MUSIM IKAN LOMA




ASSALAMMUALAIKUM and HI all

*since i receive few calls from non Malay friends who interested with my blog, 
U guys make me smile dude! Thanks and do come again all ;)




Musim hujan sudah kembali...kini sungai bernam kembali banjir..masa inilah ikan kembali ke hutan-hutan yang sudah ditenggelami air akibat hujan yang semakin kerap dan masa inilah ikan-ikan ini akan mula membiak..

memancing?? buat masa ni memancing agak mustahil bagi kami jika air sungai sudah banjir..tebing sungai pun ditenggelami air..jika memancing menaiki bot pun sudah kurang seronok, ikan sudah tidak duduk di laluan sungai utama..kebanyakan ikan sudah mula masuk ke hutan-hutan pinggiran sungai yang ditenggelami air..selalunya masa begini hanya nelayan sungai yang turun mencari hasil..itu pun menggunakan teknik tajur atau rawai..

bagi kami team renjer jika musim begini,kami lebih kepada trip memancing haruan..itu pun belum bermula lagi..masing-masing sibuk dengan hal sendiri..kalau renjer pulak..kerjanya tetap dengan ikan..kalau takde ikan kira tak bergaji la renjer hehe...musim hujan ni?? biasa la..kalau air naik ni..ikan loma pasti muncul..biasanya masa musim hujan ni la ikan loma akan mula mudik untuk bertelur..kebetulan pulak memang ada peraih yang sanggup ambik hasil yang renjer dapat tak kira lah hingga ratusan kilo pun..bagi renjer janji ada hasil yang boleh dijadikan modal..duit poket hehe :P


|


ikan loma ni ikan dari spesis ikan yang berkumpulan..tak susah nak dapatkan ikan loma ni jika musim hujan..menggunakan teknik jaring salah satu cara paling mudah..biasanya kami menggunakan jaring yang saiz inci yang agak kasar,untuk menjaga ikan supaya tidak semua ikan akan di ambil..hanya ikan yang bersaiz mata jaring sahaja yang akan sangkut..bermakna ikan yang bersaiz kecil akan celus..untuk jangka masa panjang bermakna ikan ini akan terus ada kat lubuk ikan loma ini..

ikan loma---- ikan yang mirip ikan tongsan bersisik halus..ikan jenis bertulang halus tetapi lembut..berkumpulan dan suka bermain di permukaan air..jika musim hujan ikan ini akan mudik ke kawasan banjir untuk melepaskan telur dan akan mula turun kembali ke kawasan asalnya..biasanya ikan loma ini suka menduduki kawasan lombong-lombong lama yang mana ada air sungai mengalir ke dalam lombong itu..isi ikan loma ini agak rapuh bila digoreng..biasanya ikan loma ni akan di jadikan ikan pekasam..kalau tak salah renjer ikan loma ni cukup terkenal jika di kedah..terkenal dengan ikan pekasam ikan lomanya..mungkin ikan jenis bertulang halus ni ikan yang sesuai dijadikan ikan pekasam..

kalau yang pernah rasa pekasam ikan loma  ni mungkin sudah tahu apa rasanya..bagi renjer jika digoreng campur cili dan bawang potong uhh..perhhh!! mana nak dapat pekasam ikan loma ni?? renjer hanya pembekal ikan basah je.. ermmm!!..kata peraih yang ambik ikan loma kat renjer ni,katanya pasaran pekasam yang dia bekalkan kat area putrajaya..kat pasar tani desa tu kot..ala yang ade iklan kat tv tu..kot la hehe :P


|



p/s : kalau yang ingin membuat tempahan ikan loma basah ni boleh la hubungi renjer(0194251865) harga kita boleh runding jika kena berapa per/kg yang anda mahu :)


IKAN BELIDA SG BERNAM



ASSALAMMUALAIKUM and HI all

*since i receive few calls from non Malay friends who interested with my blog, 
U guys make me smile dude! Thanks and do come again all ;)





