.. hasil dia nahhh ni ha sekor patin yang tak bernasib baik terlekat dah kat kail..pujuk punya pujuk berjaya jugak renjer daratkan dia ...gila punya pemancing tegar lah baq hang! habis semua renjer angkut sumbat dalam van untuk trip ke sungai.. tu  yang boleh lajak sampai 3 hari menapak ke sungai sana..bab makan memang lengkap la..bab tempat tidor?? siap bawak tilam toto lagi huhu...

dari hari pertama lagi renjer menapak kat sungai ni memang niat nak dapatkan ikan patin je..ikan lampam?? ada jugakla tapi  dah jadi lauk kami la.. malam pertama kami betul-betul duduk port yang sangat berisiko untuk daratkan ikan..kawasan yang penuh dengan reba kayu..tapi apa boleh buat, lokasi tu je yang kami dapat sebelum hari makin gelap.. malam tu ikan yang curi umpan joran kami semua berjaya meloloskan diri.. bawak hari kedua baru kami pindah port yang agak kurang berisiko..

port yang kedua ni pula memang nampak macam kurang ikan..lapang je laluan air sungai kawasan tu..tapi tu la..sape nak sangkakan, labuh umpan baru tau apa hasil.. tudia seekor ikan patin dah lekat kat kail.. 20 minit jugak la renjer bertarung dengan ikan patin tu...




masuk hari ketiga pulak : penuh kaki pancing kat sungai tu.. tah dari mana datangnye.. dah macam ade kenduri kawen je..berderet je kereta parking..masing-masing nak cuba nasib..renjer pulak dah betul-betul letih..tapi hati masih lagi kat sungai...lantak la diorang nak mancing..renjer layan tido je dalam rumah bernombor NAP 69 tu hahaha..sedaq-sedaq je hari dah petang...kemas barang terus gerak balik...



Nota renjer : 3 hari punya hasil..satu ekor berat 8.3kg..itu pun dah kira orait! memang niat nak tarik ikan patin je pun hehe :P ikan  yang berjaya meloloskan diri tu kira ikan untuk jadi benih la hihi.. next trip renjer serang lagi lubuk sungai bestari jaya ni.. 



12 komen tak kire kaki pancing:

Anonymous said... Reply To This Comment

besaqnya ikan..makan ka buat jual??

Renjer Sungai said... Reply To This Comment

@Anonymous : ikan patin ni kalau kat perak xde harga pun..renjer buat mkn dengan kawan2 je..sekor besar tu sekali hadap je huhu :P

bakri said... Reply To This Comment

kalau kat pahang ikan patin macam ni ka yang mahal tu??

Renjer Sungai said... Reply To This Comment

@bakri yang jenis renjer dapat ni patin buah..mahal jugak..tapi yang paling mahal ikan patin muncung tu.. katenye ratus2 ringgit perkilo.. :)

Azrulizam Ahmad Rozlan said... Reply To This Comment

bro renjer....boleh tau port memancing yg best tak kat bestari jaya aka batang berjuntai tu....inggat nak p turun sana nak memancing kat situ sebab lama dah tak p memancing nih.....

Renjer Sungai said... Reply To This Comment

port yg best xpasti la kat sg tu..slalu renjer lpk kat area fruit valley tu je..kawasan bawah kabel tu :)

Azrulizam Ahmad Rozlan said... Reply To This Comment

okeh bro renjer akan try dilokasi yg diutarakan oleh bro renjer itu....
:)

Renjer Sungai said... Reply To This Comment

@Azrulizam Ahmad Rozlan : semoga berjaya...set pancing jgn alang2 hehehe..ikan beso2 dekat line tu :P

norarzaimi zainalabidin said... Reply To This Comment

TerbaIk bro

norarzaimi zainalabidin said... Reply To This Comment

TerbaIk bro

norarzaimi zainalabidin said... Reply To This Comment

TerbaIk bro

norarzaimi zainalabidin said... Reply To This Comment

TerbaIk bro

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...