Ikan belida Sg Bernam --- sebut je pasal ikan belida ni pasti ramai kaki pancing yang tertarik dan teringin memancingnya..tertanya-tanya apakah umpan terbaik untuk ikan belida ni ? ok renjer akan terangkan sedikit cara-cara memancing ikan belida ni.. Tapi, ha ada tapi : itu pun mengikut pengalaman renjer selama memancing ikan belida kat sg bernam ni lah ye.. hehe

pengalaman dari Sg Bernam --- 

1) betul ke ikan belida banyak kat sungai bernam?? 

ya..memang banyak tapi bagi renjer nak memancing ikan ni dikira bermusim.. maksudnya?? mungkin ramai yang masih tidak faham... kenapa ikan belida banyak bermain di sesuatu tempat(lubuk) tapi bila dipancing ia tidak mahu memakan umpan.. haaaa sebab itulah renjer kata ianya bermusim..ikan belida ni bila kerap bermain di permukaan air, kebarangkalian menandakan ia sudah kenyang.. ia lebih mudah dipancing ketika musim kemarau.. dimana ikan-ikan ini mula berkumpul di kawasan air sungai yang masih dalam.. ketika satu-satu lubuk semakin banyak ikan-ikan belida ini berkumpul, waktu tu lah ia mula mudah untuk di pancing..ketika ini makanannya di satu-satu lubuk mula berkurangan..tambahan pulak ikan-ikan ini berkongsi makanan dari ikan jenis ikan menyambar yang lain seperti ikan toman,baung,ikan sebarau dan jenis-jenis ikan yang lain..




2) apakah umpan yang terbaik memancing ikan belida??? 

bagi renjer, memancing ikan belida ni lebih mudah bila musim kemarau..ia tidak akan memilih umpan..bagi renjer jugak, menggunakan anak ikan kecil sudah menjadi pilihan..seperti ikan sepat,anak ikan seluang atau jenis-jenis ikan kecil yang lain..tapi paling baik jika menggunakan anak udang  galah lah.. namun cara menggunakan umpan haruslah betul.. 

jika menggunakan umpan hidup --- jangan gunakan batu pancing, perambut atau kail yang kasar kerana ia akan menyebabkan umpan mudah mati.. 

set pancing juga di ambil kira.. jangan menggunakan tali pancing yang terlalu kasar dan rod pancing yang terlalu keras..

ikan belida mempunyai mulut yang keras dan sukar untuk mata kail menusuk di rahangnya kecuali sedikit dihujung bibirnya yang agak lembut..ikan belida ni mempunyai gigi halus yang tajam dan mudah memutuskan perambut jika sudah menelan umpan.. untuk mengelak dari perambut putus jika ikan belida ni sudah menelan umpan --- jangan terlalu menggasak,ini mungkin menyebabkan tali menjadi tegang dan mudah putus.. sebaiknya ikut saja rentak ikan ini..ikan belida tidak akan pergi jauh..biasanya ia akan melambung di permukaan air untuk melepaskan diri..ketika ikan membuat lambungan jangan tegangkan tali pancing..ikut saja rentak permainan ikan ini..ia akan menjadi letih jika sudah banyak membuat lambungan.. masa inilah yang sesuai untuk kita mengheret ikan ni rapat ke tebing dan mendaratkannya..




namun pengalaman memancing ikan belida yang renjer terangkan bukanlah 100% cara yang terbaik..banyak lagi yang perlu kita fahami dan mungkin di setiap sungai-sungai yang lain ada cara-caranya yang berbeza... ape-ape pun,pengalaman yang renjer kongsikan boleh la cuba  dipratikkan.. manalah tahu ade persamaan untuk ikan belida dari sungai-sungai yang lain..



p/s : menerangkan sesuatu bukanlah mudah dengan cara penulisan, lebih senang jika kita sendiri turut serta bila ada musim memancing ikan belida ini :p



CERITA DARI SG BERNAM PART 2



ASSALAMMUALAIKUM and HI all

*since i receive few calls from non Malay friends who interested with my blog, 
U guys make me smile dude! Thanks and do come again all ;)





Hujan-- panas, hujan--panas... cuaca semakin tidak menentu sekarang ni..banyak trip pancing renjer yang di tunda..buat masa ni air sungai semakin surut akibat empangan dari sg bernam sg dusun telah menutup empangan dan mengalirkan air sungai bernam ni untuk kegunaan loji air untuk felda-felda yang terdekat..biarpun air sungai semakin surut trip memancing tetap diteruskan mengikut cuaca..

kini lubuk-lubuk yang masih dalam airnya kami akan terjah..cuma hasilnya sahaja tidak menentu tidak seperti ketika air sungai ketika airnya masih dalam..tambahan pulak sg bernam ni yang penuh bereba..memang ikan sudah mula berkumpul di setiap lubuk..cuma umpan kerap dicuri oleh si ikan kaloi jika berumpankan buah sawit peram..




untuk memburu ikan kelabau ketika air surut ni agak sukar la sikit,kerana ia lebih gemar bermain di kawasan reba..jika ia mencuri umpan pun ikan jenis ini cepat melarikan diri ke kawasan reba dan memutuskan perambut..peratus untuk mendaratkan ikan kelabau ini menjadi agak tipis..

selalunya bila musim air sungai bernam ni surut,kami lebih gemar turun ke kawasan yang lebih rendah..seperti sg bernam kawasan estate cangkat menteri..bawah lagi dari estate ulu basir..kawasan sebelah sana airnya agak dalam dan sungainya mempunyai air pasang surut laut dan kawasan ini jugak mempunyai lubuk-lubuk yang menarik..cuma buat masa ni air sungainya tak mengizinkan kami untuk turun mencuba nasib di sana..akibat estate-estate yang terdekat telah mengalirkan air gambut sawit ke sungai..air sungai menjadi gelap dan sedikit berkeladak...ini membuatkan ikan menjadi tidak aktif..


|


kini trip pancing kami lebih kepada kawasan estate ulu basir..biarpun hanya ikan kaloi yang lebih banyak mencuri umpan buah sawit..pancing tetap pancing..jika air sungai semakin surut nanti mungkin trip pancing kami nanti bertukar untuk memburu ikan belida..kini ikan belida ini semakin banyak berkumpul di setiap lubuk yang airnya masih lagi dalam..next entry renjer update cerita pasal ikan belida ni nanti..



p/s : selalunya setiap tahun jika air sungai bernam ni sudah surut,masa inilah kami mula menjejak lubuk memburu ikan belida..



CERITA DARI SG BERNAM



ASSALAMMUALAIKUM and HI all

*since i receive few calls from non Malay friends who interested with my blog, 
U guys make me smile dude! Thanks and do come again all ;)


|
|
(hasil trip semggu sebelum raya)

Info terkini dari sg bernam..musim hujan sudah tiba..apa yang berlaku?? sungai bernam area bawah (estate cangkat menteri,ulu basir dan ulu bernam) kini mula banjir dan memang akan mudah ditenggelami air ketika musim hujan..setiap tahun akan jadi begini kerana paras sungainya yang rendah dan berpaya..pada masa inilah ikan mula membiak dan mula mudik ke banjir hutan-hutan pinggiran sungai untuk melepaskan telur..biasanya pada musim sg bernam ni tenggelam, hanya nelayan sungai yang mempunyai bot sahaja yang akan turun  untuk menangkap ikan..kaedah yang mereka gunakan untuk menangkap ikan seperti merawai,menajur termasuklah menjaring..target utama nelayan di sg bernam ini ketika air sungai banjir adalah seperti ikan dari spesis yang menyambar(ikan baung dan ikan tapah)dan pada masa inilah ikan jenis baung dan ikan tapah ini mula banyak di pasaran yang terdekat dengan sungai bernam ini..

renjer??? selalunya masa musim banjir ni renjer lebih kepada trip memburu ikan haruan..tapi buat masa ni masih belum sesuai untuk turun trip..cuaca belum betul-betul mengizinkan..guruh dan kilat masih berpesta lagi ketika hujan..tunggu hujan kurang sedikit nanti baru renjer akan mula mengintai lubuk-lubuk tertentu yang dianggarkan masih mempunyai ikan haruan yang masih banyak..untuk peminat-peminat casting ikan haruan boleh la tunggu renjer kasi green ligt untuk turun terjah lubuk nanti :)


|
(hasil trip semggu sebelum raya)

info ikan kelabau di sg bernam..ikan jenis ini bermusim atau mengikut keadaan sungai..biasanya jika sg bernam sudah mula surut dari banjir bukanlah ikan kelabau ini akan terus mudah untuk diburu..sg bernam ini salah satu sungai yang mempunyai spesis udang galah yang banyak..oleh itu memburu ikan jenis kelabau ini menjadi agak sukar kerana gangguan udang yang terlebih dahulu mencuri umpan..termasuklah untuk memburu ikan-ikan dari spesis yang lain..

sementara musim hujan ni renjer akan teruskan misi menyiapkan perambut rambai untuk dipasarkan..ikatan sulaman tali dari jenis iciban dan towada 25lb-30lb..dan mata kail jenis daici dx soi dan juga eagle wave saiz 13 dx..mata kail perambut yang renjer siapkan ini untuk kegunaan umpan sawit peram.


p/s :  tempahan untuk mata kail tu nanti boleh la ke laman web renjer --  www.renjersungai enterprise.


TRIP PANCING EDISI RAMADAN PART 4



ASSALAMMUALAIKUM and HI all

*since i receive few calls from non Malay friends who interested with my blog, 
U guys make me smile dude! Thanks and do come again all ;)





Terjah lubuk di bulan ramadan---apa yang menariknya,setiap lubuk terbaru yang kami redah sentiasa berhasil..umpan sawit peram dan sawit yang masak yang kami guna sentiasa jadi pilihan..penat lelah kami meredah hutan yang jauh akan hilang setelah labuhan umpan ada sambutan dan tarikan hebat dari ikan-ikan lubuk sungai bernam ni..terutamanya pagutan umpan dari kumpulan ikan kelabau..sememangnya ikan itu yang kami idamkan...

mengesan kawasan ikan kelabau ni agak mudah jika berada di sungai bernam ni..kumpulan ikan kelabau ni rajin bermain di permukaan air..jika kelibat kumpulan ikan ni mula mudik, selalunya masa ini lah joran mula akan mengena..sepanjang bulan puasa yang lepas alhamdulilah la..semua trip pancing yang renjer atur semuanya berhasil.. 




musim ikan kelabau tahun ni renjer berjaya daratkan yang bersaiz mega dan memecah rekod peribadi ..tahun lepas punya saiz sekitar 2.5kg hingga 2.6kg yang terberat..tahun ni mencecah saiz 3kg-4kg berat seekor...mungkin tahun akan datang lebih berat lagi ikannya jika sungai bernam ini mengizinkan hehe :P

rakan-rakan renjer yang kerap mengikuti trip pancing bersama renjer pun sudah memahami teknik dan mengenal kawasan lubuk ikan..setiap kali ada trip pancing pasti masing-masing sudah boleh memprolehi hasil..termasuklah seorang rakan renjer ni(man) dia paling kerap turun bersama renjer...hasilnya tak kurang hebatnya sekarang..dah tahap boleh jadi sifu tu hehe...syabas bro..ko dah cekap sekarang hehe :)
|
|
|
(bro man)
|


soalan daripada peminat : bro pesta klabau ke??? pulun sakan nampak.. 
lepas raya ni xde trip ke???


jawapan renjer : ok geng..bukan takde trip dah..cuaca yang tak mengizinkan..kalau nak ikutkan, renjer sendiri pun tak puas lagi dengan aksi ikan klabau ni..tapi nak buat camna kan..satu hari dapat mancing pastu hujan.. seminggu la rehat sementara tunggu air pulih ..cuaca pun dah macam last je musim ikan kelabau ni..kalau kerap je hujan ni turun..nampak gayanya kita tunggu tahun depan la ye hehe.. :P

bulan puasa tadi takde pun orang luar yg serius nak join trip pancing dengan renjer..tapi wa tetap redah..rezeki wa kat sungai bernam tu :P



p/s: habis musim ikan klabau,klu hujan makin kerap,mungkin musim ikan haruan pulak akan tiba... stanby bro2 casting..wa tau lu sudah lama menunggu....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